Anda di halaman 1dari 4

Syarat dan Borang Penyertaan Pertandingan Nasyid

bersempena Festival kesenian islam 2019

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN NASYID


SEMPENA FESTIVAL KESENIAN ISLAM 2019 ANJURAN KERIS EMAS AMAL DENGAN
KERJASAMA MYDIN MUTIARA RINI

1. PENDAHULUAN
1.1 Syarat-syarat dan Peraturan Pertandingan Nasyid diwujudkan sebagai garis panduan
kepada para peserta, menjalankan pertandingan dan menentukan pemenangan melalui
proses pengadilan yang tersusun dan saksama.

2. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
2.1 Setiap kumpulan hendaklah tidak melebihi daripada lima belas(15) orang dan mestilah
melantik seorang (1) ketua.
2.2 Pertandingan ini dibuka HANYA untuk peserta lelaki & perempuan kanak-kanak dan
wanita dewasa SAHAJA
2.3 Pertandingan ini terbuka untuk semua golongan.
2.4 Sesebuah kumpulan tidak dibenarkan untuk menarik diri setelah membuat
pendaftaran.

3. LAGU
3.1 Setiap kumpulan hendaklah mempersembahkan satu (1) lagu sahaja .
3.2 Intro dan outro dibenarkan.
3.3 Pemilihan lagu boleh menggunakan lagu-lagu nasyid yang sedia ada di pasaran
mahupun menggunakan lagu yang dicipta sendiri.
3.4 Senikata lagu dibolehkan dalam Bahasa Melayu, Inggeris atau Arab atau gabungan
bahasa-bahasa tersebut.
3.5 Lirik lagu hendaklah dalam berunsur nilai-nilai murni islam yang bersesuaian yang
bertujuan untuk memupuk semngat dakwah islamiah, kehidupan sejahtera, membanteras
masalah sosial, meningkatkan nilai-nilai kemanusiaan sejagat dan seumpamanya
3.6 Masa yang diperuntukan untuk satu kumpulan ialah 10 minit dan markah akan bermula
dikira apabila naik kepentas
4. MUZIK
4.1 Pertandingan ini akan menggunakan kaedah ‘minus one’ yang disediakan sendiri oleh
setiap kumpulan dan mestilah diserahkan bersama-sama borang penyertaan.
Penggunaan alatan muzik TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
4.2 Format minus one hendaklah berbentuk MP3 dan disalinkan dalam bentuk pendrive
sahaja.
4.3 Lagu yang hendak disampaikan hendaklah tidak melebihi 8 minit sahaja dan ini tidak
termasuk dengan intro dan outro.

5. PENGHAKIMAN
5.1 Penghakiman pertandingan ini akan dihakimi olek JURI YANG DILANTIK.
5.2 Keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak penghakiman adalah MUKTAMAD.
Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
5.3 Penghakiman berdasarkan pada aspek-aspek berikut:
5.3.1 Mutu suara - 35 markah
5.3.2 Harmoni - 25 markah
5.3.3 Persembahan/Gaya - 20 markah
5.3.4 Busana/Tatarias- 5 markah
5.3.5 Lirik - 15 markah
JUMLAH - 100%

6. LAIN-LAIN KETERANGAN
6.1 Semua perbelanjaan untuk menyertai pertandingan ini ditanggung sepenuhnya oleh
kumpulan masing-masing.Dan YURAN PENYERTAAN ADALAH RM 50 Untuk Satu
Kumpulan
6.2 Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 3 Januari 2019 (khamis) jam 12.00 tengahari.
6.3 Pertandingan bermula pada 5 januari 2019 jam 8 pagi bertempat di PENTAS UTAMA
MYDIN PELANGI INDAH
6.4 Kumpulan yang berminat umtuk menyertai pertandingan ini dimohon untuk mengisi
Borang Penyertaan dan disertakan dengan MINUS ONE kepada :-

6.4.1 Urusetia Pertandingan Nasyid:


>Mohd Solehin 011-10208480
>Puan Maslamah 016-7946738
>Puan Nooraini 012-7165757

7. HADIAH
7.1 JOHAN
Voucher+ Hamper + Sijil + Piala iringan
7.2 NAIB JOHAN
Voucher + Hamper + Sijil
7.3 TEMPAT KETIGA
Voucher + Hamper + Sijil

*diingatkan serahan borang mestilah beserta dengan mines one.


*Sebarang perubahan syarat & peraturan tertakluk pada pihak penganjur dan akan dimaklumkan.
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN NASYID

Borang ini hendaklah ditulis dengan jelas semasa diisi.

A. MAKLUMAT KUMPULAN

NAMA KUMPULAN :
NAMA KETUA
:
KUMPULAN
NO. TELEFON :

E-MEL :

B. MAKLUMAT LAGU

TAJUK LAGU :

PENCIPTA LAGU :

PENULIS LIRIK :

C. MAKLUMAT AHLI KUMPULAN

BIL NAMA AHLI NO K/P

10
11

12

13

14

15

D. PENGESAHAN

Saya mengaku bahawa segala keterangan yang diberikan adalah benar.

.......................................................................

Nama : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai