Anda di halaman 1dari 14

Mencari arah Kejayaan

Mencari arah Kejayaan

DISCLAIMER AND TERMS OF USE AGREEMENT

Penulis dan penerbit telah berusaha sebaik mungkin dalam mempersiapkan maklumat dan
informasi dalam ebook ini. Namun begitu penulis dan penerbit tidak memberikan jaminan
mengenai ketepatan , kerelevanan, atau kesempurnaan isi dari ebook ini. Informasi yang
disampaikan dalam tulisan ini adalah semata-mata bersifat mendidik . Oleh itu jika anda
hendak mengaplikasikan informasi yang terdapat dalam ebook ini, anda yang perlu
bertanggung jawab atas tindakan anda.

Penulis dan penerbit telah berusaha sebaik mungkin untuk mempresentasikan informasi dan
isi yang bermanfaat ini. Tetapi kami tidak memberi jaminan mengenai peningkatan kualiti atau
kejayaan hasil dari menggunakan materi, teknik, dan kaedah yang dipaparkan dalam ebook
ini. Contoh-contoh yang diberikan tidak dapat ditafsirkan sebagai suatu janji atau jaminan.
Keberhasilan adalah tanggung jawab penuh dari pengguna produk kami.

Keberhasilan pengguna tergantung pada kerja keras, tahap serius dan komitmen dalam
mempraktiskan semua idea dan informasi dalam produk kami. Dan tingkat keberhasilan
pengguna ditentukan banyak faktor yang diketahui oleh pengguna sendiri.

Penulis dan penerbit dalam bentuk apapun tidak bertanggung jawab kepada siapapun juga
atas kerosakan atau kerugian yang diakibatkan dari penggunaan idea-idea dan informasi dari
produk kami. Dan kami tidak memberikan jaminan apapun untuk hal ini.
Mencari arah Kejayaan

Apa yang saya ingin kongsikan melalui laporan ini adalah salah satu cabang kecil dari
ilmu metafizik.
Ilmu ini adalah kajian pola tentang pengaruh getaran sesuatu nombor seperti mana yang
kita ketahui setiap objek yang ada di bumi ini mempunyai frekuensi getaran energi yang
tersendiri. Begitu juga dengan nombor.

Berbeza dengan kaedah metafizik yang lain, kaedah arah mata angin menggunakan
energi nombor bagi mencari arah yang sesuai untuk:
1. Membina kejayaan
2. Mengkaji status personaliti
3. Memeriksa status atau keadaan disekeliling rumah.

Namun begitu, melalui laporan ini saya hanya memfokuskan kepada bagaimana untuk
mencari arah yang sesuai untuk membina kejayaan.

Arah kejayaan yang dimaksudkan ialah arah haluan anda daripada kediaman anda. Ianya
mengikut kemana jua anda tinggal atau berpindah. Apa yang perlu anda lakukan berdiri
ditengah tempat tinggal anda dan pastikan arah yang betul dengan menggunakan kompas
atau peta.

Kaedah ini menggunakan tarikh kelahiran anda bagaimana untuk mengira seterusnya
mencari arah kejayaan anda
Mencari arah Kejayaan

PETUNJUK TENTANG NOMBOR DAN SIMBOL


NOMBOR SIMBOL KETERANGAN
Di arah dan sepanjang arah itu ada wang:sesuai untuk
bekerja atau buka kedai di arah itu.Jika ada 6 di petak
6 Duit
tengah,bermaksud di sekeliling anda (sekitar 1
km)ataupun di rumah anda ada rezeki.(home business)
Di arah dan di sepanjang arah itu ada
7 networking:sesuaiuntuk buka kedai atau buat marketing
atau cari penyokong,pengundi atau jodoh.Jika ad 7 di
Penyokong
petak tengah,bermaksud di sekeliling anda (sekitar 1 km)
ada ramai penyokong anda.Juga mudah kumpulkan orang
dalam rumah atau pejabat.
Sesuai untuk mencari peluang atau kejayaan atau buka
Peluang perniagaan atau jua aktiviti-aktiviti yang baik.Jika ada 9
9 kejayaan,
Di tengah,mudah dapat peluang dan kejayaan di mana-
aset
mana jua serta dalam dan sekitar kawasan rumah atau
pejabat
Persaingan Cuba elak atau tabah hadapinya jika mahu juga pergi
3 Sengit kearah itu.
Cuba elak atau tabah hadapinya jika mahu juga pergi
5 Halangan kearah itu.
8 Tertekan Cuba elak atau tabah hadapinya jika mahu juga pergi
kearah itu.
Mencari arah Kejayaan

