Anda di halaman 1dari 37

SOALAN LAZIM (FAQ) PENDIGITALAN

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN


(JPJ) MALAYSIA
MYJPJ

BIL SOALAN & JAWAPAN

1. Apakah aplikasi MyJPJ?

MyJPJ merupakan aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk kegunaan orang awam
membuat transaksi seperti berikut:

i. Semakan berkaitan Pelesenan Kenderaan seperti nombor


terkini dan tarikh tamat Lesen Kenderaan Motor(LKM).
ii. Semakan berkaitan Pelesenan Pemandu seperti tarikh
tamat lesen memandu dan keputusan ujian memandu.
iii. Semakan berkaitan Saman JPJ seperti mata demerit,
saman dan senarai hitam.
iv. Pautan ke aplikasi bidaan nombor kenderaan(JPJeBid)
dan aplikasi nombor giliran (JPJeQ).
v. Laporan aduan kesalahan trafik(eAduan@JPJ)
vi. Paparan LMM dan LKM secara digital di profil pengguna.
vii. Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan
Lesen Kenderaan Motor (LKM) – fungsi baharu pada
masa depan yang akan dimaklumkan kelak.

2. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan di aplikasi MyJPJ?

Perkhidmatan yang ditawarkan di aplikasi MyJPJ adalah seperti


berikut:

i. Semakan berkaitan Pelesenan Kenderaan seperti nombor


terkini dan tarikh tamat Lesen Kenderaan Motor(LKM).
ii. Semakan berkaitan Pelesenan Pemandu seperti tarikh
tamat lesen memandu dan keputusan ujian memandu.
iii. Semakan berkaitan Saman JPJ seperti mata demerit,
saman dan senarai hitam.
iv. Pautan ke aplikasi bidaan nombor kenderaan(JPJeBid)
dan aplikasi nombor giliran (JPJeQ).
v. Laporan aduan kesalahan trafik(eAduan@JPJ)
vi. Paparan LMM dan LKM secara digital di profil pengguna.
vii. Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan
Lesen Kenderaan Motor (LKM) – fungsi baharu pada
masa depan yang akan dimaklumkan kelak.

3. Siapakah yang boleh menggunakan aplikasi MyJPJ?


Pada ketika ini, aplikasi MyJPJ hanya boleh digunakan oleh
individu warganegara Malaysia yang mempunyai ID bagi
perkhidmatan dalam talian JPJ.

4. Bagaimana jika pengguna aplikasi MyJPJ adalah bukan warganegara


atau kategori syarikat (bukan individu).

Capaian kepada aplikasi MyJPJ bagi bukan warganegara atau


kategori syarikat (bukan individu) sedang dibangunkan dan akan
dimaklumkan kelak.
5. Dimana saya boleh muat turun aplikasi MyJPJ?

Aplikasi MyJPJ ini boleh dimuat turun melalui platform mudah alih
Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

6. Adakah saya perlu membayar untuk muat turun aplikasi ini?

Aplikasi MyJPJ adalah PERCUMA untuk digunakan.

7. Apakah pra-syarat bagi mendaftar ID pengguna (JPJeID) aplikasi


MyJPJ ini?

Pra-syarat bagi mendaftar ID pengguna adalah seperti berikut;

1. Nama Penuh;
2. Nombor Kad Pengenalan;
3. Alamat emel yang sah; dan
4. Nombor Telefon Bimbit yang sah.

8. Bagaimana jika saya tidak mempunyai alamat emel?

Pada ketika ini, akaun emel adalah keperluan mandatori dan


pengguna perlu mewujudkan akaun emel baharu bagi tujuan
pendaftaran. Emel juga akan digunakan untuk penghantaran kod
sekuriti bagi tujuan terlupa kata laluan.

Pendaftaran ID tanpa akaun emel sedang dibangunkan dan akan


dimaklumkan setelah bersedia kelak.

9. Adakah pengguna perlu mendaftar sebagai pengguna jika ingin


menggunakan aplikasi ini?
Ya , pengguna perlu mendaftar JPJeID/ID Awam MySIKAP terlebih
dahulu untuk menggunakan aplikasi ini melalui saluran:

i. Aplikasi MyJPJ (secara dalam talian); atau


ii. Portal Awam JPJ (secara dalam talian)
Pengguna boleh melayari laman sesawang
https://public.jpj.gov.my/public/login.zul untuk mendaftar
melalui Portal Awam JPJ; atau
iii. Hadir di mana-mana Kios JPJ berdekatan; atau
iv. Hadir di Kaunter JPJ berdekatan; atau
v. Hadir di mana-mana kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobil.

10. Bagaimana jika saya ingin mendaftar ID pengguna JPJeID melalui


aplikasi MyJPJ ini?
Untuk mendaftar, ikuti Langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Pada paparan Log Masuk, klik pada butang “Daftar


Akaun Baharu” untuk mendaftar ID pengguna baharu.

Langkah 2: Masukkan ID Pengguna di ruangan No.


MyKad/MyPR/MyKAS untuk menyemak jika ID yang ingin
didaftarkan telah wujud atau belum.

Langkah 3: Jika ID yang dimasukkan masih belum didaftarkan,


pengguna akan terus ke paparan “Daftar Akaun Baharu”.

Langkah 4: Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan yang


dipaparkan di skrin dan tandakan di ruangan “Perakuan”.

Langkah 5: Tekan butang “Hantar” untuk mendaftar.

Langkah 6: Setelah pendaftaran berjaya, skrin “Log Masuk Kali


Pertama” akan dipaparkan. Masukkan butiran seperti arahan yang
dipaparkan dan tekan butang “Seterusnya”.

Langkah 7: Anda akan mendapat mesej popup “Rekod Berjaya


Disimpan”. Sila tetapkan kata laluan anda pada halaman
seterusnya”. Klik “OK” untuk ke laman Penetapan Kata Laluan.

Langkah 8: Masukkan kata laluan anda mengikut tetapan yang


diperlukan. Dan tekan butang “Hantar”.

Langkah 9: Anda akan menerima mesej “Rekod Berjaya Disimpan.


Sila Log Masuk”. Klik pada “OK” di bahagian bawah mesej untuk
Kembali ke laman Log Masuk.

11. Jika saya belum pernah mendaftar JPJeID tetapi mendapat paparan
mesej “Rekod telah wujud”, apa tindakan yang saya perlu lakukan?
1. Sila laporkan aduan melalui:

Sebarang pertanyaan berhubung inisiatif ini boleh disalurkan ke


emel infodigital@jpj.gov.my atau menghubungi talian hotline
JPJ iaitu 03-2724 2522.

2. Hadir ke Kios JPJ berhampiran untuk


menyemak/mengemaskini emel yang didaftarkan; atau

3. Hadir ke kaunter JPJ berhampiran; atau

4. Hadir ke kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobile berhampiran


untuk menyemak/mengemaskini emel yang didaftarkan.

12. Bagaimana jika pengguna terlupa kata laluan?

1. Klik pautan “Terlupa Kata Laluan” pada paparan log masuk


aplikasi.
2. Masukkan ID Pengguna dan alamat emel yang didaftarkan.
3. Penguna akan menerima kod sekuriti (TAC) untuk set
semula kata laluan.
4. Masukkan kod sekuriti (TAC) yang diterima melalui emel.
5. Masukkan kata laluan baharu bagi tujuan set semula kata
laluan.
6. Pengguna akan dibawa ke paparan Log Masuk.
7. Masukkan No. MyKad/MyPR/MyKAS pengguna dan kata
laluan baharu yang telah dikemaskini.

13. Bagaimana jika pengguna terlupa emel yang didaftarkan pada akaun
MyJPJ?

1. Sila laporkan aduan melalui:


a. Emel di TanyaJPJ@jpj.gov.my
b. Talian 03-2724 2522
2. Hadir ke Kios JPJ berhampiran untuk
menyemak/mengemaskini emel yang didaftarkan; atau
3. Hadir ke kaunter JPJ berhampiran; atau
4. Hadir ke kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobile
berhampiran untuk menyemak/mengemaskini emel yang
didaftarkan.

14. Bagaimana saya ingin mengemaskini alamat emel terkini?

Pada ketika ini, berikut adalah kaedah bagi mengemaskini alamat


emel terkini;

1. Hadir ke Kios JPJ berhampiran untuk


menyemak/mengemaskini emel yang didaftarkan; atau
2. Hadir ke kaunter JPJ berhampiran; atau
3. Hadir ke kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobile
berhampiran untuk menyemak/mengemaskini emel yang
didaftarkan.

Pengemaskinian akaun emel secara dalam talian sedang


dibangunkan dan akan dimaklumkan setelah bersedia kelak.

15. Adakah sistem membenarkan saya kekal log masuk secara berterusan?

Aplikasi ini menyimpan maklumat log masuk di ruang storan


telefon pintar (local storage) dan pengguna tidak perlu log masuk
berulang kali

Namun, untuk tujuan keselamatan, pengguna boleh log keluar dari


aplikasi MyJPJ pada bila-bila masa.

16. Saya cuba log masuk tetapi paparan ‘loading’ lama dan skrin log masuk
tidak dipaparkan.

Pada kebiasaannya, isu loading adalah disebabkan rangkaian


telefon bimbit pengguna. Sila semak dan pastikan terdapat capaian
ke internet daripada telefon bimbit pengguna.

17. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan bantuan teknikal sekiranya


menghadapi masalah semasa menggunakan aplikasi ini?

Anda boleh mendapatkan bantuan dengan menghantar butiran


aduan melalui:

Sebarang pertanyaan berhubung inisiatif ini boleh disalurkan ke


emel infodigital@jpj.gov.my atau menghubungi talian hotline JPJ
iaitu 03-2724 2522.

18. Adakah maklumat peribadi saya yang dimasukkan dalam aplikasi ini
selamat?

Aplikasi MyJPJ merupakan aplikasi yang dibangunkan dan


diuruskan sendiri oleh Kerajaan dan Kerajaan memberi jaminan
bahawa maklumat peribadi anda dilindungi berdasarkan Akta
Perlindungan Data Peribadi 2010.

Paparan Digital eLKM dan eLMM

19. Apakah Paparan Digital eLKM dan eLMM di aplikasi ini?

Pengguna boleh mendapatkan Lesen Memandu malaysia (eLMM)


dan Lesen Kenderaan Motor (eLKM) versi digital di aplikasi MyJPJ.

20. Bagaimana jika saya ingin mengakses Paparan Digital eLKM dan eLMM
saya?
Untuk melihat paparan lesen digital ini, pengguna boleh mengikuti
langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Pengguna perlu log masuk ke aplikasi MyJPJ.

Langkah 2: Pada Halaman Utama, pengguna boleh klik pada ikon


Profil di bahagian bawah skrin.

Langkah 3: Paparan Lesen Memandu digital akan dipaparkan.

Jika ingin melihat paparan Lesen Kenderaan Motor, pengguna


perlu klik di tab “Lesen Kenderaan Motor”.

Senarai Kenderaan bagi Motorsikal dan Selain Motorsikal yang


didaftarkan di bawah nama pengguna akan dipaparkan pada
ruangan ini.

21. Bagaimana jika saya ingin mengemaskini gambar terkini di paparan


lesen saya?

Pada ketika ini, berikut adalah kaedah bagi mengemaskini gambar


terkini;

1. Hadir ke kaunter JPJ berhampiran; atau


2. Hadir ke kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobile.

Pengemaskinian gambar terkini secara dalam talian sedang


dibangunkan dan akan dimaklumkan setelah bersedia kelak.

22. Bolehkah saya mengakses paparan digital jika saya telah log keluar dari
aplikasi?

Tidak boleh. Pengguna perlu kekal log masuk bagi mengakses


paparan digital eLKM dan eLMM.

Fungsi bagi muat turun paparan digital dalam bentuk dokumen


sedang dibangunkan dan akan dimaklumkan setelah bersedia
kelak.

23. Bagaimana jika telefon bimbit saya tiada liputan internet?

Paparan digital eLKM dan eLMM masih boleh diakses sekiranya:

1. Pengguna tidak log keluar dari aplikasi MyJPJ; dan


2. Pengguna pernah mengakses maklumat eLKM dan eLMM di
aplikasi MyJPJ semasa mempunyai liputan internet.

Fungsi bagi muat turun paparan digital dalam bentuk dokumen


sedang dibangunkan dan akan dimaklumkan setelah bersedia
kelak.

24. Jika saya ingin mengakses kepada paparan digital tetapi aplikasi
menunjukkan skrin kosong, apa yang saya perlu lakukan?

Anda boleh mendapatkan bantuan dengan menghantar butiran aduan


melalui:

Sebarang pertanyaan berhubung inisiatif ini boleh disalurkan ke


emel infodigital@jpj.gov.my atau menghubungi talian hotline JPJ
iaitu 03-2724 2522.

25. Jika saya tiada telefon bimbit, bagaimana saya ingin mengakses
paparan digital?

Pengguna boleh mengakses paparan digital eLKM dan eLMM di


Portal Awam JPJ serta membuat cetakan/screenshot salinan eLKM
dan eLMM tersebut.

26. Jika telefon bimbit saya kehabisan bateri, bagaimana saya ingin
mengakses paparan digital?

Pengguna boleh mengakses paparan digital eLKM dan eLMM di


aplikasi MyJPJ atau Portal Awam JPJ serta membuat
cetakan/screenshot salinan eLKM dan eLMM tersebut.

27. Bolehkah jika saya ingin log masuk untuk mengakses paparan digital di
telefon bimbit pengguna lain?

Boleh. Pengguna boleh log masuk menggunakan JPJeID mereka di


telefon bimbit yang lain. Walaubagaimanapun, sila pastikan
tindakan log keluar dilaksanakan agar paparan digital eLKM dan
eLMM tidak kekal diakses di telefon bimbit tersebut.

28. Jika telefon bimbit saya digunakan oleh orang lain, bolehkah beliau
mengakses paparan digital saya?

Sekiranya tindakan log keluar tidak dilaksanakan, paparan digital


pengguna boleh diakses oleh orang lain yang menggunakan
telefon bimbit pengguna tersebut.

29. Jika kenderaan adalah bukan milik saya, bagaimana dengan paparan
digital eLKM tersebut?

Pemilik kenderaan boleh mengakses paparan digital eLKM di


aplikasi MyJPJ atau Portal Awam JPJ serta membuat
cetakan/screenshot salinan eLKM tersebut untuk dikongsikan
kepada orang lain.

Walaubagaimanapun, fungsi pemberian hak akses paparan digital


kepada orang lain sedang dibangunkan dan akan dimaklumkan
setelah bersedia kelak.

30. Paparan digital eLMM dan eLKM saya terlalu kecil. Bagaimana jika saya
ingin melihat paparan digital tersebut secara penuh?

Pengguna boleh klik pada ikon Paparan Penuh yang tersedia di


bawah paparan digital eLKM dan eLMM anda.

31. Bolehkah saya semak paparan lesen bagi pihak ketiga?

Tidak boleh. Maklumat paparan digital ini adalah dilindungi dengan


ID dan Kata Laluan secara individu.

32. Bolehkah pengguna melihat maklumat insurans Kenderaan mereka?

Boleh. Maklumat tarikh luput insurans dipaparkan bersama


maklumat paparan digital eLKM.

33. Apakah kegunaan kodQR?

Penguatkuasa JPJ dan PDRM akan menggunakan kodQR untuk


tujuan penguatkuasaan undang-undang jalan raya khususnya di
kawasan yang tiada liputan internet.

Kod ini hanya boleh dibaca oleh perkakasan yang dibekalkan


kepada penguatkuasa JPJ/PDRM sahaja.

34. Apakah maksud bagi status kod qr berkuatkuasa, tidak berkuatkuasa di


ruangan paparan digital saya?

Maksud bagi Berkuatkuasa dan Tidak Berkuatkuasa adalah seperti


berikut:

i. Berkuatkuasa: LKM/LMM pengguna masih sah dan belum


tamat tempoh.

ii. Tidak Berkuatkuasa: LKM/LMM pengguna tidak sah dan


sudah tamat tempoh.
32. Jika Kod QR saya dilabelkan sebagai ‘Tidak Berkuatkuasa’, apa
tindakan yang saya perlu lakukan?

Pengguna boleh membuat pembaharuan melalui:

1. Portal Awam JPJ; atau


2. Hadir ke Kaunter JPJ di cawangan terdekat; atau
3. Hadir ke Kios JPJ di cawangan terdekat – untuk LKM sahaja;
dan
4. Hadir ke kaunter kenderaan mobile JPJ terdekat.

SOALAN LAZIM JPJeID

BIL SOALAN & JAWAPAN

1. Apakah yang dimaksudkan dengan ID Awam / JPJeID ?

ID Awam atau JPJeID merupakan akaun


yang mengandungi ID Pengguna dan Kata Laluan yang dimiliki
secara sah oleh orang awam bagi tujuan mengakses portal awam
JPJ MySIKAP / aplikasi mudah alih MyJPJ untuk melakukan
urusniaga JPJ secara dalam talian.

2. Mengapa saya perlu mendaftar JPJeID ?

Pendaftaran JPJeID merupakan pengurusan sekuriti yang


mengawal dan memantau hak capaian pengguna ke dalam portal
awam mySIKAP dan MyJPJ.

Pendaftaran JPJeID merangkumi pendaftaran agensi dan


pendaftaran peribadi. Pendaftaran Agensi adalah terdiri daripada
kategori Perniagaan, Syarikat, Pertubuhan dan Kerajaan. Manakala
Pendaftaran Peribadi ialah bagi kategori pengguna awam.

Selain itu juga, Pendaftaran JPJeID merupakan satu sistem yang


mudah dan mempercepatkan proses kerja dan penyampaian
perkhidmatan bahkan turut memberi penekanan kepada
produktiviti warga Jabatan dan kualiti perkhidmatan kerana ia
menjadi keutamaan dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih
efisien dan cemerlang.

3. Saya ingin menggunakan portal mySIKAP dan aplikasi mudah alih


MyJPJ tetapi saya tidak mempunyai akaun ID Awam / JPJeID. Apakah
yang perlu saya lakukan?

Sekiranya pengguna ingin menggunakan portal mySIKAP dan


aplikasi mudah alih MyJPJ, pengguna dikehendaki mendaftar
terlebih dahulu untuk mendapatkan akaun JPJeID. Pengguna boleh
melayari laman sesawang https://public.jpj.gov.my/ atau mendaftar
menggunakan aplikasi mudah alih MyJPJ.

4. Saya mempunyai MyPR. Bolehkan saya mewujudkan akaun ID Awam /


JPJeID ?

Sekiranya anda mempunyai MyPR, anda boleh mewujudkan akaun


ID Awam / JPJeID. Sila rujuk syarat-syarat pendaftaran.
Pendaftaran boleh dilakukan pada portal awam mySIKAP atau
menggunakan aplikasi mudah alih MyJPJ.

5. Apalah perbezaan JPJeID Advance dengan JPJeID Standard ?

JPJeID Advanced membolehkan tahap capaian penuh semua 38


transaksi portal Awam MySIKAP. JPJeID Advanced boleh dibuat di
kaunter dan kios kerana memerlukan imbasan biometrik (cap jari).
Contoh transaksi yang memerlukan JPJeID Advanced adalah
Permohonan Pertukaran Hakmilik. Verifikasi pengguna sah
menggunakan imbasan biometric (cap jari) diperlukan untuk
mengelakkan berlakunya transaksi secara tidak sah atau tanpa
pengetahuan pemilik yang sah.

Manakala JPJeID Standard terhad kepada 27 daripada 38 transaksi


portal Awam MySIKAP. Contoh transaksi yang boleh dibuat adalah
Pembaharuan Lesen Memandu. Pengguna boleh mengakses terus
27 transaksi setelah selesai membuat pendaftaran pengguna di
laman sesawang Portal Awam MySIKAP.

6. Mengapa pendaftaran JPJeID Advance memerlukan saya pergi ke


kaunter ?

Pendaftaran JPJeID Advanced akan melalui proses verifikasi


pengguna yang sah dan memerlukan imbasan biometric (cap jari).
Oleh itu perkhidmatan ini hanya disediakan di kaunter dan kios
sahaja. Setelah verifikasi berjaya dibuat, pengguna akan mendapat
no rujukan untuk menaik taraf akaun ke JPJeID Advance menerusi
e-mail yang didaftarkan.

7. Apakah ciri-ciri browser yang diperlukan untuk melayari portal


mySIKAP?

Ciri-ciri browser adalah seperti berikut:-

i. Paparan terbaik menggunakan pelayar internet


terkini (Microsoft Edge/Google Chrome).

ii. Resolusi paparan 1024 x 768.

8. Bagaimana saya ingin memuat turun dan memasang aplikasi mudah


alih MyJPJ ?

Aplikasi mudah alih MyJPJ boleh dimuat turun dari Google


PlayStore , Apple AppStore dan Huawei AppGallery. Kata kunci
carian adalah “myjpj”.

9. Adakah pengguna yang mendaftarkan diri sebagai


pengguna peribadi boleh mendaftarkan diri sebagai wakil agensi?
Boleh, kerana ID pengguna peribadi tidak sama dengan ID
pengguna syarikat walaupun pengguna peribadi telah
mendaftarkan diri sebagai wakil syarikat. No. MyKad yang telah
digunakan oleh pengguna peribadi semasa pendaftaran syarikat
hanyalah untuk tujuan pengesahan sahaja.

10. Apakah syarat-syarat untuk saya mewujudkan akaun di portal mySIKAP


/ aplikasi myJPJ ?
i. Orang awam Malaysia yang mempunyai
MyKad yang sah atau;

ii. Penduduk tetap Malaysia yang mempunyai


MyPR yang sah; atau;

iii. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun;


dan

iv. Mempunyai sekurang-kurangnya satu rekod


dengan JPJ.

11. Bagaimana sekiranya saya tidak memenuhi syarat-syarat untuk


mewujudkan JPJeID?
Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat pendaftaran JPJeID, orang
awam diminta merujuk atau hadir ke kaunter JPJ terdekat untuk
mewujudkan rekod pengguna bagi membolehkan pendaftaran
JPJeID.

12. Bolehkah saya menukar Kata Laluan ?

Boleh. Anda dinasihatkan untuk menukar Kata Laluan secara


berkala (maksimum 120 hari) menggunakan menu / pautan yang
disediakan di laman sesawang https://public.jpj.gov.my atau
melalui aplikasi mudah alih MyJPJ.

13. Bolehkah saya membuat pertukaran ID Pengguna ?


Tidak boleh. ID Pengguna adalah unik dan tidak boleh ditukar.

14. Bolehkah saya membuat pertukaran E-Mail ?

Boleh. Walaubagaimanapun pertukaran E-Mail hanya boleh


dilaksanakan di kaunter / Kios.

15. Mengapakah saya perlu mewujudkan ID Pengguna dan Kata


Laluan?
ID Pengguna dan Kata Laluan adalah penting untuk sebarang
transaksi online antara anda dengan pihak JPJ. ID Pengguna
diperlukan kerana ia merupakan ID unik yang akan mengenalpasti
pemiliknya manakala kata laluan pula digunakan untuk
mengesahkan bahawa ID itu adalah milik anda. Pastikan anda tidak
lupa ID Pengguna dan Kata Laluan.

16. Bagaimanakan caranya untuk melindungi ID Pengguna dan Kata Laluan


saya?
i. Anda dinasihatkan agar tidak mendedahkan
ID Pengguna dan Kata Laluan kepada orang
lain termasuklah melalui emel atau telefon.

ii.Pastikan anda Daftar Keluar setelah selesai


segala urusan online dengan JPJ.

iii. Tukar Kata Laluan anda secara berkala atau


sekiranya anda merasakan Kata Laluan
anda diketahui orang lain.

iv. Gunakan Kata Laluan yang unik.

v. Jangan klik atau aktifkan "Remember


Password".

17. Apakah transaksi berkaitan JPJ yang boleh saya gunakan sekiranya
saya memiliki JPJeID, dan saluran perkhidmatan mana yang boleh saya
gunakan ?
Rujuk Lampiran Infografik JPJeID.

18. Saya mempunyai JPJeID, adakah saya masih boleh menggunakan


perkhidmatan di kaunter ?
Boleh. JPJ masih menyediakan perkhidmatan/urusniaga di
kaunter-kaunter, namun keutamaan diberi untuk urusniaga yang
tidak ditawarkan menerusi portal/myJPJ/Kios.

19. Sebelum ini saya telah mempunyai ID Awam, apakah perbezaannya


dengan JPJeID dan perlukah saya pendaftarkan semula JPJeID ?

ID Awam dan JPJeID adalah sama. Sekiranya telah mempunyai ID


Awam, orang awam tidak perlu mendaftarkan semula JPJeID.

20. Apakah saluran perkhidmatan atas talian selain kaunter untuk orang
awam yang disediakan oleh JPJ ?
JPJ menyediakan tiga (3) saluran perkhidmatan atas talian untuk
memudahkan orang awam melakukan transaksi iaitu :

1. Laman sesawang portal awam mySIKAP yang


boleh diakses menggunakan alamat
https://public.jpj.gov.my

2. Aplikasi mudah alih MyJPJ yang boleh dimuat


turun melalui Google Playstore, Apple Appstore
dan Huawei AppGallery. (kata kunci carian adalah
“myjpj” dan disediakan oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan Malaysia)

3. Saluran Kios yang disediakan di setiap negeri


serta cawangan JPJ. Sila rujuk direktori kiosk di
seluruh negara ** link kepada direktori kios di
portal jpj.

21. Adakah pengesahan jap jari masih diperlukan untuk JPJeID ?

Pengesahan biometrik (cap jari) diperlukan sekiranya pengguna


ingin membuat pertukaran JPJeID Standard ke JPJeID Advanced.
Urusniaga ini hanya boleh dilakukan di kaunter dan kiosk.

22. Saya difahamkan sebelum ini, ID Awam terbahagi kepada dua iaitu ID
Standard dan ID Advance. Adakah konsep ini terpakai untuk JPJeID?

Ya. sebagaimana soalan nombor 15, ID Awam atau JPJeID juga


terbahagi kepada kategori Standard dan Advance.

23. Bagaimana sekiranya saya ingin mendapatkan JPJeID Standard dan


Advance?
Pendaftaran JPJeID Standard boleh dilakukan menerusi portal
mySIKAP. Manakala bagi pendaftaran JPJeID Advance, orang
awam perlu hadir ke kaunter JPJ yang berdekatan atau membuat
pendaftaran JPJeID di Kios bagi tujuan pengesahan Biometrik (cap
jari)

24. Saya terlupa untuk mengaktifkan akaun. Nombor rujukan saya juga
telah tamat tempoh. Apakah tindakan yang saya perlu lakukan ?
Sila masukkan nombor rujukan yang lama/tamat tempoh di menu
Log Kali Pertama. Sistem akan menjana nombor rujukan yang
terbaru yang akan dihantar ke alamat emel yang berdaftar.
25. Saya cuba untuk login kali pertama tetapi keluar ralat/error nombor
rujukan tidak wujud ?

Sila emel ke helpdeskidm@jpj.gov.my beserta paparan ralat


berkenaan dan maklumat id pengguna (mykad/mypr)

SOALAN LAZIM LESEN KENDERAAN MOTOR (e-LKM)

BIL SOALAN & JAWAPAN

1. Apakah yang dimaksudkan dengan inisiatif Pendigitalan Lesen


Kenderaan Motor (LKM)?

Pendigitalan LKM atau cukai jalan sepertimana yang diumumkan


oleh YB. Menteri Pengangkutan pada 10 Februari 2023 adalah
pelaksanaan transaksi LKM secara dalam talian (online) dan
paparan maklumat secara digital menggunakan Aplikasi MyJPJ
yang dimuatnaik dalam telefon pintar (smartphone) orang awam
atau boleh diakses melalui Portal JPJ. Melalui inisiatif pendigitalan
ini, fizikal disk LKM tidak perlu lagi dicetak, dipamerkan atau
dilekatkan pada cermin kenderaan sepertimana pada masa ini.
2. Bilakah pelaksanaan Pendigitalan LKM ini akan bermula?

Pelaksanaan inisiatif ini akan dibuat secara berperingkat dengan


peringkat pertama melibatkan paparan secara digital melalui
Aplikasi MyJPJ atau Portal Awam bagi LKM melibatkan kenderaan
persendirian individu sahaja yang akan bermula pada 10 Februari
2023 di seluruh negara.

3. Bagaimana dengan urusniaga pembaharuan LKM dan adakah terdapat


keperluan untuk disk LKM tersebut dicetak?

Pada peringkat ini, pembaharuan LKM masih dilakukan


menggunakan saluran sedia ada iaitu di kaunter JPJ, pejabat pos,
MyEG, PUSPAKOM, kiosk atau portal JPJ. Walau bagaimanapun,
orang awam diberikan pilihan sama ada mahu mencetak dan
mempamer disk LKM pada cermin kenderaan atau tiada cetakan
disk LKM dibuat, sebaliknya menggunakan paparan digital yang
dijana melalui aplikasi MyJPJ atau Portal JPJ.

4. Bagaimana pula dengan kenderaan persendirian atau kenderaan


perdagangan yang dimiliki oleh syarikat/pertubuhan/entiti?

Pelaksanaan pendigitalan LKM bagi kenderaan selain persendirian


individu (kenderaan persendirian syarikat, kenderaan perdagangan
dan lain-lain) akan diumumkan kemudian setelah pelaksanaan fasa
pertama ini teratur, sistem tersedia dan mendapat maklumbalas
dari orang awam. Sehingga pengumuman tersebut berlaku,
prosedur dan undang-undang semasa melibatkan urusniaga
pembaharuan LKM dan cetakan disk LKM termasuk paparan pada
cermin kenderaan adalah terpakai.

5. Adakah terdapat perubahan bayaran fi LKM atau cukai jalan setelah


pelaksanaan Pendigitalan LKM ini?
Kadar bayaran fi LKM bagi semua kenderaan adalah sama dan
tiada peningkatan bayaran tambahan susulan dari pelaksanaan ini.
Bahkan melalui inisiatif Pendigitalan LKM sepenuhnya, ianya akan
menjimatkan masa dan kos kepada pengguna.

6. Bagaimanakah pelaksanaan Pendigitalan LKM sekiranya kenderaan


tersebut milik orang lain dan kenderaan tersebut diurus atau digunakan
oleh orang lain?

Bagi kenderaan kenderaan yang dimiliki dan digunakan oleh orang


yang berbeza (sebagai contoh kenderaan dimiliki oleh ayah tetapi
digunakan oleh anak), aplikasi MyJPJ mempunyai fungsi
dependant sepertimana MySejahtera yang boleh melantik individu
untuk mendaftar, mengurus dan mengawal selia rekod sesebuah
kenderaan.

