Anda di halaman 1dari 1

MAKSUD ATURCARA KOMPUTER

ATURCARA KOMPUTER IALAH SATU SET ARAHAN MENGIKUT URUTAN YANG MENGARAHKAN
KOMPUTER MEMBUAT SESUATU.

SESETENGAH PERKAKASAN HARIAN MEMPUNYAI KOMPUTER BENAM.

KOMPUTER BENAM INI MEMPUNYAI ATUR CARA KOMPUTER YANG MENENTUKAN CARA PERKAKASAN
TERSEBUT BERFUNGSI.

KEGUNAAN ATUR CARA INI ADALAH UNTUK MEMASTIKAN PERKAKASAN TERSEBUT DAPAT
MELAKSANAKAN TUGAS MENGIKUT KETETAPAN.

Atur cara komputer adalah koleksi arahan yang difahami oleh manusia(biasanya dalam bahasa
inggeris mudah atau kod khas) untuk menentukan tugas ataupun satu set tugasan untuk dilakukan
oleh komputer setelah diterjermah oleh penterjermah kepada bahasa mesin (compiler) biasanya
dalam binary hexadecimal.
Istilah atur cara komputer boleh merujuk kepada kod sumber yang ditulis dalam bahasa
pengaturcaraan, atau bentuk terlaksanakan kod tersebut. Atur cara komputer juga dikenali
sebagai perisian pembangunan, program penggunaan, perisian sistem ataupun cuma atur cara.
Kod sumber kebanyakan atur cara mengandungi jujukan arahan yang jelas melaksanakan algoritma
(dikenali sebagai gaya pengaturcaraan perintah); dalam bentuk lain (dikenali
sebagai pengaturcaraan pengisytiharan) ciri-ciri maklumat yang diperlukan adalah ditentukan dan
kaedah yang digunakan untuk mendapat keputusan, jika ada, diserahkan kepada pelantar.
Atur cara komputer biasanya ditulis oleh golongan yang digelar juruaturcara komputer, tetapi boleh
juga dijanakan oleh atur cara lain.

Anda mungkin juga menyukai