Anda di halaman 1dari 11

PROPOSAL GRADUATE EXERCISE (GE)

IJAZAH SARJANA MUDA KOMUNIKASI (PENYIARAN) SEMESTER 6

SITI ‘AISHAH BINTI ZULKARNAIN

15BC02036

TAJUK CADANGAN :

DI SEBALIK TABIR : KELLIE’S CASTLE

PENYELIA :

PUAN RAHMATUNNISA
PENGENALAN

Secara umumnya, Perak merupakan sebuah negeri yang sarat padanya khazanah dan tinggalan-
tinggalan sejarah yang masih wujud sehingga kini walaupun tidak ramai yang mengetahui seperti
nama negeri Melaka yang gah dikenali sebagai bandar bersejarah. Namun, itu tidak pula
bermakna negeri ini tidak mempunyai sesuatu yang dapat dibanggakan kerana di sinilah
berdirinya istana yang berusia seabad lamanya.

Istana Kellie atau lebih dikenali sebagai Kellie’s Castle merupakan sebuah istana yang
dibangunkan pada sekitar 1905 oleh pemiliknya iaitu William Kellie Smith sebagai satu
manifestasi cinta kepada isterinya, Agnes yang ketika itu baru sahaja melahirkan anak pertama
mereka. Istana yang terletak di Batu Gajah, Perak ini adalah suatu bangunan yang penuh dengan
keunikan dan kecantikannya yang tersendiri selain diselubungi dengan unsur-unsur misteri yang
menambahkan lagi nilai estetika kepada istana lama ini.

Secara keseluruhannya, penerbitan dokumentari ini akan membongkarkan secara satu persatu
sejarah yang pernah berlaku disebalik pembinaan istana tersebut sehinggalah kepada suatu masa
di mana istana ini akhirnya tidak dapat disiapkan sepenuhnya. Selain daripada itu, dokumentari
ini juga akan memuatkan sejarah hidup pemilik Kellie’s Castle, William Kellie Smith, yang
dikatakan sedikit sebanyak memberikan impak yang besar kepada wujudnya Kellie’s Castle ini.
Menerusi dokumentari ini lagi, penonton juga akan disajikan dengan keadaan semasa yang
berlaku pada Kellie’s Castle pada masa kini selain daripada memperlihatkan pemuliharaan yang
dilakukan bagi memastikan istana ini tetap utuh berdiri walaupun mungkin untuk seabad lagi.

Oleh yang demikian, penerbitan dokumentari seperti ini diharap dapat membuka mata
masyarakat secara umumnya untuk menghayati dan seterusnya menghargai sesuatu khazanah
yang ada di bumi Malaysia ini.

OBJEKTIF

1. Memperlihatkan kepada umum sejarah yang berlaku di sebalik pembinaan Kellie’s Castle
2. Memperlihatkan keunikan seni bina bangunan yang diinspirasikan daripada India
3. Memperlihatkan perkembangan yang berlaku pada Kellie’s Castle pada masa kini
TAJUK RANCANGAN

Tajuk yang dicadangkan untuk rancangan ini ialah:

1. Di Sebalik Tabir : Kellie’s Castle

JUSTIFIKASI TAJUK

Tajuk Di Sebalik Tabir : Kellie’s Castle dicadangkan kerana tajuk ini dilihat bersifat neutral
terutamanya dalam memberi tanggapan yang baik kepada penonton terhadap istana ini selain
daripada cubaan untuk sedikit lari daripada stigma yang sering mengetengahkan unsur-unsur
mistik tentang kewujudan entiti di sesebuah bangunan tinggalan. Hal ini kerana, perkara yang
ingin diketengahkan di dalam dokumentari ini adalah tentang unsur-unsur seni binanya yang
halus dan juga nilai estetika yang ada pada istana ini. Walaupun begitu, terdapat sedikit unsur-
unsur misteri yang diketengahkan sekadar untuk menarik perhatian penonton.

KONSEP PROGRAM

Pembukaan program dimulakan dengan naratif oleh talent yang menceritakan serba sedikit
mengenai sejarah Perak, dan kemudiannya mengecilkan skopnya kepada daerah Ipoh sebelum
masuk untuk memperkenalkan Kellie’s Castle iaitu fokus utama kepada dokumentari ini.

FORMAT RANCANGAN

Secara keseluruhannya, penerbitan dokumentari ini akan dilakukan dengan menggunakan kaedah
‘penerbitan kamera tunggal – SCP (Single Camera Production)’ berikutan sesi penggambaran
bagi dokumentari ini adalah berada di luar studio. Perkara ini dilihat bersesuaian dengan gerak
kerja yang akan dijalankan di lokasi penggambaran kerana jurukamera bebas untuk bergerak dan
mengambil shot-shot yang berkaitan dan bersesuaian serta selari dengan kehendak pengarah.
SKRIP TREATMENT

TITLE : DI SEBALIK TABIR - KELLIE’S CASTLE

PRODUCER : SITI ‘AISHAH BT ZULKARNAIN

WRITER : SITI ‘AISHAH BT ZULKARNAIN

DURATION : 30 MINIT

LOCATION : BATU GAJAH, PERAK

NO VIDEO AUDIO DURATION

1. ROLL OPENING MONTAGE TO FADE UP MONTAGE MUSIC 00’30”

V.O
2. - ESTABLISH SUASANA
PERAK MERUPAKAN SEBUAH NEGERI
NEGERI PERAK
YANG SARAT PADANYA, KHAZANAH
DAN TINGGALAN-TINGGALAN
SEJARAH YANG MASIH WUJUD
SEHINGGA KINI.