7. Bagaimana jika saya tidak mempunyai smartphone?

Jika orang awam/pemilik kenderaan tidak mempunyai


smarthphone, disk LKM yang dicetak boleh dipamerkan pada
cermin hadapan kenderaan atau membawa resit urusniaga yang
dijana semasa urusniaga pembaharuan LKM sebagai bukti sah
laku LKM masih berkuatkuasa dalam tempoh interim.

8. Bagaimana jika saya menggunakan kenderaan milik orang lain?

Pemandu atau orang yang membawa kenderaan tersebut perlu


mendapatkan salinan tangkap layar (screen short) pendigitalan
LKM daripada pemilik kenderaan sekiranya disk LKM tidak
dipamerkan pada cermin hadapan kenderaan.

9. Bagaimana sekiranya kawasan yang tiada liputan internet?

Pemilik atau pemandu kenderaan boleh menyimpan salinan


tangkap layar (screenshot) pendigitalan LKM dan
mengemukakannya apabila diminta berbuat demikian oleh anggota
penguatkuasa di lapangan.

10. Apakah terdapat sebarang talian yang boleh dihubungi sekiranya


terdapat pertanyaan atau masalah mengenai Pendigitalan LKM?

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak JPJ di talian 03-


2724 2522 atau melalui e-mel di infodigital@jpj.gov.my.

11. Sekiranya pendigitalan LKM ini dikuatkuasakan kelak, adakah ianya


Mesra OKU? Contoh, bagi mereka yang telah mendapat kelulusan
pengecualian bayaran LKM, adakah waris/oku itu masih perlu ke
kaunter JPJ untuk perbaharui cukai jalan mereka atau cukup sekadar di
dalam apps MYJPJ?

Ya. Pelaksanaan pendigitalan LKM ini akan turut melibatkan


kenderaan yang telah mendapat status Kenderaan Orang Cacat
(KOC) atau yang telah membuat pengisytiharan LKM OKU sebelum
ini. Ini bermaksud, urusniaga pembaharuan LKM dengan
keistimewaan pengecualian bayaran fi boleh dilakukan melalui
aplikasi MyJPJ tanpa perlu hadir di kaunter setelah fungsi
pembaharuan LKM melalui aplikasi MyJPJ tersedia dan
diumumkan kelak.

12. Adakah warga asing juga dimandatorikan untuk memuat naik aplikasi
MyJPJ?

Pada masa ini, penggunaan aplikasi MyJPJ melibatkan paparan


LKM secara digital hanya melibatkan kenderaan persendirian
individu yang dimiliki oleh warganegara sahaja.

13. Adakah data pengguna di dalam sistem MyJPJ ini dilindungi oleh akta
perlindungan data peribadi?? Bagaimana sekiranya berlaku sebarang
kebocoran data?

Ya. Data pemilik kenderaan adalah dilindungi di bawah akta-akta


yang berkaitan. Sekiranya tuan/puan mengesyaki terdapat
kebocoran data, tuan/puan boleh membuat aduan kepada pihak
JPJ di talian 03-2724 2522 atau melalui e-mel di
infodigital@jpj.gov.my.

14. Adakah Aplikasi MyJPJ tersedia untuk kenderaan yang berdaftar di


seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah., Sarawak dan Pulau Bebas
Cukai ( Pulau Langkawi dan Wilayah Labuan)?

Ya. Pelaksanaan pendigitalan LKM melalui aplikasi MyJPJ atau


Portal Awam JPJ adalah melibatkan seluruh negara.

15. Bagaimana jika pemilik kenderaan yang perlu untuk keluar negara
melalui laluan sempadan negara berjiran yang memerlukan pelekat
LKM?

Dalam fasa interim ini, orang awam masih lagi dibenarkan


mencetak disk LKM sekiranya diperlukan.

16. Bolehkah saya mendapatkan LKM yang dicetak sepertimana


sekarang kerana saya tidak mahu menggunakan aplikasi?

Boleh. Orang awam mempunyai pilihan sama ada mencetak


pelekat/kertas LKM atau menggunakan paparan e-LKM melalui
aplikasi MyJPJ.

17. Saya pemandu e-hailing sepenuh masa, tetapi kenderaan milik ayah
saya. Bagaimana saya hendak download untuk kegunaan harian saya?

Bagi orang awam yang memandu atau menggunakan kenderaan


orang lain sepertimana pemandu e-hailing, mereka perlu
mendapatkan salinan tangkap layar (screen short) pendigitalan
LKM daripada pemilik kenderaan sekiranya disk LKM tidak
dipamerkan pada cermin hadapan kenderaan.

18. Saya bekerja dengan Syarikat Petronas dan mempunyai sebuah kereta
Proton X50 milik syarikat yang diberi kepada saya untuk kegunaan
harian. Bolehkah saya menggunakan kereta tersebut dan LKM diberi
kepada saya?

Pada masa ini, pelaksanaan pendigitalan LKM hanya melibatkan


kenderaan persendirian yang dimiliki/didaftarkan atas nama
individu warganegara sahaja. Adapun bagi kenderaan selain
persendirian individu iaitu persendirian syarikat, pelaksanaannya
adalah pada fasa berikutnya yang akan diumumkan kelak.

19. Saya tiada online banking. Macam mana saya nak buat pembayaran
menggunakan aplikasi myJPJ masa nak perbaharui e-LKM tersebut?
Ada cara tak untuk saya bayar secara tunai?

Dalam fasa interim ini, urusniaga pembaharuan LKM masih lagi


boleh dilakukan di mana-mana saluran sedia ada menggunakan
mod bayaran tunai sama ada di kaunter JPJ, kaunter pejabat pos
mahupun kaunter PUSPAKOM.

20. Selepas saya perbaharui e-LKM di aplikasi myJPJ, saya dapati


maklumat tarikh mula dan tarikh luput e-LKM tidak dikemaskini. Adakah
saya perlu ke kaunter JPJ juga untuk dapatkan bantuan?

Sekiranya terdapat sebarang isu atau permasalahan berkenaan


digital LKM ini, tuan/puan boleh membuat aduan kepada pihak JPJ
di talian 03-2724 2522 atau melalui e-mel di infodigital@jpj.gov.my.

Jika smartphone saya hilang atau dicuri, adakah saya perlu maklumkan

21. pada pihak JPJ untuk reset atau deactivate aplikasi myJPJ saya bagi
mengelakkan disalahguna oleh pihak lain?

Ya. Tuan/puan hendaklah memaklumkan perkara tersebut kepada


pihak JPJ di talian 03-2724 2522 atau melalui e-mel di
infodigital@jpj.gov.my untuk tindakan lanjut.

22. Adakah ID aplikasi myJPJ akan terbatal atau disekat sekiranya pemilik
asal kenderaan atau pemilik ID telah meninggal dunia?

Pihak JPJ akan membuat sekatan terhadap aplikasi MyJPJ


sekiranya pemilik kenderaan telah meninggal dunia tertakluk
kepada maklumat yang dikemukakan oleh pihak Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN).

23. Bagaimanakah LKM kenderaan pemilik yang telah meninggal dunia


boleh diperbaharui oleh waris atau wakil?

Pada masa ini, pembaharuan LKM kenderaan persendirian individu


bagi pemilik yang meninggal dunia adalah menggunapakai saluran
sedia ada sehinggalah fungsi pembaharuan LKM melalui aplikasi
MyJPJ telah tersedia yang akan diumumkan kelak.

24. Apakah kesan terhadap maklumat sesebuah kenderaan selepas


urusniaga dilakukan oleh pemilik ID yang telah membuat urusniaga di
rakan niaga? (MYEG, E-AUTO)

Urusniaga yang dilakukan melalui saluran rakan niaga yang


memberi kesan terhadap butiran LKM, maklumat tersebut akan
dikemaskini dalam sistem MySIKAP dan aplikasi MyJPJ.

