Anda di halaman 1dari 8

BENGKEL

PENINGKATAN
SAHSIAH &
KECEMERLANGAN
PENGAWAS PSS
SESI 2016
PUSAT SUMBER SK TAMAN
NIRWANA

Izzati binti Mohd Yusop


1.0 PENGENALAN

Program ini dianjurkan oleh Pusat Sumber SK Taman Nirwana sebagai sebahagian
daripada aktiviti yang telah ditetapkan di dalam takwim tahunan PSS tahun 2015. Program ini akan
melibatkan 40 orang bakal Pengawas PSS bagi sesi 2016. Tujuan utama penganjuran program ini
ialah memberi pendedahan pengendalian tugas Pengawas PSS yang pelbagai. Selain itu, program
ini dijalankan sebagai panduan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab
sebagai seorang Pengawas PSS.

Oleh yang demikian, program ini dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam
kepimpinan, pengetahuan dan semangat kerjasama di antara Pengawas PSS. Program ini juga
dirancang untuk memberi ruang dan peluang kepada para pengawas PSS untuk menyumbangkan
pendapat, idea dan hasil kreativiti mereka kepada sekolah, PSS serta sesama rakan sejawat. Semoga
usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam menjalankan tugas
murni mereka dari masa ke semasa demi mengharumkan nama sekolah .

2.0 TEMA

“ Pengawas Proaktif Pemangkin Kecemerlangan PSS ”

3.0 MATLAMAT

Kertas kerja ini dimajukan untuk makluman serta kelulusan daripada pentadbir SK Taman Nirwana
mengenai penganjuran Bengkel Pengurusan PSS bagi Pengawas PSS peringkat sekolah. Program
ini diharap dapat membentuk Pengawas PSS SK Taman Nirwana yang berwibawa,
bertanggungjawab serta berdedikasi dalam menjalankan tugas.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan modul kepimpinan dan
kemahiran PSS.
4.2 Memupuk nilai – nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri dengan modul
yang pelbagai.

1
4.3 Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri pengawas PSS ke arah peningkatan
akademik dan sahsiah.
4.4 Menyemarakkan komitmen yang tinggi dalam diri setiap pengawas PSS apabila
menghadapi tugas yang diamanahkan .

5.0 ANJURAN

Pusat Sumber Sekolah & Unit Bimbingan Kaunseling SK Taman Nirwana dengan kerjasama PTS
Media Group Sdn Bhd

6.0 SASARAN

30 orang Pengawas PSS sesi 2016 dari tahun 3, 4 & 5.

7.0 TARIKH & TEMPOH PELAKSANAAN

4 September 2015 hingga 6 November 2015

8.0 PERANCANGAN AKTIVITI

BIL. AKTIVITI CADANGAN TARIKH


Taklimat permohonan pengawas PSS
1. 4 September 2015
- Penyerahan borang

2. Tarikh akhir penyerahan borang permohonan 18 September 2015

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PSS


3. 30 September 2015
- Pemilihan pengawas PSS sesi 2016

4. Tempoh percubaan Pengawas PSS 2016 5 Okt – 30 Okt 2015

Bengkel Pengurusan PSS dengan kerjasama


27 Okt – 28 Okt 2015
PTS Media Group Sdn. Bhd
5. @
- Penyerahan surat lantikan Pengawas
3 Nov – 4 Nov 2015
PSS 2016

2
9.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi Pn Maizan binti Hashim


Guru Besar
Naib Pengerusi Pn. Aliza binti Mohamad Ngasari
PK Kurikulum
Pn. Norehan binti Rimin
GPK HEM
En. Halidon bin Samsuri
GPK Kokurikulum
Pn Thevalatha Naidu a/p Thambirajah
Penyelia Petang

Penyelaras Program Cik Izzati binti Mohd Yusop


Guru Perpustakaan & Media

Pen. Penyelaras Program 1 Cik Rubini Krishnan


Penyelaras PSS sesi petang
Pen. Penyelaras Program 2 Pn. Hazratul Nazira binti A. Halim
Ketua Unit Perpustakaan

Setiausaha Pn. Afifah binti Hamzah

Ahli Jawatankuasa Semua ahli Jawatankuasa Induk PSS

10.0 JAWATANKUASA BENGKEL KECEMERLANGAN PENGAWAS PSS

Penyelaras Program Cik Izzati binti Mohd Yusop

Dokumentasi Pn. Khairunnisa Syahmin binti Azhar

Pa Sistem En. Mohd Mohehafiz B. Nordin

Pegawai Seranta Pn. Hazratul Nazira binti A. Halim

Fasilitator Cik Rubini Krishnan (ketua)


Pn. Hazratul Nazira binti A. Halim
Datin Shamsuraini binti Romli
Pn. Khairunnisa Syahmin binti Azhar
Pn. Nur Diyana binti Shamsuddin
Pn. Afifah binti Hamzah
En. Firman bin Harudin
En. Mohd Mohehafiz B. Nordin

3
11.0 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

Bil. Tugasan AJK Butiran Tugas


- Memastikan perjalanan majlis
berjalan dengan lancar
1. Penyelaras - Cik Izzati Mohd Yusop
- Menyediakan kertas kerja & buku
program

- Menyediakan surat jemputan


2. Setiausaha - Pn. Afifah Hamzah mesyuarat
- Mencatat minit mesyuarat

- Memasang kain rentang di tempat


yang bersesuaian
Pegawai
3. - Pn. Hazratul Nazira A. Halim - Memastikan alatan yang perlu
Seranta
digunakan mencukupi sepanjang
bengkel dijalankan

- Mengambil gambar & rakaman yang


- Pn. Khairunnisa Syahmin sesuai sepanjang bengkel
4 Dokumentasi
Azhar - Membuat dokumentasi & menulis
laporan akhir bengkel

- Cik Rubini Krishnan (ketua)


- Pn. Hazratul Nazira A. Halim
- Mengawalselia peserta sepanjang
- Datin Shamsuraini Romli
program dijalankan
- Pn. Khairunnisa Syahmin
- Menyampaikan dan menguruskan
4 Fasilitator Azhar
perjalanan bengkel semasa bertugas.
- Pn. Nur Diyana Shamsuddin
- Menyediakan bahan untuk digunakan
- Pn. Afifah Hamzah
semasa bengkel (slaid ppt)
- En. Firman Harudin
- En. Mohd Mohehafiz Nordin

4
15.0 TENTATIF BENGKEL PENGURUSAN PSS

HARI PERTAMA (27 Okt 2015 / 3 Nov 2015)

7.20 – 8.00 am Pendaftaran


- Taklimat pra-bengkel

8.00 – 9.00 am LDK 1


- Kenapa saya jadi Pengawas PSS? (kepimpinan)

9.00 – 10.00 am Bengkel 1


- Apa yang saya perlu buat sebagai Pengawas PSS? (tanggungjawab)

10.00 – 10.30 am REHAT

10.30 – 12.30 pm Bengkel 2


- Melukis komik (PTS Media Group)

12.30 – 1.10 pm Bengkel 3


- Siapa itu Dewey?

1.10 pm Bersurai

HARI KEDUA (28 Okt 2015 / 4 Nov 2015)

7.20 – 8.30 am LDK 2


- Apa itu buku?

8.30 – 10.00 am LDK 3


- Jom proses buku!

10.00 – 10.30 am REHAT

10.30 – 11.30 am Bengkel 4


- Mari mencipta kraf origami! (PTS Media Group)

11.30 – 12.30 pm LDK 4


- Ceria bersama PSS (keceriaan)

12.30 – 1.10 pm Majlis Penutup & Bacaan Ikrar Pengawas PSS

1.10 pm Bersurai

5
13.0 SUMBER KEWANGAN

Peruntukan Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana.

14.0 ANGGARAN PERUNTUKAN KEWANGAN

NILAI
BIL AKTIVITI BILANGAN JUMLAH
SEUNIT
1. Pita pelekat 1 kotak RM35.00 RM35.00

2. Pen hitam 1 kotak RM50.00 RM50.00


Label berpelekat
3. - Putih 10 pek RM5.00 RM100.00
- Merah 10 pek RM5.00
4. Cap PSS 5 unit RM10.00 RM50.00

5. Cap Perolehan 5 unit RM10.00 RM50.00

6. ‘stamp pad’ 5 unit RM10.00 RM50.00

7. Gunting 10 unit RM2.00 RM20.00

8. Kertas A4 1 rim RM15.00 RM15.00


Kertas A4 berwarna
9. - Biru 1 rim RM15.00 RM30.00
- Jingga 1 rim RM15.00
Dakwat printer (HP 704)
10. - Hitam 1 unit RM35.00 RM70.00
- Warna 1 unit RM35.00
11. Tag nama pengawas PSS percubaan 30 unit RM2.00 RM60.00

12. Makanan peserta (1 set/1 hari x 2) 60 set RM5.00 RM300.00

JUMLAH RM830.00

6
16.0 PENUTUP

Amatlah diharapkan agar program ini dapat memberi pengetahuan dan semangat berterusan kepada
peserta dalam melaksanakan tugas sebagai Pengawas PSS SK Taman Nirwana. Menyedari pentingnya
keterampilan pengawas umumnya dalam membentuk sahsiah diri yang mantap dalam kalangan pelajar SK
Taman Nirwana, diharapkan bengkel ini akan membantu pengawas PSS dalam menjalankan tugasnya
dengan dedikasi dan sempurna. Program ini juga diharapkan dapat mencapai objektifnya dan memberi
manfaat serta kesan positif kepada semua pegawas PSS sebagai bekalan dalam melengkapkan diri untuk
menempuh permasalahan pelajar di sekolah yang semakin mencabar .

Disediakan oleh: Disemak oleh; Disahkan oleh;

………………………….... ................................................... .....................................


(Cik Izzati bt. Mohd Yusop) (Pn. Aliza bt. Mohamad Ngasari) (Pn. Maizan bt. Hashim)
Guru Penyelaras PSS PK Kurikulum Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai