Anda di halaman 1dari 5

PELAN TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN

Sepenjang minggu ketiga bermula 15 Februari 2016-19 Februari 2016, beberapa perkara
telah dikenal pasti daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta aktiviti di luar
bilik darjah yang telah dan akan dilaksanakan sepanjang praktikum di SK Tambun Tulang.
Berikut merupakan pelan tindakan penambahbaikan dalam bentuk senarai semak yang
perlu dilaksanakan.

Senarai semak :

Bil. Perkara / Isu Tindakan / Cadangan Catatan


1. Pelajar tidak  Perlu bertindak tegas
membawa buku dan  Bertindak sebagai guru asertif
alat tulis ke sekolah.  Memberi denda kepada murid-
murid yang tidak membawa buku
selama 3 kali.
 Melaksanakan sistem ganjaran
 Berjumpa dengan guru kelas,
guru sejarah kelas tersebut dan
guru disiplin.

2. Aktiviti PdP Sejarah  Aktiviti menarik yang bermakna


dan Reka bentuk dan  Lembaran kerja yang bermakna
Teknologi  Aktiviti individu, berpasangan,
dan berkumpulan
 Soalan atau cadangan
komunikasi yang terdiri daripada
pelbagai aras kebolehan

3. Badan Beruniform :  Berjumpa dan berbincang


Puteri Islam dengan guru penasihat Puteri
Islam
 Aktiviti pertandingan teka-teki
dilangsungkan
 Merancang aktiviti untuk
perjumpaan
 Menulis laporan beserta gambar
bagi aktiviti yang dijalankan

5. Menyertai aktiviti lain  Perhimpunan pagi


yang diadakan pihak  1 Murid 1 Sukan
sekolah.
PELAKSANAAN PENAMBAHBAIKAN

 Masalah :- Murid-murid tidak membawa buku dan alat tulis


ke sekolah.
 Tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh saya pada
minggu depan.

Bertindak
sebagai guru
asertif

Berjumpa Memberi denda


dengan guru kepada murid-
kelas, guru murid yang
sejarah kelas tidak membawa
tersebut dan buku selama 3
guru disiplin. kali.

Melaksanakan
sistem ganjaran
PENILAIAN TINDAKAN

Saya akan menilai pelaksanaan penambahbaikan melalui kaedah pemerhatian.

Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk

mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian ini juga merupakan alternatif

yang ada dalam mengumpul maklumat dan pengumpulan data selain soal selidik

dan temuduga. Melalui pemerhatian saya dapat :-

a) Meneliti tingkah laku pelajar

b) Melihat perubahan tingkah laku pelajar

c) Melihat sejauh manakah Model Asertif Canter berkesan

d) Menilai sejauh mana murid-murid boleh mematuhi kontrak guru dan murid.

e) Melihat komitmen pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


MINGGU KEEMPAT ( 22 FEBRUARI 2016 – 26 FEBRUARI 2016 )

Pada minggu keempat, saya telah menghadapi masalah sumber latihan yang secukupnya
untuk diberikan kepada murid-murid. Akibatnya, sesetengah aktiviti yang telah dirancangkan
tidak dapat dijalankan. Hal ini, menimbulkan masalah bagi mencapai objektif, khususnya
objektif yang akhir dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu.

Masalah ini timbul kerana sumber bagi membuat latihan kepada murid-murid
semakin kekurangan. Perkara ini menyebabkan saya terpaksa memakan masa yang agak
lama untuk menghasilkan bahan yang sesuai dengan menggunakan sumber yang telah
diperoleh itu. Di samping itu, masalah sumber ini juga menyebabkan bahan yang diperlukan
untuk menghasilkan bahan bantu mengajar juga mengambil masa yang lama untuk
dihasilkan dengan sepenuhnya.

Saya patut merancang dengan teliti sumber yang sepatutnya diperlukan sebelum
mencarinya. Bagi memastikan sumber yang dicari senang diperoleh, saya sepatutnya perlu
sentiasa kemaskini dengan perubahan sumber yang sedang berlaku supaya dapat
memperoleh bahan yang dicari dengan secepatnya. Saya akan mendapatkan bimbingan
dan nasihat daripada pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan
yang lain.

Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran akan datang kerana
penggunaan bahan sumber yang sesuai sahaja dapat membentuk satu bahan bantu
mengajar yang sesuai dengan kemampuan murid. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi
dengan segera, sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai
sepenuhnya. Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan
objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan sumber yang digunakan.

Anda mungkin juga menyukai