25. Bolehkah kenderaan e-hailing perbaharui LKM melalui aplikasi myJPJ?

Pada masa ini pembaharuan LKM bagi kenderaan e-hailing adalah


menggunakan saluran sedia ada iaitu di kaunter JPJ. Pada masa
akan datang, LKM bagi kenderaan e-hailing boleh diperbaharui
menggunapakai aplikasi MyJPJ setelah fungsi pembaharuan LKM
tersebut tersedia yang akan diumumkan kelak.

26. Adakah pemilik kenderaan boleh membuat permohonan untuk batal dan
refund LKM melalui aplikasi myJPJ?

Tidak boleh. Bagi urusan pembatalan dan bayaran balik (refund)


LKM, permohonan hendaklah dibuat di kaunter-kaunter JPJ yang
berhampiran mengikut prosedur yang ditetapkan. Sila rujuk
prosedur dalam Portal JPJ.

27. Saya adalah warganegara asing yang memiliki kenderaan atas nama
saya. Adakah saya boleh menggunakan aplikasi MyJPJ?

Penggunaan aplikasi MyJPJ pada masa ini hanya terpakai kepada


kenderaan persendirian individu yang dimiliki oleh warganegara
sahaja. Adapun kenderaan yang dimiliki oleh bukan warganegara,
paparan LKM adalah menggunakan fizikal LKM sedia ada.

28. Adakah LKM yang telah luput lebih daripada tiga tahun boleh
diperbaharui melalui aplikasi myJPJ?

Ya, boleh setelah fungsi pembaharuan LKM melalui aplikasi MyJPJ


telah tersedia yang akan diumumkan kelak.

29. Jika pemilik melakukan tukar hak milik kenderaan, bagaimana cara
penyerahan LKM digital tersebut kepada pihak JPJ?

Dalam fasa interim ini, bagi pemilik kenderaan yang menggunakan


fizikal LKM, pelekat/kertas LKM tersebut perlu diserahkan semasa
urusniaga tukar hak milik. Bagi pemilik kenderaan yang
menggunakan LKM digital, tiada penyerahan pelekat/kertas LKM
diperlukan.

30. Jika pemilik interchange nombor pendaftaran, bagaimana cara


penyerahan LKM digital tersebut kepada pihak JPJ?

Dalam fasa interim ini, bagi pemilik kenderaan yang menggunakan


fizikal LKM, pelekat/kertas LKM tersebut perlu diserahkan semasa
urusniaga pemindahan nombor pendaftaran (interchange). Bagi
pemilik kenderaan yang menggunakan LKM digital, tiada
penyerahan pelekat/kertas LKM diperlukan.
SOALAN LAZIM LESEN MEMANDU MALAYSIA (e-LMM)

BIL SOALAN & JAWAPAN

SISTEM (APLIKASI)

1. Apakah inisiatif pendigitalan e-LMM JPJ?

Pemilik Lesen Memandu Malaysia (LMM) tidak lagi memiliki lesen


memandu fizikal dan hanya menggunakan aplikasi MyJPJ
sepenuhnya.

2. Siapakah yang perlu muat turun aplikasi MyJPJ?

Warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas serta


memiliki Lesen Memandu Malaysia (LMM).

3. Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan ID bagi membolehkan saya


mendaftar dan menggunakan aplikasi MyJPJ?
Pengguna dikehendaki mendaftar ID portal mySIKAP (ID Awam)
dan seterusnya mendaftar masuk di aplikasi MyJPJ.

4. Bagaimanakah mengenai keselamatan maklumat pengguna sekiranya


pendaftaran telah wujud tanpa pengetahuan pengguna yang ingin
membuat pendaftaran?
Keselamatan maklumat pengguna yang didaftarkan di aplikasi
MyJPJ adalah tanggungjawab pengguna itu sendiri. Sekiranya
berlaku pendaftaran tanpa pengetahuan, disarankan pengguna
tersebut membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

5. Bagaimanakah sekiranya terdapat perubahan maklumat butir peribadi


setelah pendaftaran dilakukan di aplikasi MyJPJ?
Sekiranya terdapat perubahan maklumat peribadi yang lain,
pengguna perlu hadir ke pejabat JPJ Negeri/ Cawangan atau UTC
bagi urusan pengemaskinian maklumat tersebut.

6. Apakah jenis telefon pintar (smart phone) yang boleh muat turun
aplikasi tersebut?
Semua jenis telefon pintar (smart phone) yang mempunyai capaian
internet.

7. Apakah platform untuk dimuat turun aplikasi JPJ info?


Playstore, Apple Store.

8. Apakah kaedah pembayaran yang disediakan?

Pemohon boleh melakukan urus niaga secara dalam talian dan


menggunakan payment gateway (fpx/ kredit kad/ kad debit / e-
wallet) yang disediakan.

9. Jika berlaku sebarang permasalahan untuk pendaftaran atau daftar


masuk, bagaimanakah saya hendak menyelesaikan masalah tersebut?
Pihak tuan/puan boleh hubungi di talian 03-80008000

INTERFACE

10. Apakah maklumat yang dipaparkan pada e-LMM?

Nama, nombor kad pengenalan, alamat pemegang lesen, jenis


lesen memandu, kelas lesen memandu, tarikh kuatkuasa, gambar
pemegang lesen, no siri lesen, kod Quick Respond (QR).

11. Adakah perlu menggunakan telefon pintar (smart phone) yang


mempunyai storan berkapasiti besar untuk mendapatkan paparan e-
LMM ini?
Tidak perlu.

12. Sekiranya mempunyai lebih daripada satu (1) lesen memandu,


bagaimana cara untuk melihat lain-lain lesen tersebut?
Semua lesen memandu yang dimiliki akan dipaparkan secara
digital melalui aplikasi MyJPJ termasuk Lesen Vokasional.

13. Adakah data peribadi saya dalam e-LMM dilindungi?

Segala maklumat yang disimpan adalah selamat (PDPA)

14. Apakah urus niaga pelesenan pemandu yang boleh didapati di dalam
aplikasi MyJPJ?

Nota: Bagi urus niaga seperti permohonan baharu, pembaharuan,


syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan hendaklah dipatuhi
sebelum transaksi dibenarkan selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan
1987 dan Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan.
(Berkaitan dengan keperluan keputusan ujian, lesen tamat tempoh
tidak melebihi 1 tahun/ 3 tahun & Senarai Hitam JPJ/ PDRM).
i. Permohonan bagi jenis lesen berikut:
a. Lesen Belajar Memandu
b. Lesen Memandu Percubaan
c. Lesen Memandu Kompeten
d. Lesen Vokasional

ii. Pembaharuan bagi jenis lesen berikut:


a. Lesen Belajar Memandu
b. Lesen Memandu Kompeten
c. Lesen Vokasional

iii. Urus niaga pelesenan pemandu:

a. Cabutan Maklumat Lesen Memandu


b. Rayuan/ Semakan Lesen Memandu Tamat Tempoh
c. Semakan permohonan pertukaran Lesen Memandu Luar
Negara

15. Adakah permohonan baharu/ pembaharuan lesen vokasional boleh


dilakukan secara atas talian?

Boleh dilakukan secara atas talian, namun begitu laporan


pemeriksaan kesihatan (JPJL8A/JPJL8) perlu dikemukakan di
kaunter JPJ secara fizikal terlebih dahulu.

16. Adakah permohonan baharu lesen memandu bagi kategori Orang


Kelainan Upaya (OKU) boleh dilakukan secara atas talian.

Tidak boleh. Bagi permohonan baharu perlu mengemukakan


laporan pemeriksan kesihatan permohonan lesen memandu Orang
Kelainan Upaya (OKU) bersama dokumen sokongan di kaunter
JPJ.
17. Adakah pembaharuan lesen memandu bagi kategori Orang Kelainan
Upaya (OKU) boleh dilakukan secara atas talian.

Boleh.

18. Adakah saya boleh melakukan segala urus niaga yang melibatkan lesen
memandu melalui aplikasi ini?
Boleh. Sekiranya pemilik ingin memperbaharui lesen memandu
tersebut, pemilik boleh memilih menu pelesenan pemandu, pilih
jenis lesen yang ingin diperbaharui dan seterusnya membuat
bayaran menggunakan payment gateway (Kredit/ Debit/ FPX/ e-
wallet) yang telah disediakan.

19. Adakah saya akan menerima makluman notifikasi peringatan sebelum


lesen memandu saya tamat kuatkuasa?
Ya. Menghantar notifikasi peringatan tarikh tamat lesen memandu
melalui Aplikasi Mudah Alih dalam tempoh satu (1) bulan sebelum
tarikh tamat tempoh lesen memandu bagi peringatan pertama.
Peringatan kedua akan diberikan dua (2) minggu sebelum tarikh
tamat lesen memandu dan peringatan ke 3 akan diberikan satu
minggu sebelum tamat tempoh. Notifikasi akan tertera setiap
minggu bahawa pemilik lesen memandu telah tamat tempoh untuk
selama satu (1) bulan.

20. Berapa lamakah tempoh lesen memandu tamat jika tidak

Lesen Belajar Memandu (LDL) dibenarkan diperbaharui bagi


tempoh 3 atau 6 bulan tetapi tidak boleh melepasi agregat 2 tahun
daripada tarikh ia dikeluarkan.

Lesen Memandu Percubaan (PDL) tamat tempoh satu (1) tahun


bermula daripada tarikh akhir (PDL) yang berkuatkuasa dua (2)
tahun.

Lesen Memandu Kompeten (CDL) adalah tiga (3) tahun bermula


dari tarikh kuatkuasa.
KADAR FI

21. Apa yang berlaku jika pembayaranan berjaya?

Jika berjaya, amaun akan ditolak dari kad kredit/ kad debit dengan
serta-merta dan resit pembayaran akan dijana secara digital.

22. Apa yang berlaku pada bayaran jika tidak berjaya?

Pembatalan transaksi oleh pihak bank akan dilakukan dan amaun


akan dikreditkan semula ke kad kredit atau kad debit. Tiada caj
yang akan dikenakan.

23. Berapa lamakah tempoh penyelesaian pembayaran sekiranya tidak


berjaya?
Amaun penyelesaian bayaran akan dikreditkan ke kad kredit/ kad
debit dalam tempoh 7 hingga 30 hari bekerja bergantung kepada
bank pengeluar kad kredit/ kad debit (issuer) tersebut.

24. Sekiranya mengalami masalah berkaitan kad kredit / kad debit seperti
transaksi penolakan dan bayaran balik, kepada siapakah harus rujuk?

Sekiranya terdapat sebarang masalah yang melibatkan kad kredit /


kad debit, boleh terus berhubung dengan bank pengeluar kad
kredit / kad debit (issuer).

25. Berapa kadar fi bagi setiap jenis lesen memandu?

Seperti di Jadual 1.

KELUAR NEGARA

26. Bagaimana untuk membuat e-LMM?

Melalui Portal ID Awam, hanya boleh diakses oleh Warganegara


Malaysia sahaja.

27. Adakah Bukan Warganegara wajib memiliki e-LMM bagi menggantikan


lesen yang sedia ada?
Tidak, kerana e-LMM hanya diberikan kepada Warganegara
Malaysia sahaja. Bukan Warganegara Malaysia masih kekal dengan
fizikal lesen yang sedia ada.

28. Adakah e-LMM boleh digunakan di semua negara luar?


Tidak.

29. Bagaimana kami hendak memandu di luar negara jika


e-LMM tidak boleh digunakan di sana?
Warganegara Malaysia yang memiliki e-LMM perlu memohon
salinan lesen fizikal secara dalam talian di aplikasi MyJPJ. Setelah
itu, pemohon perlu ke kaunter JPJ Negeri yang berdekatan untuk
membuat cetakan salinan fizikal lesen untuk tujuan ke luar negara.
Kadar fi salinan akan dikenakan kepada pemohon sebanyak
RM20.00.

30. Bagaimana Warganegara Malaysia yang berada di luar negara untuk


mendapatkan
e-LMM?
Warganegara Malaysia perlu mendaftar ID Awam terlebih dahulu
sebelum e-LMM boleh di akses melalui aplikasi mudah alih MyJPJ
dan Portal mySIKAP.

KADAR BAYARAN
KADAR BAYARAN
BUKAN
BIL JENIS LESEN WARGANEGARA TEMPOH
WARGANEGARA
(RM)
(RM)
LESEN BELAJAR MEMANDU (LDL)
1. Kelas A 2.00 - 3/6 bulan
2. Kelas B2 (tunggal) 2.00/4.00 2.00/4.00 3/6 bulan
3. Kelas B/C 20.00/40.00 20.00/40.00 3/6 bulan
4. Kelas D dan lain-lain 30.00/60.00 30.00/60.00 3/6 bulan
LESEN PERCUBAAN (PDL)
1. Kelas A/A1 2.00 - 2 tahun
2. Kelas B2 (tunggal) 2.00 120.00 2 tahun
3. Kelas B/C 40.00 120.00 2 tahun
4. Kelas D/DA/F/G/H/I 60.00 120.00 2 tahun
LESEN MEMANDU KOMPETEN (CDL)
1. Kelas A/A1 2.00 - 1 tahun
2. Kelas B2 (tunggal)/B/C 20.00 60.00 1 tahun
3. Kelas D/E/F/G/H/I 30.00 60.00 1 tahun
LESEN MEMANDU VOKASIONAL
Lesen Kenderaan Barang- 20.00 - 1 tahun
barang (GDL)/Lesen
1. Kenderaan Perkhidmatan
Awam (PSV) atau
CON
2. Salinan Lesen Memandu 20.00 20.00 -
Cabutan Maklumat Lesen 10.00 10.00 -
3.
Memandu

SOALAN LAZIM PENGUATKUASAAN BERSEPADU

BIL SOALAN & JAWAPAN

1. Apakah bentuk Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang ditetapkan


pemakaiannya di Malaysia mulai 10 Februari 2023?
Jawapan: Mulai 10 Februari 2023, JPJ menetapkan pemakaian LMM
dalamdua (2) bentuk iaitu bentuk cetakan fizikal seperti sedia ada
atau bentuk digital yang boleh di akses di Aplikasi MyJPJ dengan
menggunakan peranti elektronik seperti mobile phone.

2. Mulai 10 Februari 2023, adakah pemandu/penunggang dikehendaki


mengemukakan LMM dalam bentuk fizikal atau digital semasa
diperiksa oleh pihak JPJ / PDRM?
Jawapan: Ya. Seseorang pemandu/penunggang perlu
mengemukakan LMM semasa memandu/menunggang di jalan
raya dan ketika pemeriksaan oleh pihak JPJ / PDRM.

3. Apakah bentuk Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang ditetapkan


pemakaiannyadi Malaysia mulai 10 Februari 2023?
Jawapan: Mulai 10 Februari 2023, JPJ menetapkan pemakaian LKM
dalamdua (2) bentuk iaitu bentuk fizikal dipamerkan seperti sedia
ada atau bentuk digital yang boleh di akses di aplikasi MyJPJ
dengan menggunakan peranti elektronik seperti mobile phone.

