MUQADDIMAH
Kemantapan sesebuah Harakah Islamiyyah berhubung erat dengan keteguhan aqidah
atau prinsip perjuangannya dan keteguhan pegangan ahlinya di semua peringkat
terhadap aqidah dan prinsip itu sehingga membuahkan wala’ dan melengkapkan diri
dengan akhlak dan disiplinnya.
Perlu difahami bahawa tidak memadai sekadar hanya berdiri di atas dasar dan prinsip
yang sebenarnya tanpa membina peribadi dengan akhlak berjemaah. Akhalk dan adab
berjemaah menjadi cerminan kepada sesebuah jamaah untuk dilihat baik dan
sempurna yang mampu dicontohi oleh manusia-manusia yang lainnya. Akhlak inilah
yang dipertontonkan oleh Rasulullah saw sebagai batu asas kepada kegiatan dakwah
sehinggalah akhlak baginda dikagumi oleh musuh-musuhnya. Bagi meletakkan
perjuangan ini diterima dan direstui oleh Allah swt serta mendapat pertolongan
daripadaNya, maka kita mestilah melengkapkan diri dengan sifat-sifat berikut:
1. Ikhlas.
Pejuang Islam mestilah ikhlas dengan mempunyai niat yang sebenar kerana Allah,
menuntut keredhaanNya dengan menegakkan agamaNya sehingga didaulatkan.
Abu Musa al Asy’ari menceritakan :
Seorang Arab Badwi datang menemui Rasulullah saw, dia berkata : Orang yang
berperang kerana mahukan harta rampasan, orang berperang kerana mahukan disebut
orang, berperang kerana riya’, maka siapakah yang dikira berperang pada jalan Allah?
Sabda Rasulullah: sesiapa yang berperang supaya ‘kalimatullah’ itu menjadi tinggi,
maka dialah yang berperang di jalan Allah.
Ini bermaksud perjuangan untuk menegakkan Islam menurut situasi dan keadaan
samada melalui pilihanraya sehinggalah berperang di negeri, tidak ada cara lain
daripada mestilah dengan niat yang ikhlas.
Firman Allah swt:
2. Istiqomah
Mestilah berterusan di atas prinsip perjuangan dan beramal dengan segala tuntutannya
dengan tidak berpaling dan cenderung kea rah yang lain, hanyut bersama arus, jauh
sekali daripada melompat dan menyeleweng daripada perjuangan. Allah berfirman
kepada Musa dan Harun yang menghadapi Firaun dalam menegakkan Islam di
zamannya:
Maksudnya: “ Maka kamu mestilah istiqomah dan janganlah kamu mengikut orang-
orang yang tidak tahu” (Yunus : 189)
Apabila Abu Suffian bin Abdullah berkata kepada Rasulullah saw: “katakanlah kepada
saya dengan kata-kata yang jelas sehingga saya tidak perlu lagi bertanya kepada orang
lain darimu. Sabda Rasulullah saw:” katakanlah aku beriman kepada Allah dan
kemudian beristiqomahlah”.
Dalam Hadis Nabi yang lain:
Maksudnya: “Tiga perkara yang tidak memberi manfaat olehnya bersama sebarang
amalan, iaitu menyengutukan Allah, menderhaka kepada kedua ibu bapa dan lari dari
medan perjuangan”
3. Taat
Ketaatan lahir dari sikap percaya-mempercayai di antara pemimpin dan pengikut,
apabila pemimpin mempunyai keikhlasan dan menyatakan pengorbanan yang sebenar
dan memberi perhatian kepada perjuangan dan pengikut-pengikutnya. Ketaatan itu
mestilah dalam semua keadaan, di masa senang dan susah, di masa lapang dan sempit
dalam perkara yang tidak maksiat. Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada
Rasul dan ulil Amri (pemimpin dikalangan kamu)” (An Nisa’ : 59)
4. Disiplin
Perkara yang ditakrifkan dengan disiplin ialah sebagaimana berikut:
a) Tatatertib dan kelakuan diri.
b) Peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik.
c) Kepatuhan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan.
d) Hukuman atau denda kerana melanggar peraturan.
Adapun disiplin di dalam jamaah telah ditetapkan di dalam perlembagaan secara tegas.
Mereka yang melanggar disiplin jamaah akan dikenakan hukuman melalui Unit Hisbah
yang dibuat untuk memantau disiplin ahli. Antara disiplin secara umum di dalam
jamaah adalah:
a) Taat kepada hokum-hukum dan ajaran Islam yang menjadi dasar jamaah.
b) Patuh kepada perlembagaan jamaah serta aturan dan peraturannya.
c) Taat kepada arahan dan perintah Jamaah.
d) Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh jamaah.
e) menjaga dengan cermat segala rahsia jamaah.
f) Beramal dengan akhlak Islam.
g) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau
merugikan jamaah.
6. Ukhwah (persaudaraan)
Ahli-ahli jamaah di semua peringkat laksana batu-bata yang berselerak dan perlu diikat
teguh dan kuat dengan hubungan yang erat di antara satu sama lain. Bagi
menunjukkan betapa perlunya persaudaraan ini, maka rasulullah saw menjadikan di
antara perkara pertama ketika hijrah ialah mempersaudarakan di kalangan Muhajirin
dan Ansar.
Antara kegiatan yang dpat menjalinkan hubungan persaudaraan adalah dengan adanya
usrah yang dapat mengeratkan persaudaraan kerana perkataan usrah sendiri
membawa maksud keluarga yang tujuan utamanya adalah untuk menyelesaikan
masalah secara kekeluargaan. Selain itu program-program secara amal jamaie seperti
gotong royong, kerja-kerja kebajikan, perhimpunan (liqo’ Fiqri) semuanya adalah
program berbentuk ukhwah yang dapat memandu ikatan ukhwah yang lebih erat.
Perkara berkaitan dengan ukhwah dapat dilihat dalam tajuk ke (4) yang akan
dibincangkan secara terperinci insyaallah.
7. Kerahsiaan
Perjuangan Islam ini dikepung oleh musuh-musuh yang ramai dari segenap penjuru,
mereka sentiasa mengintip segala kegiatan jamaah untuk menentangnya, oleh itu
setiap anggota jamaah perlu menjaga kerahsiaan (hazar), supaya rahsia-rahsia
dalaman dapat terus terpelihara dengan baik. Ia juga supaya dapat membantu
mengekalkan survival jamaah.
Ada perkara yang perlu diberitahu kepada semua masyarakat, iaitu yang berkaitan
dengan dakwah dan penerangan. Adapun perkara yang berkaitan dengan strategi dan
urusan dalaman, hanya ahli-ahli sahaja yang boleh tahu dan menjadi satu kesalahan
besar apabila ada anggota yang sengaja membocorkan rahsia jamaah. Ia ibarat seperti
mengkhianat yang kesannya akan membantutkan usaha dan strategi jamaah,
membayakan ahli-ahli yang lain, dan sebagainya.
(Perkara terperinci yang berkaitan dengan kerahsiaan akan diperbincangkan pada tajuk
yang ke ) , Minggu ke 5. Insyaallah.)
Akhlak yang baik dikalangan ahli jamaah adalah sentiasa menunaikan janji samaada
kepada kawan ataupun kepada musuh-musuh. Tidak menunaikan janji akan
mengakibatkan hilangnya thiqah (kepercayaan) orang lain kepada diri kita.
4. Berani dan bermaruah dan tidak penakut atau membuta tuli. Alangkah
bahanya ke atas jamaah jika terdapat pimpinan yang penakut dan bertindak membuta
tuli. Dasar keberanian ialah ketetapan hati dan kepercayaan terhadap Allah serta
kosong hati dari sifat wahan, iaitu kasihkan dunia dan takut mati. Keberanian yang
dituntut ialah berterus terang dalam menyatakan kebenaran, menyembunyikan rahsia,
mengakui kesalahan, dan berlapang dada.
5. Tawaddhu’ dan tidak meninggi diri ke atas orang lain. Kesombongan adalah
penyakit yang menyebabkan hati tertutup untuk didekati. Inilah penyakit yang paling
sukar diubati oleh pimpinan.
6. Menunaikan janji dan perjanjian. Akhlak ini adalah antara akhlaq yang paling
dituntut ke atas umat Islam secara umum dan bagi mereka yang bekerja dalam jamaah
secara khusus. Akhlaq ini akan mewujudkan suatu suasana kerja yang damai, penuh
dengan kepercayaan, ketenangan dan kerjasama. Menunaikan janji
adalah suatu tuntutan agama dan mengingkari janji akan memahatkannya sebagai
calon ‘munafik’.
7. Sabar. Pimpinan adalah golongan yang paling banyak dijui dengan kesabaran.
Pimpinan perlulah golongan yang paling banyak bersabar di dalam menghadapi kerenah
ahli-ahli dalaman serta ancaman luaran. Kerana kesabaran pimpinan akan menjadi
ukuran kepada anggota bawahan untuk terus cekal dan istiqomah dalam perjuangan.
8. Suci diri dan mulia. Antara cirri seorang pemimpin adalah orang yang mampu
mengawal diri dari mengikut tuntunan hawa nafsunya dan keseronokan dunia. Ia
perlulah mampu mengawal diri dari mengikut hawa nafsu dan menjadi contoh yang
baik untuk diikuti oleh orang bawahannya.
9. Adil dan saksama walaupun kepada diri sendiri. Pemimpin perlu bersikap adil
dan saksama. Adil beerti meletakkan sesuatu pada tempatnya, memberi hak kepada
mereka yang berhak menerimanya dan membuat keputusan dengan adil walaupun ia
akan merugikan dirinya sendiri.
AKHLAK DAN ADAB SEORANG JUNDI (PENGIKUT)
Di peringkat awal ada dibincangkan akhlak dan adab berjenaah secara umum, dan di
sini secara ringkas dibentangkan adab dan akhlak seorang pengikut.
SOALAN PERBINCANGAN
1. Bincangkan kaedah yang terbaik untuk memantau akhlak dan disiplin ahli di dalam
jamaah?
2. Senaraikan akhlak-akhlak dan adab hidup berjemaah selain dari apa yang telah
dinyatakan.
3. Bincangkan kriteria-kriteria akhlak atau adab yang perlu ada pada seorang pimpinan
dan pengikut.
Rujukan :
5. Model Kerajaan Islam (Y.B Dato’ Haji Haron Taib)
6. Pra Syarat Kemenangan Kita ( Ustaz Hj Nasruddin Hassan At Tantawi0
7. Manhaj Daurah Tadribiyyah
8. Jalan Da’wah : Antara Qiyadah dan Jundiyyah. Mustafa Masyhur. Dewan
Pustakan Fajar.Shah Alam: 2001