Anda di halaman 1dari 6

  Buletin Teknologi MARDI, Bil.

1(2012): 71– 76

Prestasi alat pemetik buah manggis PMA1


(Performance of mangosteen fruit picker PMA1)

Jafni Johari Jiken, Azizul Ghazali dan Mohamad Fakhrul


Zaman Omar

Pengenalan
Manggis (Garcinia mangostana) juga digelar sebagai ‘ratu buah
tropika’ dan merupakan salah satu buah-buahan tropika yang
lazat dan digemari oleh pengguna. Ia berasal dari hutan tropika
yang teduh di kawasan Asia Tenggara, iaitu hutan belantara
Malaysia dan Indonesia. Dari Asia Tenggara, tanaman ini
tersebar ke daerah Amerika Tengah dan kawasan tropika lain
seperti Sri Lanka, Hawaii dan Australia Utara. Pengeluaran
buah manggis di negara kita meningkat dari tahun 2004 ke 2006,
iaitu masing-masing sebanyak 162,000, 559,000 dan 559,750 tan
metrik. Penuaian buah manggis yang diamalkan adalah secara
tradisional iaitu dengan memanjat dan memetik buah. Disebabkan
peningkatan pengeluaran dan permintaan kualiti buah manggis
yang tinggi, maka teknologi untuk membantu pengusaha menuai
hasil buah di dusun atau ladang merupakan satu keperluan.
Penggunaan teknologi ini dapat membantu dalam mendapatkan
hasil buah manggis yang lebih berkualiti dengan cara yang lebih
mudah dan selamat.

Kaedah semasa memetik buah manggis


Kaedah memanjat
Terdapat pelbagai kaedah konvensional dan moden yang
digunakan untuk memetik buah manggis. Kaedah yang paling
popular adalah dengan memanjat pokok. Individu yang
memanjat pokok itu sama ada memetik buah manggis dengan
tangan atau menggoncangkan dahan pokok agar buah manggis
gugur ke tanah. Bagaimanapun, cara ini memerlukan kemahiran
memanjat yang tinggi dan buah yang jatuh ke bawah juga akan
lebam dan mengakibatkan gamosis. Buah yang terhempas ke
tanah akan mengeras atau kematu dan menjadi rosak semasa
proses penyimpanan. Malahan buah manggis yang tidak mencapai
indeks kematangan yang sepatutnya juga akan gugur jika dahan
pokok digoyangkan. Ini nyata menjejaskan hasil pendapatan
peladang tersebut.

Penggunaan galah buluh


Penggunaan galah juga biasa digunakan untuk memetik buah
manggis. Buluh yang panjang dan berdiameter besar, antara 6 cm
hingga 9 cm dipotong hujungnya dan dibelah 10 cm ke dalam.
Sebuah objek yang berdiameter lebih besar daripada buluh
(kebiasaanya buah manggis yang sudah keras) akan dimasukkan
ke dalam bahagian hujung buluh yang telah dibelah itu untuk
menjadikannya mengembang seperti kelopak bunga atau jari.

71
Galah ini digunakan dengan memasukkan buah manggis yang
dipetik ke hujung bahagian buluh yang mengembang dan
gerakan memulas dilakukan sehingga buah berjaya dituai. Galah
akan ditarik ke bawah untuk mengumpul hasil dan gerakan ini
dilakukan berulangan. Kaedah ini memakan masa yang banyak
dan mengakibatkan pengguna sakit tengkuk dan badan kerana
mendongak dan menarik buluh ke bawah secara berulangan.

Alat pemetik buah manggis (PMA1)


Satu alat pemetik buah manggis (PMA1) (Gambar 1) telah direka
cipta oleh MARDI pada tahun 1992, namun kebolehan dan prestasi
penggunaan di ladang belum dilakukan secara terperinci. Oleh
itu, alat ini telah diuji guna di plot ladang manggis Stesen MARDI
Bukit Tangga.
Beberapa kaedah telah dirangka untuk menguji alat ini.
Jenis penuaian dibahagi kepada dua jenis, iaitu di luar kanopi
dan di dalam kanopi. Ini kerana situasi memetik buah manggis
di dalam kanopi lebih sukar kerana halangan dahan pokok
membataskan pergerakan alat ini berbanding dengan keadaan luar
kanopi yang lebih luas dan bebas. Untuk setiap uji kaji pula, hasil
memetik dibahagi kepada dua, iaitu di dalam jaring dan di luar
jaring. Di dalam jaring bermaksud buah manggis yang dipetik
menggunakan alat ini masuk melalui gelang jaring yang direka,
manakala di luar jaring pula, buah jatuh ke tanah tanpa melalui
jaring. Ini adalah penting untuk menentukan alat ini berfungsi
dengan lebih efektif dan tidak mengakibatkan kehilangan hasil
yang tinggi melalui kerosakan buah yang jatuh. Hasil ujian
diambil selang 5 minit sehingga minit ke-30 kerana masa satu
minit adalah amat singkat. Sekiranya pengguna memegang alat
ini terlalu lama, ia akan mengakibatkan pengguna lenguh dan
letih. Unit hasil yang sesuai digunakan dalam eksperimen ini
dikenal pasti sebagai bilangan buah kerana berat buah tidak sesuai
digunakan sebagai kiraan unit hasil. Tiga operator yang terdiri
daripada dua orang lelaki dan seorang wanita digunakan dalam
ujian ini.

Prestasi
Secara purata, bilangan buah manggis yang berjaya dipetik oleh
setiap operator ialah lapan biji seminit untuk kategori luar kanopi
dan dua biji seminit untuk kategori dalam kanopi dalam tempoh
30 minit yang diberikan (Jadual 1). Walaupun begitu, pengguna
yang sudah mahir menggunakan alat ini boleh memetik antara
10–12 biji setiap minit. Setiap operator akan mendapat hasil yang
paling kurang pada lima minit pertama kerana di peringkat awal
ini, mereka masih dalam proses belajar dan mencari kemahiran
menggunakan alat ini dengan lebih baik. Namun hasil mereka
meningkat dan sekata pada masa yang seterusnya. Terdapat juga
kehilangan hasil yang tinggi kerana buah yang dikait terkeluar
dari gelang jaring dan jatuh ke tanah. Peratus bilangan buah
yang tidak memasuki jaring adalah antara 20% hingga 25% untuk

72
kategori luar kanopi dan lebih kurang

jaring
Luar
Dalam kanopi
30% untuk kategori dalam kanopi.

3
3

20
5
5
2
2
Operator ketiga yang merupakan

Jadual 1. Prestasi bilangan buah manggis yang dipetik dengan alat pemetik buah manggis (PMA1) di Stesen MARDI
seorang wanita juga menunjukkan

Dalam

68
jaring
Operator 3 (perempuan)
hasil yang baik dan tidak banyak

6
5

48
9
9
10
9
perbezaan dengan operator lelaki.
Ini membuktikan bahawa alat pemetik

jaring
buah manggis ini sesuai digunakan

Luar
Luar kanopi
oleh kedua-dua golongan lelaki dan

7
10

48
8
7
8
8

229
wanita (Gambar 2).

Dalam
Alat pemetik ini berfungsi

jaring
23
27

181
32
33
36
30
dengan baik dan berupaya memetik
sehingga ketinggian 5 m. Penggunaan


alat ini kurang memerlukan tenaga

jaring
Dalam kanopi
Luar
berbanding dengan peralatan lain.

3
4

25
6
5
3
4
Galah teleskopik yang ringan dan

Operator 2 (lelaki)

75
Dalam
boleh laras mengurangkan daya

jaring
kejerihan (Gambar 3). Daya memulas

5
8

50
7
11
10
9
semasa menggunakan galah buluh
yang biasa tidak diperlukan kerana

jaring
Luar
pengguna hanya perlu menggunakan Luar kanopi

10
8

55
8
11
10
8
daya tarikan yang sedikit untuk

234
memastikan jejari pengait memisahkan
Dalam
jaring
buah dari tangkainya. Buah manggis 24
25

179
28
34
36
32
juga dapat dikeluarkan dari jaring
tanpa menurunkan galah dan cara ini

jaring

juga dapat meminimumkan impak


Dalam kanopi
Luar

4
3

24
4
5
4
4
apabila buah tersebut menggelongsor
Operator 1 (lelaki)

76
di dalam jaring yang panjang
Dalam
jaring

(Gambar 4). Penggunaan galah


aluminium teleskopik yang ringan dan
7
7

52
8
10
9
11

boleh laras memudahkan pengguna


jaring

untuk merendahkan atau meninggikan


Luar
Luar kanopi

kedudukan pengait tanpa perlu


10
11

61
8
11
11
10

252

menarik galah ke bawah.


Dalam
jaring

Masalah
24
28

191
32
35
37
35

Semasa alat pemetik manggis ini diuji


penggunaannya di ladang, terdapat
Keseluruhan
Bukit Tangga

beberapa masalah yang timbul dan


memperlahankan keseluruhan aktiviti.
Jumlah
Masa

Pertama, sekiranya kedudukan


  5
10
15
20
25
30

operator di dalam kanopi pokok






manggis, hasil tuaian buah manggis


akan berkurangan secara mendadak. Dahan pokok akan
mengakibatkan gerakan operator terbatas (Gambar 5). Alat ini
hanya boleh digerakkan secara menegak dan terbatas dalam
10 darjah. Sekiranya pengguna ingin menuai buah manggis di
bahagian lain, maka galah teleskopik terpaksa direndahkan dan
ini akan memakan masa yang lebih panjang.

73
Gambar 1. Alat pemetik buah manggis Gambar 2. Alat pemetik mudah dikendalikan operator
(PMA1) wanita

Gambar 3. Alat pemetik buah manggis yang


dipasang dengan galah teleskopik

Gambar 4. Buah yang dikait meluncuri jaring

Gambar 6. Aktiviti mengait buah menjadi sukar


Gambar 5. Dahan pokok menyebabkan aktiviti apabila galah dilaraskan sehingga ketinggian
mengait di bawah kanopi terbatas maksimum

74
Kedudukan rangka pemetik yang panjang dan jauh dari
gelang jaring mengakibatkan buah yang dipetik tidak masuk
ke  dalam uncang dan jatuh ke atas tanah. Untuk memastikan buah
tidak terkeluar dari gelang jaring, operator harus mempunyai
kemahiran untuk meletakkan posisi tangkai buah manggis di
antara jari-jari pemetik. Gerakan mengait dilakukan dan pengguna
haruslah memastikan buah itu bergolek meluncuri rangka
jejari pemetik. Seterusnya, buah akan masuk ke dalam jaring
melalui gelang dan menggelongsor ke bawah tanpa sebarang
impak. Galah teleskopik yang digunakan juga menjadi mudah
melentur sekiranya dipanjangkan secara maksimum (Gambar 6).
Ini menjadikan aktiviti memetik buah manggis di kedudukan
yang lebih tinggi sehingga 6 m sukar sedikit untuk dilaksanakan.
Penggunaan masa juga lebih lama kerana individu yang berada
di kedudukan rendah memerlukan fokus tambahan untuk
mengesan buah manggis dan daya yang tinggi untuk mengawal
galah teleskopik yang panjang. Sekiranya gerakan ini berturutan
dalam tempoh yang lama, pengguna tersebut akan mudah berasa
penat.

Kos
Kos bagi setiap bahagian alat ini adalah berpatutan. Kos jejari
pemetik ialah RM10 manakala kos jaring ialah RM20 seunit dan
kos galah teleskopik hanyalah RM18. Kos keseluruhan bagi alat
pemetik buah manggis ini dianggarkan RM48 seunit. Harga ini
berpatutan bagi alat yang membantu memudahkan pengguna
dalam proses memetik manggis di dusun dan memberikan hasil
tuaian yang memuaskan.

Kesimpulan
Alat pemetik manggis (PMA1) mempunyai potensi untuk
dikomersial dengan hanya sedikit penambahbaikan. Galah
teleskopik yang digunakan perlu lebih stabil ketika ingin mengait
buah yang lebih tinggi. Prestasi ujian yang dijalankan di lapangan
menunjukkan hasil tuaian yang memuaskan. Dengan kos yang
rendah dan menjanjikan hasil tuaian yang tinggi, alat ini boleh
dijadikan satu keperluan untuk setiap pengusaha ladang manggis
secara sederhana atau kecil-kecilan. Secara relatif, alat pemetik
manggis ini boleh disyorkan di pasaran kepada pengusaha atau
individu yang mempunyai dusun manggis.

Penghargaan
Pengarang ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ribuan terima kasih kepada Cik Hartinee Abbas yang
telah memberikan maklumat penting dan membenarkan kami
menggunakan plot kajian manggis beliau di Stesen MARDI Bukit
Tangga untuk menguji alat ini.

75
Bibliografi
Augustin, M.A., Jamaliah, B., Dzulkifliy, M.H., Azizah, O. dan Chua, B.C. (1988).
Storage of mangosteens harvested at different stage of maturity. Prosid.
Sem. Food Res. Malaysia 6–7 May 1992, Serdang, m.s. 22–28. Serdang: UPM
Azizul, G. (1992). Alat pemetik buah manggis PMA1. Bul. Tek. Kej. Pert. 3: 1–3
Chong, S.T. (1987). Cantuman baji sisi untuk pembiakan manggis. Teknol. Buah-
Buahan, MARDI 2: 23–26
Mohd. Khalid, M.Z., Rukayah, A. dan Raziah, M.L. (1993). Pengenalan. Dalam:
Penanaman Manggis (Mohd. Khalid, M.Z., dan Rukayah A., ed.), m.s. 1–9.
Serdang: MARDI
Mohd. Salleh, P. dan Ahmad Tarmizi, S. (1993). Pengutipan hasil dan
pengendalian lepas tuai. Dalam: Penanaman Manggis, (Mohd. Khalid, M.Z.
dan Rukayah, A., ed.), m.s. 24–31. Serdang: MARDI

Ringkasan
Alat pemetik buah manggis (PMA1) telah dihasilkan pada tahun 1992
namun begitu, prestasi penggunaannya di ladang masih belum diuji secara
terperinci. Alat ini dapat berfungsi dengan baik dan praktikal terutamanya
kepada pengusaha ladang manggis yang tidak mampu memanjat pokok
manggis untuk memetik buahnya. Secara purata, bilangan buah manggis
yang berjaya dipetik oleh setiap operator ialah lapan biji seminit untuk
kategori luar kanopi dan dua biji seminit untuk kategori dalam kanopi
dalam tempoh 30 minit. Pengguna yang sudah mahir menggunakan alat
ini mampu memetik 10–12 biji seminit. Peratus bilangan buah yang tidak
memasuki jaring adalah antara 20% hingga 25% untuk kategori luar kanopi
dan lebih kurang 30% untuk kategori dalam kanopi. Alat pemetik buah
manggis ini juga sesuai digunakan oleh golongan wanita. Kos bagi setiap
alat pemetik ini termasuk dengan penggunaan galah teleskopik adalah
sebanyak RM48 seunit.

Summary
A mangosteen fruit picker PMA1 has been developed in 1992 but its
performance in field test had not been done. This tool is very practical and
helpful especially to mangosteen growers who have difficulties in climbing
trees to harvest the fruit. The average number of fruits, harvested in outer
canopy category is eight fruits per minute while for inner canopy is two
fruits per minute within the 30 minutes period. An expert user could achieve
10–12 mangosteen fruits per minute. About 20% to 25% loss were due to the
failure of the fruit to enter the nylon bag for outer canopy category while
30% loss for inner canopy category. This mangosteen picker is also suitable
for female user. Overall cost for one unit including the telescopic pole is
estimated at RM48.

Pengarang
Jafni Johari Jiken
Pusat Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi, Ibu Pejabat MARDI, Serdang,
Peti Surat 12301, 50774 Kuala Lumpur
E-mel: jafni@mardi.gov.my
Azizul Ghazali
Pusat Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi, Ibu Pejabat MARDI, Serdang,
Peti Surat 12301, 50774 Kuala Lumpur
Mohamad Fakhrul Zaman Omar
Pusat Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi, Stesen MARDI Bukit Tangga,
06050 Bukit Kayu Hitam, Kedah

76

Anda mungkin juga menyukai