Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN BERBASIKAL DAERAH MUALLIM

NO. 30 JALAN MALIM 2, TAMAN MALIM,


35900 TANJUNG MALIM, PERAK
Tel : 013-444 5070 / 017-477 9477
Email : pbdmuallim@gmail.com
No Pendaftaran: 8641/2017

“1 MALAYSIA-RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Rujukan Tuan :
Rujukan Kami : PBDM.8641/2017. 01
Tarikh : 27 Mac 2017

Pengerusi / Wakil Kelab-kelab Berbasikal


Daerah Muallim,
35900 Perak

Tuan,

JEMPUTAN MENYERTAI PERSATUAN BERBASIKAL DAERAH MUALLIM

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, permohonan pendaftaran Persatuan


Berbasikal Daerah Muallim di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 telah
diluluskan pada 24/2/2017 dengan nombor pendaftaran 8641/2017. Dengan
kelulusan pendaftaran ini maka saya berbesar hati untuk menjemput tuan dan ahli-
ahli berbasikal dibawah kendalian tuan untuk menyertai Persatuan Berbasikal
Daerah Muallim.

3. Antara objektif penubuhan persatuan ini adalah seperti berikut:


FASAL 4. OBJEKTIF DAN FUNGSI
4.1 Objektif Persatuan antaranya seperti berikut:

(a) untuk membangun, menggalak dan mempromosi sukan


berbasikal di Daerah Muallim;
(b) untuk merancang dan membangunkan atlet, pegawai,
jurulatih dan mencungkil bakat-bakat baru;
(c) untuk memilih atlet bagi mewakili Daerah Muallim dalam
mana-mana pertandingan sukan berbasikal di peringkat
negeri;
(d) mewakili Daerah Muallim dalam badan sukan negeri bagi
mewakili sukan berbasikal;
(e) untuk bergabung dengan badan perwakilan di peringkat
negeri; dan
(f) untuk menggalakkan pembangunan sukan di peringkat akar
umbi melalui penubuhan / penerimaan ahli gabungan
peringkat kelab.

‘PERAK EXCELLENT’

Anda mungkin juga menyukai