Anda di halaman 1dari 16

KEJOHANAN BOLA JARING MSSD PEKAN 2019

1.0 LATARBELAKANG

1M1S yang diperkenalkan telah berjaya mencungkil bakat murid seiring dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Negara. Oleh hal yang demikian, usaha berterusan yang dijalankan oleh pihak MSSD Pekan
untuk melahirkan para pelajar yang sempurna dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI)
melalui penganjuran pelbagai program sangat bertepatan untuk pembangunan sahsiah dan potensi
individu. Dari aspek sukan dan permainan, salah satu program tersebut adalah Kejohanan Bola Jaring
MSSD Pekan bagi tahun 2019.

Penganjuran kejohanan ini akan dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan khususnya bola
jaring. Di samping itu, diharapkan pihak MSSD Pekan akan dapat mengetengahkan bakat-bakat yang
sedia ada dalam usaha melahirkan lebih banyak pemain bola jaring berkaliber yang mampu
memartabatkan sukan bola jaring di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

2.0 OBJEKTIF

 Meningkatkan mutu permainan bola jaring dikalangan pelajar-pelajar.


 Memberi peluang kepada para pelajar untuk menunjukkan bakat dan kebolehan masing-masing
dalam permainan bola jarring.
 Memupuk minat para pelajar kepada permainan bola jaring supaya dapat melahirkan pemain
kebangsaan yang lebih bermutu pada masa akan datang.
 Menggalakkan interaksi antara para pelajar melalui pertandingan yang diadakan.

3.0 NAMA KEJ0HANAN

Kejohanan Bola Jaring MSSD Pekan 2019

4.0 PENGANJURAN

1
KEJOHANAN BOLA JARING MSSD PEKAN 2019

Dianjurkan oleh bahagian Kokurikulum PPD Pekan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan
Malaysia. Kejohanan ini akan dikelolakan oleh tuan rumah yang telah dipilih secara bergilir-gilir antara
sekolah daerah Pekan. Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan (SHAH PEKAN) telah diamanahkan
untuk menjadi tuan rumah pada tahun 2019.

5.0 TARIKH KEJOHANAN

30-31 Januari (RABU-KHAMIS) – 8.00 AM – 5.00 PM

6.0 PENYERTAAN

Melibatkan 16 buah sekolah dari seluruh daerah Pekan.

7.0 ANGGARAN PESERTA DAN PETUGAS

BIL PERKARA BIL DIBENARKAN JUMLAH JUMLAH


PASUKAN
1 Pengurus 1 16 16
Pasukan
2 Jurulatih Pasukan 3 16 48
3 Pemain 10 16 160
4 Pengadil dan 20
Teknikal
5 Petugas
(Guru/Staf SHAH)
6 Petugas (Pelajar 14
SHAH)
7 Pemandu 2

JUMLAH

8.0 FORMAT PERTANDINGAN

 Pusingan Pertama – Liga dalam kumpulan (4 Kumpulan)


 Pusingan Kedua – Kalah mati

2
KEJOHANAN BOLA JARING MSSD PEKAN 2019

Pengerusi : En Ahmad Zamri bin Md Isa


Timbalan Pengerusi: En Sukeri b Abd Rahman
Naib Pengerusi 1 : Pn Hjh Halimatu Saadiah bt Abd Rahman
Pengerusi Teknik : Pn Rozita Manja bt Mansor (SMK Peramu Jaya)
Setiausaha : En Mohd Helmi b Abd Jalil
Naib Setiausaha : Cik Norlela bt Yahya

Jawatankuasa Pelaksana

1. Makanan dan minuman

Suziyana bt Deraman
Rozleena bt Zul Ramli

2. Pengurus Pasukan

Sharifah Norulzalihan bt Syed Abdul Rahim

3. Fotografi / Laporan / Publisiti / Banner

Norlela bt Yahya

4. Medik / Kecemasan

Ahmad Aqil bin Hisham


Ahli-ahli PBSM sekolah (4 orang)

5. Siaraya

En Mohd Fikry b Abdullah


Tengku Khairul Anuar b Tengku Abd Rahman

6. Hadiah dan cenderamata

Azalia bt Rozali

3
KEJOHANAN BOLA JARING MSSD PEKAN 2019

BIDANG TUGAS

Makanan dan Minuman

1. Menyediakan makanan dan minuman untuk pasukan bola jaring sekolah, Pegawai dan guru-guru
bertugas sepanjang kejohanan.
2. Mengurus dan menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari pembantu (pelajar) sepanjang
kejohanan.

Pengurus Pasukan

1. Menetapkan tarikh dan masa latihan.


2. Memastikan keperluan alatan pasukan mencukupi.
3. Mengurus kebajikan pasukan semasa latihan dan kejohanan.
4. Menghadiri mesyuarat/taklimat pengurus pasukan.
5. Mendaftar pasukan untuk kejohanan.
6. Mengurus perjalanan/pengangkutan pasukan sepanjang latihan dan kejohanan.

Fotografi / Laporan / Publisiti / Banner

1. Merakam video dan foto sepanjang kejohanan.


2. Menempah dan menggantung banner (kenal pasti lokasi).

Medik / Kecemasan dan Keselamatan, Parking dan Lalu Lintas

1. Mendapatkan khidmat PBSM dan JPA3 untuk bertugas sepanjang kejohanan.


2. Menyusun jadual tugas ahli PBSM dan Kadet Polis sekolah sepanjang kejohanan.

Siaraya

1. Memastikan peralatan mencukupi dan siap sedia untuk digunakan serta bersedia dengan
peralatan tambahan sebagai persediaan.

Hadiah dan cenderamata

1. Memastikan jumlah hadiah untuk peserta pada Kejohanan Hoki Inter SBP Negeri Pahang.
2. Menempah hadiah untuk Kejohanan Hoki Inter SBP Negeri Pahang.
3. Menyediakan hadiah untuk diberikan pada hari kejohanan tersebut.
4. Menyediakan cenderamata untuk diberikan kepada VIP jemputan dan pengadil bertugas.

4
KEJOHANAN BOLA JARING MSSD PEKAN 2019

JAWATANKUASA TEKNIKAL DAN PERTANDINGAN

Pengerusi/Pengarah Kejohanan : En Sukeri b Abd Rahman


Timbalan/Pengerusi Teknik : En. Mohd Halim bin Hussin (SMK Seri Pekan)
Setiausaha/Penyelaras : En Mohd Helmi b Abd Jalil
Penolong : Cik Norlela bt Yahya

Jawatankuasa

Kepengadilan, Pendaftaran,Jadual, Peraturan -Pengerusi Teknik


Pertandingan -Setiausaha
-Penolong Setiausaha
Venue Koordinator, Persiapan Padang dan -En Mohd Nor Shamsul Bahari Al Amin b Ishak
Ballpicker -Ahli-ahli quarter master SHAH Pekan
Pembantu Teknikal -En Mohd Nor Shamsul Bahari Al Amin b Ishak
- Ahli-ahli quarter master SHAH Pekan
Brochure & Statistik -Setiausaha
-Penolong Setiausaha
Medik / Kecemasan -Ahmad Aqil bin Hisham
-Ahli-ahli PBSM SHAH Pekan
Sijil, Pingat dan Cenderahati -Azalia bt Rozali

5
KEJOHANAN BOLA JARING MSSD PEKAN 2019

BIDANG TUGAS

Pengerusi Teknik, Setiausaha, Penolong Setiausaha

1. Mengenalpasti pengadil untuk kejohanan.


2. Melantik Ketua Pengadil.
3. Memastikan para pengadil menjalankan tugas.
4. Mendapat dan mengedar surat pelepasan tugas kepada pengadil-pengadil.
5. Mengesahkan pendaftaran pasukan dan pemain.
6. Mengendali/mengurus sesi undian kumpulan dan setiap pusingan.
7. Menyusun jadual pertandingan.
8. Menyediakan borang perlawanan.
9. Memastikan setiap perkara mengikut Peraturan Pertandingan Kejohanan Hoki Inter SBP
10. Membuat surat makluman kepada JPN ke atas pelantikan Pegawai Teknik Negeri Dan Pengerusi
Teknik Daerah Pekan.

Venue Koordinator, Persiapan Padang dan Ballpicker

1. Memeriksa dan memastikan venue, kemudahan dan peralatan siap sedia untuk digunakan setiap
kali sebelum perlawanan bermula.
2. Menyediakan dan menyusun jadual tugas ballpicker.
3. Mengawasi setiap perlawanan berjalan dan membantu Pengerusi Teknik serta Ketua Pengadil.
* Peralatan :
- bola perlawanan (7 bola setiap perlawanan)
- jam randik (3 + 1)
- borang perlawanan (1/perlawanan)
- air horn
- nombor pertukaran pemain
- hailer
- bib

Pembantu Teknikal

1. Mengenalpasti pembantu.
2. Memberi taklimat dan latihan.
3. Menyusun jadual bertugas pembantu.
4. Memastikan pembantu menjalankan tugas dengan betul dan sempurna.

6
KEJOHANAN BOLA JARING MSSD PEKAN 2019

Brochure & Statistik

1. Menyediakan brochure mengenai kejohanan.


2. Mengumpul segala data dan statistik.
3. Merekod dan melengkapkan segala maklumat.
4. Mengumpul semua keputusan dan dijilidkan untuk diedarkan kepada setiap pasukan yang
mengambil bahagian.

Medik / Kecemasan

1. Mendapatkan khidmat PBSM dan JPAM untuk bertugas sepanjang kejohanan.


2. Menyusun jadual tugas ahli PBSM sekolah sepanjang kejohanan.

Sijil, Pingat dan Cenderahati

1. Menyempurnakan urusan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada pemenang dan


jemputan.
2. Mengadakan kelengkapan untuk majlis penyampaian hadiah – meja, alas, dulang.

7
KEJOHANAN BOLA JARING MSSD PEKAN 2019

SENARAI SEKOLAH YANG MENGAMBIL BAHAGIAN

1 SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH


2 SEK MEN UBAI
3 SEK MEN KEB DATO’ MAHMUD MAT
4 SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI TUN ABDUL
RAZAK
5 MAKTAB RENDAH SAINS MARA TUN ABDUL RAZAK
6 SEK MEN KEB PERAMU JAYA
7 SEK MEN KEB NENASI
8 SEK MEN KEB PEKAN
9 SEK MEN KEB AHMAD
10 SEK MEN KEB TENGKU ABDULAH
11 SEK MEN KEB LEPAR
12 SEK MEN KEB PALOH HINAI
13 SEK MEN KEB CHINI
14 SEK MEN KEB CHINI 2
15 SEK MEN KEB CHINI TIMUR
16 SEK KEB BANDAR DUA PALOH HINAI

8
KEJOHANAN BOLA JARING MSSD PEKAN 2019

PERATURAN PERTANDINGAN

KEJOHANAN BOLA JARING MSSD PEKAN 2019

PERATURAN PERTANDINGAN

Peraturan 1 : Pengelolaan

Seluruh pengelolaan Pertandingan Permainan MSSD Pekan diserahkan kepada Majlis Sukan Sekolah-
sekolah Daerah Pekan yang boleh juga menyerahkan kuasa pengelolaan pertandingan kepada mana-mana
sekolah dalam daerah Pekan atau satu Jawatankuasa Khas yang dipilih oleh Jawatankuasa Kerja MSSD
Pekan.

Peraturan 2

2.1 Undang-undang permainan Antarabangsa yang berkuatkuasa semasa akan undang-undang rasmi
pertandingan bagi peringkat umur 18 tahun dan ke bawah kecuali ada undang-undang khas yang
menguasai pertandingan permainan di MSSD Pekan.

Peraturan 3 : Kelayakan Peserta

3.1 Peserta-peserta.
3.1.1 Pelajar-pelajar yang menghadiri kursus penuh di sekolah-sekolah rendah dan menengah
yang berdaftar akan menjadi ahli Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri layak menyertai
semua pertandingan permainan MSSD Pekan.