UTARA
1
B.LAUT T LAUT
3 6

RUMAH
BARAT TIMUR
5 7 4

B.DAYA SELATAN TENGGARA


6 7 8
Mencari arah Kejayaan

Ringkasan (Sila rujuk rajah mata angin di atas)


Petak tengah arah mata angin adalah mewakili rumah yang diami., Manakala arah-arah
mata angin yang disediakan adalah arah mata angin dari rumah anda. Sekarang saya
berkongsi bagaimana untuk menggunakan arah mata angina bagi mencari arah terbaik
dari rumah atau pejabat untuk mendapatkan peluang kejayaan atau rezeki yang lebih
besar

ARAH TENGAH MATA ANGIN- Jika anda lihat kawasan tengah mata angin a(rumah)
diwakili oleh nombor 7- Ini bermaksud disekitar kawasan rumah dan dalam lingkungan
satu kilometer ada networking atau peluang untuk anda mencari penyokong dan amat
sesuai untuk melakukan networking. Jadi amat sesuai jika anda ingin mengumpulkan
orang bagi mempromosikan produk jualan anda atau mengadakan seminar-seminar
perniagaan. Bagi yang menjalankan perniagaan MLM atau perniagaan yang memerlukan
anda mencari ramai ahli, anda boleh menggunakan pejabat atau rumah anda sebagai
tempat berkumpul.

TIMUR LAUT & BARAT DAYA- Diwakili oleh oleh nombor 6. ini bermaksud
disepanjang arah timur laut dan barat daya terdapat peluang untuk anda menghasilkan
keuntungan atau wang. Jadi amat sesuai untuk anda bekerja atau membuka premis
perniagaan atau kedai di arah tersebut.

TENGGARA- Diwakili oleh nombor 8, ini bermaksud arah tenggara dari rumah mudah
memberikan tekanan kepada diri anda. Sekiranya anda adalah seorang yang kuat untuk
menghadapi tekanan, arah ini adalah terbaik untuk anda, kerana jika anda dapat
menguasai dan mengawal tekanan dengan baik ianya akan memberikan keuntungan yang
baik, asalkan anda tahu bagaimana untuk menghadapinya. Tetapi jika anda adalah
seorang yang lemah dan tidak tahan menghadapi tekanan anda boleh mengelak daripada
menjalankan perniagaan pada arah ini.
Mencari arah Kejayaan

BARAT-Diwakili oleh nombor 5, ini bermaksud di arah barat dari rumah anda adalah
arah yang memberikan banyak halangan kepada anda. Namun sekiranya anda adalah
seorang yang kuat dari segi mental , emosi dan spiritual ianya tidak memberikan banyak
masalah kepada anda, namun jika anda adalah seorang yang lemah , sukar mengawal
emosi anda boleh mengelak dari melakukan sebarang urusan atau perniagaan pada arah
ini.

BARAT LAUT- Diwakili oleh nombor 3, ini bermaksud di arah barat laut dari rumah
anda memberikan banyak persaingan sengit kepada anda. Namun sekiranya anda adalah
seorang yang positif terhadap persaingan ianya tidak memberikan masalah kepada anda,
malah jika anda berjaya dalam persaingan tersebut, ianya banyak memberikan
keuntungan kepada anda. Tetapi jika anda adalah seorang yang lemah dan tidak tahan
menghadapi saingan anda boleh mengelak daripada menjalankan perniagaan pada arah
ini.

UTARA &TIMUR-Diwakili oleh nombor satu 1 dan 4. arah ini tidak memberikan
tekanan,halangan dan persaingan kepada anda, tetapi ianya juga kurang memberikan
kejayaan kepada anda.

** Jika nombor tengah anda adalah 3, 5 dan 8 . Anda mungkin sentiasa mengalami
tekanan atau halangan dimana jua anda berada. Apa pun ianya adalah anugerah kepada
anda kerana kebiasaan individu yang mempunyai nombor 3, 5 dan 8 mempunyai
kekuatan dan tenaga yang lebih, sangat peka dan memimpin.
Mencari arah Kejayaan

Bagaimana mengira arah yang baik untuk kejayaan

A B C D

E F

UTARA

B.LAUT T LAUT

RUMAH
BARAT TIMUR

B.DAYA SELATAN TENGGARA


Mencari arah Kejayaan

Formula Pengiraan

Arah Formula kaedah Pengiraan


Tengah (Petak tengah) B+C+E+F
Utara B+C
Timur laut C+D+F
Timur C+D+F+D+F+G
Tenggara D+F+G
Selatan E+F+G
Barat Laut A+B+E
Barat A+B+E+A+E+G
Barat Daya A+E+G

