Anda di halaman 1dari 17

TAKLIMAT

SISTEM PEMBANGUNAN PROFESSIONAL BERTERUSAN DALAM TALIAN


(MYCPD)

1.0 Pengenalan myCPD


2.0 Objektif dan Fungsi Utama myCPD
3.0 Skim Perkhidmatan Yang Terlibat
4.0 Pendaftaran myCPD
5.0 Log Masuk Ke Dalam Akaun myCPD anda
- Lupa Password myCPD
- Tukar Password dan Kemaskini Profil
- Log Keluar
6.0 Claim Point CPD
- Memasukkan Claim Tahun-Tahun Sebelumya.
- Pengemaskinian dan Penghapusan Claim
7.0 CPD LOG BOOK
- Penghapusan Claim
8.0 Log Book Report
- Format Laporan
MyCPD – Online 2
Hospital Kuala Penyu

 SISTEM PEMBANGUNAN PROFESSIONAL BERTERUSAN DALAM TALIAN


(MYCPD)

1.0 Pengenalan myCPD

- myCPD adalah merupakan sistem yang digunakan oleh staf dan pihak pengurusan Pusat
Tanggungjawab (PTJ) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu seperti jabatan,
hospital, pejabat kesihatan, klinik kesihatan dan agensi lain yang berkaitan untuk membuat
perancangan, merekod, menyimpan dan mengesan dan memantau aktiviti aktiviti serta mata
kredit CPD.

- Contoh aktiviti-aktiviti adalah seperti kursus, latihan, attachment, pembentangan, seminar dan
sebagainya

- Melalui sistem mycpd secara online ini, ia akan memudahkan urusan sistem rekod serta
pemantauan mata credit CPD oleh kakitangan itu sendiri dan juga pihak pengurusan.

- Program myCPD mempunyai skop yang besar dan ia berdasarkan penilaian PTK dan
menggabungkan penilaian ekstensif dan pembangunan kompetensi untuk staf di Kementerian
Kesihatan Malaysia dari segi Kompetensi Khusus (Core/Clinical Competency) dan juga
Kompetensi Umum (Generic/Non-core Competency).

- Sistem myCPD boleh diakses melalui alamat http://mycpd.moh.gov.my

2.0 Objektif dan Fungsi Utama myCPD

Objektif dan Fungsi Utama perlaksanaan myCPD ialah

 Membolehkan kakitangan merekod aktiviti cpd ke dalam Electronic Log Book


 Mencetak laporan aktiviti sepanjang tahun untuk tujuan rekod
 Membolehkan pihak pengurusan memantau aktiviti CPD semua kakitangan
dibawah kawalan mereka
 Membolehkan Bahagian Pembangunan Kompetensi KKM mendapatkan maklumat
berkaitan PTK kakitangan PTJ

2
MyCPD – Online 3
Hospital Kuala Penyu

3.0 Skim Perkhidmatan Yang Terlibat

Untuk Hospital Kuala Penyu, menurut arahan yang dikeluarkan oleh KKM dan JKNS mereka
yang WAJIB terlibat dalam perekodan cpd dalam sistem myCPD adalah

 Pegawai Perubatan
 Penolong Pegawai Perubatan
 Pegawai Farmasi
 Penolong Pegawai Farmasi
 Pegawai Sains (Kimia Hayat)
 Jururawat
 Jurupulih Perubatan
 Juru-XRay
 Juruteknologi Makmal Perubatan
 Penolong Pegawai Penyediaan Makanan
 Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan)

Bagi kakitangan lain, anda adalah DIGALAKKAN untuk turut serta menggunakan sistem ini
untuk:

 Membolehkan anda untuk merekod dan mengetahui point cpd anda secara terus
untuk setiap aktiviti yang anda hadiri atau jalankan
 Supaya unit latihan dapat memastikan anggota dapat menghadiri kursus 7 hari
setahun
 Sistem ini lambat laun akan diperluaskan untuk skim-skim perkhidmatan yang
lain

3
MyCPD – Online 4
Hospital Kuala Penyu

4.0 Pendaftaran myCPD

- Pendaftaran seharusnya dilakukan individu itu sendiri

- Sekiranya individu itu telah mendaftar dan berpindah ke PTJ baru, individu tersebut tidak
perlu mendaftar semula sebaliknya hanya mengemaskinikan profil diri masing- masing.

a. Untuk mendaftar dengan myCPD, sila buka browser atau pelayar web pilihan
anda
b. Taip alamat http://mycpd.moh.gov.my

c. Di menu sebelah kanan klik menu -> New Registration


d. Klik -> User (Healthcare professional working in health industry)
e. Anda akan nampak paparan borang seperti di bawah.
f. Sila isi ruang kosong. Medan yang mempunyai tanda symbol * berwarna merah
adalah wajib diisi

4
MyCPD – Online 5
Hospital Kuala Penyu

 Name: Sila isi nama penuh anda seperti yang terdapat dalam Kad
Pengenalan anda
 Identification type: Jenis Kad Pengenalan anda. Pilih IC No (New)
 Identification No: Sila isi No Kad Pengenalan anda tanpa tanda –
 No Kad Pengenalan anda adalah User ID untuk login akaun myCPD
anda

 HCP Category: Nama Jawatan anda


 Government/Non-Government: Pilih Government
 Grade of Post: Pilih Gred Jawatan anda
 Salary Scale: Skala gaji anda

Mula dengan memilih nombor di bahagian P, setelah anda membuat pilihan, page
akan automatik refresh untuk auto-populate (pengisian) bahagian T. Pilih nombor di
bahagian T

5
MyCPD – Online 6
Hospital Kuala Penyu

Teruskan mengisi borang pendaftaran untuk bahagian Organisation Details

Organisation Level: HQ atau State; Pilih State

Page akan refresh untuk auto-populate medan Facility. Tunggu sehingga page habis loading

Facility: Pilih Hospital

Page Akan Refresh untuk auto-populate medan state dengan organisation. Tunggu sehingga
page habis loading

Select State: Pilih Sabah

Page Akan Refresh untuk auto-populate medan organisation. Tunggu sehingga page habis
loading

Organisation: Pilih Hospital Kuala Penyu

Setelah anda memilih Hospital Kuala Penyu maklumat untuk Address, Country State, City,
Postcode, Tel dan Fax akan terisi dengan sendirinya (Auto Populated)

Select Department: Pilih Unit di mana anda bertugas

Supervisor: Pilih antara nama Pengarah HKP atau Sister Ong

6
MyCPD – Online 7
Hospital Kuala Penyu

Tel/Extension: Masukkan no telefon pejabat dan extension unit

Mobile No: Masuk No HP

Email: Masukkan emel. Digallkan untuk guna emel rasmi MOHCube

Teruskan dengan Bahagian Mailing Address

Same As Organisation Below - Sekiranya alamat surat menyurat anda ingin gunakan dalam
sistem ini sama dengan alamat Hospital tandakan pilihan ini.

Secara automatik maklumat alamat surat menyurat akan auto-populate dengan alamat Hospital

Sekiranya tidak abaikan pilihan Same As Organisation Below

Isi maklumat Address, Country, State, City dan Postcode

Security Question: Soalan Sekuriti, digunakan untuk mendapatkan password anda semula
sekiranya anda lupa. Contoh anda boleh isikan dengan soalan : Mana saya tinggal

Security Answer: Contoh Kuarters Kuala Penyu

Password: Masukkan password pilihan anda

Retype Password: Taip semula password anda

Setelah anda selesai mengisi borang pendaftaran tersebut akhir sekali klik Submit

7
MyCPD – Online 8
Hospital Kuala Penyu

Jika pendaftaran anda berjaya, anda seharusnya nampak mesej seperti di bawah dan anda
boleh mula login ke dalam mycpd

Info mengenai User ID dan password anda akan dihantar ke emel yang anda masukkan semasa
pendaftaran.

Sekiranya pendaftaran anda tidak berjaya, sila periksa mesej yang dipaparkan, kemungkinan
terdapat medan yang anda lupa isi

Perbetulkan kesilapan dan masukkan password anda semula dan klik Submit sekali lagi

8
MyCPD – Online 9
Hospital Kuala Penyu

5.0 Log Masuk Ke Dalam Akaun myCPD anda

Setelah anda telah mendaftar akaun myCPD anda, anda boleh Login akaun mycpd anda. Sila
masuk ke alamat laman web mycpd: http://mycpd.moh.gov.my

User ID adalah No Kad Pengenalan anda tanpa tanda –

Password adalah password yang anda telah set semasa pendaftaran

*** Sekiranya pendaftaran anda dibantu unit ICT aatau teah direset
unit ICT, anda boleh cuba login dengan password default untuk sistem
my cpd iaitu mycpd123

Jika anda berjaya login anda akan nampak paparan seperti berikut

9
MyCPD – Online 10
Hospital Kuala Penyu

5.1 Lupa Password myCPD

Anda boleh hubungi unit ICT untuk reset password anda kepada mycpd123

atau

Anda boleh klik menu Forgot Password

a. Isi User ID anda (No Kad Pengenalan tanpa tanda -)


b. Isi Jawapan sekuriti yang anda telah buat semasa pendaftaran dan Klik Submit
c. Sekiranya jawapan anda betul, password anda akan dihantar ke emel yang anda
gunakan semasa pendaftaran.

5.2 Tukar Password dan Kemaskini Profil

Setelah anda berjaya login, sekiranya anda ingin tukar password, anda boleh lakukan di

o Bahagian Utilities -> Change Passsword menu sebelah kiri

o Untuk Kemaskini Profil anda Pilih Change Profile


a. Utilities- klik Change Profile
b. Lakukan perubahan yang sepatutnya dan klik SUBMIT

Pengemaskinian Profil perlu dilakukan sekiranya anda berpindah ke unit baru, pindah PTJ baru
dan sebagainya,

Sekiranya individu itu telah mendaftar dan berpindah ke PTJ baru, individu tersebut tidak perlu
mendaftar semula sebaliknya hanya mengemaskinikan profil myCPD.

5.3 Log Keluar

Sekiranya anda ingin logout dari Sistem myCPD, menu logout terdapat di bawah banner web
myCPD

10
MyCPD – Online 11
Hospital Kuala Penyu

6.0 Claim Point CPD

Dalam bahagian ini, anda akan merekodkan segala aktiviti yang anda hadiri atau lakukan
sepanjang tahun

a. Klik Points Claim di menu sebelah kiri. Anda akan nampak paparan borang
seperti dibawah.

b. Dalam bahagian Aktiviti Details

Activity Category – Pilih Kategori aktiviti


Select Sub Category – Pilihan medan ini hanya akan muncul berdasarkan pilihan yang
anda buat di kategori aktiviti. Bukan semua kategori aktiviti mempunyai sub kategori

Point – Abaikan, akan diisi berdasarkan kategori dan sub kategori yang anda masukkan

Teruskan dengan mengisi:

Topic – tajuk atau nama aktiviti,


Description - Deskripsi aktiviti,
Start Date & End Date - Tarikh Mula & Tamat Tamat Aktiviti, klik Ikon calendar untuk
memilih tarikh

Start Time End Time: Masa Mula & Masa Tamat,


Venue: Lokasi atau Tempat Aktiviti Diadakan

11
MyCPD – Online 12
Hospital Kuala Penyu

c. Dalam bahagian Provider Details pula masukkan:-

Provider - Nama Penganjur – Contoh KKM, JKNS


Contact Person, Tel,Fax Emel: Nama kakitangan di pihak penganjur yang boleh
mengesahkan kehadiran anda ke aktiviti tersebut beserta nombor tel, fax dan emel
kakitangan tersebut.

d. Untuk bahagian Supporting Document pula anda boleh nyatakan dokumen yang
boleh menyokong kehadiran anda. Anda juga boleh scan sijil (sekiranya ada)

e. Setelah selesai mengisi borang tersebut klik Submit. Sekiranya berjaya anda akan
nampak mesej seperti bawah.

f. Sekiranya anda tekan OK, mesej seperti imej di bawah akan kelihatan.

12
MyCPD – Online 13
Hospital Kuala Penyu

g. Sekiranya anda ingin memasukkan claim yang baru klik OK. Sekiranya tidak tekan
Cancel.
h. Sekiranya tiada sebarang masalah claim yang anda masukkan telah berada dalam
sistem. Cara untuk melihat senarai claim yang telah anda buat akan diterangkan
kemudian.

6.1 Memasukkan Claim Tahun-Tahun Sebelumya.

Masukkan maklumat seperti yang diterangkan di atas

Di bahagian Start Date & End Date. Klik ikon Kalendar dan pilih Tahun dan Bulan yang anda
inginkan.

6.2 Pengemaskinian dan Penghapusan Claim

Sekiranya anda melakukan sebarang kesilapan dalam pengisian claim anda, anda tidak
dibenarkan untuk mengemaskini claim yang telah anda hantar,

Anda perlu delete claim tersebut dan hantar claim anda semula

Hanya claim untuk tahun semasa sahaja yang anda boleh delete.

Untuk claim tahun-tahun lalu anda tidak dibenarkan untuk menghapuskannya

Cara untuk delete claim tahun semasa akan ditunjukkan di bahagian seterusnya

13
MyCPD – Online 14
Hospital Kuala Penyu

7.0 CPD LOG BOOK

Klik Log Book di menu sebelah kiri di bahagian My Task

Log Book ini menunjukkan paparan markah yang telah anda claim dan penerangan setiap claim
tersebut. Markah keseluruhan yang anda telah claim juga ditunjukkan di bahagian paling bawah

Untuk mencetak Log Book ini sila klik Print Logbook

Untuk melihat claim yang telah anda rekodkan dalam sistem myCPD, kilik mana-mana
bahagian mengikut kategori yang anda masukkan sebelum ini dan tekan Details

Berdasarkan apa yang anda telah rekodkan atau claim sebelum ini, anda akan nampak paparan
seperti dibawah

Untuk melihat info rekod yang anda masukkan klik tajuk aktiviti tersebut. Contoh di atas tajuk
aktiviti cpd adalah testing.

14
MyCPD – Online 15
Hospital Kuala Penyu

7.1 Penghapusan Claim

Seperti yang dinyatakan sebelum ini anda tidak boleh mengemaskini claim anda, sekiranya
anda ingin melakukan pengemaskinian anda perlu delete claim tersebut dan hantar claim anda
semula.

Masuk Log book > Pilih Kategori > Klik Details

Tekan menu delete seperti yang anda nampak imej diatas

Setelah anda delete rekod anda. Jumlah keseluruhan markah anda akan dikira semula secara
automatik.

15
MyCPD – Online 16
Hospital Kuala Penyu

8.0 Log Book Report

Log Book Report akan memaparkan maklumat yang lebih jelas mengenai claim yang anda
lakukan di mana, nama aktiviti dan kategori aktiviti dipaparkan bersama-sama dalam satu
laporan.

Untuk mempaparkan laporan ini. Klik Reports di bahagian My Task di menu sebelah kiri dan
Pilih Log Book

Pilih report tahun ke berapa yang anda ingin paparkan dan Klik Generate Report. Paparan
seperti di bawah akan kelihatan

16
MyCPD – Online 17
Hospital Kuala Penyu

8.1 Format Laporan

Anda boleh convert laporan Log Book CPD kepada beberapa format lain seperti format PDF dan
Excel. Anda digalakkan untuk Pilih Format PDF

a. Pilih Format pilihan anda dan Tekan Export

b. Save

c. Buka dokumen tersebut dan cetak

17

Anda mungkin juga menyukai