Anda di halaman 1dari 1

LATIHAN KEMAHIRAN TATABAHASA

Ayat-ayat di bawah tidak tersusun sari segi struktur tatabahasanya. Susun semula ayat tersebut menjadi
ayat yang betul susunan strukturnya. Kemudian salin semula ayat yang telah dibetulkan itu kedalam
buku latihan anda.

Contoh Ayat :-

C1. Kebanyakan pangsapuri rumah yang kini dibina menggunakan kaedah pasang siap.

Contoh Jawapan:-

C1. Kebanyakan rumah pangsapuri yang dibina kini menggunakan kaedah pasang siap.

LATIHAN

1. Setiap bulan air laut mengalami keadaan pasang besar

2. “Cepat, pasang layar segera, kita nak bertolak!” jerit Nakhoda Kasim dari atas kapal.

3. Pada waktu tengah hari kita dapati air laut pasang turun.

4. Ismail telah lama mengambil upah pasang iklan.

5. Nasha terpaksa pasang jaga di rumahnya kerana dia tinggal seorang diri.

6. Semak samun di tepi kiri dan kanan jalan ke tempat air terjun itu menyedihkan kami kerana member
gambaran kawasan pelancongan tidak diberi perhatian oleh kerajaan.

7. Apabila guru tiada di kelas kedengaran riuh-rendah pelajar bermain dan bergurau senda sesame
mereka.

8. Penduduk kampong setinggan membuang segala sampah sarap di sungai berhampiran menyebabkan
sungai itu terlalu kotor dan berbau busuk.

9. Pada waktu malam kawasan pembuangan sampah itu didatangi oleh anjing liar yang salak-menyalak
kerana berkelahi atau berebut makanan.

10. Jamilah lari tunggang-langgang kerana dikejar oleh anjing gila.

11. Suasana sunyi sepi memberil ilham kepada saya untuk menulis novel.

Anda mungkin juga menyukai