Anda di halaman 1dari 5

PEPERIKSAAN AWAL TAHUN 2017

TINGKATAN 4
SMK ALANG ISKANDAR

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah menyertai
aktiviti kokurikulum di sekolah dan kesannya dari segi kesihatan. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Aktiviti kokurikulum ialah aktiviti luar bilik darjah dan kesedaran tentang kepentingan
menyertai aktiviti kokurikulum telah bermula lebih 50 tahun yang lalu melalui dokumen
Education Ordinance 1956 dan diperkukuh dengan pengenalan Dasar Pelajaran Kebangsaan.
Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat melahirkan murid yang aktif dan kreatif bahkan mampu
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Namun begitu sejak belakangan ini, penyertaan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum amat
mendukacitakan pelbagai pihak.

Murid-murid yang melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum dapat menggunakan


masa mereka dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Dalam pasukan unit beruniform seperti
Pengakap, Kadet Polis dan Pandu Puteri, semua ahli dituntut supaya sentiasa menepati dan
menghargai masa. Dalam hal ini, murid dididik tentang kepentingan dan cara pengurusan masa
dengan bijak. Aktiviti kokurikulum juga mengasah bakat istimewa murid selain dapat tampil
dengan lebih yakin dan berani dalam menghadapi cabaran luar yang kian mencabar. Selain itu,
penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dapat menyemai minat dan hobi mereka.
Contohnya, murid yang suka mengambil gambar akan menyertai Kelab Fotografi manakala
murid yang gemar mengembara dan mendaki akan menyertai Kelab Kembara.

Aktiviti kokurikulum juga mampu membentuk disiplin dan sahsiah diri yang kuat. Dalam
pasukan Kadet Polis, aspek sahsiah, kekemasan pakaian dan disiplin amat dititikberatkan. Selain
itu, penglibatan dalam kegiatan kokurikulum mampu melahirkan murid cemerlang yang
mempunyai pencapaian yang seimbang antara akademik dengan aktiviti kokurikulum. Murid
yang aktif dalam aktiviti kokurikulum turut memperoleh satu nilai tambah kerana kemahiran ini
bukan diperoleh melalui pengajaran di dalam bilik darjah tetapi di luar bilik darjah. Di samping
itu, perpaduan dalam aktiviti kokurikulum dapat disemai melalui semangat muafakat,
bekerjasama dan tolong-menolong. Dalam kegiatan kokurikulum, nilai-nilai berani,

1
bersemangat, setia kawan, jujur dan rajin banyak diterapkan kepada murid-murid bagi membina
daya kepimpinan, pengurusan dan seterusnya kaedah berorganisasi.

Semua pihak perlulah mengambil langkah yang lebih proaktif untuk menyedarkan
murid-murid tentang kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum. Ibu bapa dan guru perlu
menyokong penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum. Murid-murid yang aktif
dalam kegiatan kokurikulum tidak mudah terpengaruh dengan gejala sosial seperti merokok,
menghidu gam, melepak, seks rambang, mengambil dadah, dan sebagainya. Hal ini demikian
kerana kebanyakan murid yang aktif dalam kegiatan kokurikulum sentiasa berfikiran positif,
matang dan berwibawa.

(Dipetik dan diubah suai daripada 'Transformasi Kokurikulum


Kebangsaan' oleh Hashnan Abdullah, Utusan Malaysia, 24 Oktober 2011)

2
Soalan 2 : Puisi Moden

Baca Syair dibawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Syair Bidasari

Dengarkan tuan suatu riwayat


Raja di desa Negeri Kembayat
Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil ibarat

Ada raja suatu negeri,


Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.

Hairan orang empunya temasya,


Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa

Seri sultan raja bestari,


Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri

Beberapa lamanya dalam kerajaan,


Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Datanglah kepada suatu masa,


Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.

Datanglah menyambar suaranya bahana,


Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gelana,
Membawa diri ke mana-mana.

Baginda pun sedang dihadap orang,


Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
"Gempar ini apakah kurang."

3
(i) Berikan maksud rangkap syair dibawah

Datanglah kepada suatu masa,


Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.

[2 markah]

(ii) Pada pandangan anda, apakah bantuan yang boleh disalurkan kepada penduduk atau rakyat
sesebuah negara yang sedang menghadapi peperangan ?

[3 markah]

(iii) Nyatakan tiga nilai yang terdapat dalam syair ini. [3 markah]

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

3 (a) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.

i. Kebanyakan pengusaha mee goreng mendakwa bahawa mereka mengalami


kerugian akibat menaiki harga minyak.

Ii. Kerjasama semua pihak amat diperlukan dalam usaha membendong gejala buli yang
keleluasan dalam kalangan pelajar.

iii. Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota akan
diadakan Sukan Tahunan kali ke10 pada penghujung bulan ini.
[6 markah]

4
3 (b) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Usaha menghentikan kemiskinan rakyat di negara ini khususnya masyarakat Melayu


hanya akan dapat dicapai jika semua pihak saling bantu-membantu.

ii. Tindakan setengah-tengah peniaga kedai runcit yang meningkatkan harga gula dan
tepung telah mendapat tohmahan orang ramai.

iii. Segala murid-murid yang tidak mematuhi ketetapan sekolah akan dikenakan
tindakan oleh guru disiplin.
[6 markah]

SOALAN TAMAT

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

………………. ……………………. …………………………..

Anda mungkin juga menyukai