Anda di halaman 1dari 6

BORANG SINOPSIS KAEDAH PEMBACAAN BUKU

Nama Sekolah : SMK BUKIT SENTOSA

1 Nama Pegawai / Kakitangan MOHD ROSHIDI BIN AYOB

2 Judul Buku BUKTI-BUKTI SAINS DAN SEJARAH KERASULAN


MUHAMMAD

3 Nama Pengarang Dr Danial Zainal Abidin 4 . Tahun Diterbitkan :2007

4 Tarikh Hantar 26 APRIL 2019

5 Bidang/ Fokus KEAGAMAAN

6 Ringkasan Eksekutif /Sinopsis : Buku ini menceritakan tentang kepentingan mengenal


peribadi Nabi Muhammad S.A.W dengan secara lebih
mendalam.
Beberapa kajian telah dilakukan oleh tokoh-tokoh
ilmuwan di seluruh dunia berkenaan dengan bukti-bukti
mengenai kerasulan Rasulullah S.A.W. Kajian demi kajian yang
telah dilakukan akhirnya membawa kepada penemuan yang
menakjubkan dimana segala tanda-tanda kerasulan Nabi
S.A.W ini telah dibuktikan melalui bukti-bukti dari aspek
sejarah, sains, dan melalui kitab-kitab agama lain.
Penemuan ini hakikatnya telah dikisahkan atau dicatat
suatu masa dahulu cuma kini setelah kajian-demi kajian di
jalankan barulah menemukan tentang penemuan terbaru ini.

Pembelajaran yang diperolehi : 1. Kepentingan mengenal peribadi Nabi S.A.W


2. Kepentingan untuk mengikut Sunnah Rasulullah
dalam kehidupan seharian.
3. Kepentingan menghayati semangat yang telah
ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W kepada umat
manusia yang lain.
8 Aplikasi di dalam organisasi : 1. Pekerjaan di tempat kerja adalah ibadah.
2. Memikul tugas yang diberikan dengan penuh
tanggungjawab.
3. Sentiasa memperbaiki amal kebaikan.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

……………………………………………………… ……………………………………………………………..

( MOHD ROSHIDI BIN AYOB ) ( )


BORANG SINOPSIS KAEDAH PEMBACAAN BUKU

Nama Sekolah : SMK BUKIT SENTOSA

1 Nama Pegawai / Kakitangan MOHD ROSHIDI BIN AYOB

2 Judul Buku 7 Formula individu cemerlang

3 Nama Pengarang Dr Danial Zainal Abidin 4 . Tahun Diterbitkan :2011

4 Tarikh Hantar 26 APRIL 2019

5 Bidang/ Fokus Motivasi

6 Ringkasan Eksekutif /Sinopsis : Buku ini menceritakan tentang tip-tip atau formula yang
boleh dikutip dari kitab Al-Quran untuk tujuan motivasi diri.
Pada masa kini terdapat banyak buku-buku motivasi yang
menggunakan teori-teori dari penulis barat, hanya segelintir
sahaja yang menggunakan teori yang telah diajarkan oleh
Rasulullah kepada umat manusia. Yang mana hakikatnya
sekiranya kehidupan manusia benar-benar berpandukan Al-
Quran dan Sunnah sudah pasti mereka akan dapat
menemukan jalan penyelesaian nya. Buku ini telah mengupas
dengan secara terpeinci tip-tip yang telah diajar dalam Al-
Quran dan telah diguna pakai oleh orang-orang terdahulu dan
ianya benar-benar member manfaat besar kepada mereka.
Al-Quran adalah kitab yang mempunyai ajaran-ajaran yang
relevan untuk diamalkan untuk sepanjang zaman.

Pembelajaran yang diperolehi : 4. Kepentingan mengenal perjuangan para Sahabat Nabi


S.A.W
5. Kepentingan untuk mengikut Sunnah Rasulullah
dalam kehidupan seharian.
6. Kepentingan mendalami ilmu untuk berhadapan
dengan dunia yang penuh mencabar.

8 Aplikasi di dalam organisasi : 4. Pekerjaan di tempat kerja adalah ibadah.


5. Melakukan setiap tugas yang diberikan dengan jujur
dan ikhlas berpandukan kepada ajaran Al Quran.
6. Dapat memberi motivasi kepada pelajar tentang
semangat yang telah ditunjukkan oleh tentera Islam
suatu ketika dahulu.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

……………………………………………………… ……………………………………………………………..

( MOHD ROSHIDI BIN AYOB ) ( )

BORANG SINOPSIS KAEDAH PEMBACAAN BUKU


Nama Sekolah : SMK BUKIT SENTOSA

1 Nama Pegawai / Kakitangan MOHD ROSHIDI BIN AYOB

2 Judul Buku PERKEMBANGAN SUKAN DI MALAYSIA

3 Nama Pengarang AMINUDDIN YUSOF 4 . Tahun Diterbitkan :2017

4 Tarikh Hantar 26 APRIL 2019

5 Bidang/ Fokus PENGETAHUAN PROFESIONALISME

6 Ringkasan Eksekutif /Sinopsis : Aktiviti sukan telah bermula sejak dahulu kala secara tidak
formal. Orang Melayu cekap berenang dan ilmu pelayaran
kerana mereka tinggal di sepanjang sungai. Kemasukan
kuasa asing, pedagang asing dan buruh asing ke Tanah
Melayu juga mempengaruhi perkembangan sukan. British
memperkenalkan sukan kriket dan polo. Kemasukan orang
Cina mula memperkenalkan sukan bole keranjang, pingpong
dan badminton. Sukan terus berkembang mengikut zaman
selepas merdeka. Terbukti melalui permainan bola sepak,
badminton, renang dan squash. Kepentingan sukan di
Malaysia dipantau oleh Kementerian Belia dan Sukan melalui
agensi –agensi kerajaan seperti Majlis Olimpik Malaysia,
MSSM dan MSSN. Kerajaan sedaya upaya cuba
menyediakan kemudahan untuk bersukan seperti stadium dan
kolam renang. Bakat – bakat muda terus digilap melalui
temasya sukan yang disediakan daripada peringkat Majlis
Sukan Sekolah Negeri, Majlis Sukan Negara, Majlis Sukan
Universiti Malaysia.
7 Pembelajaran yang diperolehi : 1. Sukan amat penting dalam perkembangan sahsiah positif
individu.
2. Sukan di Malaysian lebih terjurus kepada kaum tertentu
sebelum merdeka.
3. Kejayaan dalam bidang sukan dapat menanam semangat
patriotik dan semangat bekerjasama.
4. Kekuatan fizikal dan mental penting dalam penglibatan
seseorang dalam bidang sukan.
5. Kerajaan Malaysia menitik beratkan perkembangan sukan
di kalangan warga Malaysia dengan memperkenalkan 1Murid
1Sukan.

8 Aplikasi di dalam organisasi : 1. Menambah pengetahuan isi pengajaran dalam aktiviti


kokurikulum, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
2. Dapat memberi contoh-contoh aktiviti sukan yang boleh
diceburi oleh murid yang berbakat supaya mereka lebih fokus.
3. Dapat merancang BBB yang bersesuaian dengan aktiviti
yang dijalankan untuk murid.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

……………………………………………………… ……………………………………………………………..

( MOHD ROSHIDI BIN AYOB ) ( )

BORANG SINOPSIS KAEDAH PEMBACAAN BUKU


Nama Sekolah : SMK BUKIT SENTOSA

1 Nama Pegawai / Kakitangan MOHD ROSHIDI BIN AYOB

2 Judul Buku Pengurusan Keselamatan Kebakaran Di Pejabat-Pejabat


Kerajaan dan Swasta
3 Nama Pengarang Bahagian Pencegah dan 4 . Tahun Diterbitkan :2006
Keselamatan Kebakaran
4 Tarikh Hantar 26 APRIL 2019
5 Bidang/ Fokus Pengetahuan dan Profesional
6 Ringkasan Eksekutif /Sinopsis : Buku ini memberi pendedahan yang sangat berguna kepada
pentadbir, pegawai, kakitangan dan anggota mana-mana
organisasi, termasuk di sekolah. Isi kandungannya lebih
mudah difahami justeru persembahan yang lebih berbentuk
senaraian, carta dan ilustrasi.
Pengetahuan asas dan berciri saintifik tentang api ditunjukkan
menerusi segi tiga sains kebakaran, iaitu bahan api, haba dan
oksigen. Pepatah “mencegah lebih baik daripada mengubati”
akan hanya berkesan jika disokong oleh pengetahuan tentang
punca penyalaan, tindak balas kimia dan reaksi berantai yang
berlaku. Alat pemadam api yang disediakan pula hendaklah
bersesuaian dengan risiko kebakaran seperti persekitaran,
kemalangan, atau perbuatan khianat. Pengetahuan tentang
cara api marak dan merebak boleh membantu pengawalan
kebakaran, dan langkah bagi mengelakkan kecederaan atau
kehilangan nyawa penghuni bangunan. Asap tebal boleh
membunuh dalam beberapa saat, manakala api boleh marak
dalam beberapa minit sahaja.
Buku ini juga menunjukkan kaedah pemadaman dengan
memutuskan segi tiga kebakaran, iaitu dengan cara
melaparkan, melemaskan dan menyejukkan bahan api.
Bahagian akhir buku menampilkan audit kebakaran,
pengurusan keselamatan bangunan, dan peruntukan undang-
undang yang berkenaan.
7 Pembelajaran yang diperolehi : 1. Asertif / tegas diri (menjaga hak diri sendiri, dan menjaga
hak orang lain)
2. Autentik (ilmu pengetahuan menjadi asas kepada proses
membuat keputusan)
3. Akauntabiti (bertanggungjawab terhadap elemen
keselamatan)
4. Kepatuhan (mendahulukan kepentingan organisasi
daripada kepentingan peribadi)
8 Aplikasi di dalam organisasi : 1. Membangkitkan kesedaran tentang keselamatan sepanjang
masa
2. Membimbing murid menangani risiko kebakaran ketika
berada dalam bangunan
3. Memberi jalan kepada murid untuk memperoleh
pengetahuan yang sah dalam sains kebakaran
Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

……………………………………………………… ……………………………………………………………..

( MOHD ROSHIDI BIN AYOB ) ( )

BORANG SINOPSIS KAEDAH PEMBACAAN BUKU


Nama Sekolah : SMK BUKIT SENTOSA

1 Nama Pegawai / Kakitangan MOHD ROSHIDI BIN AYOB

2 Judul Buku GURU PEMIMPIN 360 DARJAH


3 Nama Pengarang KHUZAIMAH SULAIMAN 4 . Tahun Diterbitkan :2010

4 Tarikh Hantar 26 APRIL 2019

5 Bidang/ Fokus PENDIDIKAN - PENGURUSAN SEKOLAH

6 Ringkasan Eksekutif /Sinopsis : Buku “Guru Pemimpin 360 Darjah” hasil karya Khuzaimah
Sulaiman yang merupakan Pengetua Cemerlang JUSA C. Buku
ini mengandungi 8 bab yang merangkumi segala aspek
berkaitan pedagogi untuk membantu para pendidik
melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan.
Perbincangan awal dimulakan dengan meneroka maksud
Prinsip Lead Up, Prinsip Lead Across dan Prinsip Lead Down.
Bagi memenangi hati sesiapa sahaja, orang itu perlu
berpengaruh kerana “Pemimpin sebenar adalah pemimpin
yang berpengaruh – tidak lebih dan tidak kurang.” – Maxwell
Blurb Pemimpin 360° adalah orang yang mampu
mempengaruhi orang di sekelilingnya yang terdiri daripada
orang atasannya (bos), rakan sejawat, dan orang bawahan.
Guru Pemimpin 360 mampu memberikan sumber inspirasi,
motivasi dan bimbingan kepada semua peringkat guru, dari
guru biasa di bilik darjah hingga kepada pemimpin atasan
bagi menjadi pemimpin 360° yang berkesan dan cemerlang.
7 Pembelajaran yang diperolehi : Khuzaimah Sulaiman mengatakan bahawa seseorang itu perlu
mempunyai keistimewaan sendiri untuk menjadi pemimpin
yang berkesan dan berkebolehan dalam menguruskan
pegawi-pegawai bawahannya dengan jayanya.

8 Aplikasi di dalam organisasi : Buku “Guru Pemimpin 360 Darjah” ini sangat sesuai bagi
membantu dalam memberikan sumber inspirasi, motivasi dan
bimbingan kepada semua peringkat guru, dari guru biasa di
bilik darjah hingga kepada pemimpin atasan bagi menjadi
pemimpin 360° yang berkesan dan cemerlang.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

……………………………………………………… ……………………………………………………………..

( MOHD ROSHIDI BIN AYOB ) ( )

BORANG SINOPSIS KAEDAH PEMBACAAN BUKU


Nama Sekolah : SMK BUKIT SENTOSA

1 Nama Pegawai / Kakitangan MOHD ROSHIDI BIN AYOB

2 Judul Buku MEMBINA IMAGINASI CEMERLANG


3 Nama Pengarang DR. HM TUAH ISKANDAR AL- 4 . Tahun Diterbitkan :2010
HAJ
4 Tarikh Hantar 26 APRIL 2019

5 Bidang/ Fokus KAUNSELING – MOTIVASI DIRI


6 Ringkasan Eksekutif /Sinopsis : Buku ”Membina Imaginasi Cemerlang” hasil karya DR. HM
Tuah Iskandar al-Haj mempunyai 320 halaman. Antara isi
menarik yang telah dipaparkan dalam buku ini adalah
mengenai penggunaan otak kita. Yang mana menurut kajian
Dr. Roger Sperry dari Institut California dan Dr. Paul Maclean
mengatakan manusia cuma menggunakan potensi otak
sebanyak 10% sahaja, 90% lagi hanya menunggu untuk
dikembangkan. Otak kiri dan otak kanan mempunyai fungsi
yang berlainan : yang mana sekiranya kita ingin menjadi
seseorang yang boleh dianggap 'cemerlang' kita perlulah
menggunakan kesepaduan dua bahagian otak ini secara
harmoni dan sempurna. Sebab itulah apabila seseorang yang
tidak hanya terlibat dalam bidang yang diceburinya boleh
dianggap hebat dan cemerlang. Dalam bukunya Dr.Tuah
memberi contoh seorang yang meminati seni lukis,
menceburkan bidang dalam perakaunan sebagai kegiatan
sampingan. Macam keadaan sekarang ni, seorang guru boleh
menjalankan kegiatan perniagaan sebagai kegiatan
sampingan kerana dia meminati bidang itu.

7 Pembelajaran yang diperolehi : DR. HM Tuah Iskandar al-Haj mengatakan bahawa “Binalah
angan-angan yang cemerlang untuk mencapai kejayaan.
Beliau membimbing pembaca menjadikan angan-angan
sesuatu yang berharga dan alat untuk mencapai
kecemerlangan hidup.

8 Aplikasi di dalam organisasi : Buku ini merupakan satu-satunya buku motivasi Melayu yang
mendapat pengiktirafan antarabangsa dan sangat sesuai bagi
membantu para guru dan pelajar dalam menjadi insan yang
cemerlang

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

……………………………………………………… ……………………………………………………………..

( MOHD ROSHIDI BIN AYOB ) ( )

Anda mungkin juga menyukai