Anda di halaman 1dari 22

ADAB-ADAB DALAM

BERJEMAAH
Lajnah Tarbiyyah dan Latihan Kepimpinan PAS Pusat

PENCERAMAH :
DR. NURUL AKMAL
BINTI HASSAN
MUKADIMAH

Kita perlu memenuhi tuntutan-tuntutan yang berkait dengan setiap


ahli di semua peringkat demi mencapai kemenangan yang dijanji
kurnia oleh Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh di


kalangan kamu, bahawa dia akan menjadikan mereka itu khalifah (orang yang
memerintah dengan Islam) di atas bumi sebagaimana dia pernah mengurniakan
khilafah kepada orang -orang yang terdahulu daripada mereka. Dia akan
menjadikan agama mereka (Islam) yang Dia redha memerintah untuk mereka
dan Dia akan menukarkan kepada mereka suatu keadaan selepas berada dalam
ketakutan kepada keamanan. Mereka itu menyembahKu, tidak menyekutuiKu
dengan sesuatu yang lain dan sesiapa yang menjadi kufur selepas itu
maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Al-Nur: 55)
AKHLAK BERPARTI
Dalam meniti liku-liku perjuangan Islam, ianya penuh
dengan ujian, mehnah dan tribulasi yang begitu
mendesak. Justeru, pada diri seseorang pejuang Islam
itu perlu dihiasi dengan keindahan Islam dan
diwarnai dengan akhlak berjamaah agar sepanjang
merentasi ujian ini sentiasa dinaungi oleh rahmat
Allah s.w.t. Ini amat penting agar pertolongan Allah
sentiasa bersama para pejuang.
Bagi meletakkan perjuangan kita diterima
dan direstui oleh Allah s.w.t. serta mendapat
pertolongan daripadaNya, maka kita
mestilah melengkapkan diri dengan sifat-
sifat berikut:
1. IKHLAS
Mestilah ikhlas yakni mampunyai niat yang benar
kerana Allah, menuntut keredhaanNya dengan
menegakkan agamaNya sehingga didaulatkan di dalam
negara yang melaksanakan hukum syariat.

Diriwayatkan dalam satu hadis yang maksudnya: “Abu Musa al-‘Asy’ari


r.a. telah menceritakan kepada kami, katanya : seorang arab Badwi
datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu dia bertanya : “Orang yang
berperang kerana mahukan ghanimah (harta rampasan), orang yang
berperang supaya disebut (menjadi masyhur), berperang kerana riak
(menunjuk-nunjuk kepada orang), maka siapakah yang dikira berperang
pada jalan Allah?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang berperang
supaya kalimah Allah (agama Islam) itu menjadi paling tinggi maka
dialah yang berperang pada jalan Allah.” (Muttafaq’Alaih)
“Diriwayatkan daripada Saidina Umar bin al-Khattab r.a. katanya
: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya setiap amalan itu
bergantung keapda niat. Sesungguhnya setiap orang itu akan
mendapat sesuatu mengikut niatnya. Sesiapa yang berhijrah
kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu kerana Allah dan
RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dia
akan mendapatkannya atau kerana seseorang perempuan yang
ingin dikahwininya maka hijrahnya itu mengikut apa yang
diniatkannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Apabila mengikhlaskan niat kerana Allah semata-mata maka


mestilah membersihkan hati daripada sifat-sifat yang
merosakkan niat seperti ‘ujub dan sum’ah.
2. PERCAYA DENGAN BAIK KEPADA
ALLAH (HUSNU AL-THIQAH BILLAH),
MEMOHON PERTOLONGANNYA DAN
PERCAYA KEPADA
JANJINYA.

Seseorang yang menceburkan dirinya dalam perjuangan


Islam mestilah percaya kepada jaminan Allah dan
janjiNya di dunia dan akhirat.
Perkara ini hendaklah dinyatakan dengan mengadakan
hubungan yang baik dengan Allah dengan sifat taqwa,
mengerjakan perintah dan meninggalkan laranganNya,
sehingga ia tidak boleh dijelaskan oleh amaran,
sogokan dan bagaimana sekalipun keadaan sehingga
tidak ada di dalam diri perasaan tidak ada harapan
untuk mencapai kemenangan bagi menegakkan cita-cita
Islam dan juga perasaan tidak yakin dengan janji Allah
s.w.t. di akhirat.
Orang-orang yang berjuang bersama Rasulullah s.a.w. yang
melakukan hijrah dan orang Ansar yang menerima dan
memberi tempat kepada Islam di tanah air mereka yakin
kepada janji Allah di dunia dan akhirat, walaupun tidak
ada suatu wawasan yang dapat dilihat dengan mata kasar dan
situasi yang terang-terang menandakan kemenangan
Islam,mereka percaya kepada firman Allah,maksudnya:

“Dan sesungguhnya Allah mesti menolong orang yang


menolong agamaNya, dan Allah itu Maha Kuat lagi Maha
Perkasa. Orang-orang yang kami bolehkan kepada mereka
memerintah di bumi mereka mendirikan sembahyang,
menunaikan zakat, menyuruh kepada yang baik dan mencegah
kemungkaran da bagi Allah akibat segala urusan.” (Al-Hajj: 41)
3. ISTIQAMAH

Mestilah berterusan di atas prinsip perjuangan dan


beramal dengan segala tuntutannya dengan tidak berpaling
dan cenderung ke arah yang lain dan hanyut bersama arus
jauh sekali daripada melompat dan menyeleweng daripada
perjuangan. Allah berfirman kepada Musa a.s. dan Harun a.s.
yang menghadapi Firaun dalam menegakkan Islam di
zamannya maksudnya:

“Allah berfirman: Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu


berdua; oleh itu hendaklah kamu tetap (menjalankan perintahKu
seterusnya), dan janganlah kamu menurut jalan orang-
orangyang tidak mengetahui (peraturan janjiKu).” (Yunus: 89)
Firman Allah s.w.t. kepada nabi kita Muhammad s.a.w.,
maksudnya:

“Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap


teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan
kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali
kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah
kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya
Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. Dan
janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku
zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan
membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun
yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan
kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” (Hud: 112 –
113)
Para rasul dan nabi-nabi adalah orang-orang
yang paling istiqamah, tetapi mereka diperintah
juga supaya beristiqamah. Ini menunjukkan
bahawa sifat istiqamah itu sangat penting dan
mestilah berterusan kerana ia menjadi tunggak
dan cara untuk mendapatkan pertolongan Allah
s.w.t., bahkan orang yang tidak istiqamah
amalannya menjadi sia-sia.
4. TAAT

Ketaatan itu lahir daripada sikap percaya-mempercayai di


antara pemimpin dan pengikut. Apabila kepimpinan
mempunyai keikhlasan dan menyatakan pengorbanan yang
sebenar dan perhatian kepada perjuangan dan pengikut-
pengikutnya. Ketaatan itu mestilah dalam semua keadaan, di
masa senang dan susah, di masa kelapangan dan kesempitan
dalam perkara yang tidak maksiat.

Firman Allah s.w.t., maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman,


taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan
kepada “Ulil-Amri” ( orang-orang yang berkuasa) dari
kalangan kamu.” (Al-Nisa’: 59)
Rasulullah s.a.w. telah meneguhkan sifat ketaatan
kepada para sahabatnya dengan melakukan bai’ah di
antaranya ialah Bai’ ah al-‘Aqabah yang terkenal sebelum
melakukan hijrah yang merupakan perintah yang sangat
penting yang membawa kepada tertegaknya sebuah negara
Islam.
Ketaatan itu membawa kepada menunaikan tugas
mengikut arahan kepimpinan dan tidak bertindak sendiri
tanpa pengetahuan kepimpinan sehingga menjadi kelam
kabut yang boleh menimbulkan adanya kumpulan dalam
parti yang mempunyai perancangan yang berbeza dan
strategi yang berlainan yang boleh membawa perpecahan
dan wujudnya kumpulan atau jamaah dalam parti.
5. UKHUWWAH (PERSAUDARAAN ISLAM)

Ahli-ahli parti dan penyokongnya di semua peringkat laksana


batu-bata yang berselerak dan perlu diikat dengan teguh dan
kuat dengan hubungan yang erat di antara satu sama lain. Bagi
menunjukkan betapa perlunya persaudaraan ini, maka
Rasulullah s.a.w. menjadikan di antara perkara pertama ketika
hijrah ialah mempersaudarakan di kalangan Muhajirin dan
Ansar. Melalui hubungan persaudaraan ini, maka keteguhan saf
di dalam perjuangan Islam itu dapat diwujudkan.

