Anda di halaman 1dari 3

Solat Sunat Istikharah

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan
memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan.
Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara,
contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak
dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.
Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum
seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.
Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan
masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca
doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut.
Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’
lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah
pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang
tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan,
besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap
mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Khaifiat Solat Istikharah


Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan,
iaitu berniat solat istikharah.dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur.
Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam
mengemukakan permohonan kepada Allah.

Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan
atau iqomah.

Lafaz niat:-

“Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala”


“Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala”
Rakaat pertama-

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.

Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t.
misalnya:

“Ya Allah, jika hal ini….( sebutkan namanya )”


Doa istikharah
Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan
dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya
Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha
Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya
ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah
untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di
dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat
urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta
takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku
dengan takdirMu itu.”

Antara fadhilat Solat Istikharah


Apabila kita sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika
hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman
hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan.

Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah
ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan
peringatan dalam soal ini.

Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana
disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam
berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu
menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu
menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar.
Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui
sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya
Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku
juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka
tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya
Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga
dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku
dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku
meredhainya.”

Anda mungkin juga menyukai