4. Mulai 10 Februari 2023, adakah pemandu/penunggang dikehendaki


mempamerkan LKM dalam bentuk fizikal atau digital semasa diperiksa
oleh pihak JPJ / PDRM?
Jawapan: Ya. Seseorang pemandu perlu mempamerkan LKM
fizikal atau mengemukakan LKM digital ketika pemeriksaan oleh
pihak JPJ / PDRM.

5. Sekiranya saya pemilik kenderaan perdagangan, adakah saya boleh


mendapatkan LKM digital di JPJ?
Jawapan: Bagi pemilik kenderaan perdagangan, LKM fizikal perlu
dipamerkan seperti biasa sehingga pemakluman fasa seterusnya
dibuat oleh pihak JPJ. Ini bermakna, dalam tempoh ini kenderaan
perdagangan masih perlu menggunakan LKM cetakan fizikal dan
perlu dipamerkan di cermin hadapan.

6. Berdasarkan penguatkuasaan peraturan baru pendigitalan dokumen


terkawal JPJ mulai 10 Februari 2023, siapakah pihak yang masih perlu
mengemukakanlesen memandu fizikal dan mempamerkan LKM fizikal?
JAWAPAN: Mulai 10 Februari 2023, hanya kategori pemandu /
kenderaan berikut masih perlu mengemukakan / mempamerkan
lesen memandu atauLKM secara fizikal:

i. Pemegang lesen belajar memandu (LDL)


ii. Pemegang lesen vokasional (PSV/GDL/KON)
iii. Pemegang lesen memandu Malaysia bagi
warganegara asing
iv. Pemegang lesen memandu negara luar oleh pemandu
warganegaraasing
v. LKM kenderaan perdagangan meliputi kenderaan
barangan dankenderaan perkhidmatan awam
vi. LKM persendirian syarikat
vii. Kenderaan pemilikan warganegara asing

SOALAN LAZIM PEMBAYARAN / TRANSAKSI

BIL SOALAN & JAWAPAN

Pembayaran Pembaharuan eLKM eLMM – akan datang

1. Sekiranya saya tidak mempunyai telefon pintar atau kawasan tempat


tinggal yang tiada akses internet untuk menggunakan aplikasi MyJPJ,
adakah saya masih boleh memilih untuk memperbaharui LKM/LMM
secara digital?
Pelanggan masih boleh mendapatkan perkhidmatan
memperbaharui LKM/LMM secara digital melalui saluran terimaan
lain seperti kaunter JPJ/UTC, kios, JPJ Mobile dan Portal JPJ.

Selain itu, pelanggan juga masih boleh memilih untuk


mendapatkan perkhimatan melalui rakan strategik JPJ yang telah
dilantik seperti POS Malaysia, MyEG serta PUSPAKOM.

2. Dengan pelaksanaan pendigitalan LKM/LMM ini, adakah pelanggan


akan dikenakan kadar bayaran baharu atau masih dikenakan kadar
bayaran yang sama untuk setiap perkhidmatan yang ditawarkan?
Buat masa ini, kadar bayaran yang dikenakan kepada pelanggan
masih menggunakan kadar bayaran yang sama.

3. Sekiranya saya membuat urusniaga di kaunter rakan strategik JPJ


(POS Malaysia/MyEG/PUSPAKOM), adakah caj perkhidmatan yang
dikenakan masih sama walaupun saya memilih untuk mendapatkan
LKM/LMM secara digital?
Ya, kadar caj perkhidmatan yang akan dikenakan masih sama
walaupun pelanggan memilih untuk mendapatkan LKM/LMM
secara digital. Walau bagaimanapun, perkara ini adalah tertakluk
kepada sebarang perubahan yang akan dimaklumkan kelak.

4. Apakah pilihan kaedah pembayaran yang boleh digunakan di Aplikasi


MyJPJ
Pelanggan boleh membuat pembayaran menggunakan kad kredit
atau kad debit tempatan sahaja.

Pembayaran menggunakan bank transfer (direct debit) dan eWallet


sedang dibangunkan dan akan dimaklumkan setelah bersedia
kelak.

5. Apakah status pembayaran yang dipaparkan di aplikasi MyJPJ?

Terdapat tiga (3) paparan status pembayaran di MyJPJ iaitu


1. Berjaya
Bayaran yang Berjaya akan disertakan dengan pautan untuk
muat turun resit bayaran.

2. Pending
Semakan semula selepas 15 minit di modul Sejarah
Transaksi

3. Gagal
Bayaran tidak Berjaya. Cuba semula selepas 15 minit.

6. Bagaimana saya boleh melihat rekod pembayaran terdahulu di aplikasi


MyJPJ?
Semakan boleh dibuat di Modul Sejarah Transaksi bagi
pembayaran di semua saluran kutipan hasil JPJ
(kaunter/portal/MyJPJ/kios dll) untuk tempoh maksimum sehingga
dua (2) tahun.
Permohonan Bayaran Balik (Refund)

7. Sekiranya saya memohon pembayaran balik LKM adakah saya masih


perlu menyerahkan disk LKM yang asal?

Permohonan bayaran balik LKM adalah bergantung kepada pilihan


yang dibuat semasa pembaharuan LKM.

Sekiranya pelanggan memilih untuk mendapatkan fizikal LKM


semasa pembaharuan, pelanggan perlu mengemukakan semula
LKM tersebut semasa permohonan bayaran balik. Bagaimanapun,
SOP ini tidak terpakai sekiranya pelanggan memilih menggunakan
LKM digital semasa pembaharuan.

8. Sekiranya saya membuat pembaharuan LKM melalui aplikasi MyJPJ,


apakah dokumen sokongan yang perlu saya kemukakan sekiranya saya
memohon pembayaran balik LKM tersebut?

Dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bagi Bayaran Balik


LKM ialah:

a. Borang JPJ K6
b. Salinan ID Pemunya Berdaftar.
c. Salinan ‘Butir-butir Bayaran Balik LKM’ yang dicetak
daripada Sistem MySIKAP.
d. Maklumat nama dan nombor akaun pemunya berdaftar.
e. Disk LKM yang dibatalkan (sekiranya pelanggan memilih
untuk mendapatkan fizikal LKM semasa pembaharuan)
f. Laporan polis sebagai ganti disk LKM asal bagi kenderaan
hilang/kecurian/ kebakaran atau terlibat kemalanngan (jika
berkaitan)
9. Sekiranya terdapat masalah teknikal semasa saya membuat
pembaharuan LKM/LMM melalui aplikasi MyJPJ yang menyebabkan
berlaku pembayaran dua (2) kali atau pembayaran tanpa mendapatkan
perkhidmatan (Bayaran Balik Selain LKM), apakah dokumen sokongan
yang perlu saya kemukakan sekiranya saya membuat tuntutan bayaran
balik?
Dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bagi Bayaran Balik
selain LKM ialah:
a. Permohonan Pulangan Balik Hasil selain LKM secara
bertulis.
b. Salinan Resit Rasmi
c. Salinan ID Pemohon/Pemegang Kad Kredit/Debit
d. Maklumat nama dan nombor akaun bank pemegang kad
kredit/debit (Penyata akaun bank ringkas beserta Letterhead)
e. Lain-lain dokumen berkaitan bagi menyokong tuntutan yang
dibuat.

10. Ke manakah saya perlu kemukakan permohonan bayaran balik?

Permohonan bayaran balik boleh dikemukakan mengikut saluran


pembaharuan LKM/LMM dibuat seperti berikut:

a. Pembaharuan melalui kaunter/kios/JPJ Mobile –


dikemukakan secara manual kepada Cawangan JPJ
berhampiran.
b. Pembaharuan melalui Portal JPJ/ Aplikasi MyJPJ –
dikemukakan ke Bahagian Hasil, JPJ melalui Sistem
Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JPJ.
c. Pembaharuan melalui rakan strategik (MyEG/POS
Malaysia/PUSPAKOM) – dikemukakan kepada saluran yang
berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai