Anda di halaman 1dari 18

Ringkasan Unit 1 Tingkatan 2

ASAS IRAMA MUZI K Kuiz 1

1. Detik muzik tidak dapat didengar. Tetapi detik boleh dirasai.


Tepuk tangan adalah salah satu cara untuk menzahirkan detik.

2. Tempo adalah kelajuan detik. Istilah muzik dalam bahasa Italy menjelaskan tempo:

Allegro Cepat.
Allegreto Cepat (lambat sedikit dari allegro)
Moderato Sederhana
Andante Lambat - seperti langkah orang dewasa berjalan.
Adagio Lebih lambat dari andante.
Lento Sangat lambat.

Accellerando (Accel.) Beransur cepat.


Ritardando (Rit..) Beransur lambat.

3. Meter adalah bilangan detik dalam satu bar.


2-an = 2 detik dalam satu bar. 3-an = 3 detik dalam satu bar. 4-an = 4 detik satu bar.

4. Not adalah lambang bunyi. Not / Rehat / namaNilai Relatif Nilai Relatif
Tanda rehat ialah lambang senyapan. Detik krocet Detik Minim

5. Bentuk not dan tanda rehat Semibrif 4 detik 2 detik


membezakan
nilainya mengikut kiraan detik. Minim 2 detik 1 detik

6. Tanda titik di kanan kepala not Krocet 1 detik 1/2 detik


bermaksud not ditambah 1/2 nilai asl.
Kuaver 1/2 detik 1/4 detik
Minim bertitik = 3 detik.
Krocet Bertitik = 1 1/2 detik. Semikuaver 1/4 detik 1/8 detik
Kuaver bertitik = 3/ detik
4

7. Tanda masa adalah pernyataan bilangan detik dan not bernilai 1 detik.

2 2 detik dalam setiap bar.


4 Krocet bernilai 1 detik / minim 2 detik / semibrif 4 detik / kuaver setengah detik.
3 3 detik dalam satu bar.
4 Krocet bernilai 1 detik / minim 2 detik / semibrif 4 detik / kuaver setengah detik.
4 4 detik dalam satu bar.
4 Krocet bernilai 1 detik / minim 2 detik / semibrif 4 detik / kuaver setengah detik.

2 2 detik dalam setiap bar.


2 Minim bernilai 1 detik / krocet 1/2 detik, semibrif 2 detik, kuaver 1/4 detik.
3 3 detik dalam satu bar.
2 Minim bernilai 1 detik / krocet 1/2 detik, semibrif 2 detik, kuaver 1/4 detik.

4 4 detik dalam satu bar.


2 Minim bernilai 1 detik / krocet 1/2 detik, semibrif 2 detik, kuaver 1/4 detik.
Ringkasan Unit 2 Tingkatan 2
ASAS NYANY IAN Kuiz 2

1. Paru-paru mengecut disebabkan pergerakan tulang selangka dan diaferam


menolak udara keluar. Aliran udara dari paru-paru melalui vocal chord lalu bergetar
menghasilkan suara.

2. Register adalah jenis suara dalam nyanyian muzik.


Head vioce adalah bunyi yang lantang dan nyaring.
Chest voice adalah bunyi bertenaga hasil dari aktiviti diaferam.
Kedua-dua teknik register digunakan dalam nyanyian.

3. Bunyi suara manusia dibentuk oleh bibir, lidah, gigi, lelangit keras, lelangit lembut,
rongga mulut, rongga hidung dan lidah. Ini menghasilkan sebutan vokal & konsonan.
Pembentukan vokal dan konsonan dalam muzik dipanggil artikulasi.

4. Postur adalah kedudukan badan ketika menyanyi.


Postur yang baik membantu kualiti nyanyian (artikulasi jelas, suara bertenaga dll).

Kepala - Muka ke hadapan, leher dan kepala selari dengan badan.


Mulut buka luas. Rahang bawah tergantung dengan selesa.
Bahu - Relax, tidak diangkat, ditolak ke hadapan atau ke belakang.
Abdomen - Lurus tegak tetapi relax.
Kaki - Berat badan disokong sama rata.
Tapak kaki - Buka sedikit, salah satu ke hadapan sedikit.

5. Solfa adalah sejenis latihan suara berdasarkan skel major.


Latihan amat penting untuk menentukan ketepatan pic dan kualiti suara.

6. Dinamik adalah kuat atau lembut sesuatu bunyi.

Sangat lembut pp Pianissimo


Lembut p Piano
Sederhana lembut mp Mezzopiano
Sederhana kuat mf Mezzoforte
Kuat f Forte
Sangat kuat ff Fortessimo

Beransur kuat Crescendo


Beransur lembut Decrescendo / Diminuendo

7. Ekspresi boleh ditunjukkan melalui tempo, gaya nyanyian, dinamik.

Staccato - Bunyi pendek-pendek, ditunjukkan dengan anda titik di atas not.


Legato - Bunyi tampa putus ditunjukkan dengan tanda “slur”.

FRASA MELODI

1. Melodi mempunyai kontur

- Melodi menaik bertangga.


- Melodi menaik melompat.
- Melodi mendatar.
- Melodi menurun bertangga.
- Melodi menurun melompat.
Ringkasan Unit 3 Tingkatan 2
PI C-PI C MUZI K Kuiz 3 - 4

1. Ada berbagai jenis baluk.


a) Baluk 5 garisan digunakan sebagai tempat untuk menulis
not bagi alat-alat muzik berpic.
b) Baluk 5 garisan boleh juga digunakan bagi menulis not bagi alat
muzik tanpa pic yang terdiri daripada banyak alat-alat seperti dram.
c) Baluk 2 garisan sebagai tempat untuk menulis alat perkusi tanpa
pic yang wujud secara berpasangan contohnya bongo, conga dll.
d) Baluk 1 garisan digunakan untuk menulis not bagi alat perkusi yang
menghasilkan 1 warna ton sahaja. Contohnya: Tamborin, simbal dll.

2. Klef digunakan untuk memberitahu kita pic-pic yang ada pada


garis dan ruang baluk.

3. Klef G (Trebel) sesuai untuk menulis alat muzik yang berpic tinggi. Cth: Gitar, trumpet dll.
Klef F (Bes) sesuai untuk alat muzik berpic rendah. Cth: Gitar bes, trombon, ufonium.
4. Setiap garisan dan ruangan baluk mempunyai pic.
Not atau kepala not hendahlah ditulis betul-betul
tepat pada garisan atau ruang baluk.
5. Peraturan menulis not yang mempunyai stem (tangkai) iaitu krocet, kuaver, minim.

mC
A B
A
G G
F
E D E
C C
B
A A
F G F
E E
mC D

a) Not yang berada di bahagian atas: tangkai di kiri / bawah.


b) Not yang berada di bahagian bawah: tangkai di kanan / atas.
c) Not yang berada di garisan tengah boleh ditulis ke atas atau ke bawah
TETAPI hendaklah mengikut peraturan (a) atau (b).

6. Not tunggal kuaver, flag hendaklah sentiasa di kanan.


Not kuaver yang bercantum, bolehlah dicantumkan mengikut pasangan not.
Not kuaver bercantum yang kedudukann stemnya satu atas dan satu bawah,
stemnya bolehlah ditulis samada kedua-duanya keatas atau kedua-duanya
ke bawah.

7. Garisan lejer adalah garisan kecil tambahan kepada garisan baluk.


Ia adalah untuk menulis not yang terlalu tinggi atau terlalu rendah.

8. Middle C (mC) adalah pic yang terletak di tengah antara klef trebel dan klef bes.

KAJIAN BUNYI

Amplitud = dB / bunyi kuat & lembut Dinamik Piano, forte dll


Panjang = Hertz / bunyi tinggi & rendah / pic A B C C# dll
Lengkuk = Ciri bunyi / warna ton Berat & ringan.
Ringkasan Unit 4 Tingkatan 2
JEDA dan TANDA KROMAT Kuiz 5

JEDA TON DAN SEMITON

1. Jeda adalah jarak antara dua bunyi pic.

2. Jeda harmonik : Apabila dua pic dibunyikan serendak / dalam satu masa.
jeda melodik : Dua not pic dibunyikan satu persatu / berasingan.

3. Jeda sentiasa dikira dari not rendah ke pic tinggi (walaupun dimainkan tinggi dahulu).

4. Jeda boleh dikira dalam unit SEMITON atau TON. Semi bermaksud 1/2.
Satu TON sama dengan jeda DUA SEMITON.

5. Satu langkah pada mata kibod berjeda satu semiton. Cth: B - C dan E - F.

6. C - D, D - E, F - G, G - A dan A - B adalah dua semiton, kerana ada


mata hitam kibod. Jeda ini dipanggil satu ton.

7. Jeda C - E adalah dua semiton (atau empat semiton) - 4 langkah pada mata kibod.
Jeda D - F adalah 1 1/2 ton (atau 3 semiton) - 3 langkah pada mata kibod.

TANDA KROMAT (SYAP, FLET dan NEUTRAL)

1. Semua tanda kromat pada baluk ditulis di kiri kepala not.

2. Tanda kromat syap menunjukkan not telah dinaikkan sebanyak 1 semiton.


Contoh : C syap lebih tinggi sebanyak 1 semiton berbanding C (tanpa syap)
Pada kibod pic “C syap” terletak pada mata hitam di kanan / atas pic C.

3. Tanda kromat flet menunjukkan pic telah diturunkan 1 semiton lebih rendah.
Contoh : D flet lebih rendah sebanyak 1 semiton berbanding D tanpa flet.
Pada kibod pic D flet terletak pada mata hitam di kiri / atas pic D.

4. Enharmonik adalah “dua pic yang berbeza nama tetapi mempunyai pic yang sama”
Contoh : C syap adalah sama dengan D flet.
Oleh itu C syap adalah enharmonik bagi D flet.

5. Kuatkuasa tanda kromat.

a) Kuatkuasa tanda kromat kekal pada sebarang pic selepasnya dengan syarat
pic sama dan masih dalam bar yang sama.
b) Untuk membatalkan (memadam) kuasa tanda kromat, tanda neutral digunakan.

Sana pic selepasnya. Kuasa tanda kromat Dibatalkan oleh


Masih dalam bar yang tamat pada bar tanda neutral
sama. berkenaan sahaja.
Ringkasan Unit 5 Tingkatan 2
IRAMA, PIC dan MELODI Kuiz 6

1. Irama adalah gabungan bunyi panjang dan pendek.


Tidak melibatkan sebarang pic (tinggi rendah bunyi)

2. Melodi pula melibatkan bunyi panjang / pendek dan pic-pic muzik.

3. Melodi mempunyai kontur

- Melodi menaik bertangga.


- Melodi menaik melompat.
- Melodi mendatar.
- Melodi menurun bertangga.
- Melodi menurun melompat.

4. Ostinato adalah motif-motif muzik yang diulang-ulang.


Ostinato digunakan sebagai iringan kepada melodi.

5. Ostinato irama adalah irama yang diulang-ulang.


Rentak ialah ostinato irama yang popular dan diberi nama tertento.

6. Ostinato melodi adalah motif melodi yang diulang-ulang.


Contohnya pemain gitar bes sering memainkan ostinato melodi.
Ringkasan Unit 6 Tingkatan 2
SKEL, NAMA TEKNI KAL dan TRIAD Kuiz 7 - 8

1. Skel adalah susunan wakil semua pic yang dimainkan dalam satu nada.
Digunakan sebagai latihan persediaan bagi memainkan sesebuah lagu.
Juga digunakan sebagai penerangan untuk pemahaman teori muzik.

2. Skel Diatonik mempunyai 8 not (termazuk 8 iaitu ulangan 1)


Skel pentatonik mempunyai 6 not ( termasuk 6 iaitu ulangan 1) - Tingkatan 3.
Skel Kromatik 13 not ( termasuk 13 ulangan kepada 1) - Tingkatan 3.

3. Ciri-ciri jeda antara pic-pic membezakan antara skel MAJOR, MINOR (Minor Neutral,
Minor Harmonik dan Minor Melodik**) dan KROMATIK**. (bertanda ** Tingkatan 3)

4. Skel boleh ditulis “dengan tanda nada” atau “tanpa tanda nada”

5. Teknik menulis skel.


a) Tulis klef seperti yang diminta dalam soalan.
b) Tulis not pertama dan not ke-8 menggunakan not semibrif, Tidak perlu garis bar.
- Susunan menaik not pertama rendah, not ke-8 tinggi.
Susunan menurun not ke-8 rendah, not pertama tinggi.
- Jarak yang sesuai untuk memasukkan not ke-2 hingga ke-7 kemudiannya.
c) Tambahkan 6 lagu mengikut turutan susunan menaik atau menurun.
Setiap not hendaklah berselang antara garisan dan ruangan.
Sentiasa tulis not pada kedudukan yang tepat / cermat di ruangan atau garisan.
d) Tulis tanda kromat jika perlu.
- Dengan tanda nada : Tulis tanda nada pada awal balik.
- Tanpa tanda nada : Tulis tanda kromat pada not berkenaan (sebelah kiri).
e) Tandakan harkat pada not 3 - 4 dan 7 -8 menunjukkan semiton.
f) Tamatkan tugasan dengan garis bar berganda dihujung bar.

6. Kord juga dipanggil triad.


Triad ialah gabungan tiga not secara berselang yang diambil daripada skel.
Triad / kord digunakan untuk memberi harmoni kepada melodi.

7. Pic-pic dalam skel mempunyai nama teknikalnya sendiri berdasarkan kedudukan.


Tonik adalah not pertama dan kelapan dalam skel. (Contoh C major)

I Tonik (C) IV Subdominan (F) VII Leading Note / Leading Tone /


II Supertonik (D) V Dominan (G) Subtonik (B)
III Median (E) VI Submedian (A

8. Kandungan triad ialah 1 - 3 - 5. Root adalah No.1


Jika root adalah tonik, triad itu dinamakan triad tonik.

9. Triad boleh dimainkan secara comping (3 not serentak)


atau secara arpeggio ( 3 not dimainkan secara berasingan).

10. Triad tonik bagi C major CEG


F major DFA G major GBD
Bb major Bb D F D major D F# A

11. Cara menulis triad.


a) Tulis root dengan not semibrif pada tonik, kedudukan yang sesuai / rendah.
b) Tambahkan not Ke-3 dan Ke-5 ( Jika root garisan, Ke-3 Ke-5 juga garisan).
c) Dengan tanda nada - tulis tanda nada.
Tanpa tanda nada - tulis tanda kromat pada not yang perlu sahaja.
Ringkasan Unit 7 Tingkatan 2
RELATI F MI NOR Kuiz 9 - 10

1. Relatif bermaksud saudara.


Nada dan skel major mempunyai relatifnya iaitu minor.
Relatif terhasil daripada skel major yang dikira daripada not ke-6.

D major D E F# G A B C# D
B minor (neutral) B C# D E F# G A B

G major G A B C D E F# G
E minor (neutral) E F# G A B C D E

C major C D E F G A B C
A minor A B C D E F G A

F major F G A Bb C D E F
D minor D E F G A Bb C D

Bb major Bb C D Eb F G A Bb
G minor (neutral) G A Bb C D Eb F G

2. Oleh kerana kandungan pic-pic dalam relatif adalah sama,


maka relatif major / minor mempunyai tanda nada yang sama.

3. Terdapat dua jenis skel minor.


MINOR NEUTRAL : Tiada sebarang perubahan pic.
100& pic adalah sama dengan relatif major.
MINOR HARMONIK: Hanya not ke-7 dinaikkan sebanyak 1 semiton.

A minor harmonik A B C D E F G# A
D minor harmonik D E F G A Bb C# D
E minor harmonik E F# G A B C D# E
G minor harmonik G A Bb C D Eb F# G
B minor harmonik B C# D E F# G A# B

4. Ciri yang membezakan ketiga-tiga skel yang telah dipelajari ialah jada antara pic:

Skel major semiton pada 3 - 4 dan 7 - 8.


Minor Neutral semiton pada 2 - 3 dan 5 - 6.
Minor Harmonik semiton pada 2 - 3, 5 - 6 dan 7 - 8. Jeda 11/2 pada 6 - 7.

5. Semasa menulis skel MINOR HARMONIK, tanda kromat pada not ke-7 tidak boleh
ditulis sebagai tanda nada. Ia hendaklah SENTIASA ditulis pada not sahaja.

6. Jika tidak dinyatakan harmonik atau neutral, SENTIASA anggap sebagai HARMONIK.

7. Triad Tonik adalah triad yang rootnya adalah not tonik.

Triad Tonik nada A minor adalah AC E


Triad Tonik nada D minor adalah DFA
Triad Tonik nada E minor adalah EGB
Triad Tonik nada G minor adalah G Bb D
Triad Tonik nada B minor adalah B D F#
Ringkasan Unit 8 Tingkatan 2
JEDA TEKNI KAL Kuiz 11 - 12

1. Jeda boleh dikira dalam unit ton / semiton atau jeda teknikal.
Jeda teknikal ialah jeda yang dikira berasaskan skel major.

2. Jeda teknikal mengandungi dua bahagian iaitu kualiti, dan kiraan pic.
Kualiti ialah perkataan MAJOR MINOR AUGMENTED dan DIMINISHED

Major Ke-2 Major Ke-3 Perfek Ke-4 Perfek Ke-5

3. MAJOR dan MINOR digunakan untuk kiraan ke-2, ke-3, ke-6 dan ke-7.
PERFEK digunakan untuk kiraan ke-4, ke-5 dan ke-8.

4. Kiraan pic terlibat mementukan “ke-__”. Cth: C-D kira CD, 2 pic = ke-2
G-C kira GABC, 4 pic = ke-4

5 Tanda kromat tidak diambil kira dalam Cth: D-F kira DEF, 3 pic = ke-3
pengiraan “ke-_____” D-F# kira DEF, juga 3 pic = ke-3
Bb-F kira BCDEF, 5 pic = ke-5

6. Jeda MAJOR KE-2 8. Jeda PERFEK KE-4


Not I - II dalam skel Major. Not I - IV dalam skel Major.
2 semiton dalam 2 huruf pic. 5 semiton dalam 4 huruf pic.
Cth: C-D Skel C major Cth: C-F Skel C major
F-G Skel F major F - Bb Skel F major
G-A Skel G major G-C Skel G major
Bb - C Skel Bb major Bb - Eb Skel Bb major
D-E Skel D major D-G Skel D major

7. Jeda MAJOR KE-3 9. Jeda PERFEK KE-5


Not I - III dalam skel Major. Not I - V dalam skel Major.
4 semiton dalam 3 huruf pic. 7 semiton dalam 5 huruf pic.
Cth: C-E Skel C major Cth: C-G Skel C major
F-A Skel F major F-C Skel F major
G-B Skel G major G-D Skel G major
Bb - D Skel Bb major Bb - F Skel Bb major
D - F# Skel D major D-A Skel D major

10. Perubahan pada jarak semiton akan berlaku apabila not atas atau
bawah diletakkan tanda kromat.

Tanda syap (naik) pada pic tinggi menyebabkan semiton bertambah.


Tanda flet (turun) pada pic tinggi menyebabkan jarak semiton berkurang.
Tanda syap (naik) pada pic rendah menyebabkan semiton berkurang.
Tanda flet (turun) pada pic rendah menyebabkan jarak semiton bertambah.

11. Sebarang jeda major apabila dikurangkan menjadi jeda minor,


tanpa mengurang kiraan pic.

Contoh: C-D adalah Major Ke-2 C-Db adalah Minor Ke-2 (pic atas flet)
C#-D juga adalah Minor Ke-2 (pic bawah #)

G-A adalah Major Ke-3 C-Ab adalah Minor Ke-2 (not atas flet)
G#-A juga adalah Minor Ke-2 (Not bawah #)
Ringkasan Unit 9 Kuiz 13,14 dan 15
JENIS / KUALI TI TRI AD dan KORD Tingkatan 2

1. Triad juga dipanggil kord.


Triad ialah gabungan tiga not secara berselang yang diambil daripada satu skel.
Triad / kord digunakan untuk memberi harmoni kepada melodi.

2. Kandungan triad ialah 1 - 3 - 5.


No.1 juga dipanggil root. Not 3 dipanggil ke-3 (third) dan not 3 dipanggil ke-5 (fifth)

3. Ada empat kualiti triad iaitu triad MAJOR, triad MINOR, triad AUGMENTED
dan triad DIMINISHED.

4. Triad-triad tersebut dibezakan dengan JEDA antara not-not root, ke-3 dan ke-5.

5. TRIAD MAJOR Contoh C major

Jeda antara root dan ke-3 adalah Major ke-3 (4 semiton) C-E Maj. Ke-3
Jeda antara ke-3 dengan ke-5 adalah Minor Ke-3 (3 semiton) E- G Min. Ke-3
Jeda antara root dengan ke-5 adalah Perfek Ke-5 (7 semiton) C-G Perf. ke-5

6. TRIAD MINOR Contoh C minor

Jeda antara root dan ke-3 adalah Minor ke-3 (3 semiton) C - Eb Min. Ke-3
Jeda antara ke-3 dengan ke-5 adalah Major Ke-3 (4 semiton) Eb - G Maj. Ke-3
Jeda antara root dengan ke-5 adalah Perfek Ke-5 (7 semiton) C-G Perf. ke-5

7. TRIAD AUGMENTED Contoh C augmented

Jeda antara root dan ke-3 adalah Major ke-3 (4 semiton) C-E Maj. Ke-3
Jeda antara ke-3 dengan ke-5 adalah Major Ke-3 (4 semiton) E - G# Maj. Ke-3
Jeda antara root dengan ke-5 adalah Augmented Ke-5 C - G# Aug. ke-5
(8 semiton)

8. TRIAD DIMINISHED Contoh C diminished

Jeda antara root dan ke-3 adalah Minor ke-3 (4 semiton) C - Eb Min. Ke-3
Jeda antara ke-3 dengan ke05 adalah Minor Ke-3 (3 semiton) Eb - Gb Min. Ke-3
Jeda antara root dengan ke-5 adalah Diminished Ke-5 C - Gb Dim. ke-5
(6 semiton)

Ringkasan Perbandingan Jeda Dalam Kord Major, Minor, Augmented dan Diminished

Kord / Triad Jeda Root : Ke-3 Jeda Ke-3 : Ke-5 Jeda Root : Ke-5

Triad Major Major Ke-3 Minor Ke-3 Perfek Ke-5


Triad Minor Major Ke-3 Minor Ke-3 Perfek Ke-5
Triad Augmented * Major Ke-3 Major Ke-3 Augmented Ke-5
Triad Diminished* Minor Ke-3 Minor Ke-3 Diminished Ke-5

9. JENIS TRIAD DALAM NADA MAJOR dan MINOR

Dalam nada MAJOR kord I, IV dan V adalah MAJOR


Dalam nada MINOR kord i dan iv adalah MINOR, manakala kord V adalah MAJOR
Ringkasan Unit 10 Tingkatan 2
METER, TANDA MASA dan PENGUMPULAN NOT Kuiz 16 dan 17

METER DAN TANDA MASA

1. Meter adalah bilangan detik dalam satu bar.


Nombor atas tanda masa adalah meter.
Meter DUAAN : Dua detik dalam setiap bar.
Meter TIGAAN : Tiga detik dalam setiap bar.
Meter EMPATAN : Empat detik dalam setiap bar.

2. Detik KROCET menunjukkan KROCET dikira satu detik.


Nombor bawah 4 bermaksud not per-4 adalah satu detik. Krocet adalah nor per-4.
Semibrif = 4 detik. Krocet = 1 detik.
Minim bertitik = 3 detik. Kuaver bertitik = 3/4 detik.
Minim = 2 detik. Kuaver = 1/2 detik.
Krocet bertitik = 1 1/2 detik. Semikuaver = 1/4 detik.

3. Detik MINIM menunjukkan MINIM dikira satu detik.


Nombor bawah 2 bermaksud not per-2 adalah satu detik. Minim adalah nor per-2.
Semibrif = 2 detik. Krocet = 1/2 detik.
Minim bertitik = 1 1/2 detik. Kuaver bertitik = 3/8 detik.
Minim = 1 detik. Kuaver = 1/4 detik.
Krocet bertitik = 3/4 detik. Semikuaver = 1/8 detik.

MENGISI TANDA REHAT

1. Kira nilai panjang not-not SATU bar tersebut dan padankan dengan tanda masa.
2. Dapatkan nilai bagi mencukupkan kekurangan nilai not di atas adalah jawapannya.

PENGUMPULAN NOT

1. Keistimewaan SEMIKUAVER.
Bila terdapat salah satu not semikuaver, not-not hendaklah dikumpulkan
ATAU dicantumkan kepada jumlah nilai 1 krocet.

2. Not KUAVER
a) Meter DUAAN dan EMPATAN,
Bar dapat dibahagi kepada DUA kumpulan seimbang.
b) Meter TIGAAN
Bar dapat dibahagi kepada dalam TIGA kumpulan seimbang.

3. Pengecualian bagi not bernilai besar.


Not bernilai besar iaitu not semibrif dan minim bertitik.

ANAKRUSIS

1. Anakrusis barmaksud lagu yang tidak bermula pada detik pertama.


Dengan itu jumlah nilai not-not dalam BAR PERTAMA adalah tidak cukup.

Contoh : Lagu NEGARAKU

2. Dalam lagu yang mempunyai anakrusis, BAR TERAKHIR adalah pelengkap


jumlah nilai not dalam bar anakrusis.
Jumlah not dalam bar pertama + jumlah not-not dalam bar akhir sama dengan
tanda masa.
Ringkasan Unit 11 Tingkatan 2
KORD PRIMER dan MEMADAN KORD KEPADA MELODI Kuiz 18

KORD-KORD PRIMER

1. Harmoni akan wujud apabila bunyi melodi ditambah dengan bunyi iringan
Iringan yang biasa digunakan adalah:

Bordun 1 not sahaja (Root) Muzik Gambus, Sitar, Nobat.


Dron 2 not sahaja (Root dan ke-5) Muzik Rock.
Triad 3 not (Root, Ke-3 dan Ke-5) Muzik Pop (popular).
Triad 7 4 not (Root, ke-3, ke-5 dan Ke-7) Muzik Jazz / Orkestra.

2. Apabila satu not (root) dalam skel ditambah ke-3 dan ke-5 ia menjadi kord atau triad.
Nama triad itu tertakluk kepada root.
Triad yang rootnya not I dipanggil triad I (atau triad tonik).
Triad yang rootnya not II dipanggil triad II (atau triad supertonik).
Triad yang rootnya not III dipanggil triad III (atau triad median).
... dan seterusnya.

Hurud Roman kecil digunakan untuk menandakan triad / kord Minor. i, ii, iii, iv...
Huruf Roman besar digunakan untuk menandakan kord / triad Major. I, II, III, IV...

3. Kord Primer adalah tiga kord terpenting dalam dalam nada.


Kord-kord primer ini menjadi asas kepada harmoni lagu.
Tiga kord primer tersebut adalah Kord I/i Triad tonik.
kord IV/iv Triad Subdominan.
Kord V Triad Dominan.

Contoh Nada C major : Kord C major (I), kord F major (IV) dan kord G major (V).
Nada A minor : Kord A minor (i), kord D minor (iv) dan kord E major (V).

KORD PRIMER NADA MINOR KORD PRIMER NADA MAJOR

Nada Kord i Kord iv Kord V Nada Kord I Kord IV Kord V

B minor B minor E minor F# major D major D major G major A major


E minor E minor A minor B major G major G major C major D major
A minor A minor D minor E major C major C major F major G major
D minor D minor G minor A major F major F major Bb major C major
G minor G minor C minor D major Bb major Bb major Eb major F major

MEMADAN KORD KEPADA MELODI

4 Memadankan kord kepada melodi lagu.


a) Kumpulkan pic dalam satu bar tersebut.
b) Padankan pic-pic dengan salah satu kord primer.
c) Kord yang paling sesuai bagi bar tersebut adalah kord / triad yang paling
banyak persamaan dengan pic-pic melodi dalam bar berkenaan.

5. Kadangkala terdapat dua kord yang ada persamaan.


Kord yang lebih sesuai adalah yang mempunyai keutamaan pic seperti berikut:
a) Pic yang jatuh pada detik-detuk utama (iaitu detik pertama, detik ketiga atau
detik downbeat).
b) Not-not panjang.

6. Bar paling akhir biasanya adalah kord tonik / kord I.


Ringkasan Unit 12 Tingkatan 2
TEKSTUR DALAM MUZI K Kuiz 19

1. Melodi adalah unsur paling utama dalam sesuatu lagu.


Manusia mengenali sesuatu lagu kerana melodinya yang unik.

2. Pada peringkat paling asas, tekstur dijelaskan dengan bilangan jenis alat muzik
yang dimainkan dalam sesuatu lagu. Lagu yang sedikit jenis alat muzik dikatakan
mempunyai tekstur yang nipis. Lagu yang menggunakan banyak jenis alat muzik
dikatakan mempunyai tekstur yang tebal.

Contoh: Tekstur nipis - Seorang menyanyi sambil bermain gitar.


Tekstur tebal - Seorang menyanyi diiringi 80 pemuzik orkestra.

3. Pada peringkat lebih mendalam, tekstur atau jalinan adalah konsep mengenai
persoalan apakah yang mengiringi sesuatu melodi lagu.

- Adakah melodi itu tiada sebarang iringan?


- Adalah melodi itu diiringi oleh melodi dari sebuah alat muzik lain?
- Adakah melodi itu diiringi oleh kord atau triad?
- Adalah melodi itu diiringi oleh pelbagai melodi lain yang berharmoni?

4. Istilah tekstur dalam muzik

MONOFONI Hanya ada satu melodi sahaja.


Cth: 1 orang pelajar meniup rekoder.
10 orang pelajar bersama-sama meniup satu melodi yang sama.

HETEROFONI Satu melodi utama diiringi oleh satu melodi lain yang hampir sama.
Sering terdapat dalam muzik lama / primitif / orang asli.
Cth: 1 orang menyanyi diringi tiupan seruling yang memainkan melodi sama.

HOMOFONI Satu melodi utama diiringi kord (triad) atau arpeggio.


Kord / triad dapat dihasilkan oleh alat piano, kibod atau gitar.
Kord / triad juga boleh dihasilkan dengan gabungan beberapa
alat muzik.
Cth: Seorang menyanyi diiringi kord dari sebuah gitar.
Seorang menyanyi diringi tiupan 3 rekoder yang menghasilkan triad.

POLIFONI Satu melodi utama dimainkan bersama 1 atau lebih melodi lain
(Ting.3) yang yang berbeza tetapi menghasilkan lapisan bunyi muzik
yang berharmoni.
Biasanya digubah oleh seorang yang berpengetahuan mendalam
dalam dan mahir dalam harmoni.
Cth: Sering digunakan dalam nyanyian koir atau muzik orkestra.

5. Dalam sesebuah lagu, tidak semestinya hanya satu jenis tekstur digunakan.
Pelbagai tekstur digunakan supaya pendengar tidak mudah jemu.

Contoh Lagu “I Will Always Love You” - nyanyian semula oleh Whitney Houston

Rangkap 1 Monofoni
Rangkap 2 Homofoni
Korus Homofani dan Polifoni.

* Lagu asal nyanyian dan ciptaan Dolly Parton (1973).


Ringkasan Unit 13 Tingkatan 2
GAMELAN DI MALAYSIA Kuiz 20

1. Gamelan dibawa masuk dari Istana Riau untuk meraikan majlis perkahwinan Tengku
Husin dengan adik Bendahara Ali di Pahang. Kemudian ia berkembang di Pahang
dan Terengganu.

2. Klasifikasi Alat World Music

Idiofon Alat yang dibuat daripada logam (besi, tembaga, perunggu dll) kayu,
buluh, tempurung. Ia dibunyikan dengan cara pukulan, ketukan dll.
Erofon Alat yang dibunyikan dengan cara tiupan.
Kordafon Alat muzik bertali. Dibunyikan dengan cara petikan, gesekan.
Membranofon Alat muzik yang mukanya dibuat dari belulang dan dibunyikan
dengan cara pukulan.

3. Alat muzik dalam ensembel gamelan

Idiofon Gong Agung, Gong Siyem, Bonang, Kempul, Saron, Kenung dan
Gambang. (Slanthem dan Gender dalam Gamelan Jawa).
Erofon Suling
Membranofon Gendang Ibu dan Gendang Anak.
Kordafon Rebab dan Celempong

4. Fungsi alat muzik

Memainkan melodi utama Bonang, Saron, Gambang dan Gender.


Rebab dan seruling (suling) juga memainkan melodi.
Harmoni / Dron / Kord Kempul, Slanthem dan Gong Siyem.
Mengawal Tempo Gendang Ibu dan Gendang Anak.

5. Gong Agung menjaga rangkap lagu.


Gong Agung hanya dibunyikan sekali dalam satu rangkap lagu.
Dalam gamelan ia dipanggil “Sistem Gongan”
Gong dimainkan sekali setiap 16 detik. Ini dinamakan Sistem Gongan.

6. Di Malaysia, kebanyakan set dilaras (tiun) dalam Bb ( bermakna penunggal / tonik


sama dengan pic Bb pada kibod standard). Kebelakangan ini ada juga yang dilaras
dengan nada C bagi memudahkan gabungan dengan alat muzik modern.

7. Notasi gamelan menggunakan sistem nombor untuk menunjukkan pic.


Nombor 1 (Penunggal / tonik), 2 (Gulu/ supertonik), 3 (Dhada/median),
5 (Lima/dominan) dan 6 (Nem/submedian)
Ini dinamakan laras SLENDRO (atau sebutan barat PENTATONIK)

8. Ada juga gamelan yang mempunyai skel DIATONIK (seperti skel MAJOR barat)
Skel ini dinamakan laras PELOG.
1 Penunggal - 2 Gulu - 3 Dhada - 4 Pelog - 5 Lima - 6 Nem - 7 Barang

9. Istilah gemalan yang biasa:

Rawit - bermaksud seni, halus.


Gendhing - bermaksud lagu.
Laras - skel
Wilahan - teknik meredam bunyi dalam permainan alat Saron.
Togok

. 1 1 . 1 5 6 1 . 1 6 5 3 5 6 5

. 5 3 5 3 5 6 1 . 1 6 5 3 5 6 5

1 6 5 3 2 1 2 3 5 3 2 1 1 2 3 1

. 1 1 . 1 1 2 3 5 3 2 1 1 2 3 1

MELODI IRINGAN TEMPO


Kenong

Bonang Kempyang

Kempul
Saron Ketuk

Gambang

Gong Gong
Agung Siyem
Gendang Ibu
Gendang Anak

Alat tambahan
digunakan
dalam Gamelan
Jawa / Bali
Celempong Kempul
Suling

Rebab

Gender Slanthem
Ringkasan Unit 14 Tingkatan 2
IMPROVISASI dan CIPTAAN Kuiz

1. Motif adalah idea asas paling kecil.


Motf kemudian diperkembangkan melalui proses improvisasi untuk menjadi satu lagu.

4. Motif adalah idea asas dalam muzik.


Ada dua jenis motif iaitu motif :
a) Motif Irama - hanya susunan not panjang / perkdek sahaja.
b) Motir Melodi - motif irama yang turut melibatkan pic-pic.

3. Improvisasi ialah proses pengubahsuaian yang dibuat dalam kadar yang sedikit.
Improvisasi keterlaluan akan menjadikan lagu tidak lagi dikenali dan tidak ada
kesinambungan seterusnya menjadi ciptaan baru.

4. Antara proses improvisasi asas / mudah

a) Memecahkan not.

b) Menyatukan not (tie).

c) Menukar kedudukan not.

d) Memanjang & memendekkan not.

5. Motif irama boleh dicipta dengan menyusun pelbagai not secara logik
berdasarkan tanda masa.

6. Langkah mencipta motif.

i. Tetapkan bilangan bar, biasanya dalam gandaan dua.


ii. Tetapkan meter dan tanda masa.
iii. Dapatkan mud keseluruhan lagu.
iv. Susun not-not secara logik. Not terakhir adalah bernilai besar.
Pastikan jumlah nilai not (dan tanda rehat jika ada) sepadan dengan tanda masa.

7. Langkah menulis irama yang diperdengarkan.

i. Dapatkan tanda masa (meter) jika ada diberi dalam soalan.


ii. Tuliskan garisan masa berdasarkan tanda masa, Jika tidak diberi,
tulis detik-detik tanpa nombor.
iii. Dengar dengan teliti not downbeat dan upbeat dan tandakan pada garisan masa.

Garisan masa bagi tanda 4


masa diketahui / diberi. 4
1 2 3 4 1 2 3 4

Garisan masa bagi tanda


masa tidak diketahui /
diberi.
Ringkasan Unit 15 Tingkatan 2
KONTUR MELODI DAN IMPROVISASI Kuiz

1. Kontur adalah arah pergerakan pic. Melodi mempunyai kontur.


Kontur melodi dilihat dalam bentuk arah (menaik/bertangga/menurun)
dan susunan (bertangga / melompat)

a) Menaik melompat

b) Menaik bertangga

c) Mendatar

d) Menurun bertangga

e) Menurun melompat

2. Selain kontur, melodi mempunyai

a) Aras.
b) Renj. Contoh asal
c) Panjang.

3. Improvisasi melodi boleh dilakukan


dengan mengubahsuai
Tukar aras (naik 1 pic)
a) Irama melodi
b) Kontur melodi
c) Aras melodi
d) Panjang melodi
e) Perubahan tanda kromat. Tukar aras (turun 1 pic)

4. Dengan mengubah (improvisasi) akan


menyebabkan melodi baru terhasil.

Tukar irama

Tambah tanda kromat


Ringkasan Unit 16 Tingkatan 2
OSTI NATO IRAMA dan OSTI NATO MELODI Kuiz

1. Ostinato ialah motif yang dimainkan berulang kali.


Digunakan untuk menambahkan jalinan kepada melodi lagu.

2. Ostinato Irama ialah satu pola irama atau motif tanpa pic yang dimainkan
berulang-ulang kali.
Contoh Ostinato Irama ialah permainan kompang mengiringi melodi.

3. Rentak ialah pola irama tertentu yang dipersetujui ramai untuk dinamakan
dengan nama tertentu. Misalnya rentak Inang, Masri, Zapin, Jazzrock, Waltz dll.

Rentak Waltz Rentak Jazzrock (cepat)


/ Ballad (lambat)

Rentak Inang
Rentak Zapin

Rentak Masri

4. Ostinato Melodi ialah motif atau pola melodi yang dimainkan secara berulang-
ulang. Bertujuannya untuk mengiringi melodi. Contoh : Pemain gitar bes biasanya
melainkan ostinato melodi mengirigi lagu modern.

5. Jika mampu / ada idea, ostinato boleh dicipta sendiri.


Jika tidak ada idea, anda boleh mengambil motif daripada lagu dan kemudiannya
membuat sedikit improvisasi.

The Caravan Juan Tizol (1939)


Irving Mills
Ringkasan Unit 15 Tingkatan 2
ASAS GUBAHAN MUZI K Kuiz

1. Muzik yang baik / indah

a) Jelas kedengaran melodi utama.


b) Jelas pembahagian segmen (intro, verse, coda).
c) Ada perbezaan elemen, bagi segmen yang berulang.
d) Kaya dengan elemen muzik.
e) Kesesuaian penggunaan elemen.

2. Jelas kedengaran didapati dengan cara

a) Iringan tidak terlalu kuat hingga melebihi melodi utama.


b) Tidak terlalu banyak melodi kaunter / melodi kedua.

3. Pembahagian segmen (elemen bentuk). Antaranya segmen

a) Intro
b) verse
c) Bridge
d) Interlude
e) Coda

4. Tekstur yang pelbagai

a) Monofoni
b) Homofoni - dron, bordun, triad.
c) Heterofoni
d) Polifoni
e) Kombinasi tektur (a) & (d).
f) Tekstur tebal / nipis.

5. Rentak iringan
Contoh: Inang, Masri, Zapin, jazzrock, waltz, rhumba, mambo dll.

6. Kepelbagaian warna ton.


Menggunakan alat muzik yang bereza pada segmen yang berbeza.
Cth: Rangkap 1 melodi dimainkan oleh Violin Rangkap 2 menggunakan trumpet.
Rangkap 1 Staccato Rangkap 2 Legato.

7. Kepelbagaian dinamik.
Penggunaan pelbagai tahap dinamik.

8. Berubah nada. Contoh mula C major, tukar Db major.


Nada minor bertukar menjadi major.

CONTOH I Will Always Love You

Anda mungkin juga menyukai