Contoh pengiraan menggunakan tarikh lahir

Katakan anda dilahirkan pada 12 /10/1976

12 10 19 76
A B C D

E F

G
Mencari arah Kejayaan

Untuk mendapatkan nilai pada petak:

A: 1 + 2=3
B: 1+0=1
C:1+9=1
D: 7+6=4
E: Nilai A +Nilai B ( 3+1=4)
F: Nilai C+Nilai D (1 +4=5)
G:Nilai E + Nilai F (4+5=9)

3 1 1 4

4 5

9
Mencari arah Kejayaan

Arah Formula kaedah Pengiraan


Tengah (Petak tengah) 1+1+4+5=2
Utara 1+1=2
Timur laut 1+4+5=1
Timur 1+4+5+4+5+9=1
Tenggara 4+5+9=9
Selatan 4+5+9=9
Barat Laut 3+1+4=8
Barat 3+1+4+3+4+9=6
Barat Daya 3+4+9=7

Masukkan hasil nilai yang diperolehi melalui pengiraan di dalam kotak di atas ke dalam
petak arah mata angin di bawah:

UTARA
2
B.LAUT T LAUT
8 1

RUMAH
BARAT TIMUR
6 2 1

B.DAYA SELATAN TENGGARA


7 9 9
Mencari arah Kejayaan

Semoga anda dapat mengira arah mata angin anda melalui panduan yang saya berikan di atas.
Apa yang anda perlu lakukan ialah menukarkan tarikh kelahiran yang saya berikan kepada tarikh
kelahiran anda dan melakukan pengiraan seperti panduan pengiraan yang diberikan.

Tips untuk individu yang mempunyai nombor tengah mata angin 3,5
dan 8

Kebiasaan individu yang mempunyai arah mata angin 3 dan 8 sentiasa merasa resah dan
tertekan, mudah marah dan merasa amat sukar untuk berjaya. Apa yang boleh anda lakukan ialah
meningkatkan ilmu yang berkaitan pengurusan emosi , spiritual, pembangunan diri dan kejayaan.

Alternatif lain banyakkan penggunaan warna biru dan elakkan penggunaan warna kuning,
merah,ungu , merah jambu serta hijau. Selain itu anda boleh menggunakan haruman yang
berunsur air atau aqua.

Manakala individu yang mempunyai arah tengah mata angin 5 pula , anda sentiasa merasa
terhalang , rendah diri, kurang keyakinan diri dan sentiasa terhalang untuk berjaya. Anda
disarankan meningkatkan ilmu berkaitan pembangunan diri terutama ilmu –ilmu kejayaan,
pengurusan emosi dan meningkatkan kekuatan spiritual dan kejayaan. Belajar bagaimana untuk
meningkatkan keyakinan diri dan sentiasa yakin di atas setiap keputusan dan tindakan yang anda
lakukan atau bakal lakukan.
Alternatif lain, banyakkan penggunaan warna hijau dan elakkan penggunaan warna coklat.
Mencari arah Kejayaan

Penutup:

Saya telah pun berkongsi sedikit asas panduan bagaimana mencari arah kejayaan,
keuntungan dan penyokong melalui kaedah metafizik. Namun ianya hanyalah asas yang
perlu anda ketahui. Untuk mengetahui ilmu-ilmu metafizik dengan lebih mendalam,
anda perlu mencari guru atau mentor yang terbaik untuk terus mambantu anda untuk
mendalami ilmu ini.

Sebenarnya terdapat beberapa kaedah yang perlu anda pelajari seperti kaedah kitaran arah
tahunan , bulanan , mingguan, harian dan jam, untuk memudahkan anda mencapai
impian anda . Jika anda ingin mendalami ilmu ini, tugas anda adalah mencari ilmu ini
melalui guru-guru metafizik yang terbaik. Saya hanya pencetus semangat anda untuk
mempelajari ilmu ini, yang lain anda perlu mencarinya sendiri.

Dalam apa juga cara untuk mencapai ilmu atau perubahan yang diinginkan.
TINDAKAN adalah satu perkara yang amat penting, kerana hanya dengan bertindak ia
akan dapat mengubah atau melakukan perubahan untuk sesuatu perkara.

Saya sudah berkongsi panduan, segalanya terpulang kepada anda sendiri samada hanya
ingin menyimpan sebagai rujukan ilmu atau bertindak untuk mencipta kejayaan dalam
perubahan.

Salam hormat dari saya


Linn
http;//www.linncomel.com
Mencari arah Kejayaan

Anda mungkin juga menyukai