Anda di halaman 1dari 1

Bercuti di Port Dickson

Jumaat, 16 Februari

Keluargaku seramai lima orang membuat persiapan untuk pergi berkelah di pantai
Port Dickson, Negeri Sembilan. Ayah dan ibu sibuk di dapur menyiapkan bekalan
makanan yang hendak dibawa.

Kami sekeluarga bertolak dari rumah dengan menaiki kereta Toyota Avanza.
Perjalanan ke Port Dickson mengambil masa selama satu jam setengah . Aku dan
abang membantu ibu mengangkat barang-barang lalu meletakkannya di bawah
pokok. Ibu pula mula menyusun atur barang dan membuka bekalan yang dibawa.

Selepas puas bermandi-manda, kami naik ke pantai untuk menjamu selera


dengan bekalan yang dibawa. Selepas mengemas, kami terus mendaftar masuk ke
hotel dan berehat.

Sabtu, 17 Februari

Pada awal pagi kami ke Ostrich Farm untuk melihat burung unta. Kami dapat
menunggang burung unta dan memberi makan burung unta. Selain burung unta, di sini
ada haiwan seperti keldai, unta, kambing, berbagai jenis arnab, angsa, ayam belanda
dan itik.

Selepas makan tengah hari, kami melawat ke Muzium Tentera Darat. Kami
dapat melihat pameran kereta kebal, senjata dan pakaian tentera. Kami juga dapat
melihat latihan kawad kaki yang dilakukan oleh tentera.

Pada sebelah malamnya, kami makan di sebuah restoran makanan laut di


pantai Teluk Kemang. Di sini terdapat banyak jenis makanan laut yang segar seperti
ikan, sotong, ketam dan udang.

Ahad, 18 Februari

Selepas sarapan kami mendaftar keluar dari hotel untuk pulang ke rumah. Sebelum
pulang, kami sempat singgah di Galeri 3D di Lukut untuk melihat animasi dan lukisan
unik. Kami mengambil gambar sebagai kenangan. Aku berasa sangat gembira dan
mendapat pengalaman yang manis. Aku berharap agar aku dapat datang lagi ke
tempat ini.

Anda mungkin juga menyukai