Anda di halaman 1dari 3

JURNAL MINGGU KETIGA

Masalah/ peristiwa

Setelah 3 minggu pengendalian proses aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

bagi matapelajaran Pendidikan Sejarah dan Reka bentuk dan Teknologi, saya

mengalami masalah iaitu berkaitan dengan murid yang sering tertinggal buku teks

dan buku tulis. Saya terpaksa mengambil masa lebih daripada 10 minit untuk

menguruskan murid-murid agar mereka dapat menyediakan buku untuk membuat

latihan. Masalah ini akan menyebabkan perancangan masa yang telah dirangka

menjadi terganggu. Masalah ini berkemungkinan berpunca daripada guru sendiri

dalam mengendalikan kelas. Sebagai seorang bakal pendidik, saya harus tegas

dalam beberapa perkara seperti ini. Saya tidak seharusnya memandang perkara ini

dengan remeh-temeh.

Analisis

Proses pengajaran dan pembelajaran seringkali terganggu akibat murid-murid

lalai untuk menyediakan buku-buku yang harus dibawa untuk mata pelajaran yang

mereka akan pelajari pada hari ini. Murid-murid juga sering memberi alasan tidak

dapat menyiapkan kerja sekolah dan buku tertinggal di rumah. Selain itu, lembaran

kerja yang diberikan juga tidak dilekatkan di dalam buku tulis masing-masing

menyebabkan mereka tidak dapat merujuk kembali kerja yang diberikan. Antara

faktor atau punca berlakunya masalah akibat daripada sikap guru yang tidak tegas

semasa menetapkan peraturan. Guru perlu bertindak sebagai guru asertif.


Menurut Canter :

“ Jika guru ingin mengawal kelas dan mengajar dengan berkesan, maka guru

hendaklah sentiasa bersifat tegas. Perbuatan mereka ini mungkin memberi rasa

tidak selesa kepasa murid-murid kelas yang diajar oleh mereka tetapi masalah

tingkah laku akan dapat diselesaikan Menurut Model Disipiln Asertif Canter juga,

guru berkuasa menetapkan peraturan bilik darjah dan mengawal tingkah laku murid-

murid.

Cadangan tindakan susulan

Sebagai seorang bakal guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan

beberapa perubahan untuk memastikan segala masalah yang dihadapi dapat

dikurangkan atau diatasi. Saya perlu mengikuti ciri-ciri guru asertif yang ditekankan

dalam Model Disipin Asertif Canter. Saya percaya kawalan guru yang tegas dalam

sesebuah bilik darjah dapat mengawal masalah tingkah laku pelajar.

a) Saya patut bertindak lebih tegas di dalam menyelesaikan masalah

ini.

b) Saya akan mendengar penjelasan murid dengan teliti dan hormat

murid-murid.

c) Saya akan member denda kepada murid-murid yang tidak

membawa buku selama 3 kali.


Tempoh penyelesaian

Saya cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu iaitu sehingga 19

Februari 2016.

Tindakan susulan

Saya percaya Model Disiplin Asertif Canter dapat membantu saya dalam

membendung masalah ini. Antara cara untuk menangani masalah ini, saya tidak

boleh layan alasan yang ingin diterima untuk tingkah laku yang tidak diingini. Selain

itu, saya akan tentukan peraturan hendak dipatuhi oleh murid. murid. Sya juga kan

tentukan akibat negatif kerana tidak mematuhi peraturan bilik darjah sebaliknya

tentukan akibat positif untuk tingkah laku sesuai misalnya peneguhan positif atau

ganjaran kumpulan boleh dipertimbangkan.

Anda mungkin juga menyukai