Anda di halaman 1dari 36

1

WARISAN FALAK SYEIKH ABDULLAH FAHIM

Warisan Falak (Astronomy Heritage) adalah berkaitan segala sumbangan Syeikh


Abdullah Fahim meliputi ilmu falakiah. Warisan memberikan pengertian terhadap
apa yang berhubungan dengan pusaka yang telah ditinggalkan dan diwarisi oleh
generasi selepasnya. Generasi berkenaan mungkin mewarisi harta benda ataupun
ilmu malah warisan itu mungkin menjadi hak milik negara dan rakyat sebagai
satu manfaat yang besar yang tiada tara nilainya. Umum menyedari bahawa jika
seseorang ulamak meninggal dunia, pasti ada sesuatu yang boleh dikenang
sebagai menghargai jasa-jasanya yang telah ditaburkan dan untuk apa ilmu atau
hartanya diwasiatkan. Amal jariah sebeginilah yang patut menjadi amalan setiap
umat Islam, maka warisan yang disebutkan di sini ialah berhubungan dengan
amal jariah yang dimanfaatkan oleh para muridnya dari segi ilmu pengetahuan
yang kemudiannya dikembangkan pula kepada generasi berikutnya manakala
segala warisan yang melibatkan harta benda pula, selagi ia boleh memberikan
bantuan yang amat diperlukan semasa sesuatu ilmu itu dipelajari ataupun tatkala
suatu rujukan untuk membina peralatan yang lain yang setara ataupun tidak,
maka tidak syak lagi bahawa penyebaran ilmu dan alat-alatan adalah saling
memerlukan sesamanya. Kertas kerja ini membincangkan secebis sedikit mengenai
pusaka Syeikh Abdullah Fahim yang telah ditinggalkan setelah sepanjang
hayatnya mendambakan diri untuk segala cabang ilmu Islami termasuk ilmu falak.

1.0 Pengenalan

Telah menjadi tradisi keilmuan zaman-berzaman bahawa segala pengajian adalah


bersusur-galur dari minat yang mendalam selain usaha yang berterusan dalam menuntut ilmu.
Segala apa saja ilmu yang dipelajari bertujuan untuk menghambakan diri kepada Allah Ta’ala
maka ilmu itu menjadi pedoman untuk setiap hambanya dalam menempuh hidupnya. Maka,
manusia sebagai khalifah di dunia yang bertujuan hidupnya demi bangsa, agama dan negara
tidak boleh tidak mesti berbuat sesuatu yang terbaik dan untuk menjadi antara yang terbaik
menuntut sejumlah pengorbanan yang bukan sedikit malahan banyak menghabiskan masa,
tenaga dan wang ringgit dalam usaha murni ke arah yang diredhai oleh Allah.

Oleh itu, apabila berbicara mengenai seorang pejuang agama yang dikenang-nilaikan dan
diabadikan namanya dalam sekian banyak media meliputi buku, majalah, risalah ataupun
monumen yang dibina meliputi sekolah dan taman perumahan maka tidak syak lagi bahawa
Syeikh Abdullah Fahim adalah orangnya yang disebut-sebut oleh segenap masyarakat yang
sentiasa menghargainya, menyayanginya dan menyanjunginya sebagai seorang tokoh
cendekiawan yang masih tiada gantinya sehingga kini. Walaupun sebutir permata yang pernah
menerangi hati nurani bangsanya telah tiada tetapi obor ilmunya sentiasa menyala yang
menjadi pendorong kepada anak watan meneruskan perjuangan yang telah diwariskan itu.
2

2.0 Mahaguru Falak

“Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”. Pepatah ini
memang tepat untuk seorang yang telah banyak jasanya apabila namanya sentiasa menjadi
sebutan tanpa dilupai walau selama mana zaman beredar. Bukannya satu perkara mudah
untuk mengingati nama seseorang yang telah meninggalkan dunia fana ini andai tidak ada
sesuatu peringatan yang bersesuaian yang dalam hal ini namanya menjadi petunjuk untuk
sebarang usaha kebaikan dalam mendidik generasi hari ini menghormati guru yang mursyid.

Tuan Guru Haji Abdullah bin Ibrahim (Abdullah Fahim) dilahirkan di Kampung Sha’ab Ali,
Makkatul Mukarramah pada tahun 1286 Hijrah bersamaan 1869 Masehi. Bapanya Syeikh
Ibrahim bin Tahir berasal dari Kubur Panjang, Kedah dan merantau ke Makkah menjadi guru
Al Quran di Masjidil Haram. Datuknya, Haji Tahir berasal dari Pattani. Salasilah keturunan
beliau dinyatakan dalam Rajah 2. Syeikh Abdullah Fahim dibesarkan di Makkah dalam
suasana ilmu keagamaan dan berdampingan dengan ramai ulamak. Beliau telah berguru
kepada kira-kira 42 orang ulamak di Makkah dan di Madinah 1. Di antara guru-gurunya
adalah seperti berikut:-
1. Syeikh Muhammad Sai’d Babsail (Mufti Mazhab Syafi’i)
2. Syeikh Muhammad Sulaiman Hasbullah Al Makki
3. Syed Abu Bakri Syatha (penyusun kitab I’anah At Talibin)

Manakala ulamak dari Tanah Melayu yang menjadi gurunya ialah:-


1. Syeikh Muhammad bin Ismail Daud Al Fathani (penyusun kitab Mathla Al Badrain)
2. Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan Al Kelantani (penyusun kitab Al Mauhub
dan Lum’ah Al Aurad)
3. Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain Al Fathani (pengasas perkaderan ulama
dunia Melayu di Makkah)

Semasa menuntut ilmu di Makkah, Syeikh Abdullah Fahim bersahabat dengan ramai tokoh
ulamak besar yang berasal dari Tanah Melayu, di antaranya ialah:-
1. Tuan Guru Haji Umar Sungai Keladi, Kelantan (1284 H / 1867 M)
2. Kiyai Haji Hasyim Asy’ari, Jawa Timur (1287 H / 1871 M)
3. Tuan Guru Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad @ Tok Kenali (1287 H / 1871 M)
manakala merujuk kepada nama-nama guru utama beliau yang dikemukakan dalam “Ijazah
Bersanad” yang dikeluarkan kepada murid-muridnya pula, adalah didapati seperti berikut:-
4. Sayyid Muhammad Amin Ridhwan
5. Syeikh Umar Bajunid
6. Syeikh Muhammad Mukhtar Al Jawi (Ahli Falak Makkah)
7. Syeikh As’aad
8. Syeikh Abdul Karim Daghastani
9. Syeikh Abdul Rahman Ad Dahhan

Boleh dikatakan hampir semua guru yang mengajar di Masjidil Haram diikuti pengajiannya
oleh beliau, maka ijazah bersanad lazimnya adalah dikeluarkan menurut guru-guru tersebut.
Justeru, beliau meletakkan dirinya sebagai ‘penuntut kepada ulamak Dua Tanah Suci’.
1
Majalah Pengasuh, Bil. 428 th. 1977, hal. 26
3

Rajah 1: Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah Fahim.

Walau bagaimanapun, kita tidak mempunyai maklumat yang lengkap mengenai mahaguru
ilmu falaknya di Makkah iaitu Syeikh Muhammad Mukhtar Al Jawi yang pernah
mengajarnya berkenaan perhitungan ilmu falak seperti menentukan arah qiblat (miqat), waktu
solat dan anak bulan (hilal). Maka, penyelidikan seterusnya sangatlah diperlukan untuk
menjejaki semula ahli falak Makkah ini agar kita akan mendapat gambaran sebenar
bagaimana ilmu falak telah diperturunkan kepada Syeikh Abdullah Fahim, itupun jika ahli
falak Makkah berkenaan mempunyai buku-buku yang ditulis yang menjadi bahan pengajaran
kepada para muridnya memandangkan Syeikh Abdullah Fahim tidak sempat menyiapkan
sebarang buku mengenai ilmu falak walaupun beliau ada membuat satu taqwim jadual waktu
solat yang berfungsi secara langsung sebagai panduan khusus khasnya untuk para pelajarnya.

Berdasarkan peralatan rubu’ mujayyab yang ditemui disimpan di Sekolah Menengah Agama
Daeratul Ma’arif Wataniah (baru), dapatlah kita memahami bahawa ilmu falak yang pernah
dipelajarinya di Makkah adalah sama saja dengan apa yang dipelajari oleh Syeikh Tahir
Jalaluddin di Mesir dan juga ulamak-ulamak falak Tanahair yang lain. Hal ini adalah
disebabkan fungsi rubu’ mujayyab adalah meluas digunakan bagi menghitung kedudukan
matahari untuk menentukan waktu solat sepanjang tahun selain fungsi matematik logaritma
yang mengetengahkan sinus (jayyib) dan tangen (zhill) yang diasaskan oleh Al Khawarizmi.
3.0 Salasilah Syeikh Abdullah Fahim
4

Merujuk kepada maklumat yang diberikan oleh Dato’ Haji Mohamad Subky (2004),
salasilah keturunan Syeikh Abdullah Fahim adalah berasal dari keturunan Arab Maghribi
ataupun setengah pihak mengatakan dari Yaman yang bernama Abdul Kadir, yang berhijrah
ke Pattani, Thailand lalu berkahwin dan mendapat seorang anak lelaki bernama Muhammad.
Apabila dewasa, Muhammad dilantik menjadi imam di Masjid Kampung Setul, Pattani. Hasil
perkahwinan Muhammad ini dikurniakan seorang anak bernama Alang Kecik @ Kecil.

Alang Kecil seterusnya berkahwin dengan Hajjah Fatimah dan mendapat empat orang putera
dan puteri iaitu Hajjah Saiyah, Haji Mohd. Saman, Hajjah Zainab (bersuamikan Ibrahim) dan
Hajjah Hamidah yang bersuamikan Haji Soleh. Maka dari nasab Hajjah Hamidah inilah
bermulanya asal-usul Haji Abdullah bin Haji Ibrahim @ Pak Him @ Fahim.

Hajjah Hamidah mendapat tiga orang anak bernama Hajjah Khatijah (bersuamikan Haji
Ibrahim @ Pak Him), Hajjah Aminah (bersuamikan Haji Mohd. Taib) dan Haji Mohd. Yatim
(beristerikan Saiyah). Menerusi Hajjah Khatijah terdapat empat orang anak yang bernama
Haji Tahir, Haji Abdullah, Hajjah Kalsom dan Asma. Zuriat Hajjah Khatijah yang bernama
Abdullah inilah yang dilahirkan dan dibesarkan di Makkah yang nantinya akan menjadi
seorang ulamak tersohor dan disebut-sebut orang.

Tidak diketahui tarikh lahir selengkapnya kerana apa yang dicatatkan hanyalah tahun
kelahirannya sahaja iaitu tahun 1286 H / 1869 M. Abdullah bin Ibrahim atau Abdullah Pak
Him telah berkahwin dengan Hajjah Wan Habsah binti Haji Abdullah dan dikurniakan empat
orang anak iaitu Khadijah, Ghazali, Ahmad dan Abdul Hamid. Cuma Ahmad yang lebih
terkenal di kalangan saudaranya malahan digelar sebagai Ahmad Badawi kerana beliau suka
berkawan dengan orang-orang Arab Badawi di Makkah. Hasil perkahwinan Ahmad Badawi
dengan Kailan binti Haji Hassan lahirnya Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi,
Perdana Menteri Malaysia sekarang (Rajah 2).

Sebenarnya, Syeikh Abdullah Fahim mempunyai dua orang isteri. Isteri pertama
dikahwininya di Makkah manakala isteri keduanya bernama Hajjah Sareah @ Shari’ah binti
Haji Hassan yang dikahwininya setelah pulang ke Persekutuan Tanah Melayu. Oleh kerana
isteri pertamanya meninggal dunia pada tahun 1915/1916 M tahun, maka beliau berkahwin
semula pada tahun 1921 M sewaktu berumur 52 tahun. Asalnya Hajjah Sareah merupakan
seorang janda (berketurunan Cina Kwang Tung) yang bersuamikan Abdul Muthalib bin Haji
Arshad (meninggal dunia di Makkah).

Kita berbangga kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang berkaliber sebagai seorang
pemimpin negara yang mencontohi semangat datuknya (Haji Abdullah Fahim) dalam
memimpin sekian ramai masyarakat berlainan bangsa dan agama. Rajah 3 menunjukkan
Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sedang dipangku di ribaan datuknya ketika berumur
satu tahun (lahir pada 26 November 1939 di Jalan Relau, Bayan Lepas, Pulau Pinang).
5

Rajah
2:
Salasil
ah
Syeikh
Abdull
ah
Fahim
(petak
merah
)
diikuti
Ahma
d
Badaw
i
(petak
kuning
) dan
Abdull
ah
(petak
hijau).
Satu
jurai
keturu
nan
ulama
k
terkem
uka.
6

Rajah 3:
Gambar
pada tahun
1940 yang
dirakamkan
di pintu
hadapan
bangunan
utama
Madrasah
Idrisiah –
Perdana
Menteri
Malaysia,
Datuk Seri
Abdullah
Ahmad
Badawi
duduk di
pangkuan
datuknya,
Syeikh
Abdullah
Fahim
(tengah)
sewaktu
datuknya
menjadi
Mudir
Madrasah
Idrisiah,
Bukit
Chandan,
Kuala
Kangsar,
Perak.

4.0 Warisan Falak: Satu Pengertian


7

Dalam pembahagian harta pusaka (faraidh), seseorang waris adalah tertakluk kepada
hukum syari’at Islam iaitu pewaris seharusnya dikehendaki membahagikan harta pusakanya
secara adil dan sama rata di kalangan keluarganya sebelum meninggal dunia dengan
menyampaikan wasiat agar tidak berlaku perebutan. Ini melibatkan soal harta, lain pula
halnya dengan ilmu pengetahuan. Pepatah ada mengatakan “Harta benda tidak dapat
menjaga seseorang tetapi ilmu pengetahuan berupaya memelihara dirinya”. Memang
bertepatan dengan pusaka ilmu yang diperturunkan oleh Syeikh Abdullah Fahim apabila
beliau sebagai seorang yang wara’ dan tawadhu’ sentiasa memahami bahawa ilmu adalah jauh
lebih penting dari harta benda. Tidak hairanlah apabila beliau berjuang kerana ilmu yang
diperolehinya dari Allah Ta’ala sepanjang menuntut ilmu. Harta merupakan sampingan sahaja
di sepanjang perjuangannya demi satu kemudahan dalam mengembangkan ilmu.

Apakah warisan yang diwariskan oleh Syeikh Abdullah Fahim kepada generasi kini? Tidak
lain adalah Pondok Padang atau lebih dikenali dengan nama Madrasah Daeratul Ma’arif Al
Wataniah yang diasaskannya pada tahun 1926 M. Madrasah ini bermaksud “Daerah Para
Bijaksana Tempatan”. Madrasah ini diasaskan sebelum beliau menerima jemputan dari Sultan
Iskandar Shah (Raja Bendahara Alang Iskandar), Sultan Perak ke-27 untuk mengajar serta
menjadi mudir di Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan
dan juga sebagai ‘Imam Si Raja Dalam’ di Istana Hulu. Syeikh Abdullah Fahim
menggantikan Syeikh Abdullah Al Maghribi yang berhijrah ke Pulau Pinang untuk
menubuhkan Madrasah Al Huda 2. Beliau menjadi mudir yang ke-3 dengan dibantu oleh
murid-muridnya yang terkemuka iaitu Ustaz Abdul Halim Al Hadi dan Ustaz Abu Bakar Al
Baqir (Pengasas Ma’ahad Ihya’ Asy Syarif, Gunung Semanggol).

Tuan Guru Haji Abdullah Fahim berkhidmat selama 16 tahun di Madrasah Idrisiah iaitu dari
tahun 1932 hingga 1947. Berkat ilmu yang dicurahkan, beliau telah berjaya melahirkan ramai
tokoh besar Perak iaitu:-
1. Tuan Haji Asa’aya (bekas Mufti Perak)
2. Tuan Haji Abdul Kahar (bekas Kadi Teluk Intan)
3. Tuan Haji Hassan (Mudir Sekolah Agama Titi Serong)
4. Datuk Haji Abu Hasan As Asya’ri (bekas Mufti Perak merangkap Mudir ke-5
Madrasah Idrisiah)
5. Orang Kaya-kaya Imam Paduka Tuan Perak Datuk Haji Malek bin Haji Nordin (bekas
Mufti Perak)

Perlu dinyatakan di sini bahawa anak lelaki kepada Datuk Haji Abu Hasan As Asya’ri masih
bertugas sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia dan telah diwariskan oleh seorang
ahli falak terkemuka Malaysia, Syeikh Tahir Jalaluddin (sahabat baik Syeikh Abdullah
Fahim) sebuah kompas yang masih dijaga dengan baik hingga kini. Begitu juga dengan
Syeikh Abdullah Fahim yang telah mewariskan sebuah rubu’ mujayyab kepada pihak Sekolah
Daeratul Ma’arif Al Wathaniah bahkan bapa saudara penulis, Ustaz Shuib bin Haji Mat Darus
selaku anak murid Syeikh Abdullah Fahim juga diwariskan sebuah rubu’ mujayyab tetapi
telah didapati hilang dari simpanan pada akhir tahun 1980-an dahulu.

2
“Peranan Ulama’ Dalam Perubahan Sosial”, Seminar Tokoh Ulama’ Ke-2 USM, 2-3 Mac 1991,
halaman 6.
8

Rajah 4: Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan (buku cenderamata Jubli Emas September 1972).

Sepertimana yang dimaklumi bahawa Syeikh Abdullah Fahim tidak sempat meninggalkan
karyanya dengan mengarang buku. Ini disebabkan tumpuan dan kesibukan beliau lebih
kepada penyebaran dan pengajaran sehingga tidak sempat mengarang. Satu petikan yang
penuh makna adalah berbunyi: “Tuan Guru Haji Abdullah Fahim bukan mencetak buku tetapi
mencetak manusia yang mampu membaca dan menulis buku. Beliau tidak mencetak buku
untuk ditatapi oleh masyarakat tetapi mencetak manusia-manusia yang boleh menjadi
pedoman dan ikutan masyarakat.” (Shuib, 1991).

Kita seharusnya bertanya bahawa jika Syeikh Abdullah Fahim menghasilkan sekian banyak
guru-guru agama fardhu ’ain, di manakah pula guru-guru agama yang mempunyai kebolehan
mengajar ilmu falak sebagai fardhu kifayah? Sebenarnya hanya segelintir sahaja yang benar-
benar menguasai ilmu falakiah yang diajarkan oleh Syeikh Abdullah Fahim kepada mana-
mana muridnya yang benar-benar berminat berikutan pelajaran ilmu falak adalah satu
pelajaran yang sukar dan melibatkan banyak pengiraan.

Penulis ingin memperkenalkan seorang tokoh agama yang menetap di Kampung Raia,
Simpang Pulai, Ipoh, Perak bernama Ustaz Haji Mokhtar bin Mat Zaman (Rajah 8) yang
pernah berguru dengan Syeikh Abdullah Fahim dalam bidang ilmu falak sebagai satu ilmu
fardhu kifayah selain dari ilmu-ilmu fardhu ’ain yang lain. Beliau telah menceritakan sedikit
sebanyak bagaimana kaedah falak yang dipelajarinya dari Syeikh Abdullah Fahim seperti
penentuan arah qiblat dan waktu solat dengan jam matahari. Beliau telah menyampaikan satu
jadual waktu solat kepunyaan datuknya, Haji Arsyad bin Mohd. Yusof kepada pihak Jabatan
Mufti Perak untuk dibaik-pulih dan diberi satu sentuhan semula (re-touching) agar jadual
waktu solat ini boleh ditafsirkan menurut pemahaman sesiapa jua yang beminat.
9

4.1 Warisan Pertama: Jadual Taqwim Waktu Sembahyang

Jadual waktu sembahyang bertulis tangan ini telah disampaikan oleh Syeikh Abdullah
Fahim kepada Haji Arshad bin Mohd. Yusof sewaktu beliau berkunjung ke Simpang Pulai,
Ipoh semasa merasmikan Surau Kampung Sungai Raia di sini. Hanya inilah sahaja warisan
falak yang sangat berharga yang masih dijaga dengan baik setelah dipusakai oleh Ustaz
Mokhtar dari datuknya. Jadual yang sama seperti ini telahpun hilang dari simpanan pihak
jawatankuasa khariah Masjid Al Jami’ul Badawi di Kepala Batas, Seberang Perai Utara,
Pulau Pinang sewaktu kerja-kerja mengubahsuai dinding masjid pada tahun 1990-an dahulu.

Penulis sangat bersyukur dan berterima kasih di atas jasa baik En. Mohd. Faizal bin Jani, En.
Rodzi, En. Zainuddin bin Mohamad dan semua pihak dari Jabatan Mufti Negeri Perak Darul
Ridzuan yang telah berusaha dengan keizinan dan kesenangan hati Ustaz Mokhtar sendiri
untuk membuat satu salinan yang serupa dengan yang asal bahkan lebih cantik lagi (Rajah 6)
memandangkan jadual asal telahpun pudar warnanya menyebabkan sedikit kesukaran untuk
membaca butiran yang dicatatkan oleh Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim suatu masa
dahulu. Kini warisan falak dalam bentuk jadual ini telah diberikan ‘nafas semula yang segar’.

Rajah 5: Kepala taqwim jadual waktu solat ditulis: “Dihimpunkan angka tahun dengan
angka barangmana bulan dibilangkan dari Ahad itulah sehari bulan. Dibahagikan tarikh atas
30 jika yang baki seperti angka yang sebelah maka tahun Kabisah Dzul Hijjah 30. Ini jadual
dikira-kirakan dengan jam keretapi sekarang telah mehatar(memilih)kandia Al Faqir Ilallah
Abdullah Fahim. Al Kibanas 2-5-7-10-13-15-18-21-24-26-29.”
1

Rajah 6: Taqwim jadual waktu solat versi pertama yang boleh digunakan sepanjang tahun.
1

Rajah 8: Tuan Haji Mokhtar bin Mat Zaman, salah seorang murid Abdullah Fahim yang
mewarisi ilmu dan kemahiran dalam bidang falakiah.

Rajah 9: Catatan pada para atas kanan buku pelawat bertarikh 1.4.48 yang menyebut
mengenai kemasukan Syeikh Haji Zubair bin Haji Ahmad (catatan beliau sendiri) selaku
mudir ke-4 ke Madrasah Idrisiah bagi menggantikan Syeikh Abdullah Fahim yang telah
kembali ke Kepala Batas, Pulau Pinang. (Dengan ihsan En. Abdul Rahman Najib bin Haji
Mohd. Noor, Penolong Kanan I, Madrasah Idrisiah).

Menurut Ustaz Mokhtar, jadual waktu sembahyang berkenaan bukan setakat boleh digunakan
sepanjang tahun bahkan boleh digunakan “terus-menerus hingga kiamat”. Pernyataan ini
memang ada benarnya apabila kita mengetahui bahawa hukum alam tidak berubah sehingga
1

akhir zaman, ini dikenali sebagai sunnatullah. Apabila alam menurut sunnatullah, maka
kedudukan waktu-waktu solat tidak akan berubah dengan mudah dan dengan ini
membolehkan kita menggunakan jadual berkenaan dengan keyakinan yang tinggi.

Menurut kajian dan pada hemat penulis, kemungkinan besar Syeikh Abdullah Fahim telah
menyusun jadual ini di Kuala Kangsar sewaktu beliau sedang berkhidmat sebagai mudir di
Bukit Chandan. Ini dapat dilihat pada pola-pola bulatan (sebelah kanan jadual) yang ditulis
pada tahun 1353 hingga 1368 H / 1934 hingga 1948 M. Seakan-akan jadual ini disusun untuk
menunjukkan bahawa tempoh jawatan beliau akan berakhir pada tahun 1948 setelah beliau
dijemput ke Kuala Kangsar mulai tahun 1932.

Ternyata benar bahawa mulai tarikh 1 April 1948, Syeikh Haji Zubair bin Haji Ahmad telah
masuk menggantikan Syeikh Abdullah Fahim. Tampak Syeikh Abdullah Fahim berupaya
meramalkan kejadian beliau dan Syeikh Tahir Jalaluddin Al Minangkabauwi akan diusir
keluar dari Bukit Chandan akibat fitnah Residen Inggeris yang menghasut Sultan Iskandar
konon-kononnya baginda akan digulingkan padahal para ulamak yang berhimpun di Istana
Hulu adalah untuk membincangkan draf “Undang-undang 99” Perak yang bertunjangkan
hukum syari’ah Islam.

En. Abdul Rahman Najib bin Haji Mohd. Noor, Penolong Kanan I, Madrasah Idrisiah menulis
dalam ‘Bicara Redaksi Jurnal Khas Madrasah Idrisiah 2000’ dengan satu catatan yang
sungguh menarik: “Budaya merekod atau mencatat seperti yang dilakukan di zaman Syeikh
Abdullah Fahim dan Syeikh Zubir adalah contoh yang terdekat. Betapa senangnya hati
pengkaji sejarah apabila melihat minit mesyuarat, catatan dan rekod kemasukan murid sejak
dari tahun 1947 – 1970-an masih tersimpan kemas di sekolah ini. Alangkah bahagianya
musafir lalu, bernaung di bawah pepohon yang rendang lagi teduh!”.

Ini menunjukkan bahawa walaupun Syeikh Abdullah Fahim tidak mengarang buku sebagai
satu karya akan tetapi beliau mempunyai kaedah tersendiri dalam membuat catatan. Catatan
yang dibuktikan adalah terdapat dalam buku pelawat Madrasah Idrisiah dan juga dalam jadual
taqwim waktu solat. Segala perkara dan butiran yang dicatatkan dengan tulisan tangan Syeikh
Abdullah Fahim dalam jadual taqwim waktu solat berkenaan bermula dari kanan ke kiri
ialah:-
1. Bulan Afranji (tahun Siam) yang menyamai tahun Masehi (solar year).
2. Bilangan hari Afranji mengikut jumlah hari masehi.
3. Bulan Piama bendang iaitu bulan Asa, bulan Dua, bulan Tiga, bulan Empat, bulan
Lima, bulan Enam, bulan Tujuh, bulan Lapan, bulan Sembilan, bulan Sepuluh, bulan
Sebelas dan bulan Dua Belas.
4. Waktu solat yang dimulai dari waktu maghrib, isyak, imsak, subuh, naik matahari
(syuruq), dhuha (dan waktu solat raya), zohor dan asar. Semuanya dinyatakan dalam
jam dan minit.
5. Pihak dan musim iaitu musim kering, deklinasi matahari kembali pihak selatan, musim
panas, deklinasi matahari pergi ke pihak utara, musim lembah, deklinasi matahari
kembali pihak utara, musim dingin dan deklinasi matahari pergi pihak selatan.
1

6. Buruj-buruj matahari atau 12 buruj zodiak: Jadiy (Capricornus), Daluw (Aquarius),


Hut (Pisces), Hamal (Aries), Tsur (Taurus), Jauzak (Gemini), Sarathan (Cancer), Asad
(Leo), Sumbulah (Virgo), Mizan (Libra), ’Aqrab (Scorpius) dan Qawus (Sagittarius).

Sedikit catatan nota kaki dalam jadual taqwim ini menyebut: “Dengan sebab ditambah jam
keretapi 20 minit, terpaksalah diubahkan jadual yang dahulu maka inilah dicapkan pula.”
Perihal jam keretapi (Rajah 10) penulis memetik kata-kata Tuan Haji Hassim Salleh, mudir
Sekolah Agama Daeratul Ma’arif (DMW) bahawa taqwim sembahyang yang dicipta oleh
Syeikh Abdullah Fahim yang berdasarkan jam keretapi mungkin menyebabkan timbulnya
peribahasa “jangan ketinggalan keretapi” tapi peribahasa ini sudah tidak dipakai lagi pada
masa ini kerana tidak sesuai dengan peredaran masa 3.

Rajah 10: Jam keretapi era Federated Malay State Railway (FMSR) atau ‘Perkhidmatan
Keretapi Negeri Melayu Bersekutu’ keluaran Kay & Company, Worcester, England yang
digunakan mulai tahun 1901 hingga 1942 sebelum penubuhan Keretapi Tanah Melayu (KTM)
pada tahun 1946. Silangkan pandangan mata kiri dengan imej kanan dan mata kanan dengan
imej kiri untuk mendapatkan pandangan 3-dimensi (3D).
Hakikatnya ialah pada masa lalu, waktu yang paling tepat adalah dirujukkan kepada jam
keretapi yang sesuai untuk semua daerah. Oleh itu waktu sembahyang dapat diselaraskan di
semua tempat berdasarkan jam keretapi tersebut. Walau bagaimanapun, waktu sebenar bagi

3
“Sheikh Abdullah Fahim”, Fakulti Pengajian Kognitif dan Pendidikan Kenegaraan Malaysia, Universiti
Utara Malaysia, 6 Februari 2005, halaman 17.
1

seluruh Malaysia adalah ditetapkan oleh jam yang terdapat di Bangunan Sultan Abdul Samad,
Kuala Lumpur. Tiada bezanya jam keretapi dengan jam di bangunan ini kerana kedua-duanya
adalah diselaraskan.

Penulis telah membuat satu jadual taqwim waktu sembahyang untuk Kuala Kangsar bagi
sepanjang tahun 1934 sepertimana yang disisipkan dalam Lampiran “Taqwim Waktu Solat,
Bulan Piama dan Buruj Bintang Untuk Tahun 1934 M / 1353 H.” Perbandingan yang dibuat
dengan jadual taqwim dalam Rajah 6 mendapati tiada perbezaan yang ketara bagi waktu-
waktu solat yang lima kecuali imsak dan asar. Baris teratas adalah waktu solat yang tertera
dalam jadual berkenaan manakala baris bawah adalah yang dihitung dengan perisian khas:–

Jadual 1: Perbandingan Taqwim Waktu Solat Syeikh Abdullah Fahim.

Tarikh Afranji Hari Maghrib Isyak Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar
1 Jan. 1934 Isnin 18:40 19:54 5:04 5:35 6:51 12:45 16:05
1 Jan. 1934 Isnin 18:44 20:00 5:19 5:29 6:55 12:53 16:14

Terdapat sedikit kekeliruan berhubungan “Dengan sebab ditambah jam keretapi 20 minit,
terpaksalah diubahkan jadual yang dahulu maka inilah dicapkan pula.” Maka penulis agak
keliru sama ada jadual taqwim Syeikh Abdullah Fahim telah ditambah 20 minit (?) sedangkan
apa yang penulis hitungkan kembali tampak tiada masalah penambahan minit walaupun
penulis pada dasarnya telah mensetkan Waktu Piawai Malaysia sebanyak 7.5 jam dari
Greenwich di London. Pada hari ini, penyamaan waktu Semenanjung Malaysia telah
diseragamkan sebanyak 8 jam dengan Sabah dan Sarawak bermula 31 Disember 1981 oleh
Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamed.

Namun, penulis telah meneliti sejarah waktu tempatan (local time) yang mengalami
perubahan sebanyak lima kali semenjak tahun 1932. Pada 31 Disember 1932, perubahan
waktu telah dibuat ke atas waktu tempatan oleh Kerajaan British dengan menambahkan masa
lebihan bagi mempercepatkan waktu siang selama 20 minit dalam ertikata memanjangkan
waktu di siang hari (Daylight Saving Time atau DST). Tambahan 10 minit lagi pada 1
September 1941 menjadikan lebihan selama setengah jam pada Jam Besar Bangunan Sultan
Abdul Samad dalam tempoh sembilan tahun!

Namun begitu tentera Jepun telah ‘memporak-porandakan’ waktu Malaysia tatkala


memerintah Tanah Melayu dalam tahun 1942 dengan menukar ke waktu Tokyo yang dua jam
lebih awal dengan alasan “Terbit Matahari” bagi negara Jepun selaku ‘Negara Matahari
Terbit’. Cubalah bayangkan bagaimana kelam-kabut dibuatnya apabila jam 6 pagi waktu
Malaysia telah menjadi jam 8 pagi! Keadaan ini kekal hingga Jepun menyerah kalah pada
tanggal 6 Ogos 1945. Mulai kemasukan kembali British, Waktu Persekutuan Tanah Melayu
digunakan semula sepertimana yang dipakai pada 1 September 1941.

Ini bermakna bahawa penambahan 20 minit dalam jadual taqwim Syeikh Abdullah Fahim
adalah disebabkan penyelarasan DST bagi jam di Bangunan Sultan Abdul Samad dan jam
Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang hanya berlaku di Britain semasa musim dingin iaitu
malam 17 jam dan siang 7 jam (ini tidakpun berlaku di Malaysia yang mengalami siang dan
malam 12 jam). Faham di sini bahawa perhitungan asal waktu sembahyang tetap sama saja.
1

Deklinasi matahari sedang berada di selatan dari 1 Januari hingga 21 Mac 1934, inilah yang
disebutkan dalam catatan sebagai “kembali pihak selatan”. Dari 22 Mac hingga 23 Jun 1934
digelar “pergi pihak utara” iaitu bermaksud deklinasi matahari sedang meningkat dari titik
garisan khatulistiwa ke titik garisan Sarathan (Cancer). Dari 24 Jun hingga 23 September
1934 sebagai “kembali pihak utara” bilamana deklinasi matahari mula bergerak turun kembali
menuju khatulistiwa dalam zon hemisfera utara dan dari 24 September hingga 22 Disember
1934 sebagai “pergi pihak selatan” yang bermaksud deklinasi matahari sedang menuju ke
hemisfera selatan iaitu dari garisan khatulistiwa ke garisan Jadiy (Capricornus).

Selain perhitungan deklinasi matahari, penulis juga telah menghitung kedudukan buruj dalam
kolum bertanda Buruj 1, Buruj 2 dan Buruj 3 selain musim Piama 1 dan Piama 2. Buruj 1
adalah kedudukan buruj yang dipaparkan dalam jadual Syeikh Abdullah Fahim. Kedudukan
setiap satu buruj adalah bersaling-kait dengan kedudukan tarikh awal dan akhir bagi Bulan
Piama 1 yang turut dihitung oleh Syeikh Abdullah Fahim. Buruj 2 adalah relevan dengan
bulan Piama 2 yang disusun sendiri oleh penulis merujuk kepada kedudukan deklinasi
matahari di atas garisan lintang (latitud) Kuala Kangsar iaitu 4° 46’ Utara.

Lazimnya, penentuan 15 hari ‘Bulan Lima’ Piama dan 15 hari ‘Bulan Sepuluh’ Piama adalah
pada waktu rembang kerana pada dua tarikh ini matahari akan berada tegak di atas kepala dan
‘tidak ada bayang’ bagi sebarang objek atau dalam istilah rakyat di negeri-negeri utara iaitu
“bayang meresap ke dalam badan”.

Jadual 2: Maklumat transit matahari di Kuala Kangsar.

Latitud Deklinasi Tarikh Tarikh Transit


Kuala Kangsar Matahari Gregorian (MG) Bulan Piama Matahari
4° 46’ 00” U 0° 49’ 20” S 19 Mac 1934 1 Bulan 5 1:24:26 pm
4° 46’ 00” U 4° 39’ 47” U 2 April 1934 15 Bulan 5 1:20:10 pm
4° 46’ 00” U 9° 58’ 04” U 28 Ogos 1934 1 Bulan 10 1:17:43 pm
4° 46’ 00” U 4° 49’ 46” U 11 September 1934 15 Bulan 10 1:13:12 pm

Berdasarkan pengiraan falak, 15 haribulan 5 Piama berlaku pada 2 April 1934 manakala 15
haribulan 10 Piama berlaku pada 11 September 1934 di Kuala Kangsar, Perak. Ketika ini
matahari benar-benar tepat di atas garisan lintang utara Kuala Kangsar dan ini bermakna
bahawa ‘Kalendar Bulan Piama’ memang terbukti diasaskan dari kedudukan ‘istiwa adzam’
atau transit matahari.

Pada dua hari yang dinyatakan dalam Jadual 2 adalah didapati bahawa bayang-bayang
rembang akan hilang sejenak sebelum waktu zohor bahkan dengan penetapan tarikh 15
haribulan piama ini, tabulasi hari-hari bagi setiap bulan piama boleh dikira untuk sepanjang
tahun dan boleh disusun semula kalendar bulan piama itu. Penyusunan ini sesungguhnya
sangat mudah dilakukan dengan hanya meneliti kedudukan tarikh-tarikh yang lebih kurang
sama dalam bintang dua belas zodiak (lihat kolum Buruj 2).
1

Tegasnya, setiap kedudukan deklinasi matahari pada sesuatu tempat adalah bermakna tarikh
bulan piama adalah pada 15 haribulan 5 Piama dan juga pada 15 haribulan 10 Piama. Namun,
adalah menghairankan apabila penulis mendapati bulan Piama yang ditentukan oleh Syeikh
Abdullah Fahim berlainan sama sekali dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh Syeikhul
Islam Kedah, Haji Wan Sulaiman bin Wan Siddiq (Nor Azam, 2004).

Wan Sulaiman ada menyebut dalam pekeliling berkenaan bahawa “Dari 22 Mac hingga 21
April berbetulan dengan bulan Hamal (Aries) iaitu bulan Lima piama bendang, pada 15
haribulan ini halang bayang waktu rembang yakni jika berdiri seseorang di tengah panas
tiada bayang baginya.” dan “Dari 24 Ogos hingga 23 September, berbetulan dengan bulan
Sunbulah (Virgo) iaitu bulan Sepuluh piama bendang, pada 15 haribulan ini hilang bayang-
bayang rembang di negeri Kedah, yakni tiada bayang pada waktu rembang.”

Oleh yang demikian, penulis berasa sangat hairan kenapakah menurut hisab oleh Syeikh
Abdullah Fahim, tarikh 15 haribulan 5 Piama berlaku pada 21 April 1934 iaitu di garisan
lintang 11° 37’ 02” Utara, sebuah tempat yang berada sejauh 195 kilometer arah selatan dari
Chon Buri, Thailand (?). Manakala tarikh 15 haribulan 10 Piama pula berlaku pada 29 Ogos
1934 iaitu deklinasi matahari sedang berada tepat di 9° 37’ 16” Utara iaitu di 170 kilometer
Timur Laut Nakhon Si Thammarat, Thailand (?).

Jadual 3: Kedudukan buruj di zaman silam (kiri) dan di masa kini (kanan).

TARIKH A BURUJ TARIKH B


21/03/385 – 15/04/385 SM Aries (Hamal) 19/04/1934 – 13/05/1934
16/04/385 – 23/05/385 SM Taurus (Saur) 14/05/1934 – 21/06/1934
24/05/385 – 22/06/385 SM Gemini (Jauzak) 22/06/1934 – 20/07/1934
23/06/385 – 13/07/385 SM Cancer (Sarathan) 21/07/1934 – 10/08/1934
14/07/385 – 19/08/385 SM Leo (Asad) 11/08/1934 – 16/09/1934
20/08/385 – 02/10/385 SM Virgo (Sumbulah) 17/09/1934 – 30/10/1934
03/10/385 – 23/10/385 SM Libra (Mizan) 31/10/1934 – 22/11/1934
24/10/385 – 31/10/385 SM Scorpius ('Aqrab) 23/11/1934 – 29/11/1934
01/11/385 – 18/11/385 SM Ophiuchus (Al Hawa') 30/11/1934 – 17/12/1934
19/11/385 – 21/12/385 SM Sagittarius (Qawus) 18/12/1934 – 19/01/1935
22/12/385 – 17/01/384 SM Capricornus (Jadiy) 20/01/1935 – 15/02/1935
18/01/384 – 11/02/384 SM Aquarius (Daluw) 16/02/1935 – 11/03/1935
12/02/384 – 20/03/384 SM Pisces (Hut) 12/03/1935 – 18/04/1935

Nampaknya taqwim Piama yang diangkat (adopted) dari kalendar Afranji (Siam) “benar-
benar” telah digunakan oleh Syeikh Abdullah Fahim. Penulis beranggapan mungkin Syeikh
Abdullah Fahim agak terkeliru dengan taqwim Afranji ini, tidak sepertimana Haji Wan
Sulaiman Siddiq yang juga seorang ulamak Makkah dan arif dalam bidang ilmu falak. Haji
Wan Sulaiman nampaknya lebih faham kalendar Afranji ini, maka tidak hairanlah beliau
membuat pekeliling yang lebih sempurna untuk edaran para pesawah padi di negeri Kedah.
Apa pun, penulis tidak mempertikaikan dapatan Syeikh Abdullah Fahim, bahkan cuba
memperbetulkan sedikit kesilapan berkenaan.
1

Penulis turut mencadangkan senarai kedudukan buruj-buruj alaf baru sepertimana yang dapat
dilihat dalam kolum Buruj 3. Oleh itu, kita akan mendapati terdapat 13 buruj bintang, bukan
12 buruj lagi dengan tambahan Ophiuchus (Al Hawak). Kedudukan setiap buruj berkenaan
adalah bertepatan dengan kedudukan deklinasi matahari pada alaf ini kerana ekliptik bumi
telahpun berganjak sedikit demi sedikit semenjak hampir 3000 tahun yang lalu (Jadual 3).

4.11 Tahun Basitah (1-3-4-6) dan Kabisah (2-5-7-10)

Catatan Syeikh Abdullah Fahim: “Ini jadual dikira-kirakan dengan jam keretapi
sekarang telah mehatar(memilih)kandia Al Faqir Ilallah Abdullah Fahim. Al Kibanas 2-5-7-
10-13-15-18-21-24-26-29.” Demikian, tahun Kabisah dan Basitah merupakan asas bagi
pembangunan taqwim Islam sebelum munculnya kriteria Imkanur Rukyah hasil persetujuan
Majlis Raja-raja Melayu yang dirumuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1984.
Kriteria dua jenis tahun ini masih perlu dititikberatkan kerana tampak seakan-akan ia telah
tidak begitu dipentingkan lagi pada hari ini apabila perhitungan dengan kepastian yang tinggi
bagi kemunculan anak bulan cukup hanya dengan syarat kenampakan iaitu umur hilal
melebihi lapan jam, tinggi dua darjah atas ufuk dan jarak lengkung tiga darjah ketika
terbenam matahari pada hari merukyah. Penggunaan beberapa perisian falak seperti Moon
Calculator memang diakui sangat membantu membuat peramalan yang tepat walaupun masih
ada sedikit ketidaktepatan hari sebenar bagi awal atau hujung bulan hijrah untuk sesuatu zon
sesebuah negara.

Semenjak tahun 1985, Malaysia telah menggunakan taqwim istilahi (taqwim sistem kiraan
atau disebut Kalendar Pentadbiran) hanya untuk memudahkan urusan pentadbiran dan
penganggaran awal puasa dan perayaan sahaja. Taqwim Istilahi ini boleh didapati merujuk
kepada Kalendar Masehi tahunan yang bioleh diperolehi dari syarikat individu dan pasaraya
tetapi ia tidak semestinya tepat menurut sambutan perayaan Islam yang sememangnya kita
tahu tidak boleh dirujukkan seratus-peratus.

Oleh itu wujudlah Taqwim Imkanur Rukyah iaitu Taqwim dan Waktu Ibadah yang boleh
didapati dari Pejabat Agama Negeri masing-masing yang menggunakan sistem imkanur
rukyah (kebolehnampakan anak bulan) yang tepat. Namun, perkembangan semasa telah
menunjukkan bahawa Kalendar Pentadbiran telah mengadaptasi Taqwim Imkanur Rukyah
kerana kepastian yang tinggi untuk menyusun perancangan tahunan bagi membolehkan
penyelarasan musim perayaan umat Islam.

Taqwim Jadual Waktu Solat karya Syeikh Abdullah Fahim memang sangat membantu
golongan muslimin tanahair apabila kriteria Imkanur Rukyah belum wujud lagi pada masa itu.
Tahun yang dinyatakan dalam jadual taqwim adalah dari tahun 1934 hingga 1948 (1353 –
1368 H). Taqwim ini menunjukkan susunan tahun lompat (Kabisah) dan tahun biasa (Basitah)
seperti berikut:-
1

Jadul 4: Tahun Basitah (biasa) dan Kabisah (lompat).

1353 1354 1355 1356 1357 1358 1359 1360


1361 1362 1363 1364 1365 1366 1367 1368
2 6 4 1 5 3 7 4

Basitah 1 3 4 6
Kabisah 2 5 7

Catatan Syeikh Abdullah Fahim: “Dihimpunkan angka tahun dengan angka barangmana
bulan dibilangkan dari Ahad itulah sehari bulan. Dibahagikan tarikh atas 30 jika yang baki
seperti angka yang sebelah maka tahun Kabisah Dzul Hijjah 30.”

Jadual 5: Kedudukan Hari bagi Setiap Bulan Hijrah.

Rabi'ul Rabi'ul Jamadil Jamadil


Muharram Safar Awal Akhir Awal Akhir Ahad 1
30 29 30 29 30 29 Isnin 2
7 2 3 5 6 1 Selasa 3
Dzul Dzul
Rejab Sya'ban Ramadhan Syawal Qa'idah Hijjah Rabu 4
30 29 30 29 30 29 / 30 Khamis 5
2 4 5 7 1 3 Jumaat 6
Sabtu 7

Jadual 6: Hari bagi setiap 1 Muharram tahun berkenaan.

1353 1354 1355 1356 1357 1358 1359 1360


Isnin Jumaat Selasa Ahad Khamis Selasa Sabtu Rabu
1361 1362 1363 1364 1365 1366 1367 1368
Isnin Jumaat Selasa Ahad Khamis Selasa Sabtu Rabu

Perlulah juga diketahui bahawa walaupun kriteria Imkanur Rukyah digunakan bagi taqwim
Islam (Taqwim dan Waktu Ibadah) pada masa kini tetapi ia tidak digunakan untuk semua
bulan hijrah kecuali bagi dua sahaja iaitu Ramadhan dan Syawal yang kemudiannya
digunakan pula untuk Dzul Hijjah. Semua bulan hijrah lain kecuali Ramadhan, Syawal dan
Dzul Hijjah adalah menggunakan kriteria kemungkinan hilal wujud sahaja dan tidak perlu
untuk keternampakan sah anak bulan. Dapat difahamkan di sini bahawa pada bulan-bulan
selain Ramadhan, Syawal dan Dzul Hijjah, kita tidak perlu melihat anak bulan untuk
mengesahkan kewujudan anak bulan itu memadai dengan hanya hisab falak yang
1

ditambahkan syarat kenampakan sahaja (atau cukup dengan hanya menggunakan kaedah
perhitungan sahaja).

Namun, kriteria yang telah digunakan untuk bulan-bulan yang lain itu tadi bukan sahaja amat
baik malah tepat dan sejajar dengan imkanur rukyah untuk Ramadhan, Syawal dan Dzul
Hijjah. Ini membuktikan bahawa penggunaan hisab falak bagi bulan-bulan yang lain adalah
benar-benar praktikal dan sepraktikal dengan amalan melihat anak bulan bagi Ramadhan,
Syawal dan Dzul Hijjah itu sendiri kerana apabila kita melihat anak bulan (nampak ataupun
tidak) pada hari merukyah, amat jarang berlaku hisab falak ini tersilap!

Firman Allah dalam Surah Al Qamar ayat 49 dan Al Furqan ayat 2 : “Sesungguhnya Kami
menciptakan sesuatu menurut ukuran dengan serapi-rapinya.” Maksud ukuran di sini ialah
segala apa yang menjadi piawai dan parameter terbitan sains moden adalah membenarkan
janji Allah bahawa Dia telah menjadikan Alam Semesta ini berjalan dengan seimbang
lantaran ukuran (pemalar, parameter) yang Dia ciptakan itu. Syeikh Abdullah Fahim sedia
maklum berkenaan mafhum ayat ini maka itulah jua beliau menyusun jadual taqwim solat!

Untuk menentukan tahun Kabisah dan Basitah adalah dengan mengetahui secara sambil lalu
bahawa bilangan hari dalam sebulan hijrah adalah 29.53058901 hari yang didarabkan dengan
12 bulan menjadi 354.36706812 hari. Akan tetapi angka pecahan dari 354 hari iaitu
0.36706812 hari bagi setahun qamari (lunar year) tidak boleh dibuang begitu sahaja dalam
ertikata lain ralat (error) yang terkumpul ini akan berjumlah sebanyak 11 hari dalam tempoh
30 tahun qamari (perbezaan di antara 354 hari x 30 tahun = 10,620 hari dengan
354.36706812 hari x 30 tahun = 10,631.0120436 hari).

Sepertimana yang difahami dalam konsep di atas bahawa ahli falak silam telah sepakat untuk
menetapkan satu pusingan 30 tahun lunar atau qamari yang digelar cycle atau ‘siklus’ sebagai
pusingan interkalasi bagi pembetulan hari dalam kalendar hijrah tahunan di mana akan
terdapat 19 tahun biasa (Basitah) dan 11 tahun lompat (Kabisah). Hal ini mewujudkan
setahun qamari yang mengandungi 354 atau 355 hari untuk menggenapkan jumlah hari dalam
tempoh 30 tahun qamari sebanyak 10,631 hari sejajar dengan piawaian 10,631.0120436 hari
walaupun ahli falak terpaksa akur dengan ralat yang masih wujud sebanyak 0.0120436 hari
bagi setiap 30 tahun yang mana ralat ini akan menjadi satu hari dalam tempoh 2,491 tahun
hijrah nanti. Maka pada satu masa, ahli-ahli falak ketika itu mungkin akan memikirkan untuk
menambahkan satu hari berbaki ini ke dalam bulan Dzul Hijjah masa itu sebagai hari
interkalan.