Firman Allah s.w.t., maksudnya: “Sesungguhnya Allah


mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela
agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah
mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (Al-Saff: 4)
6. KERAHSIAAN
Perjuangan Islam ini dikepung oleh musuh-musuh yang
ramai dari segenap penjuru, mereka sentiasa mengintip segala
kegiatan parti untuk menentangnya, oleh itu kita tidak boleh
boros dengan kenyataan yang mendedahkan kerahsiaan,
membongkar perkara-perkara dalaman yang tidak patut
dibuka kepada umum sehingga mendedahkan kelemahan kepada
musuh dan memberi kemudahan kepada mereka untuk memukul
dan melumpuhkan parti serta menggagalkan perjalanannya.

Sirah Rasulullah s.a.w. banyak mengajar kita di dalam


perkara ini secara praktikal, di mana kemenangan banyak dicapai
dengan cara-cara yang mengejutkan musuh dan mereka tidak ada
ruang untuk mengambil kesempatan dari beberapa kelemahan
yang ada.
Parti bukan sahaja perlu menyusun strategi yang baik
dan rapi tetapi juga perkara-perkara yang menjadi suatu
kerahsiaan yang tidak boleh diumumkan , adalah tidak wajar
semua ahli mengetahui segala yang dirangka oleh
kepimpinan termasuklah perkara yang perlu dirahsiakan.
Adalah tidak bijaksana sekiranya untuk mengumumkan
semua perkara dan ahli-ahli menekan dalam perkara ini
sehingga menjejaskan ketaatan dalam melaksanakan
tugas parti. Sebaliknya sebarang rahsia musuh yang dapat
dikesan sama ada kecil ataupun besar hendaklah dilaporkan
kepada parti.
7. TIDAK LEKA DENGAN PENCAPAIAN
YANG ADA

Seringkali berlaku apabila terdapat sedikit kemajuan atau


kemenangan menyebabkan berlakunya kelekaan dalam
menjalankan tugas dan memberi sumbangan kepada parti.
Allah s.w.t. telah menegur para sahabat r.a. apabila mereka
memandang ringan kepada kewajipan jihad setelah mencapai
beberapa kemenangan.

Firman Allah s.w.t., maksudnya: “Dan berbelanjalah kamu pada


jalan Allah dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke
dalam kebinasaan.” (Al-Baqarah: 195)
8. MENUNAIKAN JANJI DAN BERILTIZAM
DENGANNYA

Allah s.w.t. telah memberi penegasan dalam perkara ini


dengan firmanNya yang bermaksud:

“Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-


perintah Allah apabila kamu berjanji; dan janganlah kamu
merombak ( mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu
menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah
menjadikan Allah sebagai penjamin kebaikan kamu;
sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu
lakukan.” (Al-Nahl: 91)
Samada perjanjian dengan jamaah atau
perjanjian sesama sendiri dan termasuklah juga
perjanjian dengan musuh-musuh hendaklah
ditunaikan dan disempurnakan dengan baik.

Sebarang kemungkinan boleh


menghilangkan kepercayaan di antara satu sama
lain dan menghilangkan kewibawaan.
9. TIDAK MELAMPAU

Allah s.w.t. melarang sikap dan tindakan yang melampau


walaupun terhadap musuh di medan perang, maka
terlebih utama terhadap sesama sendiri dan ketika
muwajahah silmiyyah

Firman Allah s.w.t., maksudnya: "Dan perangilah kerana


(menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-
orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh
(dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.
(Al-Baqarah: 190)
PENUTUP
Demikianlah sebahagian daripada perkara
yang perlu diberi perhatian dan dibincangkan di
samping bermuhasabah kepada diri sendiri dan parti
supaya perjuangan kita diterima, diredhai Allah dan
dikurniakan kemenangan dunia dan akhirat.

Anda mungkin juga menyukai