Anda di halaman 1dari 50

EDU 3108

ASAS KEPEMIMPINAN dan PERKEBANGAN


PROFESIONAL GURU

TAJUK 8 (10 jam)


Perkembangan Profesional Guru
Konsep
Pembelajaran
Sepanjang Hayat Pelan Pembelajaran
Akses Maklumat Peribadi
Pelbagai Sumber

Budaya Membaca
Latihan dalam
Perkhidmatan Pembelajaran
Sepanjang Hayat
Budaya Menyelidik
Pembelajaran
Autentik

Budaya Reflektif
Budaya Kolaborasi
& Koperatif
Budaya Musyawarah
Pengenalan
Pepatah Melayu menyebut ‘Menuntut ilmu
dari buaian hingga ke liang lahad’ bermaksud,
keperluan menuntut ilmu sepatutnya tidak
berhenti sehingga kita meninggal dunia. Ia
menggambarkan bahawa pencarian ilmu adalah
suatu tuntutan yang sepatutnya ditunaikan
bermula dari awal kehidupan seseorang insan
sehingga insan tersebut meninggal dunia yang
fana ini. Pepatah tersebut mencerminkan
Pembelajaran Sepanjang Hayat yang telah
diilhamkan lebih awal oleh nenek moyang kita
yang terdahulu.
Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat
• Kepentingan mencari ilmu turut ditegaskan dalam
setiap agama.
• Bagi agama islam, hal tersebut begitu jelas melalui
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Ssesiap yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah
akan menunjukkan jalan yang perlu ditempuhnya untuk menuju ke
syurga.”

• Pembelajaran Sepanjang Hayat bermaksud motivasi


kendiri ke arah pencarian dan peningkatan ilmu secara
sukarela berdasarkan keperluan personal ataupun
profesional.
•Setiap guru perlu mempunyai semangat dan cita-cita yang
kuat untuk meneruskan kehidupan dengan menambahkan
ilmu di dada.

•Setiap guru perlu mengemaskinikan ilmu dan kemahiran


dalam memastikan perkembangan dan peningkatan
profesionalisme guru yang sejajar dengan perubahan dan
cabaran yang dihadapi dari satu masa ke satu masa.

•Dalam era globalisasi menuntut setiap guru menguasai


ilmu dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat.

•Unsur-unsur insaniah tidak boleh diabaikan sama sekali


memandangkan unsur-unsur insaniah yang menjurus ke
arah nilai-nilai kemanusiaan dan kekuatan spiritual menjadi
tuntutan yang akan menyeimbangkan kehidupan manusia.
•Setiap guru perlu mempunyai pelan
pembelajaran kendiri.
•Latihan yang berterusan kepada guru ialah
pendekatan dalam Pembelajaran Sepanjang
Hayat.
•Antara program Pembelajaran Sepanjang
Hayat adalah menghadiri seminar dan bengkel,
menyertai kursus-kursus pendek dan kursus
panjang, terlibat dalam konsiltansi, budaya
membaca, menjalankan penyelidikan,
mengadakan lawatan ke sekolah dan lawatan
penandaarasan dan sebagainya.
Pelan Pembelajaran Peribadi
•Perkembangan dunia pendidikan menuntut setiap
guru meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka sejajar
dengan tuntutan semasa.

•Guru ialah contoh dan rol model paling dekat dengan


murid, maka belajar bagaimana belajar (learn how to
learn) perlu dipaparkan melalui perlakuan dan
tindakan guru sendiri.

•Pembelajaran perlu berlaku sepanjang hayat dalam


pelbagai situasi, tambahan dengan perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini
pencarian ilmu bukanlah sesuatu yang mustahil.
Pembelajaran Sepanjang Hayat
memerlukan guru-guru bersiap sedia dengan
pelan pembelajaran peribadi yang antaranya
adalah seperti berikut :

Pembelajaran di rumah
Pendidikan Dewasa
Pendidikan Berterusan
Pengetahuan Pekerja
Pembelajaran di Rumah
•Ia dianggap sebagai pembelajran secara tidak
formal.
•Pembelajaran di rumah biasanya dikendalikan
oleh ibu bapa atau tutor.
•Pembelajaran boleh berlaku melalui pengawasan
sesuatu pihak yang menyediakan kurikulum yang
telah diluluskan.
•Pada masa sekarang terdapat beberapa program
pendidikan yang boleh berlangsung di rumah,
antaranya pembelajaran melalui talian (online
learning –OLL )
Pendidikan Dewasa
•Ia berupa proses pembelajaran dalam kalangan dewasa
melalui kursus-kursus atau program-program pengajian
lanjutan sama ada di kolej atau universiti.
•Peluamg meningkatkan ilmu turut berlaku di tempat-
tempat kerja yang kerap dirujuk sebagai Latihan
Pembangunan Staf (LPS) untuk meningkatkan tahap
kecekapan dan kompetansi dalam kerjaya masing-
masing.
•Kalangan dewasa juga boleh meningkatkan ilmu dan
kemahiran dalam sesuatu bidang yang diminati dan
digemari oleh mereka untuk peningkatan peribadi.
Pendidikan Berterusan
•Pendidikan Berterusan lebih tertumpu pada usaha
seseorang untuk menyambung pengajiannya di
sesebuah kolej atau universiti untuk memperoleh sijil,
diploma atau ijazah lanjutan sama ada secara sepenuh
masa atau secara sambilan.

•Terdapat pelbagai kaedah dalam pendidikan


berterusan, antaranya menghadiri kuliah,
Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ), pembelajaran bantuan
rakaman video & bahan-bahan pengisian CD ROM,
progran broadcasting, pembelajaran atas talian (OLL),
internet serta kursus interaktif atas talian (Online
Interactive Courses)
Pengetahuan Pekerja
•Ia berfokus kepada peningkatan profesional dan latihan
kerjaya.
•Pengetahuan perkerja menjadi kayu pengukur terhadap
pengetahuan dan keupayaan seseorang dalam bidang
pekerjaan yang sedang dijalankan oleh mereka.
•Seseorang guru perlu menerokai bidang kerjaya mereka
yang berkaitan dengan pengetahuan pedagogi
(pedagogical content knowledge), kandungan mata
pelajaran (subject content knowledge), psikologi murid
dan perkara-perkara yang melibatkan pengurusan bilik
darjah.
•Kajian tindak ialah satu cara yang membolehkan guru
mendalami profesion keguruan .
Persekitaran Pembelajaran Kendiri (PKK)
•Ia berupa suatu sistem pembelajaran yang
memerlukan pelajar mengurus dan mengawal
pembelajaran sendiri.
•Pelajar perlu memahami dan menentukan
matlamat pembelajaran, menguruskan
pembelajaran sendiri dan bersedia berinteraksi
dengan pihak lain dalam memastikan proses
pembelajaran mencapai matlamat.
•Pengalaman belajar secara formal dan tidak
formal merupakan gabungan yang
menyempurnakan sesuatu persekitaran
pembelajaran kendiri.
•Pelajar perlu memiliki kemahiran sosial yang
membolehkan mereka berhubung dengan
pihak lain dalam usaha perkongsian ilmu dan
merentas sempadan institusi untuk
memperoleh pelbagai sumber.

•Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat


menerusi PPK adalah sesuatu yang baru dan
selaras dengan itu konsep e-learning yang
diperkenalkan.
Budaya Membaca
•Bangsa yang maju dan berjaya merupakan bangsa yang
menjadi membaca sebagai budaya dalam kehidupan
mereka.
•Dr Mahathir (1988)menyeru agar guru-guru
mengamalkan budaya membaca bagi memastikan
mereka sentiasa mengemaskinikan ilmu pengetahuan
mereka memandangkan peranan mereka sebagai
pendidik dan rol model kepada murid di sekolah.
•Guru di Malaysia patut bangun menggilap imej guru
Malaysia melalui pembacaan bagi memastikan guru tidak
terpinggir daripada kelompok profesional yang lain.
Panduan Mengurus Amalan Membaca
1. Peruntukan masa untuk membaca pada setiap hari
sekurang-kurangnya 10 minit.
2. Pastikan membawa buku ke mana-mana sahaja anda
pergi.
3. Kurangkan aktiviti lain yang si-sia dan isikan masa dengan
aktiviti membaca.
4. Dapatkan suatu ruang yang sunyi dan tidak diganggu
ketika membaca.
5. Sediakan senarai bahan bacaan yang telah anda kenal
pasti dan buat catatan untuk mendapatkannya.
6. Kunjungi pameran buku dan kedai buku untuk memupuk
minat membaca.
7. Tentukan matlamat anda dalam pembacaan bagi
memastikan semangat anda kental dalam amalan
membaca.
Budaya Menyelidik
•Budaya menyelidik dalam kalangan masyarakat
Malaysia khususnya kalangan guru masih belum
menyeluruh.
•Menerusi penyelidikan kita mula berfikir, merancang,
melakukan tinjauan dengan membaca pelbagai bahan
terutama hasil dapatan kajian pihak lain, menyediakan
item-item soalan, menganalisis dan menulis laporan.
•Proses menyelidik mendorong ke arah pemikiran yang
tinggi sehingga ke peringkat analisis dan menjadi lebih
peka dan berpemikiran kritis.
•Penyelidikan mencungkil pelbagai perkara baharu yang
membolehkan kita membincangkan sesuatu tindakan
yang lebih terkini dan sesuai.
•Bagi kalangan guru, jenis penyelidikan yang
paling sesuai ialah Penyelidikan Tindakan (PT).

