Anda di halaman 1dari 5

SAJAK – PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS

KAMPUS (Sazalee Yacob)


SAJAK – PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS
KAMPUS (Sazalee Yacob)

A MAKSUD

RANGKAP 1
Penulis menghantar anaknya menghirup udara kehidupan yang
baharu di bandar kerana anaknya akan melanjutkan pelajaran di
sana. Oleh sebab suasana dan persekitaran bandar dan kampung
jauh berbeza, penulis berharap agar anaknya dapat
menyesuaikan diri di bandar. Penulis mahu anaknya menimba
pengalaman baharu di universiti yang bakal mengubah
kehidupan anaknya sebagai mahasiswa di sebuah universiti.

RANGKAP 2
Penulis sanggup membenarkan anaknya hidup di bandar untuk
meluaskan pengalaman kehidupannya. Hal ini dikatakan
demikian kerana penulis mahu melatih anaknya agar tabah
menghadapi cabaran dalam kehidupan agar dapat mematangkan
diri. Dengan berbuat demikian, pemikiran anaknya menjadi
lebih matang dan bijaksana menghadapi segala cabaran dalam
kehidupannya sebagai seorang mahasiswa agar dapat berjasa
kepada keluarga, bangsa, dan negara pada masa depan.

RANGKAP 3
Penulis beranggapan bahawa universiti ialah tempat yang kaya
dengan ilmu pengetahuan untuk ditimba oleh anak gadisnya
yang sedang menimba ilmu di sana. Walau bagaimanapun,
penulis beranggapan bahawa banyak pengaruh negatif juga
tersebar luas apabila wujudnya pengaruh rakan sebaya waima
pengaruh media massa. Oleh hal yang demikian, penulis
berharap agar anaknya dapat membuat pertimbangan dan
keputusan yang terbaik buat dirinya agar dapat mengelakkan
sikap negatif seperti sombong dan mementingkan status sebagai
seorang mahasiswa di bandar.

RANGKAP 4
Penulis berhadap agar anak perempuannya yang belajar di
universiti bijak menyesuaikan diri dan belajar dengan
bersungguh-sungguh di bandar terutamanya dia yang terpaksa
berjauhan daripada keluarga. Dengan kejayaan yang dikecap
oleh anaknya, dia dapat mengembangkan sayapnya demi masa
depannya yang lebih cerah. Sebaliknya, penulis berharap agar
anaknya tidak mudah berputus asa lalu pulang ke pangkuannya.
Hal ini dikatakan demikian kerana penulis mahu anaknya
menjadi seorang perantau yang tabah menghadapi segala
cabaran dalam kehidupan harian.

B TEMA DAN PERSOALAN


Tema sajak ini ialah nasihat dan peringatan seorang bapa kepada
anak yang bakal melanjutkan pelajaran di menara gading. Dalam
sajak ini, penulis berharap agar anaknya dapat menyesuaikan
diri dalam keadaan yang berbeza daripada di kampung halaman.
Selain itu, penulis berharap agar anaknya dapat menjaga jati diri
dan maruah diri sepanjang bergelar mahasiswa serta matang
dalam pemikiran demi menghadapi pelbagai cabaran dalam
kehidupan.
Persoalan
(a) Kepentingan pendidikan demi masa depan
(b) Perbezaan kehidupan di bandar dan di luar bandar.
(c) Fikiran waras dan matang daripada pengalaman hidup.
(d) Cabaran hidup di bandar
(e) Harapan ibu bapa kepada anak yang bergelar mahasiswa
(f) Nasihat ibu bapa kepada anak

C GAYA BAHASA
(a) Sinkope
Buktinya, Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kaumesrai
dengan suasana suntimu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
Kulepaskan kau menjadi burung putih
Pandai-pandailah kau terbang
jangan kau pulang
(b) Responsi
Buktinya, Kuhantar kau mengecapi angin baru
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
Di awan kampus yang sarat ilmu
di pohon kampus yang tegar status
di padang kampus yang hijau pertimbangan
(c) Anafora
Buktinya, Di awan kampus yang sarat ilmu
di pohon kampus yang tegar status
di padang kampus yang hijau pertimbangan
(d) Metafora
Buktinya, mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
dan waras akal.
(e) Perlambangan
Buktinya, burung  kebebasan
sembilu kesedihan yang disebabkan oleh cabaran
tangga gading universiti
(f) Imejan atau imej alam
Buktinya, Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
dari tangga gading.
Kulepaskan kau menjadi burung putih
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
Di awan kampus yang sarat ilmu
hadir sihir angin bernafas api
di padang kampus yang hijau pertimbangan
tumbuh gunung ego menghalau pekerti.
menongkah awan mulus dan kabus dingin

D NILAI MURNI
(a) Kasih sayang
(b) Kesungguhan
(c) Kegigihan
(d) Ketabahan
(e) Ketaatan
(f) Hemah tinggi
(g) Berdikari
(h) Kesabaran
(i) Kebijaksanaan

E PENGAJARAN
(a) Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa
mendoakan kesejahteraan mereka.
(b) Kita mestilah bersungguh-sungguh dalam melakukan apa-
apa yang kita sukai.
(c) Kita haruslah gigih menimba ilmu dan pengalaman demi
kegunaan pada masa depan.
(d) Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan
demi mematangkan diri.
(e) Kita haruslah taat kepada ibu bapa dan tidak melupakan
mereka selepas berpindah ke bandar.
(f) Kita haruslah menjaga maruah diri dan mengekalkan jati diri
yang mulia di mana-mana sahaja kita berada.
(g) Kita mestilah berdikari sewaktu hidup di bandar seorang diri
supaya tidak terlalu bergantung pada orang lain.
(h) Kita mestilah sabar menghadapi apa-apa cabaran yang
menimpa kita agar dapat menjadikan diri kita lebih kental.
(i) Kita haruslah bijak menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan
agar dapat menghadapi cabaran dalam kehidupan

Anda mungkin juga menyukai