Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Definisi globalisasi

Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan


dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi
maklumat. Manakala cendikiawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan
yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan
ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. lni bermakna segala-
galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. Menjelang berakhirnya
alaf kedua dan memasuki abad baru, abad dua puluh satu sebagai awal millenium ketiga, ditemui
suatu kenyataan, terjadinya lonjakan perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi dengan
pesat. Diterajui dengan lajunya teknologi komunikasi dan informasi (information technology).

Globalisasi sebenarnya dapat diartikan sebagai suatu tindakan atau proses menjadikan
sesuatu mendunia (universal), baik dalam lingkup mahupun aplikasinya, the act of process or
policy making something worldwide in scope or application menurut pengertian The American
Heritage Dictionary. Di era globalisasi akan terjadi perubahan-perubahan cepat. Dunia akan
transperan, terasa sempit, dan seakan tanpa batas. Hubungan komunikasi, informasi,
transportasi menjadikan satu sama lain menjadi dekat, sebagai akibat dari revolusi industri, hasil
dari perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi.

Arus globalisasi juga akan mengubah pola hidup masyarakat dari pertanian dan
perniagaan tradisional menjadi masyarakat industri dan perdagangan modern. Dari kehidupan
sosial berasaskan kebersamaan, kepada masyarakat yang individualis, dari lambat kepada serba
cepat. Asas-asas nilai sosial menjadi konsumeris materialis. Dari tata cara kehidupan yang
tergantung dari alam kepada kehidupan menguasai alam. Dari kepemimpinan yang formal
kepada kepemimpinan yang mempunyai kecekapan (profesional).
2.0 Cabaran yang memberi kesan positif dan negatife terhadap dunia khususnya negara
kita Malaysia

Di dalam perkembangan arus globalisasi khususnya di negara Malaysia terdapat beberapa


cabaran yang terpaksa dihadapi sebagai sebuah negara yang sedang membangun kearah
menuju negara maju menjelang 2020, Malaysia juga sebagai salah sebuah negara yang
menagihkan anjakan paradigma tidak akan terlepas dari menghadapi kemungkinan-
kemungkinan cabaran globalisasi. Terdapat beberapa fakta utama yang menjadi penyumbang
kepada cabaran yang akan dihadapi oleh negara Malaysia. Oleh itu, saya akan menghuraikan
dua perkara yang menjadi penyumbang kepada cabaran globalisasi iaitu, teknologi luar dan
teknologi maklumat komunukasi

Pertama sekali, Hubungan pemindahan teknologi antara negara maju ke negara kurang
maju. Pemindahan ini dapat membantu negara penerima iaitu negara Malaysia untuk menambah
baik anjakan terhadap globalisasi negara Malaysia. Hal ini dapat memajukan kegiatan ekonomi
seperti perindustrian di negara Malaysia. Sumber tenaga mahir dapat ditingkatkan lagi untuk
menjadi jurutera yang mampu memacu perkembangan sesuatu teknologi. Dengan adanya
kemajuan telekomunikasi, maklumat ekonomi boleh diikuti sepenuhnya dengan mudah setiap
komunikasi yang hanya boleh diperoleh melalui jarak jauh amatlah mudah dengan menggunakan
kemudahan-kemudahan yang ada. Sebagai contoh, peniaga boleh menghubungi seluruh dunia
dengan sidang video, Internet dan E-mail untuk berbincang tentang jual beli. E-dagang dan E-
banking juga dapat dijalankan dengan mudah segala transaksi boleh berlaku tanpa bersemuka.
Dengan ini, peniaga boleh meluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan ke seluruh dunia.

Misalnya, syarikat Microsoft/ BM/ acer/ intel dsn yang boleh membuat pelaburan di MSC.
Selain itu juga, pusat penyelidikan dan pembangunan R&D teknologi akan membuat satu anjakan
paradigma yang mampu menghasilkan peningkatan kualiti hasil keluaran sesuatu produk.
Tambahan pula, teknologi-teknologi penghubung akan ditambah baik seperti
multimedia/teknologi yang canggih mampu merancakkan lagi perhubungan komunikasi jarak
jauh. Akhir sekali, rakyat Malaysia yang turut terlibat dengan syarikat-syarikat pengeluaran
terbesar akan menjadi mahir selepas dilatih di negara asing tersebut.

Selain daripada teknologi luar, teknologi maklumat dan komunikasi(TMK) akan sentiasa
terus maju dan terus berkembang pesat. Terdapat 3 cabang berkaitan kemajuan pesat TMK iaitu
ekonomi, politik dan sosial. Pertama sekali, berkaitan ekonomi perkembangan globalisasi
menyebabkan negara maju mengetahui kedudukan ekonomi negara Malaysia. Mereka juga
dengan mudah terlibat dalam perniagaan bursa saham negara Malaysia. Ini bermakna
perkembangan globalisasi mampu mengetengahkan perkembangan ekonomi Malaysia di
persada dunia dengan itu negara Malaysia akan terkenal dan diketahui perkembangan nilai wang
Malaysia di negara asing.

Tambahan pula, dengan berlakunya peningkatan gloobalisasi di negara Malaysia sedikit


sebanyak memberi kesan yang positif dari segi aspek politik dimana penguasaan teknologi
komunikasi ini dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk menyuarakan pendapat dan
berdebat tentang isu-isu yang dibangkitkan dalam politik negara. Hal ini mampu memberi
kesedaran dan memupuk sikap cakna di dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum. Pemberian pendapat sendiri ini juga amatlah bagus dimana rakyat Malaysia tidak
hanya bersikap pasif malah lantang menyuarakan pendapat mereka.

Akhir sekali, dari segi aspek sosial, telekomunikasi yang begitu canggih sehingga mampu
melampaui sempadan negara. Hal ini kerana, budaya liar dari negara luar dapat kita ketahui
melalui internet dan sebagainya. Oleh disebabkan itu, generasi muda mudah terikut dan terbawa
bawa dengan aktiviti-aktiviti kurang baik ini. Sebagai contoh, permasalahan yang terbawa bawa
oleh generasi muda hari ini seperti aplikasi ‘wechat’ yang banyak memberi kemudaratan
berbanding kebaikan yang mana membawa pergaulan tanpa batasan oleh anak muda tidak kira
peringkat umur yang mampu mermbawa kepada tahap yang lebih teruk iaitu mendekati zina.
Oleh disebabkan itu, budaya tempatan yang murni akhirnya dikikis oleh globalisasi. Tuntasnya,
pada hari ini jelas kelihatan anak tempatan sudah mula hilang identiti diri.

3.0 Bagaimanakah guru muslim mampu menangani cabaran globalisasi dengan cara yang
berhemah dan mengikut syariat islam.

Dalam menghadapi cabaran globalisasi seorang guru muslim itu sendiri haruslah mempunyai ciri-
ciri dan kualiti yang professional sesuai dengan proses globalisasi ini. Guru haruslah sentiasa
berusaha meningkatkan taraf professional melalui latihan dalam perkhidmatan, perlaksanaan
penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu,
menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan.

Selain itu juga seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak. Guru
yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu
serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu
semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, ekonomi dan sebagainya. Guru yang
berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari. Dalam
perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu
menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan
ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran. Penerapan
nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada
bangsa dan negara.

Di samping itu, guru juga mestilah berupaya membuat keputusan,menyelesai masalah


serta berfikiran kritis dan kreatif. Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion mereka bukan
sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai,
penyelia, pengawal dan sebagainya.
4.0 Rumusan
Sebagai kesimpulan, Peranan guru sangat penting dalam membentuk modal insan yang
cemerlang. Oleh itu, reformasi pendidikan memainkan peranan yang penting untuk melahirkan
Wawasan 2020 supaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan kecemerlangan
pendidikan dalam erti kata yang sebenar Tidak dapat dinafikan bahawa guru pendidikan Islam
cukup signifikan dalam usaha membentuk personaliti pelajar di sekolah. Malah Kombinasi Guru
muslim dan pelajar membawa kepada implikasi positif kepada pembentukan personaliti pelajar
dan sahsiah yang cemerlang. Oleh itu, peranan guru dalam membentuk personaliti pelajar
sentiasa menjadi cabaran bagi para guru khususnya guru muslim dan permasalahan yang
dihadapi perlulah ditangani sebaiknya.
5.0 Bibliographi

Definasi globalisasi. (2017). Globalisasi berlaku dunia Diakses pada 12..3.19 daripada

https://ms.wikipedia.org/wiki/Globalisasi

Habib Mat Som & Syed Kamaruzzaman Syed Ali, “Isu Dan cabaran Kompetensi Guru Pendidikan
Islam Dalam Menghadapi Perubahan Kurikulum Di Malaysia”. Seminar Antarabangsa
Pemerkasaan Pendidikan Islam (Madrasah), 20 & 21 Oktober 2016. (Kuala Lumpur :
Akademi Pengajian Islam . Universiti Malaya. 2016).

Abdullah Sani Yahya. Mengurus Disiplin Pelajar. (Bentong Pahang: PTS Publications &
Distributors Sdn Bhd, 2005).

Muhammad ‘Atiyyah al-Ibrasyi, al-Tarbiyyah al-Islamiyyah Wa Falasifatuha, (Qahirah 1965).


Dalam Abdul Halim El Muhammadi. Pendidikan Islam : Falsafah, Disiplin dan Peranan
Pendidik . (Petaling Jaya: Selangor : Dewan Pustaka Islam, 1991).

Anda mungkin juga menyukai