•PT membolehkan guru mengenal pasti isu dan


masalah berkaitan dengan pengurusan P&P,
disiplin dan sikap pelajar, kepemimpinan dan
pengurusan sekolah dan perkara-perkara lain
mengenai sistem pendidikan.
Penyelidikan Tindakan
•PT mula diperkenalkan oleh Kurt Lerwin (1946)
apabila beliau berjaya menulis tentang isu-isu
komuniti.
•Pada tahun 1973-1976, John Elliot & Clem
Adelmen telah menggunakan metodologi PT dalam
Ford Teaching Project dalam usaha membantu
guru-guru menggunakan beberapa persoalan di
dalam bilik darjah.
•Aktiviti penyelidikan dalam kalangan guru bermula
di United Kingdom oleh Stenhouse (1971).
Peringkat KPM
•1989- Pensyarah-pensyarah maktab perguruan
•1995- PT mula dimasukkan ke dalam kurikulum
Kursus Perguruan Lepasan Diploma (KPLD) dan
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)
•1997- Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan telah melatih kursus PT kepada
guru-guru.
•2006- Penyelidikan Tindakan ditawar sebagai
kursus teras di bawah program PISMP di IPG.
Definisi PT
•PT ialah suatu pusingan (spiral) yang terdiri daripada
perancangan, tindakan, penilaian terhadap tindakan. -
-- Kurt Lewin

•Suatu bentuk inkuiri reflektif yang dilaksanakan oleh


peserta-peserta spt guru-guru, pelajar atau pengetua
dalam situasi sosial spt pendidikan, bagi memperbaiki
amalan-amalan sosial dan meningkatkan pemahaman
mereka terhadap amalan-amalan tersebut. --- Kemmis

•Kajian mengenai satu situasi sosial dengan tujuan untuk


menambah baik kualiti sesuatu tindakan. --- Somekh
Kepentingan Penyelidikan Tindakan
•Menambah baik amalan P&P kendiri guru atau pensyarah
yang secara langsung terlibat dalam suasana P&P.

•Memfokus pada suatu kajian yang lebih spesifik tentang salah


satu aspek dalam pengajaran yang juga merupakan aspek
yang anda beri perhatian.

•Menggalakkan budaya kolaborasi dengan pihak lain di mana


anda sebagai guru terlibat secara peribadi sebagai peserta
kajian ini dan mungkin melaksanakan kajian secara individu di
mana murid-murid anda atau rakan-rakan sekerja anda
sebagai pemberi maklumat ke atas tindakan yang anda ambil.
•Pendokumentasian dan bukti sesuatu penyataan dapat
dilakukan melalui penyelidikan tindakan.
•PT mendorong budaya reflektif yang membentuk diri
yang berpemikiran dan bersikap terbuka, mampu
menerima dan mengaku kelemahan dan bersedia
memperbaiki dan berubah, malahan mampu
menambah baik amalan kendiri.
•PT memberikan peluang untuk nilai tambah dalam
peningkatan profesionalisme keguruan.
Amalan Reflektif
Konsep Reflektif
•Berfikiran reflektif merupakan amalan berfikir atau
merenung kembali sesuatu pengalaman yang kita alami
dan menyedari implikasinya terhadap diri kita.

•Budaya berfikir secara reflektif bagi kalangan guru


mampu membantu guru untuk mengimbangkan
kepercayaan kita dengan keperluan pelajar.

•Apabila kita membuat refleksi, kita menjadi lebih sedar


dan kritis mengenai amalan kita sendiri dan dengan ini
sesuatu pengajaran mampu dipertingkatkan.
•Pengajaran reflektif adalah penting kerana
pengajaran ini membolehkan kita memahami
pengalaman praktik tanpa mengetepikan hakikat
bahawa terdapat nilai, andaian, kepercayaan dan
perspektif kendiri yang mempengaruhi kedua-dua
amalan dan bagaimana amalan itu dialami.

