Anda di halaman 1dari 2

Sukan ASEAN menerapkan nilai-nilai hormat menghormati dalam kehidupan.

Nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar
segala tindakan mereka terpimpin dan tidak menyeleweng dari norma-norma sosial
yang dikehendaki dalam masyarakat. Amalan ini penting untuk melahirkan insan
yang mulia, unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional negara ke arah
Wawasan 2020.
Iman al-Ghazali mengatakan, Apabila kamu hendak mengenali wajah lihatlah
pada cermin, tetapi apabila kamu hendak mengenali diri lihatlah pada wajah. Katakata tersebut mengambarkan betapa keperibadian dan akhlak mulia menjadi tali
pengukur kepada setiap individu. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari
sudut budaya, peradaban dan agama kita. Namun begitu, dalam mengharungi era
ledakan sains dan teknologi, amalan nilai hormat menghormati dalam kalangan
masyarakat semakin lenyap dalam sanubari golongan dewasa dan remaja.
Sukan ASEAN merupakan salah satu acara sukan yang diadakan 4 tahun
sekali merupakan sukan kedua yang terbesar selepas Sukan Olimpik. Sukan
ASEAN mengumpulkan atlet-atlet terbaik daripada seluruh Asia untuk mencari atlet
terbaik di rantau Asia. Selain daripada mencari atlet terbaik, ada nilai-nilai yang
tersirat yang dapat kita amalkan seperti nilai hormat-menghormati, bekerjasama,
sayang menyayangi dan sebagainya.
Nilai hormat-menghormati ketika dalam Sukan ASEAN ini dapat saya lihat
apabila menonton pertandingan-pertandingan sukan yang dijalankan seperti bola
sepak, badminton, taekwondo, renang dan sebagainya. Semua sukan tersebut
menunjukkan nilai hormat-menghormati antara atlet yang bertanding. Contohnya,
dalam sukan bola sepak, penyokong yang hadir seperti penyokong tuan rumah
menghormati penyokong lawan yang bertandang ke stadium mereka. Sorakansorakan yang diberikan tidak menyentuh sensitiviti pihak lawan terutama yang
berkaitan dengan perkauman dan adat resam.
Selain itu, nilai hormat-menghormati dapat dilihat apabila atlet yang menang
akan bersalam dengan atlet yang kalah. Budaya ini dapat dilihat di dalam sukan
taekwondo. Walaupun sukan taekwondo memerlukan pertarungan fizikal, namun

selepas tamat perlawanan, kedua-dua atlet akan bersalam dan saling berpelukan
bagi menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Budaya ini sudah diamalkan
sejak betahun lamanya.
Kesimpulannya, Sukan ASEAN ini dapat memberi banyak pengajaran kepada
peminat-peminat sukan seluruh dunia. Untuk diri saya pula selaku peminat tegar
sukan bola sepak, amat berbangga kerana sukan bola sepak bukan sahaja dapat
menyihatkan tubuh badan malahan dapat menerapkan nilai hormat-menghormati
dalam kehidupan. Nilai ini dapat saya amalkan untuk jangka masa hadapan.

Nama : SYED MUHAMMAD FIRDAUS BIN SYED HASBULLAH


Kelas : 6 Kuning

Anda mungkin juga menyukai