Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA PROGRAM KELAS MINGGUAN MEMANAH

Anjuran :

KELAB MEMANAH AL-MUNAWWARAH TAMAN KOTA

MASAI

Tempat Di Perkarangan Masjid Al-Munawwarah Jalan Ciku Taman Kota Masai


KERTAS KERJA KELAS MEMANAH MINGGUAN

1.0 PENGENALAN

Rasulullah SAW sentiasa menunjukkan contoh terbaik kepada sahabat dalam soal ibadah

mahupun perkara membabitkan kehidupan seharian. Contohnya, Baginda pernah menyertai

sahabat yang bermain anak panah sebagai aktiviti riadah. Bersabda Rasulullah SAW, “Kamu

harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat

Bazzar, dan Thabarani)

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan: “Nabi SAW melalui satu kawasan di

mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi

Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu

kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW

bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak

memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama

kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari)

Memanah adalah merupakan satu aktiviti yang telah wujud sejak zaman dahulu. Zaman

dahulu manusia menggunakan kemahiran memanah untuk memburu binatang dijadikan

makanan ataupun berperang. Tetapi hari ini banyak negara berlumba-lumba menguasai

kemahiran ini adalah untuk melonjakkan nama dalam arena sukan.

Sesuai dengan perkembangan dunia pendidikan masa kini yang semakin mencabar

dalam era menuju ke pendidikan global dan bertaraf dunia, seharusnya para anak-anak dan
remaja diperlengkapkan dengan sebanyak mungkin ilmu bagi melahirkan insan yang

cemerlang dari seri rohani dan jasmani

Untuk itu, kelas memanah mingguan ini dilaksanakan sebagai satu langkah awal

kepada anak- anak dan remaja khususnya di taman kota masai yang menyertai aktiviti ini

dalam mengenali sukan atau aktiviti riadah yang dilakukan khususnya memanah ini.

Diharapkan agar kursus ini akan memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan kepada para

peserta mengenai sukan memanah ini yang sememangnya jarang diberi perhatian oleh para

guru pelatih akhir-akhir ini dan ilmu yang diperolehi tersebut dapat diaplikasikan dan

disampaikan kepada orang lain.

2.0 MATLAMAT

Kelas memanah mingguan ini dilaksanakan dengan harapan agar dapat membina sahsiah

anak-anak dan remaja yang:

2.1 Menerima pendedahan dalam kemahiran memanah.

2.2 Secara tidak langsung akan dapat melahirkan anak-anak dan remaja yang mempunyai

pengetahuan asas kemahiran memanah.

2.3 Mengembangkan ilmu tentang sukan memanah di kalangan penduduk kota masai

khususnya di jalan ciku

3.0 OBJEKTIF

Adalah diharapkan dengan terlaksananya kelas memanah mingguan ini akan dapat :

3.1 Memberi peluang kepada anak-anak dan remaja mendapat pendedahan asas dalam

kemahiran memanah.

3.2 Memperkenalkan serta mengembangkan sukan memanah di kalangan para anak-anak

dan remaja.
3.3 Melahirkan di kalangan anaka-anak dan remaja yang sekurang-kurang mempunyai

pengetahuan asas mengenai sukan memanah sebagai memenuhi keperluan masa kini di

ipta dan sekolah-sekolah.

3.4 Memberikan pendedahan sukan memanah dari aspek kemahiran asas, pengurusan,

teknikal, Undang-Undang dan peraturan yang berkaitan.

3.5 Menjadikan sukan memanah sebagai suatu aktiviti riadah bagi anak-anak dan remaja

khususnya di taman kota masai

4.0 TARIKH

Setiap Sabtu Bermula March 2019 Selepas Solat Zohor

5.0 MASA

Bermula Jam 3:30 Ptg – 6:30 Petang

6.0 TEMPAT

Di kawasan Perkarangan Masjid Al-Munawwarah jalan ciku taman kota masai

7.0 JUMLAH PESERTA

Di buka kepada semua anak-anak dan remaja di sekitar taman kota masai berumur 5 tahun
sehingga 20 tahun

8.0 FASILITATOR

Terdiri daripada 6 orang tenaga pengajar

9.0 TENTATIF AKTIVITI

3:30 Petang -Bacaan Rattib Al-Attas Dan Asma Al-Husna


4.30 Petang -Solat Asar Berjemaah
5.00 Petang- Aktiviti Memanah
6.30 Petang -Penutup
10.0 PENUTUP

Adalah diharapkan dengan terlaksananya Kelas mingguan memanah ini, akan


menjadikan anak-anak dan remaja seorang yang lebih produktif dan kita mengharapkan dengan
adanya program pengenalan asas memanah ini dapat memastikan anak- anak dan remaja dapat
melakukan perkara yang berfaedah dan mencintai sukan sunnah rasul saw.
KERTAS KERJA PROGRAM ASAS MEMANAH

Anjuran :

Biro Rakan Reakrasi Dan Rakan Muda Masjid

Al Munawwarah Jalan Ciku Taman Kota Masai

Pada 20 Oktober 2018

Tempat Di Perkarangan Masjid Al-Munawwarah Jalan Ciku Taman Kota Masai

Anda mungkin juga menyukai