Berbalik kepada pusingan ‘siklus’ (pusingan 30 tahun), kita akan lihat bahawa dalam 19 tahun
pusingan bagi tahun-tahun yang ke-1,3,4,6,8,9,11,12,14,15,17,19,20,22,23,25,27,28 dan 30
adalah tahun-tahun biasa (Basitah) manakala dalam 11 tahun pusingan bagi tahun-tahun yang
ke-2,5,7,10,13,16,18,21,24,26 dan 29 pula adalah tahun-tahun lompat (Kabisah). Ini menurut
sistem penetapan ulamak falak terdahulu. Namun, semenjak pengenalan kepada taqwim
imkanur rukyah, hal seperti ini sudah berubah dengan ketara kerana ia tidak lagi mengikut
ketertiban siklus tersebut sebagai penggiliran tahun basitah dan kabisah. Contoh bagi perkara
ini penulis nyatakan di bawah yang mana penulis telah perhitungkan jumlah hari bagi setiap
tahun hijrah tersebut berdasarkan kaedah imkanur rukyah moden:-
2

Jadual 7: Tahun Basitah dan Kabisah menurut Sistem Imkanur Rukyah.

Tahun : 1411 1412 1413 1414 1415 1416 1417 1418 1419 1420
1421 1422 1423 1424 1425 1426 1427 1428 1429
JH* : 355 354 355 354 354 354 355 354 355 354
355 354 354 354 355 354 355 354 354
Tahun : 1430 1431 1432 1433 1434 1435 1436 1437 1438 1439
1440
JH* : 354 355 354 355 354 355 354 354 354 354
355
* JH adalah Jumlah Hari bagi tiap-tiap tahun hijrah.

Berdasarkan susunan tersebut di atas dapatlah ditentukan bahawa tahun-tahun yang diwakili
oleh angka 355 adalah tahun kabisah manakala 354 adalah basitah. Sebenarnya tidak ada satu
cara khusus yang mudah untuk menentukan tempoh sama ada satu tahun itu basitah ataupun
kabisah memandangkan jika merujuk kepada Sistem Imkanur Rukyah terbaru ini, kita perlu
mengambil kriteria keternampakan hilal yang memungkinkan himpunan hari pada tiap-tiap
bulan hijrah itu menjumlahkan hari untuk tahun itu sebagai kabisah atau tidak. Jika memakai
konsep susunan ‘siklus’ iaitu 1-3-4-6 atau 2-5-7-10 dan seterusnya, nampaknya ia tidak
sejajar dengan susunan jadual di atas kerana jadual di atas memberikan perwakilan siklus bagi
kabisah sebagai berikut: 1,3,7,9,11,15,17,21,23,25 dan 30 untuk mencukupkan 10,631 hari.

Boleh saja kita membuat kesimpulan bahawa cara khusus untuk penentuan tahun Basitah dan
Kabisah ini sepertimana yang dikehendaki adalah dengan melihat dua digit angka ganjil bagi
mana-mana tahun tersebut di atas sebagai Kabisah tetapi tidak dengan tahun pada pusingan
ke-29 (1439) di mana kita membawakannya ke pusingan ke-30 (1440). Setiap angka yang
diwakili oleh 354 adalah anjakan selama tiga tahun berturut-turut bagi setiap lapan tahun
(1414 hingga 1422) dengan tahun 1425 hingga 1427 dianggap sebagai tiga tahun transit
sebelum ia berulang kembali pada metod yang sama. Inilah sistem penentuan tahun Basitah
dan Kabisah yang sama metodnya dengan kaedah lama ‘siklus’ yang dianggap cukup mudah
untuk difahami dan digunakan selaras dengan kaedah Imkanur Rukyah moden yang
digunapakai pada masa sekarang.

Tegasnya, bahawa kesimpulan secara tidak langsung adalah: Tahun Basitah dan Kabisah
sebenarnya ‘masih wujud’ dalam Taqwim Imkan! Ini bercanggah dengan andaian tahun
lompat hijri hanya wujud dalam sistem hijri kaedah purata formulasi (istilahi) di mana sistem
istilahi ini hanya wujud untuk penyelesaian cepat kepada menganggarkan tarikh akan datang
atau tarikh terdahulu. Justeru, pendapat yang mengatakan apabila sahaja kita menggunakan
Sistem Imkanur Rukyah, tidak ada lagi tahun lompat dalam sistem takwim hijri adalah tidak
tepat.

4.2 Warisan Ke-2: Penentuan Arah Qiblat dan Waktu Solat dengan Jam Zawal
2

Apabila kita tinjau bulatan pada bahagian tengah jadual taqwim solat Syeikh Abdullah
Fahim akan didapati bahawa beliau mencatatkan arah qiblat negeri-negeri seperti berikut:-
1. Selangor, Kedah, Pulau Pinang: 22 darjah yang dikira dari utara (syimal) ke
barat (maghrib); manakala perkataan timur (masyriq) dan selatan (janub).
2. Kelantan, Fathani (Pattani): 21 darjah
3. Terengganu: 20 darjah
4. Kemboja: 19 darjah
5. Siam (Thai): 17 darjah
6. Perak: 24 darjah
7. Singapura, Pahang, Johor, Melaka: 23 darjah

Nilai yang diberikan itu sebetulnya adalah sudut theta (θ) iaitu bukaan sudut dari titik utara
benar menuju ke arah qiblat. Kita boleh membuat perhitungan untuk kesemua negeri/negara
yang disebutkan ini dengan hasilnya ialah:-
1. Selangor (Shah Alam): 292°34’38.11” = 23°
2. Kedah (Alor Setar): 291°11’50.78” = 21°
3. Pulau Pinang (Georgetown): 291°34’37.85” = 22°
4. Kelantan (Kota Bahru): 291°01’16.88” = 21°
5. Terengganu (Kuala Terengganu): 291°19’46.45” = 21°
6. Perak (Ipoh): 291°54’34” = 22°
7. Pahang (Kuantan): 292°00’37.21” = 22°
8. Johor (Johor Bahru): 292°58’55.28” = 23°
9. Melaka (Bandar Melaka): 292°53’53.12” = 23°

Perbandingan di atas ini hanyalah satu simbolik sahaja dan tidak bertujuan untuk
memperbandingkan yang mana lebih jitu, cukup sekadar untuk menyatakan bahawa perkiraan
Syeikh Abdullah Fahim adalah baik.

Tuan Haji Mokhtar Mat Zaman telah mempertunjukkan cara untuk menentukan bagaimana
bayang matahari boleh digunakan untuk mendapatkan waktu solat. Peralatan yang diperlukan
untuk tujuan ini adalah terdiri dari kompas saku dan kekotak jam matahari. Jam tangan boleh
juga digunakan untuk menentusahkan masuknya waktu sembahyang yang ditentukan secara
tradisional. Kaedah ini pernah dilakukan oleh Syeikh Abdullah Fahim sebelumnya.

Kaedah ringkas yang dilakukan adalah seperti berikut (Rajah 11):-


1. Letakkan kekotak jam matahari mengadap ke arah matahari, jika matahari sedang
berada di hemisfera utara, hadapkan ke arah utara dan begitu juga sebaliknya.
2. Arah jarum kekotak yang dipanggil gnomon mesti bersegaris dengan arah utara benar.
Untuk mendapatkan arah utara benar sebagai anggaran, bolehlah meletakkan kompas
saku di atas kekotak berkenaan di mana jarum kompas sama garis dengan gnomon.
3. Pastikan bahawa semuanya berada dalam keadaan selaras dan tiada apa-apa gangguan
yang boleh menyebabkan keputusan akhir tidak dapat dicapai.
4. Pastikan garisan menegak yang diberikan oleh bayang matahari adalah searah dengan
benang ladung apabila benang ladung yang diluruskan menuju ke pusat bumi
berkeadaan tepat. Catatkan masa dengan jam tangan apabila bayang matahari
2

bersegaris dengan benang ladung berkenaan (dalam kajian ini didapati masuknya
waktu zawal dan waktu zohor).
5. Setiap sudut dalam yang dibina oleh jangkasudut pada jam matahari berkenaan adalah
15 darjah bagi setiap satu jam. Setiap satu garisan dalam lengkungan sudut bernilai
satu jam. Dengan demikian, sudutan setiap waktu solat boleh ditentukan (Rajah 12).
6. Untuk mengetahui masuknya waktu zohor, pada muka depan papan kekotak
berkenaan akan kelihatan bayang matahari sedang menyerong ke sebelah kanan.
Serongan ini tidaklah begitu ketara kerana gelincir matahari adalah 1’04” sahaja.
7. Bagi mengetahui masuk waktu asar, serongan bayang matahari mesti lebih dari 45
darjah ke kanan atau separuh dari sudut lengkungan 90 darjah pada muka papan.
8. Walau bagaimana terdapat kelemahan kaedah ini bilamana deklinasi matahari benar-
benar berada di atas lokasi pencerap/pemerhati. Ketika itu tiada bayang maka
penentuan waktu solat akan menjadi sukar. Dengan demikian kenapa rubu’ mujayyab
menjadi satu peralatan bantuan yang sangat tinggi nilainya bagi para ahli falak silam.

Rajah 11: Penentuan Arah Qiblat dan Waktu Solat dengan Kekotak Jam Suria.
2

90° Syuruq 90°


Asar

Dhuha Zohor
Z = 85.3°

Tan Z = Tan (φ + δo) + 1


Z = ~ 45° < x < ~ 57°

Zawal + 1 minit 4 saat


Rajah 12: Sudutan untuk menentukan masuk waktu solat.

4.3 Warisan Ke-3: Perigi Pencerapan Bintang

Tidak ramai yang mengetahui bahawa di sepanjang kerjaya Syeikh Abdullah Fahim
sebagai mudir di Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar; beliau mempunyai idea yang begitu
menarik iaitu seakan cuba mewujudkan sebuah balaicerap bintang. Balaicerap bintang
berkenaan bukanlah dalam ertikata sebenar satu balaicerap yang berfungsi untuk meneropong
bintang-bintang tetapi ia merupakan sebuah lubang yang digali membentuk seakan-akan
perigi (telaga). Perigi ini dianggap satu monumen warisan yang cukup bernilai jika masih
wujud di zaman ini sebagai satu pengiktirafan penglibatan Syeikh Abdullah Fahim dalam
bidang ilmu falak.

‘Perigi cerapan’ berkenaan dibina oleh anak-anak murid Al Marhum. Perigi ini cukup dalam
dan mengikut maklumat yang diperolehi ketika rombongan Unit Penyelidikan Ilmu Falak
USM membuat lawatan ke kawasan Bukit Chandan pada 25 Ogos 2005, pihak Unit Falak
telah dimaklumkan oleh seorang kakitangan Pasti Nurul Islam, Bukit Chandan bahawa pada
tahun 2002 yang lalu seorang anggota mereka telah terjerumus sebelah kakinya kedalam
sebuah lubang akibat runtuhan tanah sewaktu gotong-royong membersihkan kawasan
berkenaan. Lubang perigi berkenaan agak lain dari perigi biasa kerana ia mempunyai sekian
banyak segi yang berpepenjuru konkrit dan seakan sebuah saluran yang sangat panjang
menuruni tanah tinggi sekitaran. Kedalaman perigi ini dianggarkan sedalam hampir 4 meter.

Perigi cerapan ini berhampiran dengan surau lama di tepi laluan jalan ke tanah permakaman
DiRaja Masjid Ubudiah. Jika benar inilah perigi yang dimaksudkan, maka usaha untuk
mengoreknya semula mungkin boleh dilakukan dengan kebenaran dari pihak tuan punya
tanah yang mendiami sebahagian dari tapak tersebut. Penyelidikan lanjutan perlu dibuat untuk
2

meninjau bagaimanakah fungsi “balaicerap” ini, adakah ia sama dengan fungsi balaicerap
Ulugh Beg di Samarqand yang turut dibina di bawah tanah untuk memfokuskan laluan sinar
matahari dicelahan ruang dalam saluran untuk mengukur sudut perjalanan matahari sepanjang
tahun. Mungkin sebuah monumen replika boleh dibina untuk menggambarkan perigi cerapan.

Rajah 13: Tapak perigi cerapan yang pernah digali oleh murid-murid Syeikh Abdullah
Fahim. Kawasan ini telah dikambus dan ditindan dengan barangan logam demi keselamatan.

4.4 Warisan ke-4: Peristiwa Falak Detik Kemerdekaan Malaysia

4.41 Kaedah Pembilangan Jumlah Hari

Terdapat teka-teki berhubung pemberian tarikh kemerdekaan negara 1957. Menurut


Tuan Haji Hassim Salleh, Mudir Sekolah Menengah Agama Daeratul Ma’arif Al Wataniah
(DMW) berdasarkan apa yang telah disampaikan oleh Allahyarham Ahmad Badawi ketika
menjawat jawatan Timbalan Ketua Perikatan Pemuda UMNO pada tahun 1955/1956 semasa
menjawab pertanyaan khalayak umum terutamanya para pelajar di Sekolah Daeratul Ma’arif
(lama) bahawasanya Syeikh Abdullah Fahim mengambil kira masa kejatuhan Melaka ke
tangan Portugis pada 24 Ogos 1511 Masehi Julian iaitu pada hari Ahad, bersamaan 29
Jamadil Awal 917 Hijrah sebagai asas untuk beliau membuat pengiraan.

Satu pengiraan yang khas telah digunakan oleh Syeikh Abdullah Fahim untuk menghitung
lama masa antara tarikh 24 Ogos 1511 Masehi Julian hingga 31 Ogos 1957 Masehi Gregorian
iaitu kira-kira 446 tahun. Namun, tidak diketahui formula khas apakah yang digunapakai dan
2

bagaimanakah ia diadaptasikan untuk mengasaskan perkiraan itu. Walau bagaimanapun,


penulis berpendapat bahawa kejatuhan Melaka berlaku tepat pada ketika anak bulan setinggi
7°22’56” di atas ufuk barat ketika matahari terbenam pada jam 7:14:48 malam (Rajah 15).
Anak bulan sudah cukup matang untuk kelihatan kerana telah mencapai umur 22 jam 33 minit
36 saat. Nampaknya tarikh kejatuhan Melaka adalah berbetulan dengan tarikh permulaan
bulan Jamadil Akhir. Sebenarnya Portugis telah mula menyerang Melaka pada hari Khamis,
24 Julai 1511 bersamaan 28 Rabi’ul Akhir 917 H.

Rajah 14: Mudir SMA Daeratul Maarif Wataniah (DMW), Tuan Haji Hassim bin Salleh.

Jika perhitungan oleh Syeikh Abdullah Fahim mengambil kaedah membilang jumlah hari
untuk membuat ketetapan tarikh kemerdekaan negara, jumlah hari yang boleh dihitung
menggunakan kaedah kalendar Julian adalah seperti berikut:-

Jadual 8: Perhitungan Jumlah Hari

KALENDAR KALENDAR TAQWIM HIJRI HARI JULIAN


JULIAN GREGORIAN
24 Ogos 1511 3 September 1511 29 Jamadil Awal 917 2,273,186
18 Ogos 1957 31 Ogos 1957 6 Safar 1377 2,436,082
BEZA HARI = 162,896

Dari perhitungan hari menurut Jadual 8 mendapati terdapat perbezaan 162,896 hari semenjak
Melaka dijajah oleh kuasa Portugis. Apabila nilai ini dipecahkan kepada jumlah tahunan, kita
memperolehi jawapan 445 tahun 363 hari 5 jam 24 minit 01.48 saat. Persoalannya ialah
2

kenapa nilai ini tidak genap 446 tahun memandangkan masih terdapat baki 2 hari 0 jam 24
minit 43.82 saat? Setahun suria adalah 365 hari 5 jam 48 minit 45.30 saat. Barangkali tarikh
yang dihitung oleh Syeikh Abdullah Fahim telahpun dimulai dari hari Jumaat, 22 Ogos 1511
Masehi Julian kerana bulan pada ketika itu sedang berada pada fasa tua atau akhir iaitu 27
Jamadil Awal 917 H dan ini sesuai dengan “keadaan Melaka yang sedang mengalami fasa
akhir kejatuhan”. Apabila tarikh 22 Ogos 1511 Masehi Julian dihitung harinya hingga 31
Ogos 1957 Masehi Gregorian akan genaplah jumlah tahun tanpa sebarang baki berjumlah 446
tahun! Ini adalah satu perhitungan yang sungguh bijak!

Rajah 15: Anak bulan yang kelihatan di Melaka pada jam 7.15 malam, 24 Ogos 1511.

Rajah 16 pula menunjukkan bahawa anak bulan telah kelihatan di Melaka pada hari Isnin, 26
Ogos 1957 bersamaan 1 Safar 1377 H dengan usia bulan 1 hari 4 jam 4 minit 48 saat dan
setinggi 7°25’00” di atas ufuk barat ketika matahari terbenam pada jam 7:26:04 malam. Ini
bermakna bahawa kemerdekaan negara adalah jatuh pada hari Sabtu, 6 Safar 1377 H.

Namun tahukah anda bahawa jika 446 tahun dibahagi dua akan didapati nilai 223 tahun. Maka
tahun yang ke-223 selepas era kejatuhan Melaka adalah jatuh pada hari Khamis, 22 Ogos
1734 Masehi Julian. Sekarang kita akan mendapati bahawa terdapat satu imbangan yang
penulis gelarkan di sini sebagai “imbangan tahun” atau “mizanus sanah” yang boleh
disimbulkan sebagai lambang ‘dacing’ iaitu satu perimbangan yang saksama bagi 223 tahun
kejatuhan Melaka dan juga 223 tahun permulaan bagi era kebangkitan semula kuasa
“Melaka” yang baru yang nantinya akan bernama “Malaya” atau “Malaysia”.
2

Rajah 16: Anak bulan yang kelihatan di Melaka pada jam 7.26 malam, 26 Ogos 1957.

Jadual 9: Tarikh penting hasil pengembangan setiap 223 tahun.

KALENDAR KALENDAR TAQWIM HIJRI HARI JULIAN


JULIAN GREGORIAN
22 Ogos 1511 1 September 1511 27 Jamadil Awal 917 2,273,184
22 Ogos 1734 2 September 1734 3 Rabi’ul Akhir 1147 2,354,635
18 Ogos 1957 31 Ogos 1957 6 Safar 1377 2,436,082
15 Ogos 2180 29 Ogos 2180 6 Dzul Hijjah 1606 2,517,530
10 Ogos 2626 28 Ogos 2626 12 Sya’ban 2066 2,680,426

Ini bermakna bahawa era kuasa “Melaka” yang baru sedang bangkit mulai 22 Ogos 1734
Masehi Julian. Hanya kebangkitan “Melaka baru” iaitu “Malaya” bermula pada 31 Ogos 1957
apabila tarikh ini genap pada tahun yang ke-446 (223 x 2). Era 223 tahun selepas ini adalah
jatuh pada hari Selasa, 29 Ogos 2180 Masehi Gregorian dan seterusnya pada hari Isnin, 28
Ogos 2626 Masehi Gregorian.

Ternyatalah bahawa perhitungan Syeikh Abdullah Fahim adalah satu cara yang bijaksana
dalam membuat satu imbangan yang maksudnya tidak lain ialah keamanan, keadilan dan
kesaksamaan untuk sebuah “Melaka baru”. Tampak sesuai juga di sini bahawa hakikat
kebangkitan “Melaka baru” juga boleh diibaratkan oleh fasa bulan sabit muda yang berlaku
pada 6 Safar 1377. Negeri Melaka semasa zaman pemerintahan kesultanan Melaka adalah
satu lambang keagungan sebuah empayar Melayu. Kini Malaysia adalah sebuah negara yang
dikenali dan dihormati di seluruh dunia.
2

4.42 Kaedah Pengecaman Buruj Bintang

Rajah 17: (a) Alatan


Rubu’ Mujaiyab yang
diperbuat daripada kayu
kepunyaan Syeikh
Abdullah Fahim. (b)
Posisi sendeng (atas)
memperlihatkan nama
“Abdullah Fahim” pada
permukaan atas rubu’
iaitu di tengah-tengah
lengkungan manakala
posisi menegak (bawah)
menunjukkan permukaan
rubu’ yang telahpun
kusam kerana peredaran
masa.

Sejenis alat digelar rubu’ mujayyab atau quadrant kepunyaan Syeikh Abdullah Fahim yang
masih disimpan dengan elok dalam bilik pengetua sekolah DMW (baru) adalah digunakan
oleh beliau untuk menghitung waktu sembahyang sepanjang tahun dan juga menentukan
kedudukan buruj-buruj bintang. Sepertimana astrolabe, rubu’ mujayyab juga mempunyai
fungsi yang khusus untuk menentukan kedudukan sesuatu buruj bintang. Rajah 17 (a)
menunjukkan alatan rubu’ yang mempunyai garisan-garisan dan petak-petak yang setiap
2

satunya diwakili oleh nilai sudutan 0 hingga 90 darjah untuk sebuah sukuan bulatan
(quadrant). Terdapat nama-nama buruj di sepanjang lengkungan sukuan berkenaan.

Syeikh Abdullah Fahim pernah menyebut dalam bahasa Arab: “am khir atana” (tahun baik
datang kepada kita). Sebagai seorang ahli falak yang banyak menggunakan angka dalam
kiraannya, menurut hitungan abjad, ungkapan tersebut mengandungi angka-angka berjumlah
1374 (Hijrah) bersamaan dengan tahun 1954 Masehi. Ini bermakna bahawa beliau telahpun
mengetahui bahawa kemerdekaan itu sebenarnya telah tercapai pada tarikh 1954, hanya
perasmian dan pengisytiharannya sahaja yang dilakukan pada tahun 1957 4. Bahkan Syeikh
Abdullah Fahim turut meramalkan bahawa tujuh tahun selepas Tanah Melayu merdeka, ia
akan bertukar nama 5. Telahan ini menjadi kenyataan apabila pada 16 September 1963, Tanah
Melayu bergabung dengan Sabah dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.

Sebelum Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Bapa Kemerdekaan Malaysia
mengetuai rombongan ke London untuk berunding tentang tuntutan kemerdekaan dengan
kerajaan Inggeris pada 1 Januari 1956, Tunku telah meminta nasihat daripada Allahyarham
Syeikh Abdullah Fahim yang menjadi Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika itu untuk
meminta firasat dan kasysyaf tuan guru agar satu tarikh yang baik dapat dipilih bagi
kemerdekaan Tanah Melayu (Mokhtar Petah, 1997).

Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak
pada 31 Ogos 1957, maka pada tahun-tahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik
bagi orang Melayu untuk mengisytiharkan kemerdekaan. Beliau juga melarang pemuda-
pemuda UMNO (United Malays National Organization) dari memberontak dan merampas
kuasa jika kerajaan British tidak menyetujui tarikh 31 Ogos 1957 ini. Jika kemerdekaan tidak
dapat disambut pada tarikh yang dikehendaki itu, Syeikh Abdullah Fahim meminta supaya
menunggu hingga lima tahun lagi iaitu pada hari Jumaat, 31 Ogos 1962.

Bagaimanapun apa yang dikehendaki telah dimakbulkan oleh Allah dan pada 20 Februari
1956, iaitu tarikh kemerdekaan telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957 dan diisytiharkan oleh
Tunku Abdul Rahman di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka. Ini bermakna bahawa
Syeikh Abdullah Fahim masih sempat melihat kemerdekaan negara yang telah dicadangkan
olehnya sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir pada 27 April 1961 tidak sepertimana
Syeikh Tahir Jalaluddin yang meninggal sebelumnya iaitu pada 26 Oktober 1956.

Mengambil kira hakikat ini atas ilham pemilihan tarikh kemerdekaan yang dibuat oleh Syeikh
Abdullah Fahim, tentu ada sebab yang berpatutan yang mendorong tarikh 31 Ogos 1957 ini
dipilih, istimewanya mungkin dari kedudukan buruj-buruj bintang yang boleh kelihatan pada
waktu maghrib sempena detik kemerdekaan negara 1957 (Nor Azam, 2004). Rajah 18
menunjukkan bahawa pada malam kemerdekaan didapati empat buah buruj sedang berada di
ufuk barat sejurus selepas terbenam matahari pada jam 7.19 malam, 30 Ogos 1957 bersamaan
6 Safar 1377 H, malam Sabtu. Buruj-buruj tersebut ialah Buruj Scorpius (Kala Jengking),
Buruj Libra (Dacing), Buruj Virgo (Anak Dara) dan Buruj Kapal Layar (The Sail). Kelihatan
juga dua buah planet yang sangat terang pada ketika itu iaitu Musytari (kecerahan 100

4
Biodata Al ’Allamah Syaikh Abdullah Fahim 1870 – 1961 oleh Wan Muhammad Shagir Abdullah.
5
“Abdullah Ahmad Badawi – Perjalanan Politik PM ke-5” oleh Datuk Chamil Wariya.
3

peratus) dan Zuhrah atau bintang Kejora dengan kecerahan 79 peratus berhampiran Buruj
Kapal Layar. Bulan pula tepat berada di dalam Buruj Libra.

Rajah 18: Malam Kemerdekaan pada jam 8.22 malam, 30 Ogos 1957.

Apabila dua simulasi kedudukan malam yang berlainan bagi tarikh pilihan Syeikh Abdullah
Fahim diperbandingkan iaitu bagi malam 31 Ogos 1957 dan 31 Ogos 1962 (30 Rabi’ul Awal
1382), adalah didapati jasad cakerawala berkedudukan serupa terutamanya bintang Kejora
yang terang di ufuk barat pada waktu itu. Apa yang lebih menarik lagi ialah Buruj Libra
(Dacing) dan Buruj Kapal Layar yang kelihatan dengan jelas di angkasa. Tidaklah diketahui
sama ada pemilihan dua tarikh tersebut oleh Syeikh Abdullah Fahim mempunyai kaitan rapat
dengan politik Malaysia pada waktu itu atau di masa kini di mana Buruj Dacing tampak
sangat sinonim dengan lambang Barisan Nasional manakala Buruj Kapal Layar berbetulan
pula dengan lambang Parti Perikatan yang menang majoriti dalam pilihanraya 1955 bagi
mencapai hasrat kemerdekaan dalam tempoh empat tahun (1959), namun kemerdekaan telah
berjaya dicapai lebih awal lagi iaitu dalam masa dua tahun sahaja.

Sekarang kita melihat dan menyedari bahawa Syeikh Abdullah Fahim barangkali telah
merancang untuk meletakkan simbol ‘dacing’ pada kaedah pembilangan tarikh mengikut
jumlah hari dan juga merujuk kepada keadaan buruj Dacing ketika terbenam matahari
menjelang detik kemerdekaan negara. Dacing adalah simbol keadilan. Bagi sesebuah negara
simbol ini amat penting kerana bukankah mahkamah juga menggunakan lambang ini?
3

Rajah 19: Planet Zuhrah dan Musytari berhampiran Buruj Kapal Layar.

Rajah 20: Malam Ulangtahun Kemerdekaan Ke-5 pada jam 8.22 malam, 30 Ogos 1962.

4.5 Kesimpulan
3

Al Marhum Syeikh Abdullah Fahim adalah tokoh guru agama yang berkaliber dan
pemergiannya mengisi ruang yang kosong yang ditinggalkannya untuk generasi terkemudian.
Syukur kepada Allah kerana masih ada golongan cerdik pandai yang baru yang sentiasa
berusaha ke arah yang dipedomankan olehnya. Tidak sia-sialah nama pusat pengajian
“Daeratul Ma’arif Al Wataniah” yang sentiasa menyahut seruan golongan cerdik pandai untuk
melangsungkan tradisi keilmuan guru-guru terkemuka di mana-mana saja.

Biarkan gambar-gambar menjadi bukti dan bicara bisu betapa Syeikh Abdullah Fahim
memang mencintai segala apa jua jenis ilmu, tidak kira ilmu ukhrawi mahupun duniawi. Glob
bumi yang sentiasa dipegang oleh anak muridnya di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan (Rajah
21) dan juga yang diletakkan di tengah-tengah perhimpunan di hadapan Madrasah Daeratul
Ma’arif Al Wathaniah (Rajah 22) adalah bukti jelas bahawa Syeikh Abdullah Fahim
berminat dengan ilmu alami (sains) yang meliputi ilmu geografi dan astronomi.

Sekeping gambar boleh memberi makna lebih dari seribu patah perkataan yang tidak dapat
saya tuliskan di sini kerana terlalu banyak maksud yang tersirat darinya. Walau apa sekalipun,
hanya gambar-gambar inilah yang mengembalikan saat nostalgia kepada para bekas muridnya
selama pernah berdamping dengan mahaguru yang mengajar ilmu tanpa jemu sehingga beliau
meninggal dunia pada 27 April 1961 Masehi ketika berusia 92 tahun. Moga-moga Allah
Ta’ala merahmati beliau dan ditempatkan bersama-sama auliya’ dan syuhada’ di Jannah
selaku orang yang telah berjihad dengan ilmu di dunia ini. Amin.

Rajah 21: Glob bumi (a). Kelihatan Syeikh Abdullah Fahim no.4 dari kiri.
3

Rajah 22: Glob bumi (b). Kelihatan Syeikh Abdullah Fahim no.5 (duduk) dari kiri.

Rujukan

Mohamad Subky bin Haji Abdul Raof, Dato’ Haji (2004). Kisah Abdullah Fahim. Pulau
Pinang: Majlis Bicara Sejarah Tokoh Ulama Haji Abdullah Fahim 27 Mac 2004.

Murni binti Mamat (2005). Sheikh Abdullah Fahim. Sintok: Kenegaraan Malaysia 6 Februari
2005.

Nor Azam Mat Noor (2004). Peristiwa Falak di Malaysia. Pulau Pinang: Seminar Falak
Syar’i Peringkat Kebangsaan 18 Ogos 2004.

Mokhtar Petah (1997). Sheikh Abdullah Fahim: Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 31
Ogos ’57. Kuala Lumpur: Pustaka Antara Sdn. Bhd.

Shuib bin Mohd. Amin, Ust. Haji (1991). Tuan Haji Abdullah Fahim – Latarbelakang
Kehidupan, Pendidikan dan Sumbangan Kepada Dakwah dan Kesedaran Ummah.
Pulau Pinang: Seminar Tokoh Ulama Ke-2, 2 – 3 Mac 1991.

Lampiran “Taqwim Waktu Solat, Bulan Piama dan Buruj Bintang Untuk Tahun 1934 M /
1353 H.”

Anda mungkin juga menyukai