WALAUPUN TIDAKLAH DIKENALI


RAMAI SEPERTI MANA NEGERI
02’30”
MELAKA YANG GAH DIKENALI,
SEBAGAI BANDAR BERSEJARAH.

NAMUN, ITU TIDAK PULA BERMAKNA


NEGERI INI TIDAK MEMPUNYAI
SESUATU YANG DAPAT
DIBANGGAKAN KERANA DI SINILAH
BERDIRINYA ISTANA YANG BERUSIA
SEABAD LAMANYA.
3. - ESTABLISH KELLIE’S V.O
CASTLE
KELLIE’S CASTLE, SEBUAH ISTANA
TINGGALAN LAMA YANG MASIH
UTUH BERDIRI WALAUPUN TELAH
MENCECAH SEABAD USIANYA.

00’30”
ISTANA INI DIKATAKAN MEMPUNYAI
KEUNIKAN DAN KECANTIKANNYA
YANG TERSENDIRI YANG PASTINYA
AKAN MEMBUATKAN MANA-MANA
ORANG UNTUK MERASA TERPEGUN
DAN MENGAGUMI PENCIPTAANNYA.

4. - ESTABLISH GAMBAR- V.O


GAMBAR LAMA KELLIE’S
ISTANA LAMA INI, JIKA DISELIDIKI
CASTLE
DENGAN LEBIH MENDALAM
TERNYATA MEMPUNYAI
SEJARAHNYA YANG TERSENDIRI.
01’00”
PEMBINAAN YANG DIMULAKAN
PADA SEKITAR 1905 INI DILIHAT
BERMULA DENGAN TIDAK MUDAH.
APATAH LAGI, PEMILIKNYA,
WILLIAM KELLIE SMITH PADA
KETIKA ITU DIKATAKAN
MEMPUNYAI MASALAH KEWANGAN
TERUTAMANYA DALAM MEMBIAYAI
PERBELANJAAN UNTUK MEMBINA
ISTANA INI.
5. - ZOOM OUT TEMPAT- V.O
TEMPAT YANG
PEMBINAAN ISTANA INI SEMPAT
TERBENGKALAI DI
TERHENTI UNTUK BEBERAPA KETIKA
00’30”
KELLIE’S CASTLE
SEBELUM DIMULAKAN KEMBALI
PADA SEKITAR 1915 APABILA
WILLIAM DAPAT MENGATASI
MASALAH KEWANGAN YANG
BERLAKU SEBELUMNYA.

6. - ESTABLISH KUIL SRI V.O


MARIAMMAN
WALAUBAGAIMANAPUN, KETIKA
MANA PEMBANGUNAN ISTANA INI
- ZOOM IN PATUNG
GIAT DIJALANKANKAN, PEKERJA-
WILLIAM KELLIE SMITH
PEKERJA YANG DIBAWA MASUK
DARIPADA INDIA SECARA TIBA-TIBA
01’00”
TERKENA JANGKITAN ‘SPANISH FLU’
YANG MENGAKIBATKAN KEMATIAN
SEBILANGAN BESAR PEKERJA-
PEKERJANYA.

PERKARA INI SECARA TIDAK


LANGSUNG MEMBUATKAN
SEBILANGAN PEKERJA INDIA YANG
TINGGAL MERASA TAKUT.

OLEH YANG DEMIKIAN, MEREKA


MEMINTA WILLIAM UNTUK
MEMBINA SEBUAH KUIL UNTUK
MEREKA MEMOHON PERLINDUNGAN
DARIPADA DEWA MARIAMMAN
MEREKA.

7. - FULL SHOT KEADAAN DI V.O


DALAM KUIL SRI
WILLIAM BERSETUJU UNTUK
MARIAMMAN
MEMBINA KUIL TERSEBUT.

SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN


02’00”
KEPADA WILLIAM, SEBUAH PATUNG
BERUPA BELIAU TELAH DIUKIR DAN
DILETAKKAN BERSAMA-SAMA
PATUNG DEWA YANG LAIN DI ATAS
BUMBUNG KUIL BERKENAAN.

8. TEASER OUT 00’10”

9. COMMERCIAL BREAK 1

10. TEASER IN 00’10”

11. - MEDIUM SHOT ENCIK V.O


TAJUDDIN
BAGI MENDAPATKAN PENJELASAN
LANJUT MENGENAI KELLIE’S CASTLE
INI, PENGURUS KELLIE’S CASTLE, 00’20”
ENCIK TAJUDDIN DITEMBUAL BAGI
MENDAPATKAN PENJELASAN
MENGENAI ISTANA INI.

12. SOT: INTERVIEW ENCIK TAJUDDIN 03’00”

13. - ESTABLISH SUASANA V.O


SEKITAR KELLIE’S
CASTLE KELLIE’S CASTLE, SEMEMANGNYA 02’00”
SEBUAH ISTANA TINGGALAN YANG
SEHARUSNYA DITEROKAI KERANA
ADA PADANYA 1001 MISTERI DAN
KEUNIKAN YANG HANYA AKAN
DAPAT DIRASAI APABILA BERADA DI
SINI SENDIRI.

14. - PANNING KEADAAN V.O


SEKITAR SEBELUM
MELANGKAH KELUAR AYUH, MERASA SENDIRI
DARIPADA KELLIE’S PENGALAMAN BERADA DI KELLIE’S
CASTLE CASTLE INI.

RUGI, SEKIRANYA ANDA HANYA


MENDENGAR DAN MELIHAT TANPA
BERADA SENDIRI DI SINI UNTUK 02’00”
MENIKMATI PEMANDANGAN DAN
MENYENTUH SENDIRI ISTANA
TINGGALAN YANG BERUSIA LEBIH
DARI SEABAD INI.

APA YANG DITUNGGU LAGI?

AYUH KE SINI.

KELLIE’S CASTLE SENTIASA


MENUNGGU KEDATANGAN ANDA.

15. TO ROLL ENDING CREDIT BACKGROUND MUSIC 00’30”


KHALAYAK SASARAN

Dokumentari ini mensasarkan semua golongan masyarakat secara umumnya, namun


pengkhususan secara tidak langsung ditujukan kepada mereka yang meminati sejarah dan juga
kepada masyarakat yang tinggal luar daripada negeri Perak. Secara tidak langsungnya, perkara
seperti ini pastinya akan menarik minat orang yang tinggal luar daripada Perak untuk berkunjung
ke negeri ini bagi melihat dengan mata mereka sendiri keindahan yang ada pada Kellie’s Castle
ini.

JUSTIFIKASI BAHASA PENYAMPAIAN

Secara umumnya, penyampaian dokumentari ini dilakukan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.
Perkara ini dilihat wajar kerana penonton yang ada di Malaysia ini majoritinya adalah Melayu.
Sejajar dengan itu, Bahasa Melayu digunakan untuk memudahkan penonton untuk memahami
apa yang akan disampaikan nanti.

LOKASI PENGGAMBARAN

Rancangan ini akan menjalani penggambaran di Kellie’s Castle di mana lokasinya terletak di
Perak atau secara spesifiknya di Batu Gajah.

RESPONDEN

1. Encik Yuris (Penyelia Kellie’s Castle)


ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA ANGGARAN (RM) JUMLAH (RM)


PRE PRODUCTION
1.
Proposal & Research 10.00 10.00

2. Recce:

- Petrol 30.00 30.00


- Makan & Minum 20.00 20.00
- Tol 40.00 x 2 80.00

JUMLAH RM 140.00

3. PRODUCTION

SCP Facilities:

- Camera
- Tripod
- Battery
- Hand Mic
- Battery Charger
- Mic Cables
- Cordless Mic

(Sepenuhnya menggunakan fasiliti kolej)

4. SHOOTING: BATU GAJAH

- Kenderaan Sewa 110 x (2 hari) 220.00


- Petrol 50.00 50.00
- Makanan & Minum 25 x 3 x (2 hari) 150.00
- Kecemasan 100 100

JUMLAH RM 520

5. POST PRODUCTION

- Dokumentasi & Laporan 20.00 20.00


- Sijil Cenderahati 1.00 x 2 2.00

JUMLAH RM 22.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 682.00

PENUTUP

Adalah diharapkan dengan penerbitan dokumentari ini, masyarakat akan dapat membuka mata
untuk lebih menghayati dan menghargai kewujudan khazanah yang berada di bumi Malaysia ini.
Selain itu, dengan wujudnya dokumentari seperti ini diharap juga dapat membetulkan perspektif
masyarakat supaya tidak lagi kekal dengan stigma yang mengatakan bangunan lama atau
bangunan tinggalan adalah sesuatu yang seharusnya dijauhi kerana wujud padanya ada entiti-
entiti yang ditakuti kerana ketakutan itulah yang akan menyekat secara tidak langsung seseorang
itu, daripada menerokai khazanah-khazanah lama yang bernilai seperti Kellie’s Castle ini. Akhir
sekali, diharapkan agar usaha seperti ini akan dapat memujuk masyarakat secara halus untuk
meneroka dan memberanikan diri untuk menjejakkan kaki ke tempat-tempat tinggalan sejarah
seperti Kellie’s Castle ini.

Anda mungkin juga menyukai