Anda di halaman 1dari 17

JUJPHG14B Kelecuran kulit yang disebabkan oleh stim lebih serius daripada kelecuran

kulit yang disebabkan oleh air mendidih sebab


A stim mempunyai suhu yang lebih tinggi daripada air mendidih
B stim mengandungi lebih banyak haba daripada air mendidih
C haba pendam tentu pengewapan lebih besar daripada muatan haba tentu air

JUJPHG14BS23 Rajah menunjukkan udara terperangkap dalam sebuah bekas yang


terapung di permukaan air laut pada waktu tengahari. Pada waktu malam, isipadu udara
yang terperangkap berkurang.

Hukum manakah yang menerangkan situasi ini?


A Hukum Boyle
B Hukum Charles
C Hukum Tekanan
D Hukum Hooke

KLT141S19 Rajah menunjukkan bacaan tolok Bourdon yang disambungkan kepada


bekas tertutup sebelum dan selepas ombh ditolak.

Yang manakah antara hukum-hukum fizik berikut digunakan untuk menerangkan


pemerhatian itu?
A Hukum Hooke
B Hukum Boyle
C Hukum Charles
D Hukum Tekanan

KLT141S21 Rajah menunjukkan bacaan bagi tekanan udara dalam sebiji tayar sebelum
memulakan perjalanan yang jauh. Bacaan itu adalah 250 kPa dan suhu udara ketika
masa itu adalah 27 oC.

Hitung suhu udara dalam tayar itu jika selepas perjalanan jauh itu, bacaan bagi tekanan
udara adalah 280 kPa.
A 24 oC
B 30 oC
C 63 oC
D 70 oC

KLT141S23 Rajah menunjukkan lengkuk pemanasan bagi suatu bahan.

Pada peringkat manakah haba diserap adalah untuk melemahkan ikatan antara molekul?
A QR dan ST
B RS dan TU
C PQ, ST dan TU
D QR, RS dan TU

KLT142S20 Rajah menunjukkan lengkung pemanasan suatu bahan.

Pada peringkat manakah tenaga kinetic molekul bahan tetap?


A RS
B TU
C RS dan TU
D ST dan UV

KLT142S21 Rajah menunjukkan perubahan fasa ais daripada R ke S apabila


dipanaskan.

Berapakah kuantiti haba yang diperlukan oleh ais dari keadaan R ke S?


[Muatan haba tentu air ialah 4200 J kg-1oC-1 dan haba pendam tentu ais ialah 3.34 x 105
J kg-1]
A 1.67 x 105 J
B 2.10 x 105 J
C 2.09 x 105 J
D 7.54 x 105 J

KLT142S22 Rajah menunjukkan satu belon disambungkan pada tabung uju sebelum
dan selepas pemanasan.

Apakah hokum terlibat dalam fenomena ini?


A Hukum Charles
B Hukum Boyle
C Hukum Tekanan
D Hukum Hooke
KLT143S22 Graf menunjukkan lengkung pemanasan suatu bahan.

Pada peringkat manakah melibatkan penyerapan haba pendam tentu pengewapan.


A PQ
B QR
C RS
D ST

KLT143S23 Tekanan udara di dalam tayar kereta meningkat selepas kereta bergerak
pada jarak jauh kerana
A purata halaju molekul udara dalam tayar menurun
B suhu udara dalam tayar telah meningkat
C saiz molekul udara dalam tayar telah meningkat
D jarak pemisahan di antara molekul-molekul udara dalam tayar menurun

MRSM14S21 Rajah menunjukkan sebuah seterika wap 240 V, 1960 W yang digunakan
untuk menggosok kemeja.

Berapakah masa yang diambil untuk menukarkan 500 g air 100 oC kepada stim pada
suhu 100 oC?
[haba pendam tentu pengewapan air = 2.26 x 106 J kg-1]
A 5.77 x 105 s
B 4.52 x 103 s
C 1.15 x 103 s
D 5.77 x 102 s

MRSM14S22 Rajah menunjukkan empat kelalang gas yang mempunyai jumlah zarah
gas yang sama dan berada pada suhu bilik.
Kelalang manakah mempunyai tekanan gas paling tinggi?

MRSM14S23 Tayar sebuah kereta berisi udara pada tekanan 1.25 x 105 Pa apabila
suhu adalah 27 oC. Setelah bergerak untuk suatu tempoh, suhu udara dalam tayar
meningkat ke 42 oC.
Berapakah tekanan udara dalam tayar?
A 8.04 x 104 Pa
B 1.19 x 105 Pa
C 1.31 x 105 Pa
D 1.94 x 105 Pa

PHG14S20 Rajah menunjukkan perubahan suhu dengan masa apabila satu pepejal X
dipanaskan.

Apakah keadaan X dari masa t1 ke t2?


A pepejal sahaja
B cecair sahaja
C cecair dan gas
D pepejal dan cecair

PHG14S21 Graf manakah menunjukkan hubungan antara tekanan dan isipadu bagi
suatu gas yang mematuhi hukum Boyle?

PHG14S22 Tekanan suatu gas berkurang daripada 2.5 x 105 Pa kepada 5.4 x 104 Pa
pada 30 oC. Jika isipadu gas adalah malar, apakah suhu awal gas tersebut?
A 6.48 oC
B 65.4 oC
C 1129.8 oC
D 1402.8 oC

PNG14S20 Rajah menunjukkan lengkung pemanasan bagi air.

Pada titik R hingga S, suhu tidak meningkat apabila haba dibekalkan untuk menukarkan
air kepada wap air. Antara berikut, yang manakah menerangkan pemerhatian tersebut?
A haba digunakan untuk mengenakan tekanan pada molekul-molekul.
B haba digunakan untuk meningkatkan getaran molekul-molekul.
C haba digunakan untuk meningkatkan tenaga kinetik molekul-molekul.
D haba digunakan untuk mengatasi daya tarikan antara molekul-molekul.

PNG14S21 Tekanan udara dalam tayar kereta ialah 210 kPa pada suhu 27 oC seperti
yang ditunjukkan dalam rajah.

Berapakah tekanan dalam tayar tersebut pada suhu 37 oC?[anggap isipadu udara dalam
tayar adalah tetap]
A 153 kPa
B 203 kPa
C 217 kPa
D 288 kPa

PNG14S22 Rajah menunjukkan suatu susunan radas untuk mengkaji hubungan antara
isipadu turus udara, V dan suhu, T bagi suatu jisim udara yang malar.

Graf yang manakah menunjukkan hubungan V dengan T, di mana T ialah suhu dalam
unit Kelvin?

PNG14S23 Graf manakah menunjukkan hubungan antara tekanan, P dan isipadu bagi
suatu gas, V yang mematuhi Hukum Boyle?
TRG14S19 Rajah menunjukkan lengkung pemanasan suatu bahan.

Pernyataan manakah betul tentang haba yang diserap oleh bahan itu?

TRG14S20 Selepas satu perjalanan jauh, tekanan udara di dalam kereta akan
bertambah. Ini dapat diterangkan oleh
A Hukum Boyle
B Hukum Charles
C Hukum Tekanana

SBP14S18 Apabila gas dalam sebuah bekas kedap udara dimampatkan, apakah yang
tidak berubah?
A tekanan gas
B bilangan zarah
C purata tenaga kinetik zarah-zarah
D kekerapan pelanggaran zarah-zarah dengan dinding bekas

SBP14S19 Rajah menunjukkan graf lengkung pemanasan suatu bahan.

Mengapakah suhu pada BC adalah malar walaupun haba sentiasa dibekalkan?


A Tenaga haba digunakan untuk mengurangkan tenaga kinetik molekul.
B Tenaga haba digunakan untuk meningkatkan tenaga kinetik molekul.
C Tenaga haba digunakan untuk memutuskan ikatan antara molekul.
D Tenaga haba digunakan untuk menguatkan ikatan antara molekul.

SBP14S21 Rajah menunjukkan suatu gas terperangkap dalam satu tiub kaca pada suhu
27 oC.

Berapakah suhu sekiranya panjang turus gas yang terperangkap bertambah kepada 12
cm?
A 27.0 oC
B 32.4 oC
C 44.1 oC
D 87.0 oC

SBP14S22 Graf berikut yang manakah menunjukkan hubungan antara tekanan, P dan
isipadu, V suatu gas berdasarkan hokum Boyle?

KDH14S31 Seekor ikan diletakkan di dalam sebuah peti beku. Suhu ikan itu adalah
sama dengan suhu peti beku selepas beberapa minit. Konsep manakah yang
menerangkan situasi itu?
A haba pendam tentu pengewapan
B haba pendam tentu pelakuran
C muatan haba tentu
D keseimbangan terma

KDH14S33 Haba pendam tentu pengewapan air ialah haba yang diserap oleh
A 1 kg air semasa mendidih tanpa perubahan suhu
B 1 m3 air semasa mendidih tanpa perubahan suhu
C 1 kg stim untuk menaikkan suhu sebanyak 1 oC
D 1 m3 stim untuk menaikkan suhu sebanyak 1 oC

KDH14S34 Dalam hukum tekanan, pembolehubah yang dimalarkan ialah


A jisim dan isipadu
B suhu dan isipadu
C jisim dan suhu
KDH14S35 Graf yang manakah menunjukkan hubungan antara isipadu dan suhu mutlak
bagi satu jisim tetap gas pada tekanan malar?

PATT4SBP14S40 Air sesuai digunakan sebagai agen penyejuk di dalam enjin kereta
kerana
A takat lebur yang tinggi
B haba pendam tentu yang tinggi
C muatan haba tentu yang tinggi
D ketumpatan yang tinggi

PATT4SBP14S43 Tenaga haba yang dibekalkan untuk menukarkan 1 kg pepejal


kepada cecair dengan suhu malar dikenali sebagai
A muatan haba
B muatan haba tentu
C haba pendam tentu pengewapan
D haba pendam tentu pelakuran

PATT4SBP14S44 Ahmad baru sahaja belajr tentang haba pendam tentu. Untuk
pengukuhan pengetahuan, guru telah menjalankan satu eksperimen untuk menentukan
jumlah haba yang diperlukan untuk mencairkan 0.5 kg ais pada suhu 0.0 oC dan
mencapai suhu bilik pada 25.0 oC.
[Muatan haba tentu air = 4200 J kg-1 oC-1]
[Haba pendam tentu pelakuran ais = 3.34 x 105 J kg-1]

A 2.175 x 105 J kg-1


B 2.275 x 105 J kg-1
C 2.195 x 105 J kg-1
D 2.395 x 105 J kg-1

PATT4SBP14S45 Isipadu gelembung udara akan bertambah apabila bergerak dari


dasar kolam ke permukaan kolam kerana
A suhu udara berkurang
B tekanan udara berkurang
C ketumpatan udara berkurang
D jisim udara berkurang

PATT4SBP14S46 Rajah menunjukkan proses menarik dan menghembus nafas dalam


badan manusia.

A molekul-molekul udara di dalam paru-paru bergerak dengan lebih cepat.


B tekanan udara di dalam paru-paru berkurang.
C tekanan di luar paru-paru berkurang.
D daya yang dikenakan pada permukaan paru-paru bertambah.

PATT4SBP14S47 Ahmad memandu sebuah kereta pada hari yang panas terik.

Tekanan udara dalam tayar kereta ialah 200 kPa pada suhu 25 oC sebelum Ahamd mula
memandu. Selepas memandu dalam satu jarak jauh, suhu tayar telah meningkat kepada
37 oC.
Berapakah tekanan dalam tayar tersebut pada suhu 37 oC?
A 135 kPa
B 190 kPa
C 192 kPa
D 208 kPa
E 296 kPa

PATT4SBP13S39 Udara pada altitud tinggi adalah kurang tumpat daripada udara pada
paras laut. Pernyataan yang manakah benar?
A Air mengambil masa yang untuk mendidih pada altitud tinggi.
B Tekanan atmosfera adalah lebih rendah pada altitud tinggi.
C Kadar kehilangan haba adalah lebih tinggi pada altitud tinggi.
D Ais melebur lebih cepat pada altitud tinggi.

PATT4SBP13S40 Suhu air tidak berubah semasa sedang mendidih. Ini disebabkan oleh
haba yang diserap digunakan untuk
A mengatasi daya tarikan antara molekul-molekul air.
B meningkatkan tenaga kinetic antara molekul-molekul air.
C menguatkan ikatan antara molekul-molekul air.
D meningkatkan kadar pelanggaran antara molekul-molekul air.

PATT4SBP13S41 Apakah kuantiti yang mana sentiasa tetap dalam ketiga-tiga hukum
gas?
A bilangan molekul-molekul gas
B jarak antara molekul-molekul gas
C jumlah daya perunit luas ke atas dinding bekas
D purata tenaga kinetik bagi molekul-molekul gas

PATT4SBP13S42 Rajah menunjukkan gelembung udara yang terbebas ke permukaan


dari lumpur di dasar tasik yang dalam.

Gelembung udara semakin besar apabila naik ke atas. Namakan hukum yang terlibat
untuk menerangkan situasi ini.
A hukum Charles
B hukum Tekanan
C hukum Boyle
D hukum Hooke

PATT4SBP13S43 Gas di dalam bekas pada suhu 30 oC bertekanan 1.20 Pa. Bekas itu
dipanaskan pada isipadu tetap sehingga suhu gas meningkat kepada 55 oC. Berapakah
tekanan akhir gas itu?
A 0.72 Pa
B 1.11 Pa
C 1.20 Pa
D 1.30 Pa
E 2.20 Pa

PATT4SBP12S38 Mengapakah badan kita berasa sejuk selepas berpeluh?


A air tersejat dengan mudah
B haba pendam pengewapan diserap daripada badan apabila peluh tersejat
C air boleh menyerap banyak haba
D haba pendam pelakuran dibebaskan daripada badan apabila peluh tersejat
PATT4SBP12S42 Graf di dalam rajah menunjukkan bagaimanakah suhu lilin berubah
apabila ia menyejuk dari cecair ke pepejal.

Pada bahagian manakah graf itu, lilin menjadi campuran pepejal dan cecair?
A PQ
B QR
C RS
D ST

PATT4SBP12S44 Suatu gas berjisim tetap dipanaskan dalam sebuah bekas berisipadu
tetap. Pernyataan manakah betul?
A tekanan gas adalah malar
B molekul gas bergerak lebih jauh antara satu sama lain
C tenaga kinetic molekul gas adalah tetap
D molekul gas bergerak dengan halaju yang lebih tinggi

PATT4SBP12S45 Rajah menunjukkan sebuah picagari.

Jika picagari ditolak ke dalam, manakah antara kuantiti berikut meningkat?


A suhu udara di dalam picagari
B bilangan molekul-molekul udara
C bilangan molekul-molekul udara per unit isipadu picagari
D tenaga kinetic molekul-molekul udara

PATT4SBP12S46 Apabila gas berjisim tetap mengembang pada suhu tetap, manakah
antara kuantiti berikut berkurang?
A tenaga kinetik molekul gas
B laju purata molekul gas
C tekanan gas
D isipadu gas

PATT4SBP11S41 Rajah menunjukkan satu proses ais bertukar kepada air.

Haba yang diserap dalam proses itu dinamakan


A muatan haba tentu wap
B muatan haba tentu cecair
C haba pendam pelakuran
D haba pendam pengewapan
PATT4SBP11S42 Lebih banyak tenaga haba diperlukan untuk menukarkan 1 kg air
pada 100 oC kepada stim berbanding meleburkan sepenuhnya 1 kg ais kerana
A muatan haba tentu air lebih tinggi dari muatan haba tentu ais
B muatan haba tentu air lebih rendah dari muatan haba tentu ais
C haba pendam tentu pengewapan air lebih tinggi dari haba pendam tentu pelakuran ais
D haba pendam tentu pengewapan air lebih rendah dari haba pendam tentu pelakuran
ais

PATT4SBP11S43 Rajah menunjukkan graf suhu-masa bagi suatu bahan apabila


sebuah pemanas 400 W digunakan untuk memanaskan 0.4 kg pepejal.

Berapakah haba pendam tentu pelakuran bagi bahan itu?


A 4.0 x 103 J kg-1
B 1.6 x 104 J kg-1
C 4.0 x 105 J kg-1
D 5.0 x 105 J kg-1

PATT4SBP11S44 Rajah menunjukkan gelembung-gelembung udara naik ke permukaan


air.

Mengapa saiz bagi gelembung-gelembung udara itu semakin meningkat apabila naik ke
atas?
A tekana atmosfera pada gelembung-gelembung itu berkurang
B ketumpatan gelembung-gelembung udara itu meningkat
C tekanan air pada gelembung-gelembung udara itu berkurang
D suhu pada gelembung-gelembung udara itu meningkat

PATT4SBP11S45 Graf yang manakah benar mewakili hubungan antara tekanan dan
suhu gas bagi suatu gas berjisim tetap pada isipadu malar?

KDH13S21 Proses yang manakah mengubah keadaan jirim daripada gas kepada cecair?
A Penyejukan
B Pendidihan
C Pembekuan
D Kondensasi

KDH13S22 Graf yang manakah menunjukkan hubungan yang betul antara isipadu, V,
dan suhu, T bagi suatu gas yang jisim dan tekanannya malar?

KDH13S23 Suatu gas berjisim tetap pada isipadu malar mempunyai tekanan P pada 25
o
C. Tekanan gas itu akan meningkat ke 2P jika suhunya adalah
A 12.5 oC
B 50.0 oC
C 116.5 oC
D 323.0 oC

KDH13BS21 Rajah menunjukkan tangan seorang disimbah air panas dan tangan
seorang lain yang terdedah kepada stim. Kedua-dua air panas dan stim mempunyai
jisim yang sama.

Kelecuran kulit yang disebabkan oleh stim lebih serius daripada kelecuran kulit yang
disebabkan oleh air mendidih sebab
P: stim mempunyai suhu yang lebih tinggi
Q: stim mengandungi lebih banyak haba
R: stim mempunyai muatn haba tentu yang lebih tinggi
A P sahaja
B Q sahaja
C P dan Q
D P, Q dan R

KDH13BS22 Rajah menunjukkan graf tekanan-isipadu bagi suatu gas berjisim tetap.

Hubungan yang manakah betul?

KDH13BS23 Rajah menunjukkan susunan radas untuk mengkaji ciri-ciri suatu gas.

Omboh ditolak dengan perlahan ke kanan.


Pernyataan manakah betul mengenai perlakuan molekul gas di dalam silinder itu?
A Laju molekul bertambah
B Molekul-molekul berlanggar lebih kerap dengan dinding silinder
C Jarak purata antara molekul-molekul kekal malar
D Molekul-molekul melantun balik dari dinding silinder dengan momentum yang lebih
besar

TRG13S18 Sebuah belon berisi udara sejuk dan diletakkan dalam bilik yang suam.
Antara berikut yang manakah menunjukkan bahawa keseimbangan terma telah tercapai?
A Belon naik sehingga ke siling
B Belon jatuh ke lantai
C Belon berhenti mengembang
D Belon mula mengecut

TRG13S20 Lengkapkan pernyataan berikut:


Haba yang diserap oleh 10 g ais untuk melebur sepenuhnya sama dengan
A haba yang diserap oleh 10 g stim untuk mengkondensasi sepenuhnya.
B haba yang dibebaskan oleh 10 g stim untuk mengkondensasi sepenuhnya.
C haba yang diserap oleh 10 g air untuk menyejat sepenuhnya.
D haba yang dibebaskan oleh 10 g air untuk membeku sepenuhnya.
PHG13S25 Sebelum membuat suatu perjalanan yang jauh, tekanan udara di dalam
sebuah tayar lori ialah 128 kPa dan bersuhu 27 oC. Selepas perjalanan itu, tekanan
udara di dalam tayar itu adalah 132 kPa. Ungkapan yang manakah menentukan suhu
udara dalam tayar selepas perjalanan itu? [Anggap isipadu tayar tetap]

NS13S19 Rajah menunjukkan dua objek X dan Y dengan jisim yang sama diletakkan di
atas dua ais yang serupa selepas dikeluarkan daripada kukus air panas.

Objek X mencairkan lebih banyak ais daripda objek Y. Mengapa?


A Objek X mempunyai haba pendam pelakuran yang lebih tinggi daripada objek Y.
B Objek X mempunyai isipadu yang lebih tinggi daripada objek Y.
C Objek X mempunyai muatan haba tentu yang lebih tinggi daripada objek Y.
D Objek X mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada objek Y.

NS13S22 Rajah menunjukkan suatu botol yang kemek sebelum dan selepas diletakkan
dalam air panas.

Antara yang berikut, yang manakah betul?

MRSM13S23 Rajah menunjukkan ais mencair.


Tenaga haba yang diserap semasa proses adalah
A haba pendam pelakuran
B haba pendam pengewapan
C muatan haba pepejal
D muatan haba cecair

MRSM13S24 Rajah menunjukkan sebiji belon yang sama sebelum dan selepas
diletakkan di dalam peti sejuk selama saru jam.

Situasi di atas boleh dijelaskan oleh


A hukum gas
B hukum Boyle
C hukum tekanan
D hukum Charles

PNG13S17 Apakah yang terjadi apabila gas asli dalam sebuah silinder tertutup
dimampatkan?
A keadaannya berubah
B jisimnya semakin berkurang
C isipadunya semakin bertambah
D atom-atomnya semakin mengecil

PNG13S20 Suhu bagi 5 kg air meningkat sebanyak 60 oC apabila dipanaskan.


Berapakah peningkatan suhu apabila 8 kg air dipanaskan dengan jumlah tenaga haba
yang sama?
A 30.75 oC
B 37.50 oC
C 48.00 oC
D 80.00 oC

PNG13S22 Pada musim sejuk, paip air kadangkala pecah kerana


A paip mengecut dan tekanan air di dalam paip meningkat
B ais yang terbentuk di dalam paip mengembang apabila mencair
C air mengembang apabila menyejuk dari 4 o C ke 0 oC atau ke bawah
D pembentukkan ais daripada air menyebabkan peningkatan isipadu

PNG13S23 Jadual menunjukkan ciri-ciri air apabila dididihkan pada dua altitiud yang
berbeza.
Jadual 2
Berdasarkan jadual di atas, pernyataan manakah benar mengenai altitude tinggi?
A suhu lebih rendah
B tekanan atmosfera lebih rendah
C kelembapan udara lebih rendah
D kadar pembebasan haba lebih cepat

Anda mungkin juga menyukai