Anda di halaman 1dari 9

Garis Panduan Pertandingan Aplikasi STEM KPM 2018

Garis Panduan Pertandingan Aplikasi STEM KPM 2018

KANDUNGAN

A. LATAR BELAKANG

B. OBJEKTIF

C. KUMPULAN SASARAN

D. SYARAT PENYERTAAN

E. TATACARA PENYERTAAN

F. FORMAT PENGHANTARAN PENYERTAAN

G. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

H. TARIKH TUTUP PENYERTAAN

I. JADUAL PERTANDINGAN

J. TUNTUTAN HAK CIPTA

K. HADIAH

L. BORANG PENYERTAAN (PA1)


Garis Panduan Pertandingan Aplikasi STEM KPM 2018

A. LATAR BELAKANG

Pertandingan Aplikasi STEM KPM 2018 ini dianjurkan oleh Bahagian Teknologi
Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Inisiatif #49
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025: Pengukuhan
Pendidikan STEM yang diterajui oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan (BPPDP) KPM. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat murid
dalam industri pembangunan aplikasi, di samping menggalakkan penghasilan bahan
kreatif melalui teknologi seiring dengan Anjakan ke-7 PPPM 2013-2025, iaitu
memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia dan Inisiatif
ke-3 Digital Malaysia (DM) yang bercita-cita untuk memastikan bahawa semua belia
Malaysia dilengkapi dengan kemahiran digital serta kecekapan yang diperlukan untuk
tenaga kerja masa depan menjelang tahun 2020.

Jenis Aplikasi
Aplikasi terbahagi kepada 3 kategori:

Informasi Utiliti / Perkhidmatan Permainan Digital

Menyediakan tahap Menyediakan Bukan sahaja menghiburkan


maklumat khusus dalam perkhidmatan kepada pengguna, malah mampu
antara muka yang intuitif dan pengguna berdasarkan mewujudkan persaingan
mudah digunakan. Informasi keperluan dunia atau skop dalam permainan digital.
secara terus. keperluan sebenar.

Tema
Idea Aplikasi STEM yang dihasilkan perlulah bertemakan:

○ Kitar semula, ​atau


○ Kesihatan Diri.

Platform
Platform pembangunan aplikasi ialah ​Android​.
Garis Panduan Pertandingan Aplikasi STEM KPM 2018

Contoh Aplikasi
Aplikasi penyelesaian masalah, seperti “​Grab​” merupakan salah satu aplikasi untuk
mencari teksi/kereta dengan hanya menghantar titik koordinat permulaan dan titik
koordinat akhir atau dengan nama tempat. Aplikasi “​Grab”​ akan menyatakan tanda
harga bagi perjalanan tersebut. Aplikasi ini memudahkan perancangan perjalanan dan
budget pengguna.

B. OBJEKTIF
● Menggalakkan dan memupuk minat murid menceburi bidang STEM di peringkat
menengah atas.
● Memberikan pendedahan kepada murid menengah rendah tentang
pembangunan aplikasi mudah alih pada peringkat awal.
● Menghasilkan kandungan aplikasi mudah alih bercirikan didik hibur berasaskan
STEM bagi menyokong dan memperkukuh proses pembelajaran.

C. KUMPULAN SASARAN
● Murid sekolah menengah.
● Murid Tingkatan 4.
● Satu pasukan terdiri daripada 4 orang murid dan seorang guru pembimbing.
Garis Panduan Pertandingan Aplikasi STEM KPM 2018

D. SYARAT PENYERTAAN
Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah menengah dengan memenuhi
syarat-syarat seperti berikut :

● Setiap pasukan mestilah terdiri daripada ​empat ​orang murid Tingkatan 4 dan
diiringi oleh ​seorang ​guru pembimbing.
● Peserta perlu mempunyai pengetahuan asas dalam ​Coding.​
● Setiap pasukan hanya boleh menghantar ​satu idea aplikasi berasaskan STEM
kepada urus setia ​Pertandingan​ ​Aplikasi STEM KPM 2018​ di BTP.
● Setiap sekolah​ boleh​ ​menghantar ​lebih daripada satu​ penyertaan.
● Setiap guru pembimbing​ hanya boleh membimbing ​satu pasukan​ sahaja.
● Aplikasi STEM yang dihasilkan perlulah ​bertemakan Kitar Semula ​atau
Kesihatan Diri.
● Idea aplikasi ialah ​ciptaan asal dan tidak pernah dipertandingkan dalam
mana-mana pertandingan.
● Slaid pembentangan yang disediakan adalah ​tidak melebihi 10 slaid​.
● Penyertaan akan ​dibatalkan sekiranya idea aplikasi yang dikemukakan ​tidak
asli​.
● Penyertaan perlu menggunakan Bahasa Melayu ​atau​ Bahasa Inggeris ​sahaja​.
● Pasukan yang gagal mematuhi peraturan di atas akan dibatalkan
penyertaannya daripada pertandingan.
● Sepuluh (10) pasukan terbaik ​akan menyertai ​Bengkel Pembangunan
Aplikasi ​di peringkat kebangsaan.
● Penyertaan daripada sekolah selain daripada sekolah bantuan kerajaan adalah
di bawah tanggungan sendiri.

