Anda di halaman 1dari 9

Dahulunya dikenali sebagai Sukan SEAP (Semenanjung Asia Tenggara), ia

telah diadakan buat pertama kalinya pada tahun 1959.

Pada temasya berkenaan, enam buah negara iaitu Thailand, Burma,


Malaysia, Singapura, Vietnam Selatan dan Laos telah bertanding di dalam
12 acara sukan.

Berdasarkan sistem giliran yang baharu diperkenalkan, Brunei dipilih menjadi tuan rumah seterusnya iaitu untuk
Sukan SEA 2017 dan diikuti oleh Malaysia pada tahun 2019. Bagaimanapun, Brunei telah memaklumkan bahawa ia
belum bersedia untuk menjadi tuan rumah buat masa ini.

Sehubungan itu pada 14 Julai 2012, Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) telah membuat tawaran kepada Malaysia
untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017 dan tawaran tersebut telah pun
diterima dan dipersetujui.
Pada tahun 2019, sukan dwitahunan ini akan diadakan di Filipina dan
kemudiannya di Vietnam pada tahun 2021. Pada tahun 2023, Kemboja
pula akan menjadi tuan rumah buat pertama kalinya.
Sukan Para ASEAN yang pertama pula telah diadakan pada tahun 2001 di
Malaysia. Ia di ikuti dengan Vietnam (2003), Filipina (2005), Thailand
(2007), Laos (2009), Jakarta (2011), Myanmar (2013) dan Singapura
(2015).
Penganjuran kejohanan dwitahunan untuk atlet kelainan upaya ini bertujuan untuk mengeratkan persahabatan antara
atlet-atlet di samping menyokong perkembangan sukan serantau. Ia juga bertindak sebagai satu platform untuk
membantu atlet paralimpik diiktiraf dan diterima di dalam masyarakat ASEAN.

Atas faktor-faktor ini, Persekutuan Sukan Paralimpik ASEAN (APSF) telah memutuskan untuk mengadakan Sukan
Para ASEAN sebaik sahaja tamatnya Sukan SEA, sebagaimana yang diamalkan untuk penganjuran Sukan Olimpik
dan juga Sukan Asia.

Kali pertama Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA atau Sukan SEAP adalah pada tahun 1965. Sehingga kini,
Malaysia telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1965,
1971, 1977, 1989 dan 2001.

Ketika Sukan SEA 2001, Malaysia telah muncul sebagai juara keseluruhan dengan pungutan 111 pingat emas,
diikuti oleh Thailand (103 pingat emas) dan Indonesia (72 pingat emas). Selepas 16 tahun, Malaysia sekali lagi akan
menjadi tuan rumah kepada sukan berbilang acara terbesar di Asia Tenggara, sekaligus menyamai rekod Thailand
yang pernah menjadi tuan rumah Sukan SEA sebanyak enam kali."
Tema Kuala Lumpur 2017 kali ini ialah 'Bangkit
Bersama' yang melambangkan ketibaan era di mana
negara-negara Asia Tenggara perlu bersatu sebagai
sebuah komuniti.
Rantau ini telah sekian lama menempa nama di
persada antarabangsa dan kini sekali lagi mencipta
sejarah untuk bersama-sama bersatu dan berganding
bahu dalam mencapai keamanan, kemajuan dan
kemakmuran.
Kuala Lumpur 2017 akan menjadi satu detik yang
penting kerana ia merupakan Sukan SEA dan Sukan
Para ASEAN yang pertama diadakan selepas
penubuhan Komuniti ASEAN pada 2015.
Ia akan menjadi bukti bahawa sukan bukan sahaja
akan memainkan peranan penting untuk
menyatupadukan seluruh komuniti di Asia Tenggara
dalam meraikan kecemerlangan dan meningkatkan
semangat juang kesukanan kita, malah ia juga dapat
meningkatkan dan memberi inspirasi kepada seluruh
warga rantau ini.
Logo ini pula dicipta berasaskan Wau Bulan, lambang kebanggaan
Malaysia. Wau Bulan adalah sejenis layang-layang berbentuk bulan
sabit yang terkenal di Pantai Timur negara ini.

Keunikan rekabentuk dan kehalusan ukiran hiasannya, serta


keindahan gemalainya melayang di angkasa melambangkan kuasa
terunggul sebagai juara.
Jalur warna-warni pula mewakili panji-panji semua negara peserta
Asia Tenggara untuk membentuk identiti Kuala Lumpur 2017.
Sebagai lambang semangat sukan yang membara, kita memerlukan maskot yang hebat
dan menarik. Maskot yang terpilih untuk Kuala Lumpur 2017 ialah spesis Harimau
Malaya yang terkenal dengan sifat gagah perkasa, peramah, berdaya saing, sekaligus
melambangkan jiwa atlet sebenar. Namanya adalah Rimau.

RIMAU ialah singkatan kepada HORMAT (RESPECT), BERWIBAWA (INTEGRITY),


TANGKAS (MOVE), BERSIKAP POSITIF (ATTITUDE) DAN BERSATU (UNITY).

HORMAT
Saling menghormati antara rakan dan lawan, pegawai-pegawai sukan dan
peminat-peminat yang memberi sokongan.Mempertahankan nilai-nilai
kesukanan sejati.
BERWIBAWA
Jujur dan amanah dalam mematuhi kod etika kesukanan dan nilai yang
diterapkan di dalamnya.
BERSIKAP POSITIF
Bersikap positif dengan semangat kesukanan dan meraikan persahabatan.
Bertanding untuk menang secara bermaruah.
BERSATU
Bersatu dalam menyemarakkan semangat kesukanan tulen.
TANGKAS
Tangkas, pantas dan gagah perkasa. Melangkaui had dan merentasi
halangan.

Anda mungkin juga menyukai