Anda di halaman 1dari 5

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PANITIA SAINS
SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HILIR PERAK

MINIT MESYUARAT BIL 1 / TAHUN 2018

Tarikh : 06 April 2018

Masa : 2.45 petang

Tempat : Dewan Cempaka, PPD (Cawangan Hilir Perak)

Pengerusi : Tuan Haji Amir Bin Kamarudin (Guru Besar, SK Chikus)

Pegawai PPD : Encik Amiruddin Bin Moksin (Pen. PPD Kurikulum Sains dan Matematik)

Kehadiran : *Rujuk Lampiran 1


1. SK : 35 / 35
2. SJK (C) : 9 / 9
3. SJK (T) : 12 / 12

Agenda Mesyuarat

1. Ucapan Pengerusi Majlis


2. Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah / Wakil
3. Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
4. Maklum Balas Dan Perkara Berbangkit
5. Analisis Dan Post Mortem Peperiksaan UPSR 2016/2017
6. Penetapan Peratus Menguasai Tahap Minimum UPSR 2018
7. Perbincangan Program Peningkatan Kecemerlangan Sains UPSR 2018
8. Hal-Hal Lain

1
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

1. Ucapan Pengerusi Majlis

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah AL-Fatihah.

1.2 Mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru Ketua Panitia Sains atau wakil
pada mesyuarat panitia bagi kali pertama tahun 2018.

1.3 Mengucapkan syabas kepada guru Ketua Panitia Sains yang terlibat dengan program yang
dirancangkan pada tahun 2017 dan telah memberikan kerjasama yang kukuh dan bersungguh-
sungguh serta mendapat hasil yang cemerlang.

1.4 Memaklumkan pada tahun ini, SK Chikus diamanahkan oleh PPD Hilir Perak untuk menjadi
pengerusi Panitia Sains Daerah.

1.5 Berharap agar segala program yang dirancang pada tahun ini berimpak tinggi selaras dengan
dasar Tuan Ketua PPD Hilir Perak iaitu “Low Budget, High Impact”.

Tindakan : Makluman

2. Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah / Wakil

2.1 Amiruddin Bin Moksin selaku Pen. PPD Kurikulum Sains dan Matematik, mengucapkan salam dan
mengalu-alukan kedatangan guru Ketua Panita Sains / wakil yang dapat hadir pada mesyuarat kali
ini.

2.2 Memaklumkan yang beliau kini menanggung tugas Encik Saaidin Bin Mat Jam; Pen. PPD Kurikulum
Sains dan Matematik (Menengah).

2.3 Memaklumkan pada tahun ini, pihak PPD Hilir Perak memberi bertanggung jawab kepada beliau
untuk meningkatkan peratus lulus dan kualiti mata pelajaran Matematik dan Sains yang rendah
dalam UPSR.

2.4 Berharap semoga semua guru Ketua Panitia Sains ini dapat bekerjasama dalam merancang
program panitia yang berimpak tinggi pada tahun ini sebagai persiapan menghadapi UPSR 2018.

2
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

2.5 Guru Ketua Panitia Sains diminta untuk memberi penekanan terhadap Fail Panitia Sains selaras
dengan Aspek 3.1.2: Pengurusan Mata Pelajaran dalam instrumen SKPMg2.

2.6 Guru Ketua Panitia perlu merangka Pelan Perancangan Strategik Panitia Sains yang merangkumi
Pelan Taktikal dan Pelan Operasi di peringkat sekolah masing-masing.

2.7 Beliau menyampaikan pesanan Tuan Ketua PPD Hilir Perak:

2.7.1 Guru Sains Tahun 5 dan 6 perlu merancang dan melaksanakan program untuk
memastikan kemenjadian murid iaitu menguasai tahap minimum dalam mata pelajaran
sains.
2.7.2 Guru Sains perlu melaksanakan PAK21 dalam PdPc di sekolah masing-masing.
2.7.3 PAK21, Frog VLE dan Kehadiran Murid merupakan KPI bagi Pengetua dan Guru Besar
(PGB).
2.7.4 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) perlu dilaksanakan.
2.7.5 Menggalakkan guru Ketua Panitia Sains untuk melibatkan diri sebagai Pemeriksa Kertas
Soalan supaya dapat mengetahui format terkini pemarkahan bagi UPSR.
2.7.6 Setiap program yang dirancang perlu mempunyai ciri-ciri “Low Budget, High Impact”.
2.7.7 Setiap guru bekerja dalam keadaan gembira sesuai dengan prinsip “Dont Worry, Be
Happy, No Stress”.

Tindakan : Makluman

3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu

Ditangguhkan. Tiada maklumat minit mesyuarat yang lepas.

Tindakan : Pengerusi Panitia Sains Daerah 2017

4. Maklum balas dan Perkara Berbangkit

Ditangguhkan. Tiada maklumat minit mesyuarat yang lepas.

Tindakan : Pengerusi Panitia Sains Daerah 2017

3
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

5. Analisis dan Post Mortem Peperiksaan UPSR 2016/2017

*Rujuk Lampiran 2
(Laporan perbentangan Analisis Bilangan Calon UPSR, Analisis Kualiti (A) dan Analisis Peratus Lulus)

Tindakan : Makluman

6. Penetapan Peratus Menguasai Tahap Minimum UPSR 2018

6.1 Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk memastikan kemenjadian murid iaitu menguasai
tahap minimum dalam mata pelajaran sains selaras dengan dasar PPD Hilir Perak.

Tindakan : Ketua Panitia Sains

7. Perbincangan Program Peningkatan Kecemerlangan Sains UPSR 2018

7.1 Berdasarkan perbincangan bersama guru Ketua Panitia Sains, dicadangkan untuk diadakan:

7.1.1 Dialog prestasi bersama guru UPSR Sains Tahun 6 bersama PPD Hilir Perak.
7.1.2 Bengkel berfokus kepada murid GALUS (Gagal kepada Lulus) untuk memastikan
penguasaan tahap minimum.
7.1.3 Program Motivasi kepada murid Potensi A.
7.1.4 Program Motivasi kepada murid GALUS.
7.1.5 Kursus berkenaan teknik menjawab soalan UPSR kepada guru UPSR Sains Tahun 6
bersama Pemeriksa Kertas Soalan UPSR.

7.2 Cadangan semua program dilaksanakan mengikut kelompok sekolah (4 kelompok) supaya tidak
terlalu padat jumlah penyertaan sekali gus dapat memberi impak yang tinggi kepada peserta.

Tindakan : PPD Sains dan Matematik

4
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

8. Hal-Hal Lain

8.1 Cikgu Intan (SK Changkat Jong) mencadangkan untuk diadakan Bengkel PAK21 khas untuk Guru
Sains bersama Puan Halina Abdullah (Guru inovatif kebangsaan) bagi memastikan pemantapan
perlaksanaan PAK21 di sekolah.

8.2 Cikgu Zhafarul (Sk Sg Rusa) mencadangkan untuk diadakan Bengkel Pembinaan Item bersama
Cikgu Zakaria dan Cikgu Noraini (Guru-Guru Akram Terengganu).

Tindakan : PPD Sains dan Matematik

9. PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

........................................ ........................................ ........................................


EN RAZLAN BIN SHAARI HJ AMIR BIN KAMARUDIN AMIRUDDIN BIN MOKSIN
Ketua Panitia Sains Guru Besar Pen PPD Kurikulum Sains dan
SK Chikus SK Chikus Matematik
Sek Kluster Kecemerlangan Sek Kluster Kecemerlangan PPD Hilir Perak

Anda mungkin juga menyukai