Anda di halaman 1dari 2

Minggu Praktikum : 2

Tarikh : 19 Februari 2019


Hari : Selasa
Tajuk Jurnal : Budaya senyum dan salam.

1. Isu Yang Difokuskan :

Sekolah saya melaksanakan 2 jenis kurikulum iaitu kurikulum akademik arus perdana dan kurikulum
bersepadu dini. Oleh yang demikian, secara tidak langsung kefahaman murid terhadap pendidikan agama juga
subur dalam diri mereka. Namun begitu, berdasarkan pemerhatian saya kebanyakan murid kurang memberi
senyuman dan tidak mengamalkan budaya memberi salam kepada guru-guru terutamanya. Justeru, masalah ini
haruslah diatasi bagi memastikan suasana sekolah ini akan berubah ke arah yang lebih positif sekaligus dapat
meningkatkan prestasi sekolah.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Saya cuba merungkai isu ini dengan mencari jawapan melalui temu bual dan pemerhatian. Oleh itu, saya
telah menemu bual beberapa orang murid dan bertanya sebab-sebab mereka sukar memberi senyuman dan
salam. Justeru antara puncanya ialah :
 Murid-murid tidak faham konsep memberi senyuman dan memberikan salam
 Murid-murid hanya akan memberi senyuman dan memberi salam kepada guru-guru yang mengajar
mereka sahaja.
 Murid-murid malu dengan orang luar atau guru baharu.

Kesannya, mereka berasa keperluan untuk memberikan senyuman dan memberikan salam hanya
berfokus pada waktu formal sahaja seperti waktu di dalam kelas, perhimpunan atau apa-apa jua perjumpaan
sekolah. Selebihnya mereka berasa tiada keperluan mereka melemparkan senyuman dan memberikan salam
kepada para guru. Natijahnya, suasana harmoni dan saling menghormati kurang menyerlah di sekolah. Selain
itu, amalan Sunnah Baginda Nabi S.A.W juga tidak dapat diamalkan dan dihayati oleh murid.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut H.M. Tuah Iskandar (2008) senyuman juga dapat merangsang 17 otot muka berbanding
dengan 43 otot muka yang digunakan sewaktu wajah berkerut. Hal ini dapat mencegah muka dari cepat
berkedut dan menimbulkan suasana ceria.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti, saya
mengenalpasti beberapa cadangan dan idea penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :-

i) Guru memberikan salam terlebih dahulu apabila berselisihan dengan murid.


ii) Merancang dan melaksanakan kempen senyum dan salam.
iii) Mewujudkan hubungan yang mesra dengan semua murid.
iv) Memberi motivasi dan nasihat melalui pujian dan maklum balas yang baik daripada guru.

Muka Surat 1
5. Tempoh Masa Penyelesaian
2 Minggu

6. Tindakan Susulan :

Saya akan memberi motivasi kepada murid dengan memberitahu kebaikan-kebaikan yang diperolehi
dalam mewujudkan budaya memberi salam dan senyum melalui tayangan video semasa di dalam kelas
mahupun menceritakan kisah-kisah sirah Nabi Muhammad S.A.W yang berkaitan dengan tauladan baik dari
baginda apabila berpeluang memberi ucapan .

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :


24 Februari 2019 (Ahad)

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya kenal
pasti telah mula menunujukkan perubahan yang positif dan memberangsangkan apabila beberapa orang pelajar
yang saya tidak mengajar sudah mula melemparkan senyuman dan berebut rebut memberi salam kepada para
guru. Malah, para guru juga memberi maklum balas positif berkaitan perubahan tingkah laku murid ini dan
berasa gembira dengan perubahan yang berlaku.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Alhamdulillah, saya merasa sangat bersyukur dan gembira atas perubahan ini. Tidah dinafikan terdapat
beberapa halangan semasa mengatasi isu ini, antaranya adalah murid tidak mahu menerima teguran ini dan
bersikap kurang ajar dengan mengejek-ejek nasihat saya. Namun saya tidak boleh berputus asa. Natijahnya,
murid-murid tersebut meminta maaf dan sedar akan kesilapan mereka dan telah berjanji untuk berubah kearah
yang lebih baik. Justeru, saya akan cuba memberikan nasihat secara berperingkat mengikut kelas-kelas yang
diajar. Teguran yang berhikmah sangat penting agar para pelajar dapat merasakan keikhlasan seorang guru
dalam mendidik anak muridnya dalam melahirkan generasi berakhlak yng akan meneraju negara pada masa
akan datang.

Rujukan

H. M. Tuah Iskandar (2008). Nak Ke Tak Nak. Shah Alam: Karya Bestari Sdn. Bhd.

Muka Surat 2

Anda mungkin juga menyukai