3.1.2 Pelajar-pelajar yang menunggu keputusan peperiksaan SPM/SPVM/STPM tidak layak


menyertai semua pertandingan MSSM/MSSS/MSSD Pekan.

3.2 Ahli Gabungan MSSD Pekan.

3.2.1 Sekolah-sekolah yang bergabung dengan MSSD Klang adalah layak mengambil bahagian
dalam pertandingan MSSD Pekan

3.2.2 Setiap sekolah hanya layak menghantar satu pasukan sahaja mengikut
kumpulan umur dalam sesuatu pertandingan permainan melainkan ada kebenaran khas

9
KEJOHANAN BOLA JARING MSSD PEKAN 2019

Peraturan 4

4.1 Had umur bagi pertandingan permainan MSSD Klang.


4.1.1 18 tahun ke bawah.

4.1.2 15 tahun dan ke bawah.

4.2 Kiraan umur adalah dikira pada 1 Januari tahun pertandingan.


4.3 Bagi peserta yang terbukti lewat pendaftaran kelahiran pada peringkat umur yang disertai tidak
layak menyertai pertandingan permainan MSSD Pekan. Seseorang peserta dibenarkan menyertai
pertandingan dalam satu kumpulan umur sahaja bagi satu jenis pertandingan dalam masa yang
sama.
4.4 Selain yang disebutkan seseorang peserta tidak dibenarkan menyertai pertandingan dalam
kumpulan umur yang lebih tinggi daripada kumpulan umurnya melainkan ada satu ketetapan
khas.
4.5 Semua peserta hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan jika diminta oleh pihak
pengelola. Peserta yang tidak mempunyai kad pengenalan hendaklah mempunyai surat
pengesahan dengan gambar dari Pejabat Pendaftaran (Borang JPN / 9 atau JPN 1/11) dan salinan
sijil beranak yang disahkan oleh Pengetua sekolah yang berkenaan.

Peraturan 5 : Pendaftaran
5.1 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar bilangan pegawai pasukan dan peserta yang
ditetapkan.
5.2 Pendaftaran Pegawai dan peserta dalam borang pendaftaran yang tertentu hendaklah
disampaikan kepada Jawatankuasa.

Peraturan 6 : Pengadil / Hakim

6.1 Semua pengadil / hakim mestilah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Sekiranya
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan memerlukan khidmat pengadil / hakim selain daripada
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kebenaran daripada Urusetia MSSD Pekan hendaklah
diperolehi.

10
KEJOHANAN BOLA JARING MSSD PEKAN 2019

Peraturan 7 : Pengerusi Teknik Permainan MSSD Pekan

Pengerusi Teknik permainan akan bertindak sebagai penasihat permainan dari segi teknikal.

Peraturan 8 : Pengurus dan Pegawai Pasukan

8.1 Semua Pengurus / Pegawai Pasukan sekolah-sekolah yang berdaftar hendaklah terdiri daripada
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan hadir di majlis taklimat yang diadakan oleh Jawatankuasa
Pengelola.
8.2 Pengurus / Pegawai pasukan sekolah hendaklah bekerjasama mematuhi jadual perlawanan dan
aturcara yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan Pengelola Kejohanan.
8.3 Semua urusan peserta, disiplin dan kebajikan peserta adalah di bawah tanggungjawab pengurus
pasukan sekolah.

Peraturan 9 : Pakaian

9.1 Jika kedua-dua pasukan memakai baju yang sama warna, pasukan yang mula-mula tecatat dalam
jadual pertandingan hendaklah menukar warna bajunya. Walaubagaimanapun bagi permainan
yang telah menetapkan warna khusus jersi sekolah oleh Jawatankuasa Teknik Pertandingan, maka
peraturan tersebut hendaklah dipatuhi.

Peraturan 10 : Sistem Pertandingan

Sistem pertandingan dijalankan adalah mengikut ketetapan yang ditetapkan semasa Mesyuarat
Pengelolaan.

11
KEJOHANAN BOLA JARING MSSD PEKAN 2019

Peraturan 11 : Menyerah Kalah dan Menarik Diri

11.1 Pasukan / peserta yang telah bersetuju mengambil bahagian tidak dibenarkan menarik diri
semasa pertandingan dijalankan.
11.2 Sekiranya sesebuah pasukan / peserta menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada
pertandingan-pertandingan, semua keputusan yang dimainkan oleh pasukan / peserta akan
dibatalkan.
11.3 Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib
akan diambil ke atas pasukan berkenaan.
11.4 Berikut adalah tindakan yang akan diambil :-
11.4.1 Menulis surat tunjuk sebab.

11.4.2 Membayar ganti rugi perjalanan dan perbelanjaan pasukan lawan.

11.4.3 Membayar elaun pengadil yang sepatutnya bertugas pada perlawanan tersebut.

11.4.4 Menghantar laporan bertulis kepada Pengetua / Guru Besar sekolah.

Peraturan 12 : Bantahan

12.1 Bantahan bertulis dengan menggunakan “Borang Bantahan” yang ditandatangani oleh Pengurus
Pasukan berdaftar dan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan atau wakilnya dengan disertakan wang pertaruhan sebanyak RM200.00.
12.2 Tempoh bantahan rasmi tertakluk kepada peraturan dan undang-undang permainan sukan
berkenaan.
12.3 Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan yang dibuat ditolak.
12.4 Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka selepas itu akan dijalankan dalam
keadaan bermain dalam bantahan.
12.5 Juri rayuan hendaklah mengadakan mesyuarat selepas Jawatankuasa Pengelola Pertandingan
mendapati bantahan yang dibuat perlu dipertimbangkan sejam bantahan diterima.
12.6 Keputusan Juri Rayuan hendaklah disampaikan secara rasmi kepada pasukan berkenaan dan
keputusannya adalah muktamad.

12
KEJOHANAN BOLA JARING MSSD PEKAN 2019

Peraturan 13 : Juri Rayuan

Ahli-ahli Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum) :

i. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya.


ii. Setiausaha Pengelola.
iii. Pengerusi Jawatankuasa Teknik Daerah berkenaan.
iv. Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Kejohanan atau wakilnya.
v. Tiga orang Pengurus Pasukan yang berdaftar yang tidak terlibat dengan bantahan / kos tersebut.
vi.
Peraturan 14 : Lembaga Tatatertib

14.1 Lembaga ini terdiri daripada :


14.1.1 Pegawai Pendidikan Daerah atau wakilnya sebagai Pengerusi.

14.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Teknik atau wakilnya.

14.1.3 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Permainan berkenaan atau wakilnya.

14.1.4 Setiausaha MSSD atau wakilnya.

14.1.5 Pengerusi Pengadil Kejohanan.

14.2 Lembaga ini bertanggungjawab untuk :


14.2.1 Memberi amaran.

14.2.2 Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu.

14.2.3 Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan / pesta.

14.2.4 Mengarahkan pemain dihantar pulang.

14.2.5 Menghantar laporan kepada Pengetua / Guru Besar sekolah berkenaan supaya mengambil
tindakan tatatertib sejajar dengan tindakan disiplin mengikut hukuman yang digunakan oleh
Pertubuhan Kebangsaan.

13
KEJOHANAN BOLA JARING MSSD PEKAN 2019

14.2.6 Bagi kes-kes disiplin yang berlaku dan melibatkan pegawai-pegawai pasukan, pihak
Pengelola Pertandingan hendaklah melaporkan kepada Jawatankuasa Kerja MSSD untuk tindakan
selanjutnya.

14.2.7 Tindakan tatatertib dan melibatkan pegawai-pegawai pasukan, pihak

Pengelola Pertandingan hendaklah melaporkan kepada Jawatankuasa Kerja MSSD untuk


tindakan selanjutnya.

14.2.8 Tindakan tatatertib berdasarkan “Perintah Am” akan diambil kepada pegawai-pegawai
yang didapati sabit kesalahan.
14.3 Kes Penggantungan.
Pasukan, pegawai atau pemain yang digantung oleh sekolah, Majlis Sukan Sekolah-sekolah
Daerah, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri atau Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia kerana
perlanggaran etika pertandingan dan permainan hendaklah dilaporkan kepada Persatuan
Permainan Negeri atau Kebangsaan yang mengelolakannya.

Perauran 15 : Majlis Penyampaian Hadiah

15.1 Semua pasukan yang menyertai pertandingan permainan dan yang akan menerima hadiah
hendaklah hadir di Majlis Penyampaian Hadiah yang diatur oleh Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan.
15.2 Jika terdapat pasukan yang tidak memberi kerjasama, Pengelola hendaklah memaklumkan
kepada Urusetia MSSD serta Pegawai Pendidikan Daerah berkenaan agar tindakan diambil
terhadap pengurus pasukan berkenaan.
15.3 Penyampaian hadiah disediakan oleh Pengelola.

14
KEJOHANAN BOLA JARING MSSD PEKAN 2019

Peraturan 16 : Keselamatan

16.1 Pihak Pengelola Pertandingan akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengelakkan
berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini di tempat penginapan atau pertandingan.
16.2 Sebarang kehilangan atau kerosakkan harta benda semasa pertandingan adalah tanggungjawab
pasukan dan peserta sendiri. Walau bagaimanapun, beberapa persediaan akan diadakan bagi
mengelakkan kehilangan dan kerosakan.

Peraturan 17 : Penyalahgunaan Dadah

17.1 Penggunaan dadah yang tidak dibenarkan seperti senarai “Penyalahgunaan Dadah Berbahaya”
adalah diharamkan.
17.2 Ujian pengesanan boleh dijalankan secara rambang kepada peserta oleh Jawatankuasa
berhubung kejohanan yang diadakan.

Peraturan 18 : Tindakan Mahkamah

Sebarang tindakan mahkamah tidak boleh diambil ke atas Jawatankuasa Pengelola Pertandingan
berhubung dengan kejohanan yang diadakan.

Peraturan 19 : Kenyataan Akhbar / Media Elektronik

Semua pegawai atau peserta yang menyertai Kejohanan Permainan MSSDK dilarang membuat sebarang
kenyataan akhbar / media elektronik berhubung dengan kejohanan kecuali Pengerusi Jawatankuasa
Pengelola atau pihak yang bertanggungjawab.

Peraturan 20 : Pindaan dan Hakmilik Jawatankuasa Pengelola

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan PERATURAN PERMAINAN BERKENAAN
akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan MSSDK dan keputusannya adalah muktamad.

15
KEJOHANAN BOLA JARING MSSD PEKAN 2019

PENUTUP

Program yang terancang seperti ini dapat menerapkan nilai-nilai murni kepada semua penggerak
sukan bola jaring. Semangat sayangkan sekolah, negeri dan negara serta rasa tanggungjawab dapat
disemai di kalangan mereka yang terlibat. Selain daripada itu, semangat setiakawan dan toleransi
akan dapat dipupuk. Dengan adanya kerjasama dan komitmen yang tinggi di kalangan penggerak
sukan bola jaring, program seumpamanya juga dapat dilaksanakan dengan cukup berkesan. Adalah
diharapkan cadangan ini dapat berjalan dengan lancar demi merealisasikan matlamat kita iaitu untuk
melahirkan pemain-pemain yang berkualiti tinggi untuk mewakili sekolah, daerah, negeri dan negara
amnya.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Disediakan oleh;- Disemak oleh;-

---------------------------- -------------------------------
EN MOHD HELMI BIN ABD JALIL EN SUKERI B ABD RAHMAN
Setiausaha Pengelola, GPK Kokurikulum,
Kejohana Bola Jaring MSSD Pekan 2018 Sek Sains Sultan Haji Ahmad
Shah, Pekan, Pahang.

Disahkan oleh;-

---------------------------------
EN AHMAD ZAMRI BIN MD ISA
Pengetua
Sek Sains Sultan Haji Ahmad Shah,
Pekan Pahang.

16

Anda mungkin juga menyukai