Anda di halaman 1dari 2

Laporan Program Gotong-Royong IPGKIK

Pada 26 Januari 2019 bersamaa hari sabtu, persatuan Sains Sukan telah mengadakan
gotong royong membersih kawasan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas(IPGKIK).
Objektif gotong-royong ini adalah untuk mewujudkan suasana kampus yang bersih dan
harmoni serta terhindar daripada segala pencemaran. Gotong-royong ini melibatkan semua
warga IPGKIK yang terdiri daripada para siswa, pensyarah dan kakitangan kampus .

Sebelum aktiviti gotong royong bermula, aktiviti senamrobik diadakan pada pukul
7:30 pagi bertempat di padang IPGKIK yang diketuai oleh pelajar-pelajar semester 8.
Program ini seterusnya diteruskan dengan acara perasmian oleh pengarah IPGKIK Dr.
Mohd Suhaimi Bin Muhamed Ali yang dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh beliau.

Setelah selesai upacara perasmian oleh pengarah, acara disambung dengan


penyampaian taklimat program yang berkaitan dengan penagagihan tempat bertugas
kepada semua siswa dan pensyarah yang terlibat, taklimat ini disampaikan oleh ketua
Jabatan Sains Sukan iaitu Dr. Mohd Khamdani Bin Sairi yang merupakan pengerusi aktiviti
gotong-royong pada kali ini.

Setelah aktiviti gotong royong selesai, semua yang terlibat dengan aktiviti gotong-
royong ini dijemput untuk menjamu selera Bersama-sama di Surau Ta’dib yang disediakan
oleh unit kokurikulum IPGKIK. Semua yang terlibat dibenarkan pulang setelah selesai
menunaikan solat zuhur berjemaah.

MASA AKTIVITI
7:30 PAGI PENDAFTARAN PELAJAR
7:45 PAGI SENAMAN EROBIK
8:15 PAGI PERASMIAN OLEH PENGARAH IPGKIK
8:30 PAGI TAKLIMAT PROGRAM
8:45 PAGI GOTONG ROYONG PERDANA 2019
12:30 TGH JAMUAN MAKAN
1:25 PETANG SOLAT ZUHUR
2:00 PETANG BERSURAI
Lapora disediakan oleh, 28 JANUARI 2019

……………………..…….
(Nik Afiq Bin Amer)
Setiausaha Program Gotong Royong Perdana 2019
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

Anda mungkin juga menyukai