Anda di halaman 1dari 28

Pendidikan Muzik 1

Ringkasan Unit 1
ASAS IRAMA MUZIK

1. Detik muzik tidak boleh didengar, tetapi hanya dapat dirasai.


Manusia menepuk tangan mengikut muzik bagi menunjukkan (menzahirkan) detik.

2. Tempo adalah kelajuan detik muzik. Ia dinyatakan dalam bahasa Italy.

Allegro Detik yang cepat. Ritardando Semakin lambat.


Moderato Detik yang sederhana. Accellerando Semakin cepat.
Andante Lambat, seperti orang berjalan.

3. Bunyi muzik dilambangkan dengan “ not “. Senyapan dilambangkan dengan “ tanda rehat ”.

4. Nilai not / rehat dikira mengikut detik. Nilai not / rehat adalah berbeza bentuknya,
Nilai adalah relatif mengikut tanda masa.

5. Detik minim bermaksud not minim bernilai satu detik. (Sukatan Pelajaran Tingkatan 2)
Detik krocet bermaksud not krocet bernilai satu detik.

6. Tanda titik menunjukkan nilai tambahan 1/2 detik daripada not tersebut.
(Pada detik krocet) Minim bertitik bernilai 3 detik ( iaitu minim 2 detik + krocet 1 detik).
Not krocet bertitik bernilai 1 1/2 detik. ( iaitu krocet 1 detik + 1/2 titik)

7. Meter adalah bilangan detik dalam satu bar. Meter Duaan : Setiap bar mengandungi 2 detik.
Meter Tigaan : Setiap bar mengandungi 3 detik.
Meter Empatan : Setiap bar mengandungi 4 detik.

8. Dalam penulisan setiap bar dipisahkan dengan garisan bar.


Garisan bar berganda (double bar) menunjukkan Tamat @ Tanda “Awas! Sesuatu berlaku”.
Tanda Masa Garisan Bar
Double
Barline

Bar Pertama Bar Kedua Bar Ketiga

Not Jenis Nilai Nilai


Rehat Nama
Not Detik Krocet Detik Minim

Semibrif Not Penuh 4 detik 2 detik

Minim Not Per-2 2 detik 1 detik

Krocet Not Per-4 1 detik 1/2 detik

Kuaver Not Per-8 1/2 detik 1/4 detik

Tanda titik menunjukkan nilai tambahan 1/2 detik daripada not tersebut.
(Pada detik krocet) Minim bertitik bernilai 3 detik. Not krocet bertitik bernilai 1 1/2 detik.

1
Pendidikan Muzik 1

9. Tanda masa Nombor Atas Meter @ Bilangan detik dalam setiap bar.
Nombor Bawah Jenis detik @ 4 = detik krocet, 2 = detik minim.

Dua detik krocet dalam setiap bar / meter duaan detik krocet.

1 2 1 2 & 1

Tiga detik krocet dalam setiap bar / meter tigaan detik krocet.

1 2 3 1 (2) 3 & 1 2 (3)

Empat detik krocet dalam setiap bar / meter empatan detik krocet.

1 (2) 3 4 1 (2) 3 4 & 1 (2) 3 (4)

10. Latihan Irama


Dalam permainan detik pertama setiap bar dimainkan lebih kuat. / Accent ( > ).
Lambang ini biasanya tidak ditulis, sebaliknya pemuzik sudah sedia maklum.
> > > > >
a)

Allegro
b)

Andante

c)

Andante

d)

Moderato> > > > > >


e)

Moderato

f)

2
Pendidikan Muzik 1

11. Not downbeat adalah not yang bunyinya pada detik.


Not upbeat adalah not yang bunyi di pertengahan kiraan detik

Downbeat Upbeat

12. Lazimnya not downbeat dibunyikan dengan lebih kuat berbanding not upbeat.
Sinkopasi (syncopation) adalah pola irama yang mempunyai tekanan (>) pada not upbeat.

13. Pengumpulan not bertujuan memudahkan ahli muzik memainkan not.


Pengecualian : Not bernilai besar (Minim, Minim Bertitik dan Semibrif)

Meter 2-an dan 4-an Setiap bar boleh dibahagikan kepada 2 bahagian seimbang.
Meter 3-an Setiap bar boleh dibahagikan kepada 3 bahagian seimbang.

14. Tanda harkat (tie) bermaksud bunyi kedua-dua not disambung.

15. Latihan Irama.

Moderato

a)

Moderato

b)

Andante

c)

Allegro

d)

Syncopation

3
Pendidikan Muzik 1

Ringkasan Unit 2
KOMPANG & ASAS WARNA TON

1. Warna ton adalah penjelasan mengenai ciri-ciri bunyi dalam muzik.


Pelbagai warna ton alat muzik digabungkan dalam satu lagu menjadikan lagu lebih menarik.
Ton Berat - Bunyi besar, bertenaga. Cth : Bunyi dram bes, hon lori.
Ton Ringan - bunyi nipis, kurang bertenaga. Cth: Bayi menangis, loceng basikal.

2. Kompang berasal dari Timur Tengah / Arab.


Dibawa masuk ke Tanah Melayu semasa zaman kegemilangan Empayar Melaka.
Kompang perarakan terdiri daripada Melalu, Menyelang dan Meningkah.

3. Bahagian-bahagian kompang.

Muka kompang dibuat daripada kulit kambing.


Baluh / balung dibuat daripada kayu keras.
Muka kompang
Sedak adalah rotan yang dimasukkan di bawah muka
kompang untuk menegangkan muka kompang /
Baluh / Balong menghasilkan bunyi yang nyaring.
4. Warna ton dalam kompang
Warna ton Pak Paluan di tengah muka kompang, jari terbuka.
Warna ton Bung Paluan di tepi kompang, jari tangan tertutup, hit and run.

5. Latihan Bermain Kompang

a)

b)

c)

d)

6. Rentak adalah pola irama tertentu yang telah diberi nama khas. Dimainkan berulang-ulang
sepanjang lagu. Fungsi rentak adalah untuk memberi mengiringi lagu.

a) Rentak Masri - berasal dari Arab.

4
Pendidikan Muzik 1

b) Rentak Inang - berasal dari Kepulauan Melayu.

c) Rentak Inang Cina / Cak Kun Cak - berasal dari Tanah Melayu

d) Rentak Jazz Rock (laju), Ballad (tempo lambat) - berasal dari Eropah

e) Rentak Waltz - berasal dari Eropah

7. Kompang perarakan terdiri daripada tiga kumpulan paluan, iaitu Melalu,


Menyelang dan Meningkah. Paluan 7/9 bermaksud 9 paluan bung / biasa dan 7 paluan naik / pak.

Mula

Melalu

Menyelang

Meningkah

9 paluan bung 7 paluan pak

Biasa Naik

5
Pendidikan Muzik 1

Ringkasan Unit 3
PIC & MELODI

1. Pic adalah kelangsingan bunyi dalam muzik.


Pic tinggi bunyi yang nyaring / langsing. Cth. Burung, suara budak kecil.
Pic rendah - bunyi yang besar. Cth. Suara lelaki dewasa, bunyi bes.

2. Pic dinamakan dengan hururf Roman - A B C D E F G A’ B’ C’ D’ E’ F’ G’ A” B” dan seterusnya.

3. Pic C tengah (middle C) adalah pic C paling tengah pada kibod,

4. Alat muzik kibod dan pic pada mata / kekunci kibod.

Speaker

Skrin
Kekunci Hitam
Kekunci Putih
Middle C

C D E F G A B C’ D’ E’ F’ G’ A’ B’

5. Baluk lima garisan digunakan untuk meletakkan not yang mempunyai pic.
Not yang diletakkan pada baluk memberitahu kita tentang
a) Nilai panjang bunyi (ditentukan oleh bentuk not). Panjang bunyi diukur dengan unit detik.
b) Pic (ditentukan oleh kedudukan kepala not pada ruang / garisan). Picnya ditentukan oleh klef.

6. Klef G @ klef trebel meletakkan pic-pic yang tinggi.


Klef F @ klef bes digunakan untuk pic-pic rendah.
Klef perkusi meletakkan bunyi mnemonik (bunyi dram, kompang, simbal dan sebagainya)

B C
A A
G G
F
E D E
C C
B
A A
F G F
E E
D
C

7. Stem / tangkai pada not krocet / minim / kuaver mesti ditulis dengan kedudukan yang betul.

Not tinggi - stem di kiri / ke bawah.


Not rendah - stem di kanan / ke atas.
Not kuaver yang bercantun - kedudukan stemnya bergantung kepada mana yang paling jauh dari
garisan tengah (garisan ke-3) baluk.

6
Pendidikan Muzik 1

8. Jeda adalah jarak antara dua pic, dikira dari pic rendah ke pic tinggi.
Jarak (jeda) antara B - C adalah satu langkah @ 1 semiton.
Jeda antara C - D adalah dua langkah @ 2 semiton @ satu ton.
Jeda antara A - B adalah 2 semiton @ 1 ton.
Jeda antara pic A - C adalah 3 semiton @ satu setengah semiton.

9. Tanda kromat untuk menaik / menurun / menghapus kesan tanda kromat sebelumnya.
Pada not, tanda kromat ditulis di kiri / tepat sebaris dengan kepala not

Syap untuk menaikkan pic sebanyak 1 semiton.

Flet menurunkan pic sebanyak 1 semiton.

Natural menghapuskan kesan syap atau flet.

Sama pic selepasnya. Kuasa tanda kromat Dibatalkan oleh


Masih dalam bar yang tamat pada bar tanda neutral
sama. berkenaan sahaja.

10. Enharmonik ialah istilah pic yang sama mempunyai dua nama. Cth: B flet juga ialah A syap
Bb
A# Db D#

D A B C D E F G A

11. Irama adalah kombinasi panjang dan pendek bunyi sahaja.


Melodi mempunyai gabungan bunyi panjang / pendek dan kombinasi tinggi / rendah.

12. Melodi mempunyai kontur / arah aliran pic-pic.


a) Kontur menaik melompat.

a) Kontur menaik bertangga.

a) Kontur mendatar.

7
Pendidikan Muzik 1

d) Kontur menurun melompat.

e) Kontur mendatar dan menurun bertangga.

13. Oktaf adalah jeda dari satu pic ke satu pic yang mempunyai nama HURUF PIC YANG SAMA.
Contoh : Jeda dari pic C ke pic C tinggi.

1 oktaf

C D E F G A B C

1 oktaf

14. Mengesan aras kedudukan pic adalah kemahiran mengesan kedudukan sesuatu pic
berbanding dengan middle C.

Dengan ini kamu mengatahui kedudukan sebenar walau ditulis menggunakan pelbagai klef
(bes dan trebel). Ia amat berguna dalam memindahkan pic / melodi ke klef lain atau menaik
atau menurunkan aras pic satu oktaf.

Pic C, satu
oktaf di atas Pic G di atas Pic A, di bawah
Middle C middle C middle C middle C

Pic C satu
Pic D, di atas oktaf bawah Pic A flet,
Middle C middle C middle C bawah middle C

8
Pendidikan Muzik 1

Latihan Amali
KEMAHIRAN BERMAIN KIBOD

Langkah-langkah latihan kibod

a) Bermain skel
b) Analisis - renj melodi
c) Baca irama ikut tempo.
d) Mainkan dengan kibod.
e) Menghayati melodi.

1)

2)

3)

4)

9
Pendidikan Muzik 1

AURA LEA
Lagu Rakyat
Perancis

LIGHTLY ROW
Lagu Rakyat
Perancis

Ahh! POOR BIRD


Innocents

10
Pendidikan Muzik 1

LONDON BRIDGE
Lagu Rakyat British

RED RIVER VALLEY


Lagu Rakyat
Amerika

SENJAKALA
Lagu Rakyat
Malaysia

11
Pendidikan Muzik 1

KOJO NO TSUKI
Lagu Rakyat Jepun

KEAGUNGAN TUHAN
Lagu Rakyat Arab

12
Pendidikan Muzik 1

Ringkasan Unit 4
ASAS NYANYIAN

1. Alat vokal adalah anggota badan yang terlibat dalam nyanyian.

Rongga
Lelangit hidung
keras
Gigi
Lelangit
lembut Bibir

Rongga Lidah
mulut Peti
suara
Paru-paru

Diaferam

Alat-alat vokal Postur yang baik semasa menyanyi

2. Postur nyanyian adalah kedudukan badan semasa menyanyi.


Kepala tegak, bahu selesa, abdomen tegak, kaki terbuka sedikit, kaki kanan sedikit ke hadapan.

3. Register adalah jenis suara


Suara Kepala (head voice) - ton suara ringan, tetapi nyaring.
Suara dada (chest voice) - ton suara berat bertenaga. Banyak menggunakan
otot diaferam (suara perut), kebanyakan penyanyi lagu pop menggunakan suara dada.

4. Artikulasi adalah kejelasan sebutan. Bibir, gigi dan mulut banyak memainkan peranan.
Cara - mulut buka luas, rahang jatuh, bentuk bibir, postur yang baik.

5. Solfa adalah skel major. Isyarat Tangan Curwen membantu nyanyian dalam latihan solfa.

do re mi fa so la ti do

6. Menyanyi frasa melodi seolah-olah membaca ayat dalam dalam karangan.


Nyanyi dalam satu nafas. Mula sederhana, lebih kuat di tengah dan beransur lembut pada
hujung melodi. Bila tamat frasa ambil nafas dan bersedia untuk frasa seterusnya.

7. Jenis kumpulan suara dalam koir.

S - Soprano Perempuan / pic tinggi


A - Alto Perempuan / pic sederhana
T - Tenor Lelaki / pic sederhana
B - Bes Lelaki / pic rendah

13
Pendidikan Muzik 1

Latihan Amali
LATIHAN SOLFA DAN NYANYIAN

Postur.
Latihan pernafasan.
Latihan Warming Up.
Teknik gaya Legato dan Staccato.
Register - suara dada dan suara kepala.
Disiplin dan usaha adalah asas kejayaan.

LATIHAN NYANYIAN SOLFA SECARA UNISON


Unison bermaksud satu suara,
@ menyanyi melodi yang sama.
Alto

Tenor

14
Pendidikan Muzik 1

LATIHAN NYANYIAN SOLFA DUA SUARA

1. Round Song.
*
a)

b)

2) Latihan nyanyian dua suara.

Alto

Tenor

15
Pendidikan Muzik 1

DO THEY THINK OF ME AT HOME?

Arranger : J.E. Carpenter


Composer : Charles W Glover (1797 - 1865)

16
Pendidikan Muzik 1

Ringkasan Unit 5
SKOR MUZIK

1. Skor muzik adalah catatan mengenai lagu. Biasanya mengandungi

Tempo / mud lagu Judul


Not-not muzik dan lirik. Komposer / Penulis lirik
Isyarat / tanda ekspresi Hak cipta
Tanda pengulangan

2. Skor lagu adalah harta intelek.

3. Jenis skor
Master Score - Skor lengkap mengandungi not untuk semua alat, digunakan oleh konduktor muzik.
Individual Score - Digunakan oleh pemain dalam ensembel muzik, mengandungi not alat itu shj.
Lead Sheet - Ada lirik, kord, muzik intro dsb. Digunakan oleh orang awam / dijual di pasaran.

4. Terminologi bermaksud istilah / lambang / isyarat muzik. Biasanya dalam bahasa Italy.

a) Tanda ulangan. b) Sign / tanda. c) Coda, segmen


terakhir lagu.

1’st house - dimainkan kali pertama sahaja sebelum ulang.


d) Kali kedua - terus lompat ke 2’nd house.

2’nd house - dmainkan kali


e) kedua selepas ulangan.

f) D.S. atau Dal Segno lompat terus ke tanda (sign)


g) D.C. atau Da Capo Lompat ke permulaan lagu.
h) To Coda Lompat terus ke tanda Coda (akhir segmen).

Terminologi tempo
i) Allegro Cepat
j) Moderato Sederhana
k) Andante Lambat / seperti lelaki berjalan.
l) Accelerando Semakin cepat. Selalunya ditulis Accel......
m) Ritardando Semakin lambat. Selalunya ditulis Rit.....

Terminologi Gaya Permainan / stail


n) Legato Bunyi berterusan, dengan licin / smooth. Sama dengan tanda frasa.
o) Staccato Bunyi pendek / terputus antara dua not. Titik di atas / bawah kepala not.

Terminologi Dinamik
p) > / accent tekanan / lebih kuat sedikit.
q) piano (p) lembut mezzopiano (mp) sederhana lembut.
r) forte (f) kuat mezzoforte (mf) sederhana kuat.
s) mezzo (m) sederhana (ditulis bersama piano atau forte).

17
Pendidikan Muzik 1

Ringkasan Unit 6
SKEL & NADA

1. Skel / tangga nada adalah susunan not pic mewakili semua pic dalam sesuatu nada.
Boleh ditulis pada baluk atau dimainkan menggunakan alat muzik.

2. Skel diatonik mempunyai sebanyak 8 not / skel pentatonik mempunyai 6 not sahaja.
Mesti berturutan, (ABCDE dst) tidak berselang / tidak melompat (ABCE - D tertinggal).
Dalam susunan menaik atau menurun.
Bermula dan berakhir pada nama pic yang sama tetapi oktaf berlainan.

3. Ciri-ciri jeda antara not menentukan jenis skel.

Not Skel MAJOR Skel MINOR Natural Skel MINOR Harmonik

Pic 7 - 8 Semiton (7-8) Ton Semiton (7-8)


Pic 6 - 7 Ton Ton Ton + Semiton (6-7)
Pic 5 - 6 Ton Semiton (5-6) Semiton (5-6)
Pic 4 - 5 Ton Ton Ton
Pic 3 - 4 Semiton (3-4) Ton Ton
Pic 2 - 3 Ton Semiton (2-3) Semiton (2-3)
Pic 1 - 2 Ton Ton Ton

Skel C major C D E F GAB C A minor natural

Skel A minor Natural AB C D E F GA

Skel A minor Harmonik A B C D E F G# A


(naikkan not ke-7, G syap) 1 2 3 1 2 3 4 5

C major A minor harmonik

1 2 3 1 2 3 4 5 1 2 3 1 2 3 5

Skel F major F G A Bb C D E F D minor natural

Skel D minor Natural D E F G A Bb C D


3
Skel D minor Harmonik D E F G A Bb C# D
(naikkan not ke-7, C syap) 1 2 3 1 2 4 5

F major D minor harmonik

3 4
4
1 2 3 1 2 3 4 1 2 3 1 2 5

18
Pendidikan Muzik 1

Skel G major G A B C D E F# G E minor natural

Skel E minor Natural E F# G A B C D E


2
Skel E minor Harmonik E F# G A B C D# E
(naikkan not ke-7, D syap) 1 3 1 2 3 4 5

G major E minor harmonik

4 2 4

1 2 3 1 2 3 5 1 3 1 2 3 5

Skel C major menaik (klef trebel) Skel C major menurun (klef trebel)

Skel C major menaik (klef bes) Skel C major menurun (klef bes)

Skel F major menaik Skel F major menurun

Skel G major menaik Skel G major menurun

Skel A minor neutral menaik. Skel A minor harmonik.

19
Pendidikan Muzik 1

3. Skel terbahagi kepada 2 tetrakord. Setiap tetrakord mengandungi 4 pic.

4. Relatif ialah skel major dan minor yang mempunyai pic-pic yang sama, tetapi bermula dan
berakhir pada pic berlainan. Mereka mempunyai tanda nada yang sama.
Not yang ke-7 dalam skel minor harmonik tidak dikira dalam tanda nada.

G major / E minor C major / A minor F major / D minor

5. Penulisan skel dengan tanda nada - tanda nada ditulis selepas klef
Naikkan not ke-7 jika dalam skel minor harmonik / tulis tanda syap di kiri not ke-7.

Tanda nada bagi C major tiada sebarang tanda kromat. Tanpa / dengan tanda nada adalah sama.

6. Penulisan skel tanpa tanda nada - semua tanda kromat di tulis di kiri not berkenaan.

Skel D minor neutral menaik tanpa tanda nada. Skel D minor harmonik menaik tanpa tanda nada.

Skel D minor neutral menaik dengan tanda nada. Skel D minor harmonik menaik dengan tanda nada.

Skel E minor neutral menaik tanpa tanda nada. Skel E minor harmonik menaik tanpa tanda nada.

Skel E minor neutral menaik dengan tanda nada. Skel E minor harmonik menaik dengan tanda nada.

20
Pendidikan Muzik 1

Ringkasan Unit 7
ASAS HARMONI

Bahagian 1 : Jeda Teknikal

1. Harmoni dalam muzik melibatkan kombinasi sekurang-kurangnya dua pic.


Konsonan (consonance) - bunyi yang dianggap menyenangkan.
Disonan (disonance) - dianggap sebagai bunyi yang kurang menyenangkan.

2. Jeda adalah jarak antara dua pic. Jeda sentiasa dikira dari pic rendah ke pic tinggi.
Jeda boleh dijelaskan melalui 2 cara iaitu (a) Unit Ton / Semiton (b) Jeda Teknikal.
Contoh : Jeda C ke D adalah 2 semiton @ 1 ton. Ia boleh juga dinyatakan Major Ke-2.

3. Jeda melodik adalah jeda antara 2 pic yang dibunyikan berturutan.


Jeda harmonik adalah jeda antara 2 pic yang dibunyikan serentak.

4. Jeda teknikal mengandungi 2 bahagian iaitu kualiti dan nombor.

Major Ke-2 Minor Ke-3 Perfek Ke-4


Contoh
Kualiti Nombor Kualiti Nombor Kualiti Nombor

5. Istilah yang digunakan bagi menyatakan kualiti adalah MAJOR, MINOR dan PERFEK.
(Diminished dan Augmented diajar dalam tingkatan akan datang).
PERFEK dikhaskan untuk dipadankan dengan Ke-4, Ke-5 dan Ke-8 sahaja.
MAJOR dan MINOR dikhaskan untuk dipadankan dengan Ke-2, Ke-3, Ke-6 dan Ke-7 sahaja.

6. Nombor dikira berdasarkan bilangan huruf pic yang terlibat, tanpa mengira tanda kromat.
Contoh D ke E adakah Ke-2 kerana huruf D dan E terlibat dalam pengiraan.
C ke D adalah ke-3 kerana tiga huruf terlibat iaitu CDE.
A ke D# tetap Ke-4 kerana tanda kromat tidak mempengaruhi pengiraan nombor.

7. Jeda ternikal berasaskan skel MAJOR.

Jeda pic I - II adalah Major Ke-2 Cth. C-D F-G G -A


I - III Major Ke-3 C-E F -A G-B
I - IV Perfek Ke-4 C-F F - Bb G-G
I-V Perfek Ke-5 C-G F-C G-D
I - VI Major Ke-6 C -A F-D G-E
I - VII Major Ke-7 C-B F-E G - F#
I - VIII Perfek Ke-8 @ Perfek Oktaf C - C’ F - F’ G - G’

M2 M3 P4 P5 M6 M7 P8

M2 M3 P4 P5 M6 M7 P8

M2 M3 P4 P5 M6 M7 P8

21
Pendidikan Muzik 1

Bahagian 2 : Nama Teknikal

1. Tiap-tiap nada diatonik diwakili oleh mempunyai 8 pic dalam skel.


Setiap pic mempunyai nama teknikal.

I Tonik V Dominan
II Supertonik VI Submedian
III Median VII Subtonik / Leading Note
IV Submedian VIII Tonik

V Dominan
IV
III Median
II Supertonik Penjelasan mengenai
I Tonik Tonik Median Dominan penggunaan istilah “Sub”
VII Subtonik dalam nama teknikal.
VI Submedian
V
IV Subdominan

2. Nama teknikal ini terpakai dalam semua keadaan.


Tidak dipengaruhi oleh aras.
Tidak dipengaruhi oleh tanda kromat.

Contoh : Dalam nada C major, pic G tetap dominan walau di aras mana G itu berada.
Samada F dan F# ia masih subdominan, kerana tanda kromat tidak mempengaruhi.

Median Subdominan
Nada C major

Dominan

Bahagian 3 : Triad,
Triad Tonik, Triad Subdominan dan Triad Dominan

1. Triad adalah sekumpulan 3 pic yang diambil secara berselang (1-3-5) dari satu skel.
Disusun menegak Yang paling bawah dipanggil root / 1’st
Yang tengah dipanggil 3’rd
Yang paling atas dipanggil 5’th.

2. Nama triad diambil dari root.


Jika root adalah tonik dalam satu skel, maka triad itu dinamakan Triad Tonik.
Jika root adalah pic I dalam satu maka triad ini dipanggil Triad I.

Contoh Dalam skel F major.


Triad yang terdiri daripada pic FAC ialah Triad Tonik kerana root adalah tonik dalam F major.
Triad yang terdiri daripada pic BbDF ialah Triad IV kerana Bb adalah root dan ia pic IV bagi Fmajor.

22
Pendidikan Muzik 1

3. Triad I @ Triad Tonik. Triad IV @ Triad Subdominan dan Triad V @ Dominan


dalam nada C major, F major dan G major

Triad I, IV dan V dalam nada G major.

Triad I, IV dan V dalam nada C major.

Triad I, IV dan V bagi nada F major.

4. Triad i @ Triad Tonik. Triad iv @ Triad Subdominan dan Triad V @ Dominan


dalam nada A minor, D minor dan E minor.

Nombor Roman i dan iv menunjukkan jenis triad minor (akan dijelaskan dalam Bahagian 4)
Nombor Roman I , IV dan V menunjukkan triad jenis Major.
Dalam membincangkan triad, hanya skel Minor Harmonik sahaja digunakan.

Triad i, iv dan V dalam nada E minor.

Triad i, iv dan V dalam nada A minor.

Triad i, iv dan V dalam nada D minor.

5. Triad dimainkan untuk mengharmonikan melodi. Ia boleh dimainkan secara Arpeggio


(berasingan) atau dimainkan secara strumming / comping (serentak).

Contoh Arpeggio Contoh Strumming / comping

23
Pendidikan Muzik 1

Bahagian 4 : Jenis Kord dan Menamakan Kord (lanjutan)

1. Triad juga dipanggil kord.


Nama kord adalah gabungan pic root dan jenis (kualiti) kord.

Contoh A minor E major G minor

Pic root Jenis Kord Pic root Jenis Kord Pic root Jenis Kord

2. Jenis atau kualiti kord ditentukan oleh jeda antara pic-pic root, dengan ke-3.

Kord MAJOR mempunyai jeda Major Ke-3 @ 4 semiton


Kord jenis MINOR mempunyai jeda Minor Ke-3 @ 3 semiton.

Contoh: Triad C E G ialah Kord C major kerana root adalah C, manakala


jeda C - E adalah 4 semiton @ Major Ke-3.

Triad D F A adalah kord D minor, kerana root adalah D, manakala


jeda D - F adalah Minor Ke-3 @ 3 semiton.
Kord C major Kord D minor

Root Ke-3 Ke-5 Root Ke-3 Ke-5

Bahagian 5 : Kord Primer dan Aplikasi

1. Kord primer adalah 3 kord / triad utama dalam nada. Iaitu Kord I (Triad Tonik) Kord IV (Triad
Subdominan) dan Kord V (Triad Dominan). Ketiga-tiga kord ini adalah kord paling asas dan
biasanya mencukupi sebagai kord iringan dalam semua lagu.

2. Cara memilih kord iringan ialah dengan menganalisis pic-pic melodi dalam satu bar.
a) Pilihlah pic-pic melodi yang paling banyak persamaan dengan kandungan kord (chord tone)
b) Pic-pic pada not downbeat.
c) Chord tone yang bernilai panjang.

Contoh : Lagu nada A minor. Kord primer nada ini adalah kord i mengandungi ACE,
kord iv mengandungi DFA dan kord V mengandungi EG#B

AC E AC E AC E AC E
D FA D FA D FA D FA
E G# B E G# B E G# B E G# B
Kord i Kord V Kord iv Kord V

24
Pendidikan Muzik 1

Ringkasan Unit 8
TEKSTUR DAN BENTUK

Bahagian 1 : Tekstur Monofoni dan Homofoni

1. Tekstur dalam muzik bermaksud jalinan bunyi-bunyi dalam sesuatu muzik.


Lagu yang terdiri daripada banyak alat jenis alat muzik dinamakan bertekstur tebal.
Tekstur nipis bermaksud lagu yang dimainkan oleh kurang alat muzik.
Lagu dimainkan oleh orkestra lazimnya bertekstur tebal.

2. Tekstur Monofoni terdiri daripasa 1 lapisan suara sahaja.


Contoh Seorang murid bermain rekoder.
Seorang menyanyi tanpa sebarang alat muzik.

3. Tekstur Homofoni terdiri daripada satu melodi diiringi oleh kord.


Contoh Muzik dari violin dengan iringan kord gitar.
Seorang menyanyi sambil rakannya bermain kord dari piano.

4. Kord / triad terdiri daripada 3 pic (root, 3rd dan 5th).


a) Iringan kord - memainkan ketiga-tiga pic, samada secara arpeggio, strumming, comping.
b) Iringan bordun - memainkan 2 pic sahaja (root dan 5th) cth: lagu-lagu rock band.
c) Iringan dron - memainkan 1 pic sahaja (root) - muzik gambus, sitar, pipeband / bagpipe.

Bahagian 2 : Bentuk Binary dan Ternary

1. Kandungan sebuah lagu


Not - unsur muzik paling kecil
Motif - idea muzik / terdiri daripada gabungan beberapa not yang pelbagai.
Frasa - motif irama berpic yang diperkembangkan menjadi frasa melodi.
- motif irama tanpa pic diperkembangkan menjadi frasa irama.
Segmen - beberapa frasa melodi / irama digabungkan menjadi satu segmen.
Lagu - beberapa segmen disambungkan menjadi satu lagu lengkap.

2. Segmen lagu pop / popular modern.


Intro - Segmen permulaan lagu.
Verse / Rangkap - Segmen-segmen utama sebuah lagu.
Bridge - Segmen pendek, biasanya sebelum bermulanya segmen seterusnya.
Chorus - Segmen istimewa, segmen yang paling menarik dalam sebuah lagu.
Interlude - Segmen instrumental dalam lagu yang biasanya menyerlahkan
kehebatan satu seksyen / pemuzik solo (cth: pemain gitar kumpulan rock)
Coda - Segmen penamat / akhir sebuah lagu.

3. Segmen segmen dalam muzik berbeza.


Misalnya melodi, rentak, tetstur, warna ton stail dsb.

4. Elemen BENTUK dalam muzik menjelaskan segmen-segmen dalam sesebuah lagu.

5. Bentuk STROFIK AAA Selalunya muzik iringan untuk tarian.


SIMPLE BINARY AB Ada dua segmen sahaja, keduanya berbeza.
ROUNDED BINARY AB A Ada dua segmen sama, ditengahnya ada bridge.
TERNARY ABA Tiga segmen. Segmen 1 dan 1 adalah sama.

25
Pendidikan Muzik 1

Ringkasan Unit 9
KREATIVITI DAN GUBAHAN

Bahagian 1 Mengecam dan Menotasikan Irama

1. Langkah-langkah

a) Buat persediaan Garisan Masa / detik / tanda masa


b) Pendengaran pertama - kesan bilangan bar / kesukaran.
c) Pendengaran kedua - tandakan bunyi berdasarkan garisan masa.
d) Semak

Irama asal
Bahagian 2 Improvisasi Irama

1. Improvisasi irama adalah mengubah Sambung / cantum


sedikit (satu atau dua not) supaya
iramanya ada sedikit perbezaan.
Pecahkan not
2. Teknik mengimprovisasi

a) Sambungkan not. Tukar kedudukan


b) Pecahkan not.
c) Ubah kedudukan not.

Bahagian 3 Memadan Lirik Kepada Irama dan Improvisasi Lirik

1. Satu not untuk satu sukukata.

2. Menambah sukukata dengan cara menambah imbuhan.


Digunakan apabila ada not berlebihan.

3. Sukukata dikurangkan bila sukukata berlebihan berbanding not.


Caranya menghilangkan huruf vokal - “sekolah” menjadi “skolah”
- “belajar” menjadi “blajar”

Bahagian 4 Gubahan Muzik

1. Gubahan bermaksud menyusun semula sebuah melodi supaya dipersembahkan dengan


cara yang lebih menarik. Biasanya aktiviti gubahan termasuklah

a) Harmoni : Memasukkan kord yang baru yang sesuai.


b) Bentuk : Menyusun semula segmen-segmen - yang mana patut diulang, yang mana patut
didahulukan, yang mana patut dikamudiankan.
c) Mencipta semula intro, bridge, interlude, bagaimana menamatkan lagu.
d) Ekspresi : Memilih rentak, mud lagu, gaya permainan yang sesuai.
e) Tekstur : Menetapkan segmen mana yang tekstur nipis, segmen yang bertekstur tebal,
iringan kord, dron, bordun.
f) Warna ton : Adakah setiap segmen dimainkan oleh alat muzik yang sama, dinyanyikan
oleh penyanyi yang sama.

26
Pendidikan Muzik 1

g) Dinamik : Adakah semua segmen mempunyai dinamik yang sama?


h) Nada : Adakah keseluruhan lagu menggunakan nada, rentak dan meter yang sama?
i) Warna ton: Alat yang mempunyai warna ton berat dibunyikan pada detik utama.
Alat yang mempunyai warna ton ringan boleh dimainkan dengan lebih kerap.

2. Perkara yang diambil kira dalam menggubah untuk ensembel.

a) Setiap pemuzik seimbang (bukan sebahagian terlalu kerap, bahagian lain rehat)
b) Kemampuan / kemahiran pemuzik.
c) Segmen-segmen yang mempunyai elemen muzik berbeza.
d) Masa yang diperuntukkan untuk sesebuah lagu.
e) Kategori penonton dan jenis majlis.
f) Kekuatan / keistimewaan yang boleh ditonjolkan.

dan lain-lain yang sesuai.

Contoh GUBAHAN ALAT-ALAT TERBUANG

Alat Baldi, Tin, Tempurung, Penyanpu Lidi

Segmen 1 Alat baldi dan penyapu lidi dimainkan dengan dinamik mp.
Tempo andante, meter 4-an. Rentak Masri

Segmen 2 Alat tin dan tempurung bermain bersama bandi dan lidi
Tempo masih sama / andante.
Dinamik kuat sedikit.

Segmen 3 Tukar meter 3-an dengan tempo allegro


Mula-mula tempurung, kemudin baldi, kemudian lidi, kemudian tin.
Semakin lama semakin kuat

Segmen 4 Sama seperti segmen 1

Segmen 5 Sama seperti segmen 3 dimainkan sebanyak 2 kali.

27
Pendidikan Muzik 1

Ringkasan Unit 10 - 11
ELEMEN MUZIK & ALAT MUZIK ORKESTRA

Bahagian 1 Analisis Muzik

Antara perkara yang boleh dianalisis dalam sesebuah lagu adalah

1. Sejarah dan latarbelakang - negara, kaitan dengan seni persembahan


yang lain (tarian, lakonan dll).
2. Biodata komposer.
3. Elemen-elemen muzik

a) Irama Meter, tempo, not-not.


b) Melodi Skel, nada.
c) Warna Ton Alat-alat muzik yang digunakan, jenis-jenis suara (koir), suara penyanyi.
d) Bentuk Segmen-segmen yang digunakan, intro, verse, interlude, bridge, chorus
Strofik, Binary, Ternary dll.
e) Tekstur Tebal atau nipis. Lapisan atau jalinan, homofoni, monofoni dsb.
f) Dinamik Susunan kuat atau lembut bunyi.
g) Harmoni Iringan kord, triad, dron, bordun dan cara diaplikasikan.

Bahagian 2 Jenis Ensembel dan Alat Muzik Orkestra

1. Alat muzik orkestra dibahagikan kepada 4 keluarga.

a) Brass Alat tiupan dibuat daripada logam.


Cth: Trumpet, tuba, trombon, ufonium, susafon.
b) Woodwind Alat tiupan daripada kayu / plastik / logam. Sebagagiannya mempunyai reed.
Cth: Flut, klarinet, saksofon, oboe.
c) Perkusi Alat yang diketuk / pukul. Pemukul dipanggil mallet.
Cth: Zailofon, metalofon, dram, simbal.
d) String Alat bertali.
Cth: Violin, viola, violoncello, double bass, harp.

2. Muzik Kamar adalah ensembel kecil, dimainkan dalam rumah bangsawan / istana Eropah.

Contoh.
a) String Quartet - 1 Violin, 1 viola, 1 cello, 1 double bass.
b) String Quintet - 2 Violin, 1 viola, 1 cello, 1 double bass.
c) String Trio - 1 Violin, 1 viola, 1 cello.
d) Brass Quintet - 2 trumpet, 2 trombon, 1 bass / ufonium.

3. Rhythm Section terdiri daripada dram set, piano, gitar bes, gitar.
Sesetengah orkestra mempunyai rhythm section untuk disesuaikan dengan lagu pop semasa.

28

Anda mungkin juga menyukai