Anda di halaman 1dari 1

10 FAKTA YANG KITA TIDAK TAHU??

1. Landak ialah haiwan yang mempunyai banyak duri di seluruh tubuhnya. Duri ini
digunakan sebagai alat pertahanan diri ketika diserang musuh. Untuk pengetahuan
anda, seekor landak dewasa mempunyai lebih 30,000 duri di seluruh tubuhnya.
2. Lembu adalah haiwan yang buta warna. Oleh itu ia akan mengejar apa saja yang
dikibarkan di depan matanya sama ada kain merah atau kuning.
3. Seekor rama-rama merasa makanannya dengan menggunakan kaki dahulu
sebelum mengunakan lidahnya. Ini kerana deria rasa rama-rama terlekat pada
kakinya.
4. Nama Kanggaru terhasil bila beberapa pengembara kulit putih ternampak seekor
binatang yang terlompat-lompat di hadapan mereka. Bila ditanya pada Orang Asli di
sana, apa nama binatang itu, Orang Asli tersebut menjawab 'Kanguru' (bermaksud
'tak tahu'). Kanggaru tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ini
kerana ekornya berfungsi sebagai spring semasa melompat
5. King Richard II dari England (1367 - 1400) adalah orang pertama yang
menggunakan sapu tangan di dunia. Beliau membawa sekeping kain kecil yang
digunting untuk menyapu dan membersihkan lubang hidungnya
6. Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah huruf 'E'
manakala 'Q' adalah huruf yang paling kurang digunakan. Kalau tak percaya , beli
surat akhbar berbahasa Inggeris dan semaklah sendiri.
7. Pada tahun 1876, Alexander Graham Bell menjadi manusia yang paling berjaya di
dunia apabila mencipta telefon pada masa itu. Bagaimanapun, dia tidak pernah
menggunakan telefon untuk berhubung untuk berhubung dengan isteri dan ibunya
sebab mereka berdua pekak
8. .'Rhythm' dan 'syzygy' adalah perkataan yang paling panjang dalam bahasa
Inggeris tanpa huruf vokal.
9. Tahukah anda seekor kucing hanya boleh melihat dua warna sahaja iaitu hitam dan
putih.
10. Tahukah anda, nama terpanjang didunia pula di sebuah bukit di New Zealand iaitu
'Taumataw hakatangi ihangakoau auotama teaturipukak
pikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu'

Anda mungkin juga menyukai