Anda di halaman 1dari 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU Kod Sekolah : JBA 0100

Sekolah Kebangsaan Parit Raja, Tel : 07-4532087


86400 Parit Raja, Faks : 07-4541301
Batu Pahat, Johor Laman Web :
jba0100skprj@gmail.com

Rujukan kami : PIBG/01/03/001/(01)


Tarikh : 01 JANUARI 2019

Yang hormat Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh,


Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan,
Ahli Parlimen Sri Gading.

Melalui dan salinan :


Guru Besar
SK Parit Raja

YB Datuk,

MEMOHON SUMBANGAN BAGI MENINGKATKAN PRASARANA SEKOLAH UNTUK


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KELAS ABAD KE-21.

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak YB Datuk, ahli jawatan kuasa PIBG yang telah bermesyuarat
bersama pihak pengurusan sekolah pada 29hb. Dis. 2018, telah mengambil ketetapan untuk
membantu mencari dana bagi membaikpulih dan meningkatkan prasarana Teknologi Maklumat
dan Komunikasi di sekolah ini untuk keperluan murid dan guru selaras dengan dasar Kementerian
Pendidikan bagi PdPc Kelas Abad ke-21.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat memerlukan sumbangan dan bantuan daripada
pihak YB Datuk agar pihak pengurusan sekolah dapat mengumpulkan dana yang secukupnya
bagi memenuhi keperluan tersebut.

4. Permohonan ini juga diajukan kepada pihak tuan berdasarkan kesediaan pihak YB Datuk
untuk membantu anak-anak di SK Parit Raja ini semasa ucapan tuan dalam Majlis Perasmian
Program Motivasi Murid Tahun 6 di Dewan Seri Permata, SK Parit Raja pada bulan Ogos 2018
yang lalu.

5. Bersama-sama ini dilampirkan senarai alatan dan anggaran harga bagi setiap peralatan
tersebut.

6. Sokongan, bantuan dan sumbangan pihak YB Datuk amat kami harapkan agar insan-
insan yang lebih terdidik dan cemerlang dapat dilahirkan dari sekolah ini pada masa akan
datang.Semoga Allah SWT memberkati usaha dan jasa baik pihak YB Datuk dalam membantu
hasrat murni ini dan didahului dengan setinggi-tinggi penghargaan.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(DR MUSTAFFA BIN ANJANG AHMAD)


Yang Dipertua PIBG SK Parit Raja

Sk : 1. Fail Timbul

Anda mungkin juga menyukai