E. TATACARA PENYERTAAN

● Borang dan maklumat penyertaan boleh dimuat turun melalui portal BTP di
http://btp.moe.gov.my/
● Borang penyertaan lengkap dan idea aplikasi yang dihasilkan mengikut ​format
penghantaran penyertaan​ perlu dihantar sebelum atau pada ​14 September
2018​ di ​mystemapps@moe.gov.my
● Penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
Garis Panduan Pertandingan Aplikasi STEM KPM 2018

F. FORMAT PENGHANTARAN PENYERTAAN

● Setiap penyertaan berbentuk ​hardcopy​ perlu dihantar kepada urus setia


Pertandingan Aplikasi STEM KPM 2018.
● Penyertaan yang lengkap ​MESTI ​mengandungi butiran berikut:
○ Borang penyertaan (PA1)​ yang disahkan oleh pihak sekolah
○ Idea Aplikasi STEM dalam bentuk ​Microsoft PowerPoint ​(Maksimum 10
slaid)
- Pengenalan
- Masalah
- Perancangan / Idea
- Kesimpulan
○ Namakan fail ​Microsoft PowerPoint​ seperti berikut:
Negeri - Nama Sekolah
Cth: Kuala Lumpur - Sekolah Menengah Bandar Baru Sentul

G. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

● Setiap idea aplikasi yang dibangunkan akan dinilai oleh panel juri profesional
yang dilantik oleh urus setia Pertandingan Aplikasi STEM 2018.
● Pemenang akan dimaklumkan secara rasmi melalui portal BTP.
● Hadiah akan disampaikan kepada pemenang pada hari Anugerah Pembestarian
Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018.
● Keputusan panel juri adalah ​MUKTAMAD​.

H. TARIKH TUTUP PENYERTAAN

● Tarikh tutup penyertaan ialah pada 14 September 2018 (Jumaat).


Garis Panduan Pertandingan Aplikasi STEM KPM 2018

I. JADUAL PERTANDINGAN

Bil Perkara Tarikh

1. Hebahan dan Penyertaan Dibuka 17 Ogos 2018

2. Tarikh Tutup Penyertaan 14 September 2018

3. Pemilihan Pemenang Peringkat Saringan 18 September 2018

4. Pengumuman 10 Pasukan Terbaik 24 September 2018

5. Bengkel Pembangunan Aplikasi dan Pemilihan Pemenang Peringkat Akhir 1- 4 Oktober 2018

6. Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018 Oktober 2018

J. TUNTUTAN HAK CIPTA

● Kementerian Pendidikan Malaysia memiliki hak cipta sepenuhnya terhadap idea


aplikasi yang dihasilkan.
● Kementerian Pendidikan Malaysia berhak menggunakan idea dan aplikasi yang
mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga untuk semua aktiviti dan promosi.

K. HADIAH

Pemenang utama : Wang tunai bernilai RM2000, Hadiah iringan dan Sijil
Tempat ke-2 : Wang tunai bernilai RM1000, Hadiah iringan dan Sijil
Tempat ke-3 : Wang tunai bernilai RM300, Hadiah iringan dan Sijil
Garis Panduan Pertandingan Aplikasi STEM KPM 2018

Borang PA1 – ​*Diisi oleh guru/peserta

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN APLIKASI STEM KPM 2018
MySTEMapp Challenge 2018

Tarikh Tutup Penyertaan: ​14 September 2018

1.0 MAKLUMAT PESERTA

1.1 Butiran Sekolah (Nama Sekolah, Kod Sekolah, Alamat, Nombor Telefon dan Faks)

1.2 Nama Guru Pembimbing

Nama Guru Pembimbing No Kad Pengenalan

1.3 Nama Murid No Kad Pengenalan


1.
2.
3.
4.

2.0 MAKLUMAT IDEA APLIKASI

2.1 Nama Idea Aplikasi

2.2 Bahasa (cth: Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris)


Garis Panduan Pertandingan Aplikasi STEM KPM 2018

3.0 DESKRIPSI IDEA APLIKASI


(Nota: Deskripsi berkaitan aplikasi hendaklah disediakan dalam bahasa
Melayu ​atau ​bahasa Inggeris – Tidak melebihi 100 patah perkataan)
Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris

4.0 PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa segala butiran di atas adalah benar dan


bersetuju dengan peraturan serta syarat pertandingan yang ditetapkan
oleh pihak urus setia Pertandingan Aplikasi STEM KPM 2018.

Nama Penuh

Jawatan

Tarikh

*Tandatangan & Cop Sekolah

*pengakuan perlu diisi oleh pengetua atau pentadbir sekolah

Nota: Sila cetak borang ini dan e-melkan kepada urus setia di ​mystemapps@moe.gov.my

Anda mungkin juga menyukai