Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN (BOLA TAMPAR)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

GERKO SUKAN: BOLA TAMPAR (MENYANGGA)


INTERAKSI: SEMESTA 1 PERINGKAT: PDPLI KDC DINI (NOV 2017)
TARIKH: 23/1/2018 (SELASA)
TEMPAT: GELANGGANG BOLA TAMPAR, SMA PARIT SULONG
PENSYARAH: ENCIK SALAHUDDIN
TAJUK/ KEMAHIRAN: MENYANGGA (DIGGING)

AKTIVITI PENERANGAN DAN BUTIRAN LATIHAN


1.0 Memanaskan Badan
(10-15 Minit)
1.1 Rangsangan Kardiovaskular
(Lari dan melompat
dengan pelbagai teknik)
- Lari ulang alik
- Melompat 2 belah kaki

1.2 Aktiviti Keregangan


Bahagian atas badan
- Otot leher
- Otot dada
- Otot tangan/lengan
Bahagian bawah badan
- Otot kaki (peha, betis)
Bahagian abdomen
- Otot sisi badan
- Otot perut dsb

1.3 Aktiviti Kelonggaran


Bahagian atas badan
- Sendi leher
- Sendi bahu
- Sendi siku
- Sendi pergelangan tangan
Bahagian bawah badan
- Sendi pangkal peha
- Sendi lutut
- Sendi pergelangan kaki
Bahagian abdomen
- Sendi pinggang

1.4 Permainan Kecil

2.0 Gerakkerja Latihan Kemahiran


(15-30 Minit)

2.1 Teknik-teknik menyangga:

(a) Fasa persediaan


- Kaki dijarakkan dengan jarak seluas bahu
- Satu kaki berada di hadapan dan satu lagi kaki berada di
belakang
- Lutut dibengkokkan sedikit
- Tubuh badan berada dalam keadaan tegak
- Tangan diluruskan
- Siku-siku memutar ke arah satu sama lain, dirapatkan ke badan
dan terkunci (lock elbow)
- Letakkan bahagian belakang sebelah tangan di atas tapak tangan
sebelah tangan yang lain
- Kedua-dua jari bertindih di atas satu sama lain di atas tapak
tangan
- Pergelangan tangan terkunci ke bawah
- Kedua-dua lengan selari dengan paha
- Meletakkan berat badan pada bebola kaki tetapi masih dalam
posisi yang seimbang

(b)Fasa pergerakan - Bergerak ke arah bola


- Melangkah ke arah bola dengan lengan dan tangan di hulurkan
- Melangkah dengan kaki yang paling hamper dengan sasaran
- Melangkah ke sasaran dan menghulurkan lengan dengan
menyambut bola lambung yang lambat
- Menarik sedikit atau mengendurkan lengan untuk bola yang laju
- Melangkah ke sasaran dengan lutut, punggung dan bahu menuju
ke arah bola yang hendak dihantar

- Sentuh bola di hadapan badan dan diantara lutut


(c) Fasa sentuhan - Sentuh bola dengan bahagian lengan iaitu dua hingga enam inci
ke atas dari pergelangan tangan
- Mata sentiasa memandang bola sepanjang masa penghantaran
dibuat
- Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari
- Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama lain
- Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan
diluruskan ke hadapan
- Kaki dijarakkan dengan sebelah kaki diletakkan di hadapan dan
lutut dibengkokkan untuk menerima hantaran
- Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk
menghadap sasaran sebelum bermain bola
- Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum
- Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola
- Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil
- Kendurkan bahagian atas tubuh
- Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat
disambut dengan baik oleh ahli pasukan yang lain

3.0 Kemahiran Sebenar/


Pengujian/ Pertandingan
(10-20 Minit)

4.0 Penutup
(8-10 Minit)
4.1 Pengenduran
- Lari anak
- Regangkan otot dan
longgarkan sendi

4.2 Perbincangan/Soal jawab

Anda mungkin juga menyukai