•Schon juga berpendapat bahawa amalan reflektif


ialah proses belajar pada peringkat tinggi yang
melibatkan pemikiran tentang pembelajaran
berasaskan amalan untuk mendapat perspektif
baharu untuk memperbaharui pertimbangan dan
meningkatkan ikuiri sehingga menjadi suatu
himpunan.
Kepentingan Amalan Reflektif dalam Bidang
Keguruan
i. Amalan reflektif sangat sesuai kepada guru
pelatih untuk mengimbangi antara pengalaman
mereka sendiri dengan kejayaan golongan yang
terdahulu.

ii. Dalam melaksanakan aktiviti refleksi , guru


pelatih turut berkongsi pengalaman dan
pandangan dengan rakan mereka yang lain
yang menjadikan pembelajaran lebih berkesan
dan pemikiran guru pelatih lebih terbuka dan
matang.
iii. Amalan reflektif juga merupakan pembelajaran
kendiri (self-learning) dalam kalangan guru
dalam perkhidmatan. Ia mejadikan guru-guru
sentiasa menyemak semula pelaksanaan P&P.

iv. Melalui amalan reflektif, guru-guru diajak


melihat dan meneliti sikap, perkembangan
kemahiran mengurus dan merenung kesan
etika amalan di dalam bilik darjah yang
melibatkan unsur-unsur budaya yang berbeza
dengan pengalaman lampau mereka.
Jenis-jenis Amalan Reflektif
Amalan reflektif boleh berlaku dalam beberapa
cara seperti berikut :
a) Amalan Reflektif Semerta (Reflection-in-
Action)
b) Amalan Reflektif ke Atas Tindakan
(Reflection-on-Action)
c) Amalan Reflektif untuk Tindakan (Reflection-
for-Action)
a) Amalan Reflektif Semerta (Reflection-in-Action)

• Ia berlaku semasa kita sedang bertindak

• Contoh : sewaktu guru sedang mencuba suatu tindakan yang


baharu untuk meneroka peristiwa baharu yang tidak
dijangka di dalam bilik darjah, menguji kefahaman tentatif
dan mengukuhkan tindakan yang telah kita cipta agar kita
dapat bertindak dengan cara yang baharu dan lebih baik.

• Ia berlaku dalam situasi di mana tindakan kita


mendatangkan kesan yang tidak dijangka dan bukan
sebahagian daripada tindakan yang kita rancang.

• Ia mempunyai fungsi yang kritikal dalam mempengaruhi cara


kita menilai, berfikir dan menstruktur semula strategi,
menghasilkan kefahaman baharu dan cara baharu untuk
melihat masalah.
b) Amalan Reflektif ke Atas Tindakan
(Reflection-on-Action)
• Amalan ini merupakan satu bentuk refleksi
yang dilakukan setelah sesuatu tindakan
diambil dan boleh secara lisan dan bukan
lisan.
• Amalan seperti ini bersifat retrospektif dan
kita mungkin dapati amalan ini dapat
membantu seseorang guru untuk cepat
sedar terhadap peristiwa yang berlaku
dalam bilik darjah.
c) Amalan Reflektif untuk Tindakan (Reflection-for-
Action)

• Amalan ini berlaku selepas sesuatu tindakan diambil


dan membantu guru memperoleh cara baharu dalam
melaksanakan sesuatu kerja, mempelajari
pengetahuan baharu dan membina teori.

• Ia adalah satu tindakan sistematik dan yang


disengajakan untuk menganalisi, membina dan
membentuk semula situasi P&P supaya dapat
menerokai rancangan baharu untuk kegunaan
seterusnya.
Proses Pengajaran Reflektif
Apabila seseorang guru mampu menyoal
tindakan dan keputusannya berkaitan dengan
pengurusan P&P dan pengurusan bilik darjah,
maka guru tersebut sebenarnya telah cuba
menyelesaikan P&P yang dilaksanakannya.
Pengajaran reflektif boleh berlaku dalam
dua cara iaitu :
i. Penulisan Jurnal Refleksi
ii. Pengurusan Portfolio
Kolaborasi dan Musyawarah
•Kolaborasi didefinisikan sebagai bekerja dengan orang
lain dalam projek bersama yang mempunyai matlamat
yang sama hendak dicapai.

•Dalam kolaborasi wujud musyawarah.

•Musyawarah ialah rundingan yang berlangsung dan


mencapai kata sepakat atau persetujuan terhadap
sesuautu tindakan yang diambil.

•Musyawarah perlu dijadikan amalan oleh para guru


dalam menentukan sesuatu keputusan bersama-sama
demi keputusan yang cemerlang.
Kepentingan Berkolaborasi
•Banyak kajian telah mendapati bahawa guru boleh
berkembang secara profesional melalui kolaborasi
(Lieberman, 1986; Hopkin, 1984)

•Sesebuah sekolah akan lebih berjaya untuk guru dan


muridnya sekiranya guru bekerja secara kolaboratif untuk
menyelesaikan masalah, dan diberi autonomi yang
maksimum untuk menjalankan kerja mereka.

•Kepakaran dalam pengajaran lahir daripada proses


perkongsian, mencuba idea-idea baharu, membuat
refleksi ke atas amalan dan membina pendekatan-
pendekatan baharu.
Elemen-Elemen Kolaborasi
Kolaborasi yang berkesan bergantung pada elemen-elemen yang
berikut :
•Hubungan kerja yang boleh dikembangkan dan dikekalkan melalui
kepercayaan guru.

•Kepercayaan bahawa bekerja bersama-sama bukan sesuatu yang


dipaksa tetapi secara sukarela.

•Peningkatan kemahiran dan daya usaha dilihat sebagai suatu proses


berterusan di mana perubahan boleh dilaksanakan dan disokong.

•Bekerja bersama-sama dilihat sebagai aktiviti berjadual yang


memperlihatkan status kerja yang perlu dibuat tetapi tidak menyekat
perkembang diri individu.

•Penghargaan secara langsung terhadap keperluan mereka yang


terlibat.
Cara-cara Guru Berkolaborasi
a. Pengajaran Berpasukan
• Merujuk kepada kaedah pengajaran yang dijalankan
oleh sekumpulan guru yang pakar atau mahir dalam
pelbagai bidang dengan membentuk sebuah pasukan
pengajaran.

b. Kolaborasi melalui Kemudahan Teknologi dan


Komunikasi (TMK)
• Pelbagai bahan dan sumber pengajaran, teknik dan
strategi dapat dikongsikan oleh kalangan guru melalui
TMK seperti internet, e-mel, video konferens dan
sebagainya.
c. Kolaborasi antara Organisasi/ Institusi /
Agensi
• Kolaborasi antara sekolah dengan pihak lain
sangat penting dalam meningkatkan kualiti
sesuatu program atau aktiviti.
• Guru-guru boleh mewujudkan kolaborasi
dengan pihak universiti atau agensi dalam
menjalankan penyelidikan.
Latihan Dalam Perkhidmatan

Kursus dalam perkhidmatan memberikan


fokus pada peningkatan ilmu dan kemahiran
guru terutama dalam pengurusan pembestarian
sekolah, sains dan teknologi, teknologi maklumat
dan komunikasi, pengurusan kokurikulum,
pentaksiran dan penilaian, di samping latihan-
latihan berhubung pedagogi terkini dan mastery
learning.
Objektif Kursus
i. Mendedahkan guru-guru dengan inovasi terkini
dalam bidang pendidikan. Kursus-kursus yang
dianjurkan berfokus dalam memberikan input
terkini berhubung pendekatan P&P terkini.

ii. Meningkatkan kualiti pengajaran di bilik darjah


dengan menawarkan kursus-kursus yang
berkaitan dengan pengurusan emosi dan
spiritual, menangani disiplin dan masalah
tingkah laku murid dengan pendedahan ‘Reality
Theraphy’ serta amalan-amalan terbaik di
dalam bilik darjah.
iii. Memperlengkap guru dengan kecekapan agar mereka dapat
mencipta persekitaran pembelajaran yang berkesan.

iv. Menyemai dalam diri guru bahawa Pembelajaran Sepanjang


Hayat untuk menaiktarafkan kepakaran mereka melalui kursus-
kursus yang melengkapkan diri guru dalam pelbagai bidang.

v. Membolehkan guru menghadapi dan mengatasi cabaran-


cabaran yang wujud dalam pendidikan.

vi. Melengkapkan pengetahuan dan kesedaran guru berhubung


dasar-dasar pendidikan dan kerajaan yang perlu disesuaikan
dengan trend dan perubahan semasa.

vii. Program-program dalam perkhidmatan juga bertujuan


memartabatkan profesion keguruan. Contohnya PGSR.
Pembelajaran Autentik

Pembelajaran autentik ialah pembelajaran


berasaskan aktiviti dalam suasana sebenar yang
membolehkan seseorang pelajar menumpukan
pada pengetahuan dan kemahiran seperti
kemahiran berfikir dan kemahiran
menyelesaikan masalah.
Ciri-ciri Pembelajaran Autentik
•Aktiviti pembelajaran berasaskan keadaan sebenar, contoh,
dalam pengajaran mikro.

•Pelajar menyiapkan tugasan dengan mengenal pasti dan


meneliti tugasan mereka yang membolehkan pelajar
menginterpretasikannya secara terbuka.

•Memberikan peluang kepada pelajar untuk memeriksa dan


mengkaji tugasan dalam jangka masa tertentu seperti
tempoh satu hari, berminggu atau berbulan dan bukan dalam
tempoh beberapa minit atau beberapa jam.

•Pelajar diberi peluang meneliti dan memahami tugasan


mereka daripada pelbagai perspektif dengan menggunakan
pelbagai sumber.
•Pelajar berpeluang berkolaborasi dengan pihak lain.

•Pembelajaran autentik boleh diintegrasikan dan


dilaksanakan merentas dalam pelbagai mata pelajaran
dan silang disiplin yang membolehkan pelajar
memainkan peranan mereka sebagai pakar .

•Pembelajaran autentik turut diintegrasikan dalam


penilaian dalam keadaan sebenar.

•Pembelajaran berpusatkan pelajar merupakan


pendekatan dalam pembelajaran autentik.
Akses Maklumat daripada Pelbagai Sumber

Perkembangan pesat TMK memberikan


peluang kepada setiap individu menguasai
pelbagai maklumat. Pada masa sekarang, peranan
guru sebagai sumber maklumat dan pengetahuan
kepada pelajar semakin mengecil kerana peranan
guru itu telah diambil alih oleh TMK.
Sehubungan itu, peranan guru lebih
bertumpu pada peranan sebagai fasilitator dan
oleh kerana itu guru perlu memperlengkap diri
dengan maklumat terkini bagi menjamin
keberkesanan peranannya sebagai fasilitator.
Antara Sumber Maklumat TMK
a. Program Adobe
Antara program Adobe adalah seperti yang berikut :
i. Rich Internet Application (RIA)
Sumber ini menyediakan modul pembelajaran
kendiri secara atas talian (online)
ii. Adobe Digital Career
Mengajarkan kemahiran melalui reka bentuk
visual, reka bentuk web dan penerbitan video
melalui Adobe Creative Suite.
iii. Saluran TV Pendidikan Adobe
Saluran TV pendidikan Adobe mendidik,
mendorong, bahan-bahan tutorial, teknik yang
inovatif dengan menggunakan perisian Adobe
dalam pendidikan.
b. Program ERIC
ERIC menawarkan lebih daripada 1.3 juta
senarai bibliografi jurnal, artikel dan bahan-
bahan pendidikan yang berkaitan dengan
penambahan senarai yang baharu pada setiap
minggu.
c. E-Pembelajaran
• Pembelajaran Elektronik iaitu Pengajaran
Berasaskan Web (Web-Based Instruction).
• Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
Laman Portal Pendidikan – Portal Pendidikan
Utusan (www.tutor.com.my), Cikgu. Net
(www.cikgu.net.my).
Portal Pengurusan Pengetahuan – Yahoo, MSN
d. E-Perpustskaan, E-Buku dan E-Jurnal
• E-perpustakaan ataupun Perpustakaan
Elektronik ialah sumber yang paling mudah
diakses oleh pelajar.
• Kebanyakan universiti luar negara dan
universiti tempatan telah menyediakan
kemudahan ini.
• OUM yang mempunyai koleksi yang terdiri
daripada e-buku sebanyak 72,500 tajuk
dan e-jurnal sebanyak 29,566 tajuk.
Aktiviti 1
• Guru Besar sekolah anda ingin memupuk
budaya membaca dalam kalangan murid-
murid. Anda dipertanggungjawabkan untuk
merancang aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk
menggalakkan budaya membaca.
Aktiviti 2
• Kajian membuktikan bahawa kolaborasi
mampu memperkembangkan ilmu
pengetahuan, kefahaman dan kemahiran
profesional guru. Jelaskan cara-cara yang
boleh anda amalkan untuk berkolaborasi
dengan guru-guru lain.
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai