Anda di halaman 1dari 54

Re: Soal-jawab Tentang Salat

by abuqais on Wed Jan 21, 2009 1:15 pm Kesimpulan:

1) Perselisihan yang timbul dalam menentukan hukum solat sunat hajat adalah ujian daripada Allah yang perlu ditempuhi dengan sabar dan semangat persaudaraan sesama Islam. Jika Allah tidak mengkehendaki ujian ini terjadi, nescaya hukumnya telah diperincikan dalam al-Quran atau al-Sunnah yang mutawatirah. Dalam hal ini Allah hendak menguji siapakah orang yang berpada-pada dan yang melampaui batas dalam berbeza pendapat.

2) Terdapat dalil yang memadai daripada al-Quran (lafaz am, qati thubut, zanni dilalah) dan al-Sunnah (hadith Aahad, zanni thubut, qati dilalah) untuk menunjukkan kewujudan dan pensyariatan solat sunat (untuk memohon hajat kepada Allah).

3) Solat sunat (yang dinamakan sebagai sunat hajat) ini bukanlah bidah dalam agama. Pelakunya tidaklah dihukum sebagai sesat atau murtad. Tidak halal darah mereka ditumpahkan hanya kerana mendirikan solat sunat hajat.

4) Orang Islam yang pernah, sedang dan akan menunaikan solat sunat hajat tidaklah perlu diminta bertaubat atau dijatuhi hukuman tazir, kerana perkara itu bukanlah satu dosa.

5) Ulamak berbeza pandangan dalam menamakan solat sunat itu sama ada solat sunat hajat atau solat sunat mutlak (tanpa nama khusus tapi ditunaikan kerana ada hajat). Memang tiada dalil yang menamakan solat ini dengan nama khusus. Namun untuk memudahkan pengenalannya, maka sebahagian ulama menamakannya sebagai solat sunat hajat bagi membezakan niatnya daripada niat solat sunat yang lain. Ini kerana perbezaan utama hanyalah pada niat solat.

6) Solat sunat ini yang didirikan untuk memohon hajat kepada Allah hukumnya adalah antara sunat dan harus. Jika ditunaikan secara bersendirian ia lebih kepada sunat.

7) Bacaan surah dalam solat ini adalah sama seperti solat sunat yang lain, tanpa dikhususkan dengan bacaan surah-surah tertentu sahaja.

8 ) Doa-doa yang dibaca selepas solat sunat ini juga adalah bebas, tanpa dikhususkan dengan doa tertentu semata-mata. Namun sebaik-baik doa adalah yang mathur. Namun harus hukumnya mengungkapkan doa dengan kalimah sendiri jika tidak menghafal doa yang mathur.

9) Untuk meraikan khilaf, maka tidak digalakkan mendirikan solat sunat (mohon hajat) secara berjemaah terutamanya secara kerap, berulang-ulang atau berjadual. Jika dilakukan juga, maka hukumnya adalah antara harus dan makruh dan tidaklah membawa kepada haram. Pahala sunat tetap ada pada niat dan perbuatan solat. Namun pada perbuatan berjemaah itu tidak dapat dipastikan pahalanya.

10) Akan tetapi jika pemerintah Islam atau Mufti kerajaan mengarahkan kepada orang awam agar mendirikan solat sunat hajat secara berjemaah pada satu-satu masa dan tempat dengan sebab-sebab tertentu atau maslahah tertentu, maka hukumnya bertukar antara sunat dan wajib. Begitu juga jika pemerintah Islam atau ketua tentera memerintahkan tentera Islam berpuasa sunat ketika berperang menghadapi musuh, maka puasa sunat itu menjadi wajib.

11) Jika dilakukan juga solat sunat hajat ini secara berjemaah, maka tidak disunatkan imam menguatkan suara dalam bacaan solatnya, sama ada pada waktu siang atau malam. Jika dikuatkan juga bacaan, maka ia dipandang sangat makruh. Wallau a'lam.

Marilah kita bersatu dalam beramal, walaupun berbeza pandangan. Salam tafaqquh dan perdamaian. "Menyemarak Jiwa Tafaqquh" www.juraish.blogspot.com abuqais Pengendali

Posts: 149 Joined: Thu Jan 03, 2008 10:47 am Location: Darul Ehsan Darul Makmur Top Re: Soal-jawab Tentang Salat

by WARIS on Wed Jan 21, 2009 4:14 pm Dimaklumkan oleh sahabat saya bahawa :

"berkenaan solat hajat, tiada mana2 periwayatan mengatakan Nabi pernah solat hajat BERJEMAAH."

soalan saya BENARKAH...

Dimaklumkan juga bahawa:

"qunut nazilah ketika solat fardhu lebih afdhal dilakukan kerana mengikut sunnah."

Benarkah?... WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/ WARIS Ahli Kehormat

Posts: 8742 Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm Top Re: Soal-jawab Tentang Salat

by sarahnur1 on Wed Jan 21, 2009 6:43 pm salam..

minta tlg bahaskan ttg hadith ni:

'..Dari Huzaifah r.a meriwayatkan bahawa apabila nabi saw tersua dengan sesuatu kesulitan lantas baginda akan bersolat.'(HR Abu Daud)

'...Dari Makmar r.a'alaih dr seorang lelaki Quraisy menceritakan bahawa Nabi saw dan ahli keluarganya menghadapi kesempitan rezeki, baginda akan memerintahkan ahli keluarganya bersolat dan membacakan ayat ini:

''perintahkanlah ahli keluargamu utk bersolat dan bersabarlah dalam mengerjakannya, Kami tidak meminta rezeki kepadam bahkan Kamilah yg memberi rezeki kepadamu, dan akibat yang baik bagi org2 yg bertakwa.(Musanif Abd Razak)''

Soalan saya, 1)apakah hadith ni sahih or maudhu'? 2)Apakan solat yg dilakukan oleh nabi saw berdasarkan kedua2 hadith tersebut.

wallahua'alam ummu fawwaz

sarahnur1 Ahli Berdaftar

Posts: 13 Joined: Mon Sep 25, 2006 11:53 am Location: kpg robin hood, UK Top Re: Soal-jawab Tentang Salat

by abuqais on Wed Jan 28, 2009 1:56 pm WARIS wrote: Dimaklumkan oleh sahabat saya bahawa :

"berkenaan solat hajat, tiada mana2 periwayatan mengatakan Nabi pernah solat hajat BERJEMAAH."

soalan saya BENARKAH...

Wallahua'lam. sejauh bacaan dan pengetahuan saya yang terbatas ni, memang tak ada riwayat hadith sahih menyatakan nabi SAW pernah solat hajat secara berjemaah. Sememangnya lebih layak bagi Nabi untuk terus sahaja berdoa meminta kepada Allah tanpa perlu melalui solat hajat kerana Allah sangat hampir dengan Nabi.

Sememangnya doa seorang Nabi, walaupun secara bersendirian adalah lebih utama dari doa seluruh manusia atau umatnya. Justeru tidak perlulah Nabi memerintahkan sahabatnya bersolat hajat secara berjemaah untuk meminta sesuatu hajat ketika Nabi masih hidup. Jika Nabi kehendaki nescaya ia akan meminta terus kepada Allah, tanpa perlu melalui solat hajat. Namun bagi umatnya, Nabi mengajarkan, dan Allah menggalakkan supaya meminta hajat dan pertolongan melalui solat kerana dengan solat itu, umat Nabi akan lebih rapat dengan Allah. Dengan demikian besarlah kemungkinan untuk hajat mereka dimakbulkan.

Tidak semestinya apa yang Nabi tidak buat itu menunjukkan ia perkara yang diharamkan untuk umatnya. Ini kerana Nabi sendiri amat berhati-hati dalam melakukan apa-apa ibadat di khalayak umatnya kerana bimbang ia akan dijadikan ikutan yang dinaiktaraf kepada wajib. Lihat sahaja contoh solat tarawikh, Nabi tidak melazimkan dirinya untuk mendirikan tarawikh secara berjemaah kerana bimbang nanti ia diwajibkan ke atas umatnya yang sudah sememangnya terasa berat dengan solat fardu yang 5.Tapi akhirnya Umar r.a. melazimkan (bukan mewajibkan) umat Islam dengan menganjurkan tarawikh berjemaah dengan tambahan bilangan rakaat yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi. Perkara ini tidaklah dikatakan bid'ah dan tidak juga layak disebut sebagai bid'ah hasanah. Bahkan ia adalah satu ikutan (sunnah) yang baik. Semoga Allah Taala meredai Umar al-Khattab.

Apa yang Nabi suruh, kita buat. Apa yang Nabi larang, kita tinggalkan. Apa yang Nabi tidak lakukan, kita fikirkan. Jika baik, kita buat. Jika buruk, kita tinggalkan.

Tiada mudarat jika solat hajat dilakukan bersendirian dengan niat khusus dan kerana Allah. Tiada juga mudarat jika solat hajat dilakukan secara berjemaah kerana kelebihan berjemaah itu melebihi solat bersendirian. Bukankah solat itu (sama ada solat sunat atau wajib) didirikan untuk mengingati Allah. Dan bukankah hadith qudsi ada menyatakan apabila hamba mengingati Allah dalam satu kumpulan, maka Allah akan mengingati hamba itu dalam kumpulan yang lebih baik (nas asal diriwayatkan oleh al-baihaqi, Ahmad, al-Tabrani dan al-Bazzar).

Dimaklumkan juga bahawa:

"qunut nazilah ketika solat fardhu lebih afdhal dilakukan kerana mengikut sunnah."

Benarkah?...

Jika dilihat dari sudut thubut dalil, memang dalil qunut nazilah lebih kuat datangnya dari Sunnah yang Sahih. Namun ini tidaklah boleh menafikan keafdalan solat hajat di sisi Syarak yang diasaskan oleh dalilnya yang tersendiri. Adakah kita sedar bahawa qunut nazilah tidak dilakukan melainkan di dalam solat. Bukankah ini bermaksud solat itu adalah asas lebih utama daripada doa kerana di dalam solat ada zikir dan doa. Bukankah terdapat suruhan dalam al-Quran untuk kita melakukan solat bagi meminta pertolongan daripada Allah dan terdapat juga hadith qudsi yang menyebutkan kelebihan orang yang sibuk berzikir (termasuklah bersolat) mengatasi kelebihan orang yang sibuk meminta-minta (termasuklah berdoa). Di mana Allah memberikan kurniaannya kepada hamba yang berzikir mengatasi kurniaan yang diberikanNya kepada hamba yang meminta-minta. (Nas asal diriwayatkan oleh alBukhari, status hadith hasan lighairihi, diriwayatkan juga oleh al-baihaqi dll)

Kesimpulannya bagi orang yang hanya sanggup dan berkemampuan melakukan atau memilih salah satu antara Qunut Nazilah ketika Solat fardu ATAU melakukan solat hajat, maka adalah lebih baik baginya memilih qunut nazilah dalam solat fardu kerana ini tidak memerlukannya melakukan solat sunat tambahan. Namun bagi orang yang berkemampuan melakukan kedua-duanya, maka itu adalah lebih baik daripada yang pertama.

Wallahu'alam "Menyemarak Jiwa Tafaqquh" www.juraish.blogspot.com abuqais Pengendali

Posts: 149 Joined: Thu Jan 03, 2008 10:47 am Location: Darul Ehsan Darul Makmur Top

Re: Soal-jawab Tentang Salat

by WARIS on Tue Feb 03, 2009 4:06 pm Tapi saya pun selalu juga buat solat hajat ni...ok ker? WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/ WARIS Ahli Kehormat

Posts: 8742 Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm Top Re:

by nursufi on Fri Apr 03, 2009 3:31 pm WARIS wrote: SUJUD SYUKUR

terima kasih enWARIS... terima kasih banyak2.

assalamualaikum. nursufi Ahli Berdaftar

Posts: 27 Joined: Tue Jan 06, 2009 4:22 am Top Re: Soal-jawab Tentang Salat

by WARIS on Fri Apr 03, 2009 3:53 pm Ramai berminat dengan solat hajat... Tapi tak ramai yg buat solat dhuha... WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/ WARIS Ahli Kehormat

Posts: 8742 Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm Top Re: Soal-jawab Tentang Salat

by nursufi on Fri Apr 03, 2009 4:40 pm WARIS wrote: Ramai berminat dengan solat hajat... Tapi tak ramai yg buat solat dhuha...

waktunye kot...yg lelaki ok aje rasenya tapi yg pompan ermmm lepas wuduk kenalah touch-up semula(agak saya aje) minta ampun & maaf.

enWARIS dapat kiranya beri keterangan ttg solat sunat isyraq. sbb waktu solat sunat ini mengikut bacaan saya seperti berlansungan dengan solat dhuha. dikatakan di dalam buku ini : - waktu solat sunat isyraq antara jam 7.00 hingga 7.30 pagi - waktu solat dhuha pula ialah selepas waktu solat sunat isyraq sehingga gelincir matahari masuk waktu zohor. - dan bagaimana pula dgn waktu syuruk iaitu waktu dilarang menunaikan solat ditakuti menyamai org2 yg menyembah matahari.

p/s waktu2nya sangat berdekatan dan harap dapat diperjelaskan moga ianya dpt membantu saya.

saya dahului dengan terima kasih. nursufi Ahli Berdaftar

Posts: 27 Joined: Tue Jan 06, 2009 4:22 am

Top Re: Soal-jawab Tentang Salat

by WARIS on Mon Apr 06, 2009 2:57 pm Menurut hadis-hadis Rasulullah SAW, sesetengah solat sunat itu mempunyai keistimewaan tersendiri. Bukan sahaja di segi ganjarannya tetapi juga fadhilat, hikmah dan faedahnya.

Misalnya, orang yang mengamalkan solat Tahajjud di tengah malam, ia dikurniakan rezeki yang mudah, disamping dipercayai dan dihormati oleh orang ramai dan doanya dimakbulkan Allah SWT. Demikian juga mereka yang mengamalkan solat sunat Dhuha.

Orang yang mengerjakan solat Tarawih di bulan Ramadhan pula diampunkan dosadosanya yang telah lalu.

Orang yang mengamalkan solat sunat Isyraq pula dikurniakan pahala seperti pahala Haji dan Umrah.

Demikianlah berbagai fadhilat dan faedah yang dapat diraih bagi mereka yang mengamalkan berbagai solat sunat.

Wallahu alam. WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/ WARIS

Ahli Kehormat

Posts: 8742 Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm Top Re: Soal-jawab Tentang Salat

by melayu on Tue Apr 07, 2009 12:11 am tok guru WARIS.. solat wusta tu macam mana pulak? yang benar TETAP benar dan yang salah TETAP salah walau macam mana di pertikai kan.... kerana yang TETAP tidak akan pernah berUBAH... KEKAL IA selama nya..

melayu Ahli Kehormat

Posts: 6989 Joined: Sun Apr 24, 2005 12:46 pm Top Re: Soal-jawab Tentang Salat

by WARIS on Tue Apr 07, 2009 11:08 am

Solat al-wusta boleh dirujuk dalam ayat 238 daripada surah al-Baqarah yang berbunyi Peliharalah segala solatmu dan (peliharalah) solat wusta. Berdirilah kerana Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk.

Ulama berselisih pendapat serta berbeza pandangan tentang apa yang dimaksudkan dengan solat al-wusta dalam ayat tersebut.

Perbezaan ulama mengenai perkara itu boleh dibahagikan kepada sepuluh pendapat yang boleh dirujuk dalam kitab-kitab tafsir terkemuka.

Antara sepuluh pandangan itu, pendapat yang paling sahih ialah yang mengatakan bahawa solat al-wusta yang dimaksudkan dalam ayat tersebut ialah solat asar.

Pendapat ini turut dipegang oleh ulama-ulama fikah dengan berhujahkan kepada beberapa hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan ulama-ulama hadis lain.

Antara hadis itu ialah apa yang d

Monday, July 6, 2009 Jom Solat Dhuha

Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimumnya 12 rakaat.

Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,

"Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari & Muslim)

Drp Anas, Sabda Nabi saw,

"Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istamna di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)

2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Niatnya:

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali

Baca doa ini selesai solat

Maksudnya :

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Main

Quran & Hadis

Artikel

Forum

Tanya

Hiburan

Design

Pendidikan

Resepi

More

Anda

KamiSign Up & Login

Sign Up (Daftar Ahli) Username

Password

Please Remember Me

Iklan iLuvislam

Statistik - Guests Online: 106 - Members Online: 49 - Total Members: 64,392 - Show Who's Online - 18,108,565 visits since December 2007

Jom Promosi

Poll untuk Ahli Lagu Raya Dulu-Dulu Lebih 'Best' Dari Lagu Raya Terkini..

Setuju

Tidak Setuju

Perlu login untuk Undi

Renungkan.. "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

Solat Sunat Dhuha dan Kelebihannya

Solat Sunat Dhuha dan Kelebihannya www.iLuvislam.com Dihantar Oleh: easya Editor: naadherah

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha

Ertinya: " sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala".

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa

maksudnya;

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar,

permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan:

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

" Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah AlFatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar." (HR. Anas B Malik).

" Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan." (HR Tirmizi)

" Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat." (HR Ahmad, Muslim dan Daud)

Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher

27 Comments 5447 Reads

Iklan @ iluvislam

Ingin Menyewa Iklan di iLuvislam.com? Klik Sini.

Ratings Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.Awesome! Very Good Good Average Poor 0% 0% 8% [1 Vote]

92%

[12 Votes]

[No Votes] 0% [No Votes]

[No Votes]

Comments naadherah on July 28 2009 02:59:35

*buat pembaca yang budiman, untuk pengetahuan, solat dhuha ni tiadalah perlu rigid perlu baca surah sekian sekian dan doa sekian yang macam kat atas ni.. baca surah ape2 pun dan doa apa2 pun boleh kan..ini hanyalah panduan semata.

ikuti testimony2 dan persoalan2 mengenai solat dhuha si sini: http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php? forum_id=46&thread_id=2116&rowstart=0

selamat beramal,.. jgn bace sahaja! permata_88 on July 28 2009 07:56:12

solat dhuha byk kelebihan nya...

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh. Ahyana on July 28 2009 08:19:41

Solat sunat dhuha merupakan antara 'Rehat' yang mampu menatijahkan ketenangan jiwa sepanjang hari.... jiwa yang gusar menjadi tenang. Kerja yang banyak terasa ringan. Hari-hari yang penuh kebizian terasa lapang...

mungkin ramai antara kita yang merasa sukar untuk melakukan, kerana hari2 kita bizi dengan komitmen dan kerja yang banyak. Tapi cubalah cari satu masa antara pagi tersebut, untuk kita lakukan solat sunat dhuha. Jika tidak dapat hari-hari, mungkin seminggu sekali. Waktu rehat dalam 10 pagi, instead of xde benda nak buat selain minum-minum pagi, mungkin boleh luangkan masa untuk ke surau sekejap, atau mungkin saja sebelum ke kelas [bagi yang bermula dalam jam 8 dan sebagainya], kita lakukan solat 2 rakaat ini.insyaallah kita ke kelas dengan hati yang lebih lapang. Doa solat sunat dhuha juga sebenarnya mampu mendatangkan rasa kekerdilan kita sebagai hamba yang sangat banyak kekurangan dan hanya kpd Allah kita bergantung harap. jika kita benar-benar menghayati..

Mudah-mudahan kita cuba menjadikan dhuha sebagai satu list dalam jadual seharihari kita, agar pagi indah kita > terisi dengan sesuatu yang mendatangkan manfaat yang besar dan merupakan satu kesejukan jiwa.

insyaallah jika kita melapangkan masa untuk Allah, Allah akan melapangkan masa untuk kita..

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat"

Al Baqarah: 45

Apapun perbanyakkan yang sunat, segerakan yang WAJIB..... =) harnani on July 28 2009 12:12:46

ameeen..thanks~ Fatihah Asyraf on July 28 2009 19:20:12

sebelum ni selalu jugak tengok sahabat2 ana buat solat ni.. tpi tak tergerak pun hati ana untuk buat bersama dengan mereka... Ya Allah...bukakanlah pintu hati hambaMu ini... fiez_solehah on July 28 2009 21:48:22

alhamdulillah...ana dah amalkn solat dhuha ni... ana akan trus kekalkan amlan ni.. mmg kesan nya dapat dirasa... suffeasugar on July 29 2009 01:22:53

Assalamualaikum, masya-ALLAH.. nk bwt lah! hehe:D shahrulhafiz on July 29 2009 05:56:11

sy pn nk cbe watla insyallah.. diana_roz on July 29 2009 10:21:47

ana dh start buat slow2 solat ni. jom ramai2 kita amalkannya..Takbir!! muhammad anas ismail on July 29 2009 12:24:45

assalamualaikum..solat dhuha ini bnyk klbihanny..sma ad yang trsirat@trsurat..insyaAllah,dngn mngerjakn solat sunat yang dtuntu ini,antum akn dmurahkan rezeki.. zatira on July 29 2009 20:15:13

ya Allah betapa hambamu rugi kerana terlalu jauh ketinggalan kerana tidak merebut peluang ini.Memang selalu hati bertanya pukul berapa nak dibuat solatdhuha ini alhamdullilah dengan tersiarnya artikal ini membri penjelasan yang begitu terang buat saya yang selalu ketinggalan semoga allah sentiasa membuka hatiku dan memberiku kekuatan untuk menerokai lebih banyak ilmu Allah amal_humaira on July 30 2009 16:12:28

...

sye akan amlkan solat dhuhha nih.. mmg ingin sgt nk bwat... tp slalu tangguh... rugi rasanyer kalo x bwat... lapang sblm sempit.. shazrynn on July 30 2009 18:25:52

subhanallah...sesungguhnya saya sangat kagum dgn kehebatan solat sunat dhuha ini... amalkanlah...yakin! anda akan rasa sendiri barakahnya....syukur sgt2... m3girl09 on July 30 2009 19:35:17

...solat dhuha ni bagus kita amalkan....salah satu sift kebergantungan kita pd allah yg pengurnia rezeki..jom kawan2 lakukannya......insya allah,jika dijadikan amalan,memg seronok melakukannya.....memg terbukti......cubalah ye senyumslalu on July 30 2009 21:25:41

tima kasih untk kongsi ilmu... easya on July 30 2009 23:17:08

salam....syukran jazilan ya ukhti naadherah...

editor: afwan...moga ramai yang dapat manfaat drpnya..=).. jemputlah hantar artikel byk2 lagi.. saikocik on August 01 2009 09:40:12

Hakim dan Thabrani meriwayatkn dr Buraidah, bhw Rasulullah s.a.w bersabda yg brmaksud

"dlm tubuh manusia itu trdpt 360 ruas tulang. Hendaklah die brsdekah untuk stiap ruas itu." Para sahabat brty "siapakah yg mmpu mlaksanakn itu ya Rasulullah ..?" Rasulullah s.a.w mnjwb "kotoran yg ad d msjid, lntas ditutupny dgn tanah, atau myingkirkn srduatu gangguan dr tgh jln itu bererti sedekah. Atau skiranya sanggup, sukuplah diganti dgn mgerjakan smbhyg Dhuhaa 2rakaat"

Ahmad, Thabrani dan Abu ya'la dr 'Abd Allah ibn 'Amr tlh mriwayatkn bermaksud:

"rasulullah s.a.w mgirimkn 1 pasukan tentera lalu mereka byk mndptkn harta rmpasan dan cepat kmbali. Maka org rmi mmperkatakan betapa cptnyperang itu selesai dan betapa bykny hrta rmpasan diprolehi dan segera pula kmbali. Maka Rasulullah s.a.w brsbda, "mahukah kamu saya tunjukkn sesuatu yg lbh cpt dr peperangan yg semacam itu, lbh byk pula hrta rmpasan yg diperolehi bahkan lbh cpt pula kembali drpd itu .. ?Iaitu seseorg yg brwudhuk kmudian prg ke msjid untuk mlaksanakn smbhyg dhuhaa. Org itulah yg lbh cpt slesai perangny, lbh byk mmperolehi hrta rmpasan dan lebih sgera kmbalinya"

ummul khoiriyah on August 01 2009 16:34:28

YUp Bner BangEt,, Shlat DHuHa Ntu Enak Lho,, Hmmm,,,

Bwa KtenanGan hati Gtu,, ARFAHSYAHIDA on August 03 2009 15:10:31

solat dhuha juga pembuka pintu rezeki... n ada satu jalan syurga khas untuk org yg solat dhuha...klu x silap la...

diharapkan kita sama2 beramal..kita tau n amalkan.. chilli sauce on August 03 2009 17:03:08

selalu jugak buat solat dhufa du sekolah.... bile tengok kawan2 buat...... tergerak hati untuk buat sekali ukhti zubaidah on August 04 2009 14:50:16

alhamdulillah ana pun bru mgamalkan solat dhuha ni...rasenyer amat tenang jiwa n so on.. insyaAllah ana trus istiqomah selayg90 on August 05 2009 13:40:28

betul..kpd sahabat-sahabat semua, sbnrnya..solat duha nie memurahkan rezeki jugak... cubalah amalkan....insya_allah.. ardini mardhiah on August 10 2009 10:50:50

ya allah bantulah daku mencari keredhaanMU muhammad ikram on August 19 2009 03:07:08

* marilah kite same2 meningkatkan amalan sunat kite bagi menampung kekuranganamalan fardhu.* wAsilAh on August 28 2009 16:38:44

*assalamualaikum;) setiap kekurangan i2 pasti ada cara utk memenuhinya... aYuh kta penuhkan kekurangan kta dgn mengerjakn solat dhuha ini.. mAy Allah Bless Us All...amiin... nurmujahidah on September 09 2009 01:26:12

sama2lah kita bermujahadah utk melakukan solat sunat dhuha..

kuatkan hati, teguhkan iman... mia effa on September 14 2009 06:31:26

mulai hari ni pasang nawaitu nak trus istiqamah buat solat sunat dhuha ni.. thanks 4 diz article.. means a lot!

Post Comment Please Login to Post a Comment.

Search

Advanced

Iklan @ iLuvislam Sewa Iklan? Klik Sini

Kalendar Hijriah

Copyright 2009 iLuvislam.com (iLi Consultancy & Services - Co. Reg. 001856846A). All rights reserved. Our Copyright Policy

SEJARAH RAMADHAN Posted on May 31, 2008 by yahyaayyash

1) Ramadhan: artinya panas terik

2) Bulan diturunkan Al-Quran dan disebut (syahru ramadhana)

3) Terjadinya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.

4) Bulan dimana nabi mengambil alih Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.

5) Didalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.

6) Dipilih untuk ibadat puasa.

7) Dipilih untuk ibadat-ibadah lain (tadarus Al Quran)

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dr siksa kubur)

2) Bulan penuh keberatan

3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan

4) Amal sunat sama dengan solat fardhu

5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali lipat ganda

6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga

7) Bulan menambah rezeki

Memberi buka puasa banyak pahala

9) Bulan ampunan doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. juga doa pada sepertiga malam.

10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan pengampunan, 10 hari terakhir kemerdekaan api neraka.

AMALAN-AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

2) Menyiapkan pakaian untuk Ramadhan[untuk solat] 3) Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan[dikawatirkan ada hari yang terlewat tanpa niat]

4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam

5) Berazam melakukan Terawih

6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)

7) Solat berjemaah setiap waktu

Solat jemaah di masjid/surau

9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek

10) Sahur diwaktu akhir

11) Sahur untuk mengelakkan pada siang tdk terlalu payah, elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu

12) Mandi Janabat sebelum Imsak

13) Kurangi tidur

14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)

15) Tunaikan Solat Dhuha

16) Tidur waktu luang (satu jam sebelum Zohor)

17) Tunaikan solat Rawatib

18) Jaga pancaindera

19) Elakkan gosok gigi pada waktu petang

20) Hadiri majlis ilmu

21) Berbuat baik pada ibubapa

22) Isteri hendaklah taat pada suami

23) Banyakkan bersedekah

24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api

25) Berbuka bersama orang tua

26) Undang tamu berbuka

27) Kurangi berat badan

28) Banyakkan itikaf di masjid (lelaki saja)

29) Perbaiki hubungan suami isteri

30) Perbaiki hubungan dengan tetangga

31) Isteri jauhi dari keluar memakai makeup dan perhiasan

32) Elakkan berbelanja berlebihan

33) Kuatkan kesabaran

34) Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih

35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)

36) Membangunkan anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar

37) Elakkan menonton TV yang mengandung nafsu

38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan

39) Berdoa dengan nada lembut dan khusu

40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri siang hari

41) Mendoakan ibu bapa baik yang hidup atau yang meninggal dunia

42) Melazimkan solat tepat waktu

43) Elakkan sebelum berbuka berjalan jalan yang menjadikan pandangan liar

44) Elakkan banyak berhutang

45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang

46) Tunaikan zakat fitrah

kelebihan solat sunat dhuha

Assalamualaikum.... hari ni ana nk share ngan smua tentang kelebihan solat sunat dhuha dan cara-cara melaksanakannya... ana mengenali ibadah sunat ni semasa berada di form 4. Masa berada di Sester. Sebelum ni tak pernah tau ada solat sunat dhuha. Ble dah tau tu, ana pun terus amalkannya. Antara kelebihan solat dhuha ialah dapat memberikan ketenangan dalam hidup kita dan insyaALLAH membuka pintu rezeki dan insyaALLAH dimurahkan rezeki sentiasa disamping mendapat keredhaan ALLAH.

Point2 yang akan ana kongsi di bawah ni dipetik dari 2 website [http://permai1.tripod.com/dhuha.html] dan [http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/mac99/h_dhuha.htm] dan sebuah buku panduan solat sunat terbitan JAIS. Jom sama-sama kita memahami kelebihan solat sunat dhuha dan cara melaksanakannya.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-

Maksudnya :"Kekasihku Rasullullah Sallallahu alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"

( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : " Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."

( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :

"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata : "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu dan cara solat dhuha

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud :"Adalah Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya."

(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud :

" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,"

( Riwayat At-Thabarani )

Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.

Adapun niat sembahyang Dhuha ialah :

Ertinya : " Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala "

Doa sembahyang Dhuha ialah:

" Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu.

Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."

wallahua'alam...sekadar itu perkingsian berkaitan solat sunat dhuha.. moga dapat kita amalkan dalam kehidupan seharian... :)

Solat dhuha - dilakukan ketika waktu matahari baru naik (mengikut pandangan sesetengah ulama, pada ketinggian segalah atau tujuh hasta)

Waktu Haram Solat

Berikut adalah waktu yang diharamkan solat (sesetengah mengatakan bagi selain tanah haram): Waktu selepas solat Subuh hingga terbit matahari. Waktu mula terbit matahari (syuruk) hingga matahari berada di kedudukan pada kadar segalah (tujuh hasta). Waktu rambang (zawal, istiwa, rembah) atau waktu tengahari (matahari tegak) hingga gelincir matahari kecuali hari Jumaat. Waktu selepas solat Asar hingga matahari kekuningan. Waktu matahari kekuningan hingga matahari terbenam.

SOLAT SUNAT DHUHA

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)

2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Friday, 31 July 2009 :: Solat Sunat Dhuha dan Kelebihannya :: Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi). Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh

juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam. Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha

Ertinya: " sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala". b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa

maksudnya; "Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh. Kelebihan: Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: " Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah AlFatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar." (HR. Anas B Malik).

" Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan." (HR Tirmizi)

" Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat." (HR Ahmad, Muslim dan Daud)

Solat Sunat Written by asiamind Wednesday, 30 July 2008 11:09 Solat Sunat

Solat sunat merupakan salah satu ibadah bagi umat agama islam dan memperoleh pahala yang besar bagi sesiapa yang mengerjakannya tetapi tidak mendapat dosa atau siksaan apabila solat sunat ini tidak dilakukan.Solat-solat sunat ini boleh dikerjakan secara bersendirian mahupun hendak berjemaah dan ia berbeza dengan solat-solat fardu lima waktu yang digalakkan untuk berjemaah.Solat-solat sunat ini dikerjakan atas tujuan tertentu seperti ingin membuat hajat kepada allah,memohon kepada allah supaya menurunkan hujan,dan sebagainya namun begitu solat sunat juga dilakukan apabila tiba hari-hari tertentu contohnya solat sunat aidilfitri yang dikerjakan pada pagi hari pertama bulan syawal

JENIS-JENIS SOLAT SUNAT

Di dalam ajaran agama Islam,solat sunat adalah digalakkan bagi umat islam supaya dapat lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT.Terdapat banyak solat sunat yang di ajar dalam agama Islam contohnya solat sunat terawih,solat sunat terawih ini boleh dikerjakan sebanyak 23 rakaat berserta solat witir pada akhir solat terawih tetapi ia juga boleh dilakukan sebanyak 8 rakaat sahaja kepada sesiapa yang tidak berkemampuan dan kesuntukkan masa,solat ini hanya dilakukan pada waktu malam iaitu pada selepas solat isyak.

Solat sunat aidilfitri adalah solat sunat yang dilakukan apabila menjelangnya bulan syawal iaitu pada pagi hari raya pertama .Kebiasaannya ia dilakukan secara berjemaah di masjid dan disusuli oleh 2 khutbah.Solat sunat hajat pula dilakukan apabila terdapat sesuatu hajat dan permintaan yang ingin di pohon dan solat sunat ini lebih afdal dilakukan pada tengah malam.Dalam islam juga terdapat solat yang bertujuan untuk mendapatkan petunjuk yang baik dari Allah,solat yang dimaksudkan adalah solat istikharah.Solat sunat istikharah adalah sesuai untuk sesiapa yang sedang menghadapi masalah,ragu-ragu dalam membuat keputusan dan keliru dalam membuat pilihan.Masa yang sesuai untuk melakukan solat ini adala pada 2/3 malam.

Solat sunat jenazah merupakan solat sunat yang dilakukan apabila berlakunya kematian dan ia adalah sunat mu'akad dimana jika ada terdapat sesiapa yang menyolatkan jenazah tersebut maka kita tidak diwajibkan,tetapi jika tiada yang menyolatkan jenazah tersebut maka kita diwajibkan.Solat sunat jenazah ini tidak mempunyai rakaat dan Cuma mempunyai 4 kali takbirratulahram.Terdapat juga solat sunat taubat di dalam ajaran islam,solat sunat ini bertujuan untuk bertaubat dan meminta ampun kepada allah atas segala dosa dan kejahatan yang dilakukan sebelumnya.Solat sunat taubat perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas,tulus dan bertekad untuk tidak mengulangi segala dosanya.Ini kerana solat sunat taubat tidak akan diterima jika tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh

Terdapat pelbagai lagi solat sunat dalam agama islam,contoh yang lain adalah seperti solat sunat rawatib,solat sunat syukur,solat sunat tahajud,solat sunat gerhana,solat sunat ihram,solat sunat jumaat,solat sunat,solat sunat azan,solat sunat dhuha dan banyak.Tetapi terdapat sesuatu perkara yang pelu diingat ,solat solat sunat ini semua tidak akan diterima oleh Allah SWT jika kita tidak menjaga dan mengabaikan solat fardu 5 waktu sehari semalam.

Keutamaan Shalat Dhuha Mengenai keutamaan shalat Dhuha, telah diriwayatkan beberapa hadits yang diantaranya dapat saya sebutkan sebagai berikut

Dari Abu Dzar Radhiyallahu 'anhu, dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda

"Bagi masing-masing ruas[1] dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekah. Setiap tasbih (Subhanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahtil (Laa Ilaaha Illallaah) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik pun juga sedekah, dan mencegah kemunkaran juga sedekah. Dan semua itu bisa disetarakan ganjarannya dengan dua rakaat shalat Dhuha". Diriwayatkan oleh Muslim[2]

Hadits Abud Darda dan Abu Dzar Radhiyallahu 'anhuma, dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, dari Allah Yang Mahaperkasa lagi Mahamulia, dimana Dia berfirman. "Wahai anak Adam, ruku'lah untuk-Ku empat rakaat di awal siang, niscaya Aku mencukupimu di akhir siang" Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi[3]

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, dia bercerita, dia berkata :"Tidak ada yang memelihara shalat Dhuha kecuali orang-orang yang kembali kepada Allah (Awwaab)". Dan dia mengatakan, "Dan ia merupakan shalatnya orang-orang yang kembali kepada Allah (Awwaabin)". Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Al-Hakim. [4]

Hukum Shalat Dhuha

Hadits-hadits terdahulu dan juga yang semisalnya menjelaskan bahwa shalat Dhuha pada waktu Dhuha (pagi hari) merupakan suatu hal yang baik lagi disukai. [5]

Selain itu, di dalam hadits-hadits tersebut juga terkandung dalil yang menunjukkan disyariatkannya kaum muslimin untuk senantiasa mengerjakannya. [6]

Dan tidak ada riwayat yang menujukkan diwajibkannya shalat Dhuha

Waktu Shalat Dhuha

Waktu shalat Dhuha dimulai sejak terbit matahari sampai zawal (condong). Dan waktu terbaik untuk mengerjakan shalat Dhuha adalah pada saat matahari terik.

Dalil yang menunjukkan hal tersebut adalah sebagai berikut. Adapun permulaan waktunya, telah ditunjukkan oleh hadits Abud Darda dan Abu Dzar Radhiyallahu 'anhuma terdahulu. Letak syahidnya di dalam hadits tersebut adalah ; "Ruku-lah untuk-Ku dari awal siang sebanyak empat rakaat".

Demikian juga riwayat yang datang dari Anas Radhiyallahu 'anhu, dia bercerita, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda. "Barangsiapa mengerjakan shalat shubuh dengan berjama'ah lalu duduk berdzikir kepada Allah sampai matahari terbit dan kemudian mengerjakan shalat dua raka'at [7], maka pahala shalat itu baginya seperti pahala haji dan umrah, sepenuhnya, sepenuhnya, sepenuhnya" [8]

Dari Abu Umamah, dia bercerita, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Barangsiapa mengerjakan shalat Shubuh berjama'ah di masjid, lalu dia tetap berada di dalamnya sehingga dia mengerjakan shalat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang menunaikan ibadah haji atau orang yang mengerjakan umrah, sama persis (sempurna) seperti ibadah haji dan umrahnya". Diriwayatkan oleh Ath-Thabrani.

Dan dalam sebuah riwayat disebutkan. "Barangsiapa mengerjakan shalat shubuh dengan berjama'ah, kemudian dia duduk berdzikir kepada Allah sampai matahari terbit" Diriwayatkan oleh Ath-Thabrani.[9]

Adapun keluarnya waktu shalat Dhuha pada waktu zawal, karena ia merupakan shalat Dhuha (pagi). Sedangkan waktu utamanya telah ditunjukkan oleh apa yang diriwayatkan dari Zaid bin Arqam, bahwasanya dia pernah melihat suatu kaum yang mengerjakan shalat Dhuha. Lalu dia berkata "Tidaklah mereka mengetahui bahwa shalat selain pada saat ini adalah lebih baik, karena sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda. "Shalat awaabiin (orang-orang yang kembali kepada Allah) adalah ketika anak-anak unta sudah merasa kepanasan"[10]. Diriwayatkan oleh Muslim [11]

Jumlah Rakaat Shalat Dhuha Dan Sifatnya

Disyariatkan kepada orang muslim untuk mengerjakan shalat Dhuha dengan dua, empat, enam, delapan atau dua belas rakaat.

Jika mau, dia boleh mengerjakannya dua rakaat dua rakaat. Adapun shalat Dhuha yang dikerjakan dua rakaat telah ditunjukkan oleh hadits Abu Dzar Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Bagi masing-masing ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekah Dan semua itu setara dengan ganjaran dua rakaat shalat Dhuha" Diriwayatkan oleh Muslim.[12]

Sedangkan shalat Dhuha yang dikerjakan empat rakaat, telah ditunjukkan oleh Abu Darda dan Abu Dzar Radhiyallahu 'anhuma, dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, dari Allah yang Mahaperkasa lagi Mahamulia, dimana Dia berfirman :"Wahai anak Adam, ruku'lah untuk-Ku empat rakaat di awal siang, niscaya Aku akan mencukupimu di akhir siang" Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi. [13]

Sedangkan shalat Dhuha yang dikerjakan enam rakaat, ditunjukkan oleh hadits Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu : "Bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah mengerjakan shalat Dhuha enam rakaat" Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi di dalam kitab Asy-Syamaa-il. [14]

Dan shalat Dhuha yang dikerjakan delapan rakaat ditunjukkan oleh hadits Ummu Hani, di mana dia bercerita :"Pada masa pembebasan kota Makkah, dia mendatangi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ketika beliau berada di atas tempat tinggi di Makkah. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam beranjak menuju tempat mandinya, lalu Fathimah memasang tabir untuk beliau. Selanjutnya, Fatimah mengambilkan kain beliau dan menyelimutkannya kepada beliau. Setelah itu, beliau mengerjakan shalat Dhuha delapan rekaat" [15] Diriwayatkan Asy-Syaikhani. [16]

Sedangkan shalat Dhuha yang dikerjakan dua belas rakaat ditunjukkan oleh hadits Abud Darda Radhiyallahu 'anhu, di mana dia bercerita, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Barangsiapa mengerjakan shalat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditetapkan termasuk orang-orang yang lengah. Barangsiapa shalat empat rakaat, maka dia tetapkan termasuk orang-orang yang ahli ibadah. Barangsiapa mengerjakan enam rakaat maka akan diberikan kecukupan pada hari itu. Barangsiapa mengerjakan delapan rakaat, maka Allah menetapkannya termasuk orang-orang yang tunduk dan patuh. Dan barangsiapa mengerjakan shalat dua belas rakaat, maka Allah akan membangunkan baginya sebuah rumah di Surga. Dan tidaklah satu hari dan tidak juga satu malam, melainkan Allah memiliki karunia yang danugerahkan kepada hamba-hamba-Nya sebagai sedekah. Dan tidaklah Allah memberikan karunia kepada seseorang yang lebih baik daripada mengilhaminya untuk selalu ingat kepada-Nya" Diriwayatkan oleh Ath-Thabrani.[17]

Dapat saya katakan bahwa berdasarkan hadits-hadits ini, diarahkan kemutlakan yang diberikan Sayyidah Aisyah Radhiyallahu 'anha saat ditanya oleh Mu'adzah :"Berapa rakaat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam mengerjakan shalat Dhua?" Dia menjawab : "Empat rakaat dan bisa juga lebih, sesuai kehendak Allah" [18]

Dan shalat Dhuha yang dikerjakan dua rakaat dua rakaat, telah ditunjukkan oleh keumuman sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam :"Shalat malam dan siang itu dua rakaat dua rakaat" [19] Dan seorang muslim boleh mengerjakan shalat Dhuha empat rakaat secara bersambungan, sebagaimana layaknya shalat wajib empat rakaat. Hal itu ditunjukkan oleh kemutlakan lafazh hadits-hadits mengenai hal tersebut yang telah disampaikan sebelumnya, seperti sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam :"Ruku'lah untukKu dari permulaan siang empat rakaat". Dan juga seperti sabda beliau :"Barangsiapa mengerjakan shalat (Dhuha) empat rakaat maka dia ditetapkan termasuk golongan ahli ibadah" Wallahu a'lam

[Disalin dari kitab Bughyatul Mutathawwi Fii Shalaatit Tathawwu, Edisi Indonesia Meneladani Shalat-Shalat Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, Penulis Muhammad bin Umar bin Salim Bazmul, Penerbit Pustaka Imam Asy-Syafi'i]

___________ Foote Note

[1]. Kata sulaamaa adalah bentuk mufrad (tunggal) dan jamaknya adalah assulaamiyaatu yang berarti ruas jari-jemari. Kemudian kata itu dipergunakan untuk seluruh tulang dan ruas badan. Lihat kitab, Syarh Muslim, An-Nawawi V/233

[2]. Hadits shahih. Diriwayatkan oleh Muslim, di dalam kitab Shalaatut Musaafirin wa Qashruha, bab Istihbaabu Shalaatidh Dhuha wa Anna Aqallaha Rak'aatani wa Akmalaha Tsamaanu Raka'aatin wa Ausathuha Arba'u Raka'aatin au Sittin wal Hatstsu 'alal Muhaafazhati 'alaiha, (hadits no. 720). Lihat juga kitab, Jami'ul Ushuul (IX/436)

[3]. Hadits hasan. Diriwayatkan oleh Ahmad di dalam kitab, Al-Musnad (VI/440 dan 451). Dan juga diriwayatkan oleh At-Tirmidzi di dalam Kitaabush Shalaah, bab Maa Jaa-a fii Shalaatidh Dhuha, (hadits no. 475) Mengenai hadits ini, At-Tirmidzi mengatakan : 'Hasan gharib" Dan dinilai shahih oleh Syaikh Ahmad Syakir di dalam tahqiqnya pada At-Tirmidzi. Juga dinilai shahih oleh AlAlbani di dalam kitab, Shahih Sunan At-Tirmidzi, (I/147). Serta dinilai hasan oleh muhaqqiq kitab, Jaami'ul Ushuul (IX/4370.

[4]. Hadits hasan. Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah (II/228), Al-Hakim di dalam kitab Al-Mustadrak (I/314), dan lafazh di atas milik keduanya. Diriwayatkan juga oleh AthThabrani di dalam kitab Al-Ausath (II/279-Majma'ul Bahrain) tanpa ucapan :"Dan ia adalah shalatnya orang-orang yang kembali kepada Allah (Awwaabiin)". Dan hadits di atas dinilai shahih oleh Al-Hakim dengan syarat Muslim. Dan dinilai hasan oleh Al-Albani di dalam kitab, Silsilah Al-Ahaadiits Ash-Shahiihah (hadits no. 1994).

[5]. Majmuu'al Al-Fataawaa (XXII/284)

[6]. Dan inilah yang tampak, yang ditunjukkan oleh hadits-hadits terdahulu. (Nailul Authaar III/77). Sedangkan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah setelah menetapkan kesepakatan para ulama tas sunnahnya bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam tidak mengerjakan shalat Dhuha secara terus menerus, kemudian menetapkan hukum sunnatnya, dimana dia mengatakan : "Muncul pertanyaan : 'Apakah yang lebih baik, mengerjakan secara terus menerus ataukah tidak secara terus menerus seperti yang dilakukan Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam? Inilah di antara yang

mereka pedebatkan". Dan yang lebih tepat adalah dengan mengatakan ;"Barangsiapa mengerjakan qiyaamul lail secara terus menerus, maka tidak perlu lagi baginya untuk mengerjakan shalat Dhuha secara terus menerus. Sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam. Dan barangsiapa yang tertidur sehingga tidak melakukan qiyamul lail, maka shalat Dhuha bisa menjadi pengganti bagi qiyamul lail" Majmu Al-Fataawaa (XXII/284).

Dapat saya katakan, (tetapi) lahiriyah nash menunjukkan disunnatkannya secara mutlak untuk mengerjakan shalat Dhuha secara terus menerus. Dan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah meninggalkan suatu amalan padahal beliau sangat suka untuk mengerjakannya karena beliau takut hal tersebut akan dikerjakan secara terus menerus oleh umat manusia sehingga akan diwajibkan kepada mereka. Dan inilah illat (alasan) tidak dikerjakannya shalat Dhuha secara terus menerus oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. Dengan demikian, nash-nash itu secara mutlak seperti apa adanya. Hal yang serupa seperti itu telah diisyaratkan oleh Sayyidah Aisyah Radhiyallahu 'anha, lihat kitab Jaami'ul Ushuul (VI/108-109).

[7]. Ath-Thibi mengatakan : "Shalat ini disebut shalat Isyraq, yaitu permulaan shalat Dhuha. Dia nukil di dalam kitab Tuhfatul Ahwadzi (I/405) Dapat saya katakan, telah saya sampaikan kepada anda mengenai hal itu yang lebih luas dari sekedar isyarat ini. Lihat pembahasan tentang shalat Isyraq sebelumnya.

[8] Hadits hasan lighairihi. Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi di dalam Kitaabush Shalah, bab Dzikru Maa Yustahabbu minal Julus fil Masjid Ba'da Shalaatish Shubhi Hatta Taathlu'a Asy-Syams Mengenai hadits ini, At-Tirmidzi mengatakan :"Hasan gharib". Dengan beberapa syahidnya, hadits ini dinilai hasan oleh Al-Mubarakfuri di dalam kitab Tuhfatul Ahwadzi (I/406). Dan disepakati oleh Syaikh Akhmad Syakir di dalam tahqiqnya pada At-Tirmidzi (II/481). Juga dinilai hasan oleh Al-Albani di dalam kitab Shahih Sunan AtTirmidzi (I/182). Dan dengan beberapa syahidnya, dinilai hasan oleh muhaqqiq kitab Jaami'ul Ushuul (IX/401). Dapat saya katakan, di antara syahidnya adalah hadist berikutnya.

[9]. Hadits hasan. Diriwayatkan oleh Ath-Thabrani di dalam kitab Al-Mu'jamul Kabiir (VIII/174), 181 dan 209)

Sanad hadits di atas dinilai jayyid oleh Al-Mundziri dan Al-Haitsami. Dan dinilai hasa oleh Al-Albani di dalam kitab Shahih At-Targhiib wa Tarhiib (I/189). Dan lihat juga kitab, Majmu'uz Zawaa'id (X/104)

[10]. Di dalam kitab, Syarh An-Nawawi (VI/30). Imam Nawawi mengatakan : ArRamdhaa' berarti kerikil yang menjadi panas oleh sinar matahari. Yaitu, ketika anakanak unta sudah merasa panas. Al-Fushail berarti anak unta yang masih kecil". Lihat juga, Nailul Authaar (II/81)

[11]. Hadits shahih. Diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab Shalaatul Musaafirin wa Qasruha, bab Shalatut Awaabiin Hiina Tarmudhil Fihsaal, hadits no. 748.

[12]. Takhrijnya telah diberikan sebelumnya

[13]. Takhrijnya telah diberikan sebelumnya

[14]. Hadits shahih lighairihi. Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi di dalam kitab AsySyamaa'il, bab Shalatudh Dhuha, (hadits no. 273) hadits ini dinilai shahih lighairihi di dalam kitab, Mukhtashar Asy-Syamaailil Muhammadiyyah, (hal. 156). Beberapa sahid dan jalannya telah disebutkan di dalam kitab Irwaaul Ghaliil (II/216).

[15]. Di dalam hadits tersebut terdapat bantahan bagi orang yang mengaku bahwa shalat ini adalah shalat al-fath (pembebasan), bukan shalat Dhuha. Lihat kitab, Zaadul Ma'ad (III/4100 dan juga Aunul Ma'buud (I/497)

[16]. Hadits shahih. Diriwayatkan oleh Al-Bukhari di dalam beberapa tempat di antaranya : Kitaabut Tahajjud, bab Shalaatudh Dhuhaa fis Safar (hadits no. 1176). Dan juga Muslim di dalam Kitaabul Haidh, bab Tasturuk Mughtasil bi Tsaubin au Nahwahu (hadits no. 336). Dan lafazh di atas adalah miliknya. Dan lihat juga kitab Jaami'ul Ushuul (VI/110).

[17]. Hadits ini disebutkan oleh Al-Haitsami di dalam kitab Majma'uz Zawaa'id (II/237) dan dia mengatakan : Diriwayatkan oleh Ath-Thabrani di dalam kitab Al-Kabiir. Di dalamnya terdapat Musa bin Ya'qub Az-Zam'i. Dinilai tsiqah oleh Ibnu Mu'in dan Ibnu Hibban serta dinilai dha'if oleh Ibnul Madini dan lain-lainnya. Dan sisa rijalnya adalah tsiqah. Dapat saya katakan, Musa bin Ya'qub seorang yang shaduq, yang mempunyai hafalan buruk, sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab, At-Taqriib (hal. 554). Dan diriwayatkan oleh Al-Bazzar di dalam kitab Kasyful Astaar (II/334), yang diperkuat oleh syahid dari Abu Dzar. Dan disebutkan oleh Al-Mundziri di dalam kitab At-Targhiib. Hadits Abud Darda dan Abu Dzar Radhiyalahu 'anhuma dinilai hasan oleh Al-Albani di dalam kitab Shahih At-Targhiib wat Tarhiib (I/279).

[18]. Hadits hasan. Diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab Shalatul Musafirin wa Qasruha, bab Istihbaabu Shaalatid Dhuha wa Anna Aqallaha Rak'ataani wa Akmalaha Tsamaanu Rak'atin wa Ausathuha Arba'u Rak'atin au Sittin wa Hatstsu 'alal Muhaafazhati Alaiha, (hadits no. 719).

[19]. Hadits shahih. Takhrijnya sudah diberikan sebelumnya Peringatan. Ada sebuah riwayat untuk hadits Ummu Hani terdahulu dengan lafazh : "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa salam pernah mengerjakan shalat Dhuha delapan rakaat. Beliau mengucapkan salam setiap dua rakaat'. Dan hadits Ummu Hani asalnya terdapat di dalam kitab Ash-Shahihain, tetapi tidak dengan lafazh ini. Dan diriwayatkan oleh Abud Dawud di dalam Kitaabush Shalaah, bab Shalatudh Dhuha (hadits no. 1234, II/234). Dan dalam sanad yang ada pada keduanya terdapat Iyadh bin Abdillah. Yang meriwayatkan darinya adalah Abdullah bin Wahb. Mengenai pribadi Iyadh ini. Abu Hatim mengatakan :"Dia bukan seorang yang kuat". Dan Ibnu Hibban menyebutnya di dalam deretan tsiqat. As-Saaji mengatakan : "Darinya, Wahb bin Abdillah meriwayatkan beberapa hadits yang di dalamnya masih mengandung pertimbangan". Yahya bin Ma'in mengatakan :"Dia seorang yang haditsnya dha'if". Abu Shalih mengatakan ;"Ditegaskan, dia memiliki kesibukan yang luar biasa di Madinah, di dalam haditsnya terdapat sesuatu" Al-Bukhari mengatakan : "Haditsnya munkar" Tahdziibut Tahdziib (VIII/201). Dapat saya katakan, haditsnya di sini diriwayatkan oleh Ibnu Wahb, darinya. Yang tampak secara lahiriyah dari keadaan orang ini, bahwa dia tidak dimungkinkan untuk

meriwayatkan seorang diri, sedangkan lafazh ini dia riwayatkan sendiri. Wallahu a'lam. Dengan lafazh ini, hadits ini dinilai dha'if (lemah) oleh Al-Albani di dalam komentarnya terhadap kitab Shahih Ibni Khuzaimah (II/234). Dalam penjelasannya, dia menguraikan secara rinci illatnya di dalam kitab. Tamamul Minnah (hal. 258-259)

Sumber : Muhammad bin Umar bin Salim Bazmul http://www.almanhaj.or.id/content/2357/slash/0

Anda mungkin juga menyukai