Anda di halaman 1dari 68

PUSTAKA Syaikh ZAKARIYYA

Segala puji bagi Allah f Tuhan seluruh


alam, selawat dan salam ke atas junjungan
Nabi Muhammad n , ahli keluarga dan para
sahabat Baginda g seluruhnya.
Mukaddimah
85 Kalimah Tayyibah

85 ayat yang menyebut Kalimah Tayyibah


(‫ )ال اله اال هللا‬sama ada dengan lafaz asal atau lafaz
semakna dengannya ini adalah merupakan susunan
Qutbul Aqtab Hazrat Syaikhul Hadis Maulana
Muhammad Zakariyya Khandahlawi t di dalam
kitabnya yang berjudul ‫( فضائل ذکر‬Fadhilat Zikir)
pada Fasal kedua berkenaan Kalimah Tayyibah.
Hazrat Syaikh telah mengumpulkan ia pada fasal
tersebut sebelum menghimpunkan pula hadith-
hadith Baginda n yang mulia berkenaan Kalimah
Tayyibah.

Dengan kasih sayang dan Rahmat Allah f, telah


berlaku satu peristiwa ajaib kepada diri saya pada
3 Ramadhan 1440/ 8 Mei 2019. Pada malam itu
saya telah diberi taufik dan hidayah oleh Allah
f untuk melakukan amalan Wirid dan selawat
Badar serta bertawassul dengan keberkatan ahli
Badar. Ketika tidur pada hari yang sama, saya telah
bermimpi sedang duduk di dalam sebuah bilik
bersama seorang lelaki yang tidak saya kenali tetapi
Kalimah85 | 2
dalam hati saya meyakini bahawa lelaki itu seorang
yang soleh serta ‘Arifbillah dan saya berasa sangat
selesa ketika dapat duduk bersamanya.

Ternyata perasaan itu benar kerana dalam bilik


itu beliau mengajarkan saya bacaan Ismul ‘Azam
serta mengajarkan kaifiatnya. Hanyalah wali
Allah f sahaja yang mengetahui rahsia-rahsia
Ismul ‘Azam. Seolah-olah ketika itu saya sedang
berusaha keras berwirid dengan ayat-ayat yang
diberikan sehinggalah sampai satu tahap bumi
telah bergegar kuat akibat wirid tersebut. Lelaki
itu tersenyum dan ucapkan tahniah kerana telah
berjaya mempelajarinya. Kemudian saya terjaga
dalam keadaan yang sangat terkejut.

Saya berusaha keras untuk mengingati ayat-ayat


tersebut tetapi semuanya pudar dan seolah-olah
ianya terlampau banyak sehingga mustahil saya
dapat mengingati semuanya. Saya berasa sangat
sedih dan berdoa serta istikharah kepada Allah f
agar ajarkan semula ayat-ayat tersebut. Kemudian
Allah f telah ilhamkan dengan satu ilham dan
perasaan yang sangat kuat bahawa saya perlu
mencarinya di dalam kitab Fadhilat Zikir yang
dimuatkan dalam kitab Fadhail A’mal tulisan

Kalimah85 | 3
Syaikh Muhammad Zakariyya Khandahlawi t ,
yang merupakan seorang wali Allah f dari India
berketurunan Saidina Abu Bakar a yang sangat
terkenal melalui Jemaah Tabligh dan tareqat aliran
Chistiyyah.

Kitab ini sangat maqbul dan berkat di mana ia


telah dibawa dan didakwahkan ke seluruh dunia
sama ada melalui jemaah Tabligh, para ikhwan
Tareqat Chisty, para pelajar agama ataupun orang
awam. Ia juga telah diterjemahkan ke puluhan
bahasa menjadikan ia kitab kedua paling banyak
diterjemahkan ke bahasa berlainan dan kedua
paling banyak dibacakan di masjid seluruh dunia
selepas Al-quran. Jutaan manusia telah menerima
hidayah dan dilembutkan hatinya untuk menerima
Islam atau yang sedia Islam untuk kembali
mendekati agama melalui berkat kitab ini yang
dibacakan setiap hari bukan sahaja di masjid,
tetapi juga di rumah-rumah. Semoga Allah f
menerangi kubur Hazrat Syaikh t yang bukan
sahaja kitabnya diterima Allah f, tetapi jasadnya
juga diterima Allah f untuk berjiran dengan
Nabi Muhammad n di perkuburan Baqi’, Madinah.

Kebiasaan para khalifah Hazrat Syaikh t apabila

Kalimah85 | 4
musykil terhadap sesuatu, mereka akan lakukan
istikharah khas yang ringkas tapi sangat berkesan
bagi mereka yang mempunyai hubungan (rohani)
terus dengan Hazrat Syaikh t. Istikharah khas
itu ialah, mereka akan berdoa dengan doa istikharah
atau mereka akan solat sunat istikharah, lalu akan
buka mana-mana kitab Hazrat Syaikh t secara
rawak. Insya-Allah dengan izin Allah f, mereka
pasti akan temui jawapan kepada kemusykilan
mereka. Hal yang sama sering dilakukan oleh saya
selepas ianya diajar kepada saya oleh Syaikh saya
yang merupakan khalifah kepada hazrat Syaikh
Muhammad Zakariyya t dan demi Allah f
ianya sangat membantu dan terbukti berkesan.

Ringkasnya, apabila saya buka kitab Fadhilat Zikir


secara rawak, Allah f telah lorongkan saya
untuk menemui himpunan 85 ayat Al-Quran yang
mempunyai Kalimah Tayyibah atau yang semakna
dengannya dan ianya dimulakan dengan surah al-
Baqarah, ayat 163:

ُ ِ‫د ۖ َّلٓ ِإ َل ٰـ َه ِإ َّل ُهوَ ٱلرَّ ۡحمَ ٰـ ُن ٱلرَّ ح‬


‫يم‬ ‌ٌ ِ‫وَ ِإ َل ٰـ ُه ُك ۡم ِإ َل ٰـ ٌه وَ ٲح‬

Apabila saya ternampak ayat ini, Allah f telah


buatkan saya terus teringat kepada sebuah hadith

Kalimah85 | 5
‫‪tentang Ismul ‘Azam.‬‬
‫عن أسماء بنت يزيد بن السكن رضي هللا عنها‬
‫عن رسول هللا صلى هللا عليه وسلم أنه قال‪:‬‬
‫اسم هللا األعظم في هاتين االيتين‪ ،‬والهكم اله‬
‫واحد ال اله اال هو الرحمن الرحيم الم هللا ال اله‬
‫أخرجه ابن أبي شيبة وأحمد والدارمي‬ ‫اال هو الحي القيوم‪.‬‬
‫وابو داود والترمذي وصححه وابن ماجه وأبو مسلم الكجي في‬

‫السنن وابن الضريس وابن أبي حاتم والبيهقي في شعب كذا في الدر‬

‫‪Saidatina Asma binti Yazid bin Sakan s‬‬


‫‪meriwayatkan bahawa Rasulullah n bersabda yang‬‬
‫‪bermaksud: Ismul ‘Azam (nama Allah f yang‬‬
‫‪paling mulia) terdapat dalam dua ayat ini,‬‬

‫يم‬ ‫د ۖ َّ ٓ‬
‫ل ِإ َل ٰـ َه ِإ َّل ُهوَ ٱلرَّ ۡحمَ ٰـ ُن ٱلرَّ حِ ُ‬ ‫وَ ِإ َل ٰـ ُه ُك ۡم ِإ َل ٰـ ٌه وَ ٲحِ ٌ‌‬

‫‪dan‬‬

‫ى ۡٱل َق ُّيومُ‬ ‫ۡ‬ ‫َّ‬ ‫َّ َ َ‬ ‫ٓ‬


‫ال ٓم ٱلل ُه لٓ ِإل ٰـ َه ِإل ُهوَ ٱل َح ُّ‬

‫‪Maka hal itu seolah-olah menjadi petunjuk dan‬‬


‫‪jawapan istikharah kepada saya daripada Allah‬‬
‫‪f bahawa inilah himpunan Ismul ‘Azam yang‬‬
‫‪diajarkan dalam mimpi saya oleh lelaki tersebut.‬‬
‫‪Kalimah85 | 6‬‬
Ismul ‘Azam

Ismul ‘Azam secara ringkasnya ialah nama-nama


Allah f yang rahsia dan dikhaskan untuk para
kekasih-Nya menggunakan ia untuk apa-apa hajat.
Ianya dikhabarkan menjadi asbab tertunainya
segala hajat dan keperluan apabila nama-nama khas
itu disebut sebelum berdoa melalui keberkatannya.
Perihal Ismul ‘Azam ini ada dibahaskan dalam
hampir kesemua kitab tasawwuf dan para Auliya
sering mengajarkan ia kepada para muridnya yang
khusus sama ada secara langsung atau pun tidak
langsung. Setiap nabi mempunyai Ismul ‘Azam
atau doa mustajab yang khas sepertimana riwayat
Saidina Abu Hurairah a sabda Baginda n yang
bermaksud:

“Setiap nabi memiliki doa (khusus) yang akan


dikabulkan. Setiap nabi tergesa-gesa menggunakan
doanya. (Manakala) aku menyimpan doaku untuk
memberi syafaat kepada umatku (kelak) pada hari
kiamat. Ia (habuan syafaat) itu akan diperoleh
oleh orang yang mati antara umatku yang tidak
menyekutukan Allahf dengan sesuatu pun.”
(Sahih Muslim)

Kalimah85 | 7
Banyak sekali hadith berkenaan Ismul ‘Azam untuk
umat ini dan sengaja Allah f rahsiakan ia agar
ianya hanya boleh diakses oleh para kekasih-
Nya dan orang soleh. Maka Ismul ‘Azam ini tidak
berkesan atau kurang kesannya kepada orang fasiq
atau kafir. Maka kita disarankan untuk sentiasa
bertaubat kepada Allah f agar doa-doa kita cepat
dimakbulkan. Dosa, maksiat dan hati yang kotor
adalah antara penyebab utama doa kita terhijab.
Maka semakin seseorang itu dekat dengan Allah
f dan sucikan hatinya, tiada perasaan buruk atau
kotor kepada sesiapa pun, tidak marah dikeji dan
tidak gembira dipuji, maka selayaknya orang ini
akan termakbul doanya sebelum dia mengangkat
tangan pun untuk berdoa. Apatah lagi kalau dia
bersumpah, pasti Allah f tunaikan dan siapa pun
yang menyakitinya akan Allah f isytihar perang
terhadapnya.

Terdapat beberapa hadis yang menceritakan


tentang doa dan ayat Al-Quran yang mengandungi
Ismul ‘Azam di dalamnya dan ianya disahkan oleh
lidah mulia Nabi Muhammad n sendiri melalui
hadith. Jika kalian berminat, bolehlah dapatkan
buku Hizbul Rizqi yang disusun oleh saya (dengan
Taufik hidayah dan pertolongan Allah f semata-

Kalimah85 | 8
mata) iaitu satu susunan 40 doa dari Al-Quran
dan hadith yang mustajab untuk memohon berkat
rezeki. Di dalamnya terkandung beberapa doa yang
mengandungi Ismul ‘Azam beserta hadithnya di
ruangan nota kaki.

Bagi para wali, Ismul ‘Azam itu merupakan senjata


ampuh untuk mereka gunakan demi kebaikan
agama Allah f, bukan untuk kepentingan nafsu.
Hazrat Syaikh Maulana Muhammad Zakariyya
Khandahlawi t ada meriwayatkan sebuah kisah
di dalam kitabnya Fadhail-e-Zikr berkenaan Ismul
‘Azam:

“Untuk mengetahui Ismul ‘Azam, seseorang itu


perlukan kelayakan, kecekalan, dan ketabahan yang
tinggi. Telah ditulis mengenai seorang ahlullah yang
mengetahui Ismul ‘Azam. Seorang lelaki telah datang
kepadanya merayu dengan penuh harapan supaya
dia diajarkan Ismul ‘Azam tersebut. Kata wali
Allah f itu, kamu tidak mempunyai kelayakan
dan kemampuan. Orang itu berkata (dengan
penuh yakin), saya mempunyai kelayakan dan
kemampuan. Maka kata wali Allah f tersebut,
kalau begitu kamu pergi dan duduk di sekian tempat
dan hendaklah perhatikan apa-apa yang berlaku

Kalimah85 | 9
di sana dan kemudian datanglah beritahu kepada
aku. Orang itu pun pergi ke tempat tersebut lalu
dia terlihat seorang tua sedang datang bersama-
sama keldainya yang sarat dengan kayu api. Dari
arah hadapan datang seorang polis dan telah
memukul orang tua tersebut dan merampas kayu
apinya. Orang tersebut sangat marah terhadap polis
itu. Dia kembali kepada wali Allah f tadi dan
menceritakan seluruh kisah tersebut sambil berkata,
“Kalaulah saya mengetahui Ismul ‘Azam maka pasti
saya akan gunakan ia untuk mendoakan keburukan
kepada polis tersebut.” Mendengarkan ia, Wali Allah
f itu menjawab, ‘Sebenarnya daripada orang tua
itulah saya telah belajar Ismul Azam’.”

Maka jelaslah kelayakan utama untuk Allah


f ajarkan kepada manusia Ismul ‘Azam ialah
kebersihan hati. Seandainya ia tidak disyaratkan
begitu, nescaya ia akan digunakan sewenang-
wenangnya oleh orang fasiq dan orang yang hitam
serta busuk hatinya. Dunia akan porak peranda
kerana doa-doa buruk yang dilakukan oleh orang
fasiq menggunakan Ismul ‘Azam. Oleh sebab
orang yang kotor hati itu tidak berkesan Ismul
‘Azam ke atasnya, maka alternatif paling mudah
untuk melakukan keajaiban ialah melalui sihir dan

Kalimah85 | 10
istidraj, Na’uzubillah min Zalik.

Walaubagaimanapun, Ismul ‘Azam ini telah


mengalahkan segala sihir yang ada dan sangat
dibenci Iblis dan syaitan. Sepertimana yang
dikhabarkan dalam Al-Quran:

‫ل َأن‬ ِ ْ‫المَ َلُ َأيُّ ُك ْم ي َْأتِينِي ِبعَ ر‬


َ ‫ش َها َق ْب‬ ْ ‫ال يَا َأيُّ َها‬
َ ‫َق‬
ْ
َ ِ‫سلِم‬
‫ين‬ ْ ُ‫يَأ ُتونِي م‬

Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak


pandainya): “Hai pembesar-pembesar siapakah
diantara kamu sekalian mampu membawa
singgahsananya kepadaku sebelum mereka datang
kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri.”

‫ل َأن َت ُقومَ مِ ن‬ َ ‫ن َأ َنا آت‬


َ ‫ِيك ِبهِ َق ْب‬ ِّ ‫ج‬ ْ َ ‫يت ِّم‬
ِ ‫ن ال‬ َ ‫َق‬
ٌ ‫ال عِ ْف ِر‬
َ ‫ك إ ِّني عَ َليهِ َل َقو‬
ٌ ِ‫ي أم‬
‫ين‬ ٌّ ِ ْ ِ َ‫مَّ َقامِ َ و‬
Berkata Ifrit itu dari golongan jin, “Aku akan
datang kepadamu dengan membawa singgahsana
itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat
dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk
membawanya lagi dapat dipercayai”. Berkatalah
seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab; “Aku
akan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum

Kalimah85 | 11
matamu berkedip.”

‫ل َأن‬ َ ‫اب َأ َنا آت‬


َ ‫ِيك ِبهِ َق ْب‬ ْ َ ‫الذِ ي عِ ن َد ُه عِ ْل ٌم ِّم‬
ِ ‫ن ال ِك َت‬
َّ ‫ال‬َ ‫َق‬

‫ه َذا‬َ ٰ ‫ال‬َ ‫س َتقِ رًّ ا عِ ن َد ُه َق‬ْ ُ‫َآه م‬ُ ‫ك َف َلمَّ ا ر‬ َ ‫طرْ ُف‬ َ ‫ك‬ َ ‫يَرْ َت َّد ِإ َل ْي‬
َ ‫ش‬
‫ك َر‬ َ ‫ش ُكرُ َأمْ َأ ْك ُفرُ وَ مَ ن‬ ْ ‫ضل َر ِّبي ل َِي ْب ُلوَ نِي َأ َأ‬ ْ ‫مِ ن َف‬
ِ
ٌ ‫ِي َك ِر‬ َ ِّ َ َ َ ِ ‫َش ُكرُ لِ َن ْف‬ ْ ‫َفإ َّنمَ ا ي‬
‫يم‬ ٌّ ‫سهِ وَ مَ ن كف َر ف ِإ َّن َربي غن‬ ِ

Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu


pengetahuan dari Kitab Allah: “Aku akan
membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!”
“Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu
terletak di hadapannya, ia pun berkata; “Ini termasuk
kurniaan Tuhanku untuk menguji aku, apakah aku
bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya) .
Dan barang siapa bersyukur maka sesungguhnya
dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri.
Dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya
Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.” (An-Naml,
ayat 38-40)

Kisah ini adalah kisah Saidina Asif Barkhiya,


seorang wali Allah f, ahli sufi yang mengetahui
rahsia Ismul ‘Azam. Beliau telah mendatangkan
istana itu hanya dengan menyebut beberapa

Kalimah85 | 12
kalimah dan berdoa pada Allah f juga disertakan
dengan niat tertentu yang berkaedah. Ilmu niat
berkaedah ini cukup mahsyur di dalam mana-
mana pengajian ilmu Tareqat dan tidak terlepas
juga dalam tareqat Chisty yang diajarkan Maulana
Muhammad Zakariyya t kepada guru-guru
kami dan daripada guru kami kepada kami.

Dalam kitab Lum’atul Aurad karangan Syaikh


Wan Ali Bin Abdul Rahman Al-Kelantani ada
membahaskan bahawa ketika Asif berniat
‘menghadirkan’ istana Balqis, Asif telah
menyertakan sekali dalam niatnya kalimah

‫الكرام‬
ٕ ‫يا ذا الجالل و‬

Maka zikir ini menjadi zikir yang sangat mahsyur


oleh para wali Allah f, para sufi, para salik, para
ahli tareqat bahkan juga digunakan oleh para
pendekar dan panglima ketika perang seperti
yang diriwayatkan oleh guru-guru tua di selatan
tanah Melayu berkenaan peristiwa bersejarah
parang terbang “Selempang Merah” pimpinan Kiyai
Salleh t yang merupakan seorang ahli tareqat
mahsyur di tanah Melayu. Walaubagaimanapun,
ianya memerlukan izin dan ijazah daripada ahlinya

Kalimah85 | 13
dan tidak diamalkan sewenang-wenangnya. Oleh
sebab itu para sufi memagari ilmu hikmah dan
rahsia ini melalui bai’ah dan ijazah agar ianya hanya
dimanfaatkan untuk agama semata-mata dan oleh
orang yang betul.

Banyak lagi rahsia yang hanya diketahui oleh hamba-


Nya yang terpilih. Adapun apa yang dikumpulkan
ini adalah semata-mata untuk “mencuba nasib”
melalui keberkatan mimpi yang baik serta direstui
pula oleh keluarga Khandahlawi, sudah pasti ianya
tidak disusun secara rawak atau dalam keadaan sia-
sia sahaja kerana Hazrat Syaikh Maulana Zakariyya
Khandahlawi t adalah seorang wali Allah
f yang terkenal dengan julukan Qutbul Aqtab
(ketua para wali di zamannya). Semoga Allah f
terima amalan kita dan ampuni kita asbab daripada
barokah ayat-ayat karomah ini.

Risalah Kecil

Apabila saya membaca 85 ayat yang disusun Hazrat


Syaikh dan kaitannya dengan Ismul ‘Azam, tanpa
berlengah saya terus menyusunnya bersama 2
orang murid saya dan kami bandingkan kitab
Fadhail Zikr ini dalam 3 bahasa iaitu:
Kalimah85 | 14
1) Bahasa Melayu, cetakan Maktabah
Ilmiah (terbitan rasmi Markaz
Tabligh Malaysia, Masjid Sri
Petaling).
2) BahasaInggeris, cetakan Waterval Islamic
Institute P. O. Box 1, Johannesburg 2000,
Republic of South Africa
3) Bahasa Urdu, cetakan IBS - Islamic
Book Store, India.

Kami dapati pada cetakan bahasa Melayu terdapat


beberapa tempat yang ralat dari sudut nombor
bilangan dan ayat (ada ayat yang tidak didapati
dalam cetakan Inggeris dan cetakan asal berbahasa
Urdu tetapi ada dalam cetakan bahasa Melayu),
kami telah pun memaklumkan ia kepada pihak
penerbit untuk dibetulkan. Maka kami jadikan
cetakan bahasa Urdu sebagai rujukan utama
memandangkan kitab ini memang asalnya dalam
bahasa Urdu.

Alhamdulillah ianya siap 3 hari kemudian iaitu


pada tengah malam 6 Ramadhan 1440/ 11 Mei
2019. Kira-kira jam 12.30 tengah malam ketika
itu. Tatkala semua orang sedang tidur, kami telah

Kalimah85 | 15
berjaya menyiapkan risalah kecil ini dan saya terus
menghubungi Hazrat Maulana Sajid ‫الله‬ َ ِ‫ َحف‬yakni
ّٰ ‫ظ ُه‬

cucu kepada Hazrat Syaikh Muhammad Zakariyya


Khandahlawi t yang berada di Saharanpur,
India melalui aplikasi WhatsApp. Saya telah
melaporkan mimpi saya kepadanya dalam bahasa
Urdu dan serahkan risalah 85 ayat ini kepadanya
untuk diperiksa sekaligus meminta beliau mewakili
seluruh keluarga keturunan Hazrat Syaikh di India
untuk merestui dan mengijazahkan ia. Setelah
beberapa minit menunggu, akhirnya Maulana
membalas pada jam 1.06 pagi waktu Jordan:

‫ہو� کہ آپ اسکو ت�تیب دے‬ ‫خو� ئ‬ ‫وعلیمک السالم ورمحتہ الہل و�ا اک تہ بھت ش‬
‫ئ‬ ‫ئ‬ ‫ب‬
‫ بھت شوق‬،�‫ الہل تعایل بھت بھت مبارک فرما� اور قبول فرما‬،�‫رےہ یہ‬
�‫ الہل تعایل آپ ےک فیض کوبیھ پورے ملیشیا یم‬،‫ےس اجازت ےہ آپکو‬
‫ئ‬
‫فرما� ی ن‬ ‫ن‬ ‫ئ‬
�‫آم‬ ‫جاری فرما� اور امت کو آپ ےس نفع اٹھا � یک توفیق نصیب‬

“Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,


(kami) sangat gembira sekali (mendengar berita)
yang kamu telah mentertibkan (menyusun) ia.
Semoga Allah Ta’ala sangat-sangat memberkatinya
serta menerimanya. Dengan penuh kegembiraan
kami mengijazahkan ia kepada kamu. Semoga Allah
Ta’ala menjadikan faidh (Nur) dari (usaha) kamu
ini untuk menerangi seluruh Malaysia dan semoga

Kalimah85 | 16
umat (nabi Muhammad) diberi Taufik untuk dapat
mengambil manfaat daripada (usaha) kamu, Amin.”

Setelah mengucapkan terima kasih dan memohon


doa khusus untuk projek ini, saya telah meminta
diri dan memberi salam. Tidak lama selepas itu
tiba-tiba isteri saya terjaga dari tidur dan bertanya
pukul berapa. Saya katakan jam 1.30 pagi, lalu dia
sambung tidur. Pada jam lebih kurang 2.30 pagi,
isteri saya telah bangun untuk siapkan sahur dan
sebelum dia pergi ke dapur saya telah nyatakan
betapa gembiranya hari ini kerana mendapat ijazah
dan izin untuk terbitkan buku ini. Mendengarkan
perkara itu, isteri saya terus bercerita yang ketika
dia terjaga jam 1.30 pagi itu, sebelum itu dia telah
bermimpi sedang duduk dalam majlis bacaan taklim
kitab Fadhilat Amal tersebut. Kitab itu berwarna
hitam (seperti keluaran bahasa Melayu) begitu jelas
sekali kelihatan. Pembacanya tidak dikenali tetapi
seperti orang India, disebelah pembaca pula ada
saya sedang khusyuk mendengar dan disebelah
saya pula ada Rasulullah n juga sedang khusyuk
mendengar. Berdekatan dengan Nabi n, telah
duduk beberapa wanita dan semua itu adalah
isteri Baginda n. Wanita yang duduk paling dekat
dengan nabi dalam majlis itu ialah Sayyidatina

Kalimah85 | 17
A’isyah s dan isteri saya melihat telah keluar
cahaya yang terang dari dada mulia Baginda n lalu
masuk ke tubuh Saidatina A’isyah s. Semua yang
hadir dalam majlis itu tidak nampak cahaya itu
dan hanya tertunduk khusyuk mendengar, hanya
isteri saya sahaja melihatnya dan katanya dia cuba
memberi isyarat kepada saya untuk turut melihat
cahaya yang keluar dari dada Baginda n itu tetapi
katanya saya juga sedang tunduk tidak melihat ke
mana pun. Setelah itu Saidatina Aisyah s telah
bangun dan mendekati isteri saya lalu memeluk
isteri saya dan cuba memindahkan cahaya itu ke
tubuh isteri saya sambil mendoakan kandungannya
(isteri saya sedang hamil saat itu) akan menjadi
anak yang baik. Setelah itu dia terus terjaga. Mimpi
itu terjadi pada lingkungan waktu saya mendapat
ijazah, doa dan tawajjuh daripada keluarga Hazrat
Syaikh di India.

Maka semakin yakinlah saya ini memang petunjuk


daripada Allah f dan inilah himpunan Ismul
‘Azam yang diajarkan kepada saya dalam mimpi
pada 3 Ramadhan 1440. Alhamdulillah Maha suci
Allah f, ini bukanlah kali pertama isteri saya
bermimpi diziarahi Baginda n dan keluarganya,
tetapi sudah lebih 4 atau 5 kali selepas berkahwin.

Kalimah85 | 18
Belum lagi dikira ketika sebelum berkahwin. Jadi
saya tidak ragu sama sekali jika isteri saya ceritakan
mimpinya kerana dia sudah “kenal” bagaimana
keadaan mimpi yang ada hadir Baginda n di
dalamnya. Wallahua’lam. Bermimpi bertemu Nabi
n bukanlah sesuatu yang mustahil atau menyalahi
syariat, bahkan ia berlaku kepada ramai ulama
dan para wali Allah f seperti yang diriwayatkan
dalam kitab-kitab mereka atau kitab murid-murid
mereka. Sabda Rasulullah n yang bermaksud:

َّ
ِ‫الل ُه عَ َل ْيه‬ ‫ص َّلى‬ َ َ
َ ‫ي‬ ِّ ‫ن أ ِبي ُهرَيْ رَة عَ ْن ال َّن ِب‬ ْ َ‫ع‬
‫ام َف َق ْد رَآنِي‬ ْ ‫ن رَآنِي فِ ي‬
ِ ‫المَ َن‬ ْ َ‫ وَ م‬: ‫ال‬ َ ‫س َّلمَ َق‬ َ َ‫و‬
‫صو َرتِي وَ مَ ْن‬ ُ ‫ل فِ ي‬ َّ
ُ ‫ان ل َي َتمَ ث‬ َ َ ‫ط‬ َ
َ ‫َح ًّقا ف ِإ َّن الش ْي‬
َّ
ْ
‫ي مُ َتعَ ِّم ًدا َف ْل َي َت َبوَّ أ مَ ْقعَ َد ُه مِ ْن ال َّنا ِر‬ َ
َّ ‫ب عَ ل‬ َ ‫َك َذ‬

Abu Hurairah a meriwayatkan dari Nabi n,


Beliau bersabda: “Barangsiapa melihatku dalam
mimpi, maka sesungguhnya ia telah melihatku
secara benar. Sesungguhnya syaitan tidak mampu
menyerupai bentukku. Barangsiapa yang berdusta
atasku secara sengaja maka ia telah menempah
tempat duduk dalam neraka”. (HR Bukhâri dan
Muslim)

Kalimah85 | 19
Baginda n sendiri menyatakan jika kita mimpi
melihat Baginda n, maka itu adalah mimpi yang
benar kerana syaitan tidak dapat menyerupai
Baginda n. Bahkan kata guru kami, syaitan tidak
dapat melakukan apa-apa pun yang berkaitan
dengan nabi seperti mengaku diri sebagai nabi,
menunjukkan gambaran orang lain sebagai nabi
dan seumpamanya. Maka seandainya seseorang
itu mimpi bertemu Baginda n, maka rohnya akan
terus mengenali bahawa itulah Baginda Rasulullah
n. Kerana kita semua pernah hidup di alam arwah
dan telah pun mengenali siapa tuhan kita dan
nabi kita ketika dalam bentuk roh lagi. Bahkan
ketika di alam arwah itulah semua roh telah pun
“bersyahadah” yang kemudiannya didatangkan
ke dunia dengan segala ujiannya, ada yang kekal
dalam syahadah yang dan ada pula yang khianat
pada syahadahnya. Semoga Allah f pilih kita
sebagai insan yang kekal pada syahadahnya dari
alam arwah hingga alam barzakh. Firman Allah f
dalam surah Al-Araaf ayat 172:

‫ظ ُهو ِرهِ ْم ُذ ِّريَّ َت ُه ْم‬ُ ‫ُّك مِ ن َبنِي آ َدمَ مِ ن‬ َ ‫وَ ِإ ْذ َأ َخ َذ َرب‬


َ ُ َ َ ُ ‫ش َه َد ُه ْم عَ َلى َأ‬
ْ ‫وَ َأ‬
‫ى‬ ٰ ‫ت ِب َربك ْم قالوا بَل‬
ُ ِّ ُ ‫س‬ْ ‫س ِه ْم أ َل‬
ِ ‫نف‬ ٰ
Kalimah85 | 20
َ ‫ه َذا‬
َ ‫غافِ ل‬
‫ِين‬ َ ٰ ‫القِ َيامَ ةِ ِإ َّنا ُك َّنا عَ ْن‬ ُ ‫شه ْد َنا َأن َت ُق‬
ْ َ‫ولوا يَوْ م‬ َ
ِ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu


mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-
temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia
jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri,
(sambil Ia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah
Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab:
“Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi
saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata
pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah
lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat
tauhid) ini”.

Al-Araaf ayat 173:

‫ل وَ ُك َّنا‬ ُ ‫َاؤ َنا مِ ن َق ْب‬ ُ ‫شرَكَ آب‬ ْ ‫ولوا إ َّنمَ ا َأ‬


ُ ‫َأوْ َت ُق‬
ِ
َ ‫ط ُل‬
‫ون‬ ْ ‫ل‬
ِ ‫المُ ْب‬ ُ ‫ُذ ِّريَّ ًة ِّمن بَعْ دِ هِ ْم َأ َف ُت ْهل‬
َ َ‫ِك َنا ِبمَ ا َفع‬

Atau supaya kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya


ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu
sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang
kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah
Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan
kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat
Kalimah85 | 21
itu?”

Dan apa yang menggerunkan ialah, dalam hadith


yang sama, Nabi n mengancam orang yang
menipu atas nama Nabi n dengan ancaman neraka
yang dahsyat. Ketakutan apa yang lebih dahsyat
daripada ancaman neraka daripada lidah Nabi n
sendiri? Maka takut sekali kami untuk menipu atas
nama mulia Baginda Nabi n. Saya juga memohon
keampunan Allah f jika ada yang terlepas
pandang atau ada kesilapan dalam meriwayatkan
mimpi tersebut. Demi Allah f jika ada kesalahan
dan kesilapan, ia bukanlah disengajakan melainkan
kelemahan insan semata-mata.

Maka terhasillah buku kecil ini untuk dijadikan


amalan dan saya harap usaha kecil ini diterima Allah
f dan saya berazam untuk berkhidmat kepada
buku ini sepenuhnya dan memberikan ia percuma
kepada sesiapa sahaja yang berhajat walaupun
terpaksa menghabiskan ribuan ringgit dari poket
sendiri, kerana ianya tiada apa-apa berbanding
dengan gembiranya saya dan keluarga atas ziarah
Baginda Rasulullah n dan keluarga Baginda n
kepada kami asbab berkat daripada kitab kecil ini.
Saya mulakan buku ini dengan mukaddimah dari

Kalimah85 | 22
Hazrat Syaikh sendiri dan susunan 85 ayat dari
mula hingga akhir beserta kata-kata penutupnya
dari Hazrat Syaikh sendiri. Kemudian saya tutup
kitab ini dengan bacaan 3 Qul yang Allah f
ilhamkan kepada saya dan isteri supaya dimuatkan
sekali untuk menggenapkan ayat-ayat Al-Quran ini
menjadi 100 ayat.

Apabila saya menyusun kitab ini selepas mendapat


ijazah, saya menjadi khuatir jika akan ada mulut-
mulut yang menuduh dan memfitnah amalan ini
sebagai bidaah dan seumpamanya memandangkan
ianya “tiada asal daripada Nabi n”. Padahal ianya
cuma ayat Al-Quran yang tiada masalah sama
sekali untuk dibaca di mana sahaja, pada bila-
bila masa dan ayat mana-mana pun. Ianya dalam
lingkungan hukum sunat untuk membaca mana-
mana ayat Al-Quran berdasarkan makna zahir
pelbagai hadis Nabi n. Namun hati saya tetap tidak
selesa dan mengharapkan agar dapat menyediakan
lebih daripada itu serta mengelakkan fitnah,
pertelingkahan, cemburu dan hasad yang tidak
perlu. Maka saya telah mohon daripada Allah f
apakah yang patut saya lakukan. Lalu tiba-tiba
terdetik dalam hati saya untuk mencari hadis-hadis
tentang Ismul ‘Azam dan saya mula membelek

Kalimah85 | 23
kitab-kitab hadis yang ada di meja saya ketika itu.
Maha suci Allah f, saya dipertemukan secara
“tidak sengaja” dengan hadis ini:

‫ قال رسول‬،‫عن أبي هريرة رضي هللا عنه قال‬


‫هللا صلى هللا عليه وسلم من قرأ في ليلة مائة‬
‫وهو بعد الحديث رواه الحاكم وقال‬ .‫آية كتب من القانتين‬
٣٠٨:١ .‫هذا حديث صحيح على شرط الشيخين ولم فجاه وواقفه الذهبي‬

Saidina Abu Hurairah a meriwayatkan bahawa


Rasulullah n bersabda yang bermaksud, “Sesiapa
yang membaca 100 ayat daripada al-quran pada
satu malam, maka akan ditulis dirinya termasuk
daripada kalangan Qaanitin (ahli ibadah).”
(Mustadrak Hakim, dinilai Sahih mengikut syarat
Syaikhain)

Maka alangkah gembiranya saya apabila bertemu


dengan hadith ini dan saya terus mesyuarat dengan
isteri saya apa lagi ayat yang perlu ditambah untuk
mencukupkan ia menjadi 100 ayat agar amalan
“sunat” ini menjadi “sunnah” (membaca 100 ayat
pada waktu malam) memandangkan hadith itu
tidak menyatakan mana-mana ayat secara khas,
jadi mana-mana ayat Al-Quran pun apabila dibaca
Kalimah85 | 24
pada waktu malam berjumlah 100 ayat, maka
termasuk ia di dalam fadhilat hadith tersebut. Ketika
bermesyuarat, kami cuba masukkan beberapa
surah pendek tetapi tidak tepat ayatnya menjadi
100. Sehinggalah Allah f dengan kasih sayang-
Nya memberi ilham kepada kami agar menambah
3 surah terakhir al-quran iaitu surah Al-Ikhlas (4
ayat), surah Al-falaq (5 ayat) dan surah An-Naas
(6 ayat) yang apabila dijumlahkan menjadi 15
ayat sekaligus menggenapkan jumlah 100 apabila
digabungkan dengan 85 ayat ini. Bahkan ia menjadi
simbolik sebagai “penutup” kepada amalan ini
memandangkan 3 surah itu benar-benar adalah
surah terakhir dalam Al-Quran yang menjadi
“penutup” kepada kitab suci kita.

Jika diteliti, ayat-ayat yang disusun Hazrat Syaikh


ini bukanlah semuanya ayat yang lengkap. Ada
yang lengkap seperti ‫ قل هو هللا احد‬manakala
kebanyakan yang lain pula hanyalah sepotong
ayat yang mengutamakan penggunaan kalimah
‫ ال اله اال هللا‬atau yang semakna dengannya. Ada
juga ayat yang Hazrat ulang sebanyak 2 kali seperti
ayat 51 dan 52, kami tidak mengetahui kenapa
Hazrat melakukan hal tersebut, kami telah meneliti
pelbagai terbitan dari pelbagai bahasa dan dapati ia

Kalimah85 | 25
memang diulang sebanyak 2 kali. Jadi kami kekalkan
keasliannya seperti sedia. Ada juga terdapat 2 ayat
dalam 1 ayat seperti ayat 84, kemungkinan ianya
tersalah cetakan atau tersalah pernomboran kerana
secara logiknya mungkin ayat yang berulang (51
dan 52) itu sebenarnya cuma sekali manakala
ayat 84 yang mengandungi 2 ayat pula sebenarnya
di bawah dua nombor yang berbeza. Jika dikira
seperti ini, maka ia tetap lengkap menjadi 85 ayat.
Walaubagaimanapun, kami tetap mengekalkan
keasliannya seperti yang kami dapat dari cetakan
Bahasa Urdu dan Inggeris.

Jadi seandainya diteliti sebegini, maka sebenarnya


secara logik tidaklah ia dikira ayat sempurna 85
kerana boleh jadi kurang atau lebih. Oleh sebab
itu kami tidak katakan buku ini adalah himpunan
85 ayat sebaliknya kami nyatakan ini adalah
himpunan 85 kalimah dan kami menyimpulkan ia
sebagai 85 ayat untuk mengambil berkat perkataan
Hazrat Syaikh sendiri yang menggelarkan ia sebagai
85 ayat.

Jika ulama sering mengumpulkan hadith


berjumlah 40 seperti amalan Durood 40 oleh
Maulana Asyraf Ali Thanwi t dan Maulana

Kalimah85 | 26
Muhammad Zakariyya Khandahlawi t adalah
untuk mengambil keberkatan selawat serta nombor
40 dari hadith kelebihan mengumpulkan 40 hadith,
maka risalah ini pula adalah untuk mengambil
berkah hadith yang menyatakan 100 ayat.

Rasulullah n bersabda yang bermaksud:


“Barangsiapa yang mengumpul dari umatku 40
hadits akan perkara agamanya, maka Allah akan
membangkitkannya di hari kiamat nanti bersama
golongan para fuqaha dan ulama”.

Dalam riwayat lain disebutkan, “Allah akan


membangkitkannya sebagai seorang faqih dan alim”.

Dan dalam riwayat Abu Darda, “Aku pada hari


kiamat akan menjadi pemberi syafaat dan saksi“.

Dan dalam riwayat Ibnu Mas’ud, “Dikatakan


kepadanya: Masuklah kamu pada pintu mana yang
kamu suka”.

Dan dalam riwayat Ibnu Umar, “Akan ditulis


bersama golongan para ulama dan dibangkitkan
bersama para syuhada”.

Kalimah85 | 27
Sedangkan kebanyakan ulama yang mengumpul
40 hadith ini adakalanya membawa matan penuh
hadith tapi ada juga yang tidak membawa matan
penuh sebaliknya hanya mengkhususkan ia kepada
faedah ayat seperti 40 hadith berkenaan selawat dan
salam (40 Durood) yang hanya mengumpulkan
40 lafaz selawat tanpa menyatakan matan penuh
hadith. Ulama tetap menganggap ia sebagai 40
hadith dan mengakui ia termasuk dalam fadhilat
40 hadith seperti yang disebut di dalam hadith.

Maka hal yang sama diqiaskan kepada perihal


100 ayat ini yang mana tidaklah Hazrat Syaikh
meletakkan ayat penuh bahkan hanya sebahagian
dan lebih mengutamakan potongan ayat yang
membawa kepada maksud Kalimah Tayyibah. Dan
Hazrat tetap menggelarkan ia sebagai himpunan 85
ayat. Maka kami juga menyatakan hal yang sama
tanpa mengubah ia atau menambahnya melainkan
telah kami nyatakan penambahan 3 surah akhir
hanya semata-mata untuk mendapatkan fadhilat
100 ayat.

Maka adalah sesuatu yang sangat menggembirakan


seandainya Allah f sudi terima risalah kecil ini
untuk diamalkan oleh umat sejagat agar bermanfaat

Kalimah85 | 28
ia kepada semua akan 100 ayat suci Al-Quran yang
penuh barakah ini.

Ijazah Umum

Maka bacalah ia pada waktu malam (selepas


Maghrib hingga sebelum Subuh) agar dapat kita
amalkan sunnah/hadis Baginda n yang mulia
yakni membaca 100 ayat pada waktu malam
kemudian berdoalah apa sahaja hajat dengan
penuh rendah hati dan berharap serta yakin sambil
bertawassul kepada keberkatan ayat-ayat Al-Quran
yang mengandungi Kalimah Tayyibah ini agar
Allah f sudi kiranya untuk tunaikan apa hajat
kita. Misalnya:

“Ya Allah, dengan barokah 100 ayat suci terpilih


yang dibaca ini, Engkau tunaikanlah hajat kami ….
(nyatakan hajat)....”

Adapun bagi para salik dan mereka yang Khawwas


atau Akhas-ul-Khawwas pula, rujuklah mursyid
masing-masing bagaimana mengambil hikmah dan
sirr Ismul ‘Azam ini kerana mereka lebih maklum
akan hal kerohanian kalian.

Kalimah85 | 29
Jadi 85 ayat berisi Kalimah Tayyibah yang saya yakini
terkandung Ismul ‘Azam di dalamnya bersama 3
Qul (surah Al-Ikhlas, surah Al-falaq, surah An-
Naas) ini saya namakan ia dengan nama “Kalimah
85” dan saya ijazahkan secara ijazah ‘ammah
beserta sanadnya kepada sesiapa sahaja yang
buku ini sampai ke tangannya dengan syarat dan
maharnya berbentuk doa untuk saya dan keluarga
saya serta seluruh keluarga Tareqat Chistiyyah dari
Khanqah Syaikh Zakariyya Malaysia setiap kali
kalian membaca amalan ini. Doa yang sangat kami
harapkan ialah:

1) Kami mati sebagai mukmin.


2) Kalimah terakhir kami sebelum
mati ialah ‫ال اله اال هللا‬
3) Kami dapat mati di Madinah serta
dikuburkan di perkuburan Baqi’
bersama para sahabat Nabi g dan guru
mulia kami Hazrat Syaikh Maulana
Muhammad Zakariyya Khandahlawi
t.

Yang faqir lagi mengharapkan belas kasihan


Allahf,

Kalimah85 | 30
Abu Zakariyya Muhammad Zakuan Faiz Chisty
Muhajir Syami
6 Ramadhan 1440
Yarmouk University, Irbid, Jordan (Tanah Syam)

Kalimah85 | 31
85
Kalimah Tayyibah
Dari Al-Quran

Kalimah85 | 32
Mukadimah
oleh
Syaikh Muhammad Zakariyya Khandahlawi t

Pengenalan

Dalam bab ini mengandungi ayat-ayat yang


mempunyai Kalimah Tayyibah. Ayat-ayat ini
disebutkan sama ada secara keseluruhan atau
sebahagiannya, dan pada sesetengah ayat yang lain
pula lafaz ‘kalimah’ ini disebut dengan penggunaan
perkataan yang berbeza tetapi mempunyai maksud
yang sama seperti maksud Kalimah Tayyibah.
َ
Kalimah Tayyibah ‘ ‫ ’ َﻻ ِٳ َﻟ َﻪ ِٳ ٓﻻ ﷲ‬bermaksud
‘Tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan
Allah f.’ Begitulah juga ayat seperti ‘ ٍ‫ﻦ ُِٳ َﻟﻪ‬ ْ ِ‫ﻣَ ﺎ ﻣ‬
ُ ‫ ’ َﻻ ِٳ َﻟ َﻪ ِٳ َّﻻ‬akan membawa maksud
َ ’ dan ‘ َ‫ﻫﻮ‬
‫ﻏ ْﻴﺮُ ُﻩ‬
yang sama.

Demikian juga dengan ayat ‘ ‫ ’ َﻻ َﻧﻌْ ُﺒ ُﺪ ِٳ َّﻻ ﷲ‬yang


membawa maksud ‘ Kami tidak menyembah sesuatu
melainkan Allah f ’ dan ‘ ‫ﺎﻩ‬ ُ َّ‫ ’ َﻻ َﻧﻌْ ُﺒ ُﺪ ِٳ َّﻻ ِإﻳ‬iaitu
‘Kami tidak menyembah selain daripada-Nya’ juga
memberi maksud yang serupa. Demikianlah juga
‘ ‫ ’ ِإ َّﻧﻣَ ﺎ ُﻫﻮَ ِإ َﻟ ٌﻪ ﻮَ ﺣِ ٌﺪ‬yang bermaksud ‘Hanyasanya
Kalimah85 | 33
Dialah Tuhan Yang Maha Esa’.

Terdapat juga ayat-ayat lain yang semakna dengan


Kalimah Tayyibah. Surah dan ruku (bahagian yang
ditandai untuk memudahkan bacaan hafazan)
yang mana ayat-ayat tersebut dinyatakan telah
disenaraikan di sini.

Malah, keseluruhan Al- Quran adalah penerangan


dan mafhum kepada Kalimah Tayyibah, kerana
objektif asas al-Quran dan semua ajaran di dalam
agama Islam ialah tauhid (yakni berkisar tentang
keesaan Tuhan). Justeru dalam menyebarkan
tauhidlah maka para Nabi n telah diutuskan
kepada seluruh manusia pada zaman yang berbeza
dengan pelbagai bahasa.

Tauhid merupakan asas yang sama pada setiap


agama wahyu (yang dibawa oleh para nabi), oleh
kerana itu tauhid telah diterangkan secara panjang
lebar dengan pelbagai cara (dalam al-Quran) untuk
menyebarkan kebenarannya dan mengisbatkan
keesaan Allah f. Tauhid inilah yang menjadi
mafhum kepada Kalimah Tayyibah.

Kalimah85 | 34
Antara adab beramal ialah memulakannya dengan surah Al-
Fatihah. Terdapat banyak fadhilat kelebihan dan hikmah surah
ini apabila dibacakan. Surah ini adalah tambahan daripada kami
semata-mata untuk amalkan adab dan mengambil berkatnya,
bukan dari kitab Hazrat Syaikh rahimahullah. Hadiahkan
bacaan surah ini kepada para masyaikh, khususnya Hazrat
Syaikh sendiri. Jangan lupa doakan juga semua yang terlibat
dengan projek ini.

Kalimah85 | 35
1 12

(Al-Baqarah: 163)

1 22

(Al-Baqarah: 255)

1 32

(Ali-’Imran: 2)

1 42

(Ali-’Imran: 18)

1 52

(Ali-’Imran: 18)

Kalimah85 | 36
1 62

(Ali-’Imran: 62)

1 72

(Ali-’Imran: 64)

1 82

(An-Nisaa’: 87)

1 92

(Al-Ma`idah: 73)

1 10 2

(Al-An’am: 19)

Kalimah85 | 37
1 11 2

(Al-An’am: 46)
1 12 2

(Al-An’am: 102)

1 13 2

(Al-An’am: 106)

1 14 2

(Al-A’raf: 140)

1 15 2

(Al-A’raf: 158)

1 16 2

(At-Taubah: 31)
Kalimah85 | 38
1 17 2

(At-Taubah: 129)

1 18 2

(Yunus: 3)

1 19 2

(Yunus: 32)

1 20 2

(Yunus: 90)

1 21 2

(Yunus: 104)

Kalimah85 | 39
1 22 2

(Hud: 14)

1 23 2

(Hud: 26)

1 24 2

(Hud: 50)

1 25 2

(Hud: 61)

1 26 2

(Hud: 84)

1 27 2

(Yusuf: 39)

Kalimah85 | 40
1 28 2

(Yusuf: 40)

1 29 2

(Ar-Ra’d: 30)

1 30 2

(Ibrahim: 52)

1 31 2

(An-Nahl: 2)

1 32 2

(An-Nahl: 22)

1 33 2

(An-Nahl: 51)

Kalimah85 | 41
1 34 2

(Bani Isra’il: 39)

1 35 2

(Bani Isra’il: 42)

1 36 2

(Al-Kahfi: 14)

1 37 2

(Al-Kahfi: 15)

1 38 2

(Al-Kahfi: 110)

Kalimah85 | 42
1 39 2

(Maryam: 36)

1 40 2

(Taha: 8)

1 41 2

(Taha: 14)

1 42 2

(Taha: 98)

1 43 2

(Al-Anbiya’: 22)

1 44 2

(Al-Anbiya’: 24)

Kalimah85 | 43
1 45 2

(Al-Anbiya’: 25)

1 46 2

(Al-Anbiya’: 43)

1 47 2

(Al-Anbiya’: 66)

1 48 2

(Al-Anbiya’: 87)

1 49 2

(Al-Anbiya’: 108)

Kalimah85 | 44
1 50 2

(Al-Haj: 34)

1 51 2

(Al-Mukminun: 23)

1 52 2

(Al-Mukminun: 23)

1 53 2

(Al-Mukminun: 91)

1 54 2

(Al-Mukminun: 116)

Kalimah85 | 45
1 55 2

(Al-Mukminun: 117)

1 56 2

(Al-Naml: 64)

1 57 2

(Al-Qasas: 70)

1 58 2

(Al-Qasas: 72)

1 59 2

(Al-Qasas: 88)

Kalimah85 | 46
1 60 2

(Al-Ankabut: 46)

1 61 2

(Fatir: 3)

1 62 2

(As-Soffat: 4)

1 63 2

(As-Soffat: 35)

1 64 2

(Sad: 5)

1 65 2

(Sad: 65)

Kalimah85 | 47
1 66 2

(Az-Zumar: 4)

1 67 2

(Az-Zumar: 6)

1 68 2

(Al-Mukmin: 3)

1 69 2

(Al-Mukmin: 62)

1 70 2

(Al-Mukmin: 65)

1 71 2

(Fussilat: 6)

Kalimah85 | 48
1 72 2

(Fussilat: 14)

1 73 2

(As-Syura: 15)

1 74 2

(Az-Zukhruf: 45)

1 75 2

(Ad-Dukhan: 7)

1 76 2

(Ad-Dukhan: 8)

1 77 2

(Al-Ahqaf: 21)

Kalimah85 | 49
1 78 2

(Muhammad: 19)

1 79 2

(Az-Zariyat: 51)

1 80 2

(Al-Hasyr: 22)

1 81 2

(Al-Mumtahanah: 4)

1 82 2

(At-Taghabun: 13)

1 83 2

(Al-Muzzammil: 9)

Kalimah85 | 50
1 84 2

(Al-Kafirun: 2-3)

1 85 2

(Al-Ikhlas: 1)

Kalimah85 | 51
Penutup

Lapan puluh lima (85) ayat yang mengandungi


Kalimah Tayyibah atau ayat yang semakna
dengannya telah disenaraikan di atas . Sebagaimana
yang telah disebutkan di bahagian permulaan
kitab ini tadi, terdapat banyak lagi ayat lain yang
juga membawa maksud yang hampir sama dengan
Kalimah Tayyibah dan ini menunjukkan bahawa
tauhid merupakan asas di dalam agama. Justeru,
sebanyak mana kesungguhan pegangan seseorang
dan tumpuan hatinya terhadap kehendak tauhid
dapat disempurnakan, maka akan lebih tetaplah
keteguhan agamanya. Lantaran itu, tauhid
yang disebutkan di dalam Al-Quran telah pun
diterangkan dalam pelbagai pandangan dari
segenap aspek dan cara, supaya ia terpahat kukuh
ke dalam hati sanubari sehingga ia akhirnya tetap
kekal di sana, menjadikan tiada ruang untuk
sesuatu apa pun selain daripada Allah f.

Oleh: Hazrat Syaikh Maulana Muhammad


Zakariyya Khandahlawi t

Kalimah85 | 52
Kalimah85 | 53
4 Amalan Khas
Dan ditambah juga tahlil ‫ ال اله اال هللا‬sebanyak
100 kali serta beberapa amalan yang diajarkan oleh
Hazrat Syaikh Maulana Muhammad Zakariyya
Khandahlawi t pada bahagian akhir buku
ini sebelum berdoa bagi yang mahu amalkannya
demi mengambil barokah kalimah ini yang begitu
banyak. Andai dituliskan semua fadhilatnya maka
pasti buku ini akan menjadi sangat tebal.

Kalimah85 | 54
Tahlil 100x
Diriwayatkan oleh Hazrat Syaikh Maulana
Muhammad Zakariyya Khandahlawi t akan
hadith ini di dalam kitabnya Fadhail-e-Zikr:

‫عن أبي الدرداء رضي هللا عنه عن النبي صلى هللا‬


‫عليه وسلم قال ليس من عبد يقول ال إله إال هللا‬
‫ وجهه كالقمر‬،‫مائة مرة إال بعثه هللا يوم القيامة‬
‫ ولم يرفع ألحد يومئذ عمال أفضل من‬،‫ليلة البدر‬
‫عمله إال من قال مثل قوله أو زاد‬
(‫) رواه الطبراني‬

Saidina Abu Darda a meriwayatkan bahawa


nabi ‫ ﷺ‬bersabda yang bermaksud: “Tidaklah ada
seorang hamba Allah yang membaca ‫الاله إال هللا‬
100 kali melainkan dia akan dibangkitkan pada hari
kiamat dalam keadaan wajahnya bercahaya seperti
bulan purnama. Tidak diangkat amalan seseorang
lain yang lebih Afdhal daripadanya pada hari itu
melainkan sesiapa yang membaca seumpamanya
atau membaca lebih daripada itu. (Hadith riwayat
Thabarani)
Kalimah85 | 55
Maka bacalah olehmu tahlil sebanyak 100x agar
Allah f perkenan untuk berikan kita fadhilatnya.

100x ‫ال اله اال هللا‬

Kalimah85 | 56
4 Kalimat Hadrat Zubaidah t
Hazrat Syaikh Maulana Zakariyya Khandahlawi
t telah meriwayatkan bahawa terdapat 4
Kalimah Tayyibah yang diamalkan oleh Hadrat
Zubaidah t dimana beliau telah hadir dalam
mimpi seseorang dan apabila hal keadaannya
(selepas mati) ditanya maka beliau menjawab,
Allah f telah ampunkan semua dosanya dengan
berkat wirid 4 kalimah.

‫هللا َأ ْفنِي ِب َها ُعمْ ِري‬


ُ ‫َل ِٕا َل َه ِٕا َّل‬
ُ ‫هللا َأ ْد ُخ‬
‫ل ِب َها َق ْب ِري‬ ُ ‫َل ِٕا َل َه ِٕا َّل‬
‫هللا َأ ْخ ُلو ِب َها وَ ْحدِ ي‬ ُ ‫َل ِٕا َل َه ِٕا َّل‬
‫ى ِب َها َر ِّبي‬ َ َْ ُ ‫َل ِٕا َل َه ِٕا َّل‬
ٰ ‫هللا ألق‬

Kalimah85 | 57
Kalimah 40,000
Diriwayatkan amalan ini oleh Hazrat Syaikh
Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi t
daripada Sayyidina Tamim Dari a beliau berkata
bahawa Rasulullah ‫ ﷺ‬mengajarkan satu kalimah
yang barangsiapa membaca kalimah itu akan ditulis
untuknya 40,000 pahala:

‫صاحِ َب ًة‬
َ ‫صمَ ًدا َّل ْم َي َّتخِ ْذ‬ َ ‫هللا وَ ْاحِ ًدا َٔا َح ًدا‬
ُ ‫َل ِإ َل َه ِإ َّل‬
ُ ‫وَ َل وَ َل ًدا وَ َلم ي‬
‫َك ْن َل ُه ُك ُفوً ا َٔا َح ٌد‬

Kalimah85 | 58
Kalimah 2 juta
Diriwayatkan amalan ini oleh Hazrat Syaikh
Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi
t daripada Sayyidina Abdullah bin Abi Aufa
a berkata bahawa Rasulullah ‫ ﷺ‬mengajarkan satu
kalimah yang barangsiapa membaca kalimah itu
akan ditulis untuknya 2 juta pahala:

‫صمَ ًدا َّل ْم َي ِل ْد‬ َ ‫ك َل ُه َٔا َح ًدا‬ َ ‫هللا وَ ْح َد ُه َل‬


َ ْ‫ش ِري‬ ُ ‫َل ِإ َل َه ِإ َّل‬
‫َك ْن َل ُه ُك ُفوً ا َٔا َح ٌد‬
ُ ‫وَ َل ْم ُيوْ َل ْد وَ َلم ي‬

Kalimah85 | 59
Pengijazahan Amalan
Kalimah 85 ini telah diijazahkan dengan ijazah
umum untuk diamalkan kepada semua umat Islam,
walaubagaimanapun ijazah khusus yang bersanad
juga digalakkan untuk menambah keberkatan dan
keberkesanannya.

Maka dengan ini saya ijazahkan akan :

.........................................................................

Untuk mengamalkan Kalimah 85 sepertimana saya


mendapat ijazah amalan ini daripada:

Syaikh Haji Ahmad Nakhoda ‫َحفِ َظ ُه ّٰالله‬

Dan

Keluarga kepada Syaikhul Hadis Maulana Muhammad


Zakariyya Khandahlawi t.

Semoga Allah f mencurahkan kepada kita rahmat yang


luas dan Syafaat dari Rasullullah ‫ﷺ‬. Insya-Allah

Yang mengijazahkan :

.........................................................................
Yang Fakir lagi mengharapkan belas kasihan Allah f,
Muhammad Zakuan Faiz bin Zainol

Tarikh :.........................

Kalimah85 | 60
Sanad amalan Chisty Maulana Zakariyya t
1. Rasulullah ‫ﷺ‬
2. Saidina Ali ibn Abi Talib a
3. Syaikh Hasan Al-Basri t
4. Syaikh Abdul Wahid bin Zaid t
5. Syaikh Fudail bin ‘Ayad t
6. Syaikh Sultan Ibrahim bin Adham Al-Balkhi t
7. Syaikh Huzaifah Al-Marashi t
8. Syaikh Hubairah Al-Basri t
9. Syaikh Alu Mamshad Dainuri t
10. Syaikh Abu Ishak Shami t
11. Syaikh Abu Ahmad Chisti t
12. Syaikh Abu Muhammad Chisti t
13. Syaikh Nasiruddin Abu Yusuf t
14. Syaikh Qutbuddin Maudud Chisti t
15. Syaikh Sharif Zindani Tirmizi t
16. Syaikh Uthman Haruni t
17. Syaikh Mu’inuddin Habib Sanjari t
18. Syaikh Qutbuddin bakhtiar Kaaki t
19. Syaikh Fariduddin Shakar Ganj t
20. Syaikh Makhdum ala’uddin As-Sabiri t
21. Syaikh Shamsuddin Turki t
22. Syaikh Jalaluddin Pani Pati t
23. Syaikh Abdul Haq Radolwi t
24. Syaikh Ahmad Arif Al-Farouqi t
25. Syaikh Muhammad Arif Al-Farouqi t
26. Syaikh Abdul Quddus Gangohi t
27. Syaikh Jalaluddin Thanisari t
28. Syaikh Nizamuddin Balkhi t
29. Syaikh Abu Said Gangohi t
30. Syaikh Muhibullah Sadarpuri t
31. Syaikh Muhammadi Akbarabadi t
32. Syaikh Muhammad Makki Wali t
33. Syaikh Adh’duddin Amrohi t
34. Syaikh Abdul Hadi Amrohi t
35. Syaikh Abdul Baari Amrohi t
36. Syaikh Abdur Rahim Wilayati t
37. Syaikh Nur Muhammad Jinjanwi t
38. Syaikh Hj Imdadullah Muhajir Makki t
39. Syaikh Ml Rashid Ahmad Gangohi t
40. Syaikh Ml Khalil Ahmad Sahanpuri t
41. Syaikh Ml Muhammad Zakariyya Khandahlawi t
42. - Syaikh Haji Ahmad Nakhoda ‫َحفِ َظ ُه ّٰالله‬
- Keluarga Syaikh Ml Muhammad Zakariyya
Khandahlawi t
Makluman

• Risalah ini diedarkan secara percuma


kepada orang ramai dan bukan untuk
dijual. Jika anda berminat untuk dapatkan
dan edarkan ia di masjid/surau/kediaman/
pejabat/kenduri atau untuk menyumbang
saham kepada projek ini, sila hubungi:
+6011 1066 0562.

Kalimah85 | 62
Sanad amalan Chisty Maulana Zakariyya t
1. Rasulullah ‫ﷺ‬
2. Saidina Ali ibn Abi Talib a
3. Syaikh Hasan Al-Basri t
4. Syaikh Abdul Wahid bin Zaid t
5. Syaikh Fudail bin ‘Ayad t
6. Syaikh Huzaifah Al-Marashi t
7. Syaikh Hubairah Al-Basri t
8. Syaikh Alu Mamshad Dainuri t
9. Syaikh Abu Ishak Shami t
10. Syaikh Abu Ahmad Chisti t
11. Syaikh Abu Muhammad Chisti t
12. Syaikh Nasiruddin Abu Yusuf t
13. Syaikh Qutbuddin Maudud Chisti t
14. Syaikh Sharif Zindani Tirmizi t
15. Syaikh Uthman Haruni t
16. Syaikh Mu’inuddin Habib Sanjari t
17. Syaikh Qutbuddin bakhtiar Kaaki t
18. Syaikh Fariduddin Shakar Ganj t
19. Syaikh Makhdum ala’uddin As-Sabiri t
20. Syaikh Shamsuddin Turki t
21. Syaikh Jalaluddin Pani Pati t
22. Syaikh Abdul Haq Radolwi t
23. Syaikh Ahmad Arif Al-Farouqi t
24. Syaikh Muhammad Arif Al-Farouqi t
25. Syaikh Abdul Quddus Gangohi t
26. Syaikh Jalaluddin Thanisari t
27. Syaikh Nizamuddin Balkhi t
28. Syaikh Abu Said Gangohi t
29. Syaikh Muhibullah Sadarpuri t
30. Syaikh Muhammadi Akbarabadi t
31. Syaikh Muhammad Makki Wali t
32. Syaikh Adh’duddin Amrohi t
33. Syaikh Abdul Hadi Amrohi t
34. Syaikh Abdul Baari Amrohi t
35. Syaikh Abdur Rahim Wilayati t
36. Syaikh Nur Muhammad Jinjanwi t
37. Syaikh Hj Imdadullah Muhajir Makki t
38. Syaikh Ml Rashid Ahmad Gangohi t
39. Syaikh Ml Khalil Ahmad Sahanpuri t
40. Syaikh Ml Muhammad Zakariyya Khandahlawi t

Anda mungkin juga menyukai