Anda di halaman 1dari 18

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

KAMPUS REMBAU

KERTAS CADANGAN

COM 366
EVENT MANAGEMENT IN COMMUNICATION
FAKULTI KOMUNIKASI & PENGAJIAN MEDIA

ACARA:
MASSCOMM EVOLVE 2.0 2018

TAJUK:
GHOMBAD (Rembau Badminton Charity Tournament)
“Strive Humanity Towards Islamic Nation”

DISEDIAKAN OLEH:
NUR SABRINA BINTI ABDUL RAZAK
SETIAUSAHA N5MC 110 4J

SESI:
MAC 2018-JULAI 2018

PENASIHAT
PN SUHAILA BINTI KAMAL
Kertas Cadangan Untuk GHOMBAD (Rembau Badminton Charity
Tournament) “Strive Humanity Towards Islamic Nation”

MassComm Evolve 2.0 2018

1.0 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)


Fakulti Komunikasi & Pengajian Media,

UiTM Cawangan Negeri Sembilan

Kampus Rembau

2.0 Tujuan
Kertas cadangan ini disediakan untuk memohon pertimbangan segera
daripada pihak pengurusan UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus
Rembau untuk meluluskan permohonan bagi menganjurkan aktiviti sukan
iaitu pertandingan badminton GHOMBAD (Rembau Badminton Charity
Tournament): “Strive Humanity Towards Islamic Nation”.

3.0 Maklumat Program


3.1.0 Pengenalan Latar Belakang Program
Subjek Event Management (COM366) adalah subjek wajib bagi
Diploma Komunikasi & Pengajian Media. Pihak penganjur
menganjurkan program bagi subjek ini.

Pihak penganjur dari kelas N5MC 110 4J telah berbincang bersama


pensyarah untuk mengadakan satu program yang disertai oleh para
pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya dan para
pelajar lain dari jurusan komunikasi dan media di Malaysia. Program
yang dirancang adalah GHOMBAD (Rembau Badmintion Charity
Tournament) “Strive Humanity Towards Islamic Nation”.

GHOMBAD (Rembau Badminton Charity Tournament) merupakan satu


inisiatif untuk merapatkan perhubungan silaturrahim antara masyarakat
setempat di Rembau . Program ini juga dijalankan dengan mengadakan
pertandingan badminton mengikut kategori di mana yuran penyertaan
akan disumbangkan kepada organisasi yang bertanggungjawab ke atas
saudara Islam supaya program ini dijalankan sambil melaksanakan
tujuan untuk beramal. Persoalannya, apakah maklumat berkaitan
program tersebut?

Antara maklumat yang berkaitan program GHOMBAD adalah program


tersebut dianjurkan oleh pelajar semester 4 dari kelas N5MC1104J,
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Program ini dijalankan di
Dewan Biduanda bertarikh pada 9 Mei 2018 bermula pada pukul 7:30
pagi sehingga 5:00 petang. Pertandingan badminton ini dibuka kepada
beberapa kategori iaitu kategori kakitangan dan pelajar UiTM, pelajar
sekolah dan orang awam.

Selain itu, program ini bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang


bertimbang rasa serta bersimpati terhadap saudara Islam yang
menghadapi musibah di negara yang terlibat. Hal ini kerana negara kita
tidak rasa keperitan yang dilalui oleh mangsa penindasan tersebut. Oleh
itu, sebagai masyarakat yang prihatin terhadap isu-isu semasa, amalan
tolong-menolong kepada mereka yang tidak bernasib baik perlulah
dipraktikkan supaya beban yang mereka hadapi dapat diringankan.

Kesimpulannya, seperti yang dikatakan oleh Marshall McLuhan dalam


karyanya The Golden Village, program ini adalah sebagai platform
masyarakat berkomunikasi tanpa sempadan bukan sahaja
menggunakan lisan tetapi juga dengan menerapkan aspek-aspek media
dalam komunikasi Islam.

3.2.0 Rasional Pemilihan Tajuk Acara/Nama Program/Tema Program

Tajuk program yang telah dipilih ialah GHOMBAD (Rembau


Badminton Charity Tournament). GHOMBAD merupakan gabungan
dua perkataan iaitu ‘Rembau’ dan juga ‘badminton’. N5MC1104J
sebulat suara untuk melangsungkan program tersebut sebagai satu
acara kebajikan. Hal ini adalah kerana tema yang telah dipilih
berunsurkan Islam. Aktiviti kebajikan amat digalakkan dalam agama
Islam. Justeru, sebahagian daripada keuntungan program
GHOMBAD akan didermakan khas kepada organisasi kebajikan.

Secara terperinci, badan organisasi kebajikan yang telah dipilih oleh


wakil-wakil N5MC110 4J ialah Bantuan Kecemasan Ghouta Syria.
Antara sebab-sebab organisasi ini dipilih adalah kerana keadaan
rakyat Ghouta amat merisaukan berdasarkan berita yang
menunjukkan mereka ditimpa musibah bom kimia. Bantuan
Kecemasan Ghouta Syria telah membuka akaun tabung kebajikan
dan kemanusiaan HALUAN melalui Maybank dan juga Bank Islam.
Dengan cara ini, kami diberi peluang untuk menyalurkan pertolongan
dari segi wang.

Oleh itu, slogan bagi program ini iaitu “Strive Humanity towards
Islamic Nation”, yang bermaksud memupuk sifat kemanusiaan dalam
komuniti Islam, amat sesuai dengan program yang kami ingin
anjurkan. Matlamat GHOMBAD bukan sahaja untuk bersukan
semata-mata, tetapi untuk menghulurkan bantuan kepada yang
kurang bernasib baik pada masa yang sama.

3.3.0 Objektif

1. Menyahut seruan kerajaan dalam usaha mumupuk minat


bersukan dalam kalangan murid sekolah millenia yang terlalu taksub
dengan alam maya.

2. Mewujudkan platform kepada para pelajar jurusan media dan


komunikasi di Malaysia untuk menyuarakan hasrat pembinaan negara
yang gemar menjaga kesihatan diri dan orang tersayang.

3. Memberi sumbangan kepada masyarakat tentang kepentingan


mengambil berat tentang kesihatan dan akibat tidak menjaganya.
4. Menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat
dan, pada masa yang sama, berpegang teguh kepada agama dan
mengikut syarat-syarat yang berpatutan pada syariat.

5. Melatih masyarakat untuk berfikir secara kritikal dalam


menentukan cara penyampaian dakwah melalui aktiviti sukan.

3.4.0 Kumpulan Sasaran/Peserta/Penonton


 Seramai 72 orang peserta yang mempunyai minat dan ingin
menunjukkan bakat dalam sukan badminton sambil beramal.
 Perlawanan diadakan secara beregu dan dibahagikan kepada
tiga kategori iaitu bawah 18 tahun (pelajar sekolah menengah),
warga UiTM dan Ghombad Open (orang awam).
 Yuran pendaftaran sebanyak RM20 bagi kategori staf/pelajar
UiTM serta orang awam dan RM15 bagi pelajar sekolah
menengah.
 Jemputan akan diedarkan kepada staf/pelajar UiTM, orang awam
dan pelajar sekolah menengah melalui posters, risalah serta
video yang akan dipaparkan di laman sosial seperti Instagram
dan Twitter.
 Sekolah-sekolah menengah yang akan dijemput ialah:
1. Sekolah Menengah Sains Rembau
2. Sekolah Tinggi Islam As-Sofa (STIAS)
3. Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja
 Jemputan juga akan diwar-warkan kepada mereka daripada
industri media seperti stesen radio Era FM.
 Aktivis-aktivis media sosial juga akan dijemput untuk turut serta
dalam acara ini.
3.4.1 Cadangan Kolaborasi

 Kelab Badminton Nusa Mahsuri


Kelab Badminton Nusa Mahsuri merupakan sebuah kelab
badminton pertama ditubuhkan di Malaysia pada 10 April
1997.Organisasi tersebut diuruskan oleh Dato’ Hj Misbun Dato’
Hj Sidek dan juga adiknya Dato’ Hj Jalani Dato’ Hj Sidek.
Mereka merupakan ikon-ikon badminton yang dipujai ramai.
Dato Hj Misbun ialah jurulatih kepada pemain badminton
Malaysia yang sangat berjaya iaitu Dato’ Lee Chong Wei.
Perkata tersebut membuktikan bahawa keputusan untuk
melaksanakan kolaborasi antara Nusa Mahsuri dan GHOMBAD
ialah wajar.
 Yonex
Yonex ialah syarikat Jepun yang terkenal dengan menghasilkan
dan membekalkan semua produk-produk Yonex kepada Sunrise
& Company dan kepada SunriseClick. Yonex bermula sebagai
sebuah syarikat kecil yang membuat raket-raket kayu, dan telah
muncul sebagai salah satu jenama terbaik untuk permainan
yang berkualiti di atas gelanggang. Oleh yang demikian, Yonex
merupakan organisasi yang sangat sesuai untuk berkolaborasi
bersama dengan GHOMBAD.
 100 Plus
100 Plus merupakan salah satu jenama yang terkemuka di
bawah naungan F&N di Malaysia. Jenama minuman isotonik
yang bebas kafein ini dirumus khas untuk membantu
memulihkan tenaga ketika melakukan senaman fizikal dan
menghidupkan tubuh ke keseimbangan penghidratan optimum.
Hal ini telah meyakinkan ahli jawatankuasa GHOMBAD bahawa
minuman 100 Plus patut dibekalkan kepada peserta-peserta
pada hari program tersebut.
3.5.0 Anjuran
 Urusetia terdiri daripada pelajar-pelajar Diploma Semester 4
Kelas J daripada Fakulti Komunikasi & Pengajian Media
 Seramai 25 orang urusetia diperlukan.

3.6.0 Tarikh/Tempat/Masa

 9 Mei 2018 (Rabu)


 Dewan Biduanda, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus
Rembau
 7:30am – 5:00pm
 Seramai 25 orang urusetia diperlukan.

3.7.0 Perasmi / Panel

 Forum ini dijangka akan dirasmikan oleh Dato’ Seri Dr. Prof Syed
Arabi Idid bin Syed Abdullah Idid.
 Rasional pemilihan Perasmi
i. Perasmi merupakan Rektor Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM) keempat pada 1 Jun 2006. Beliau dilantik
semula bagi penggal kedua berkuatkuasa 1 Jun 2009. Hal
ini menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang yang
bertauliah dan boleh dijadikan teladan untuk pelbagai
lapisan masyarakat untuk menjadi model contoh terbaik.
ii. Perasmi juga merupakan professor di Jabatan
Komunikasi, Kuliyya Ilmu Berteraskan Wahyu dan Sains
Kemanusiaan sebelum ini. Perkara ini membuktikan
bahawa beliau merupakan orang yang sesuai dan tepat
untuk merasmikan majlis ini serta memberi ucapan
bermanfaat berkaitan komunikasi, media dan Islam.
3.8.0 MC Majlis
 Pihak urusetia mencadangkan majlis ini dikendalikan oleh Nur
Mazirah binti Zainal dan Muhammad Fikri bin Azman.
i. Mereka merupakan ahli kuat dalam organisasi ini dan
merupakan belia yang bijak berinteraktif dengan ramah
dan mesra.
ii. Berpengaruh di kalangan masyarakat seperti pensyarah,
rakan-rakan serta orang awam yang menyebabkan
mereka disenangi oleh ramai orang.
iii. Personaliti mereka juga menarik serta sesuai untuk
dijadikan ikutan pelbagai lapisan masyarakat

3.9.0 Perincian Program/ Kaedah Perlaksanaan Projek

 Pra Acara

Wakil-wakil pelajar N5MC110 4J berusaha untuk mengutip dana


sebanyak mungkin untuk didermakan kepada badan organisasi
kebajikan Bantuan Kecemasan Ghouta Syria. Kaedah yang
digunakan adalah dengan menyediakan sebuah tabung
kebajikan di samping meningkatkan kesedaran kepada pelajar
UiTM Rembau bahawa hasil kutipan tersebut akan
disumbangkan kepada saudara-saudara Islam di negara yang
sedang mengalami krisis.

Selain itu, ahli-ahli jawatankuasa N5MC110 4J akan mengikuti


kursus ringkas bagi meningkatkan pengetahuan masing-masing
tentang peraturan dan undang-undang permainan badminton.
Perkara ini adalah untuk menjaminkan program dapat dijalankan
dengan lancar dan cekap.
 Food truck dan vendor
Bagi menjayakan program ini, jemputan akan diedarkan kepada
ahli-ahli peniaga yang berminat untuk menjalankan bisnes
mereka. Bagi peniaga yang berkonsepkan food truck, yuran akan
dikenakan sebanyak RM80 untuk sehari manakala vendor pula
dicaj sebanyak RM100, termasuk bekalan kuasa jika perlu.
Setiap peniaga food truck dan mahupun vendor perlu membayar
RM50 untuk deposit pembersihan.

 Ketibaan dan pendaftaran peserta (sarapan pagi)

Pendaftaran dibuka seawal jam 7.30 pagi sehingga 8.00 pagi.


Sarapan pagi disediakan bagi para peserta dan yang terlibat
dalam pertandingan.

 Ketibaan tetamu kehormat dan VIP


Kehadiran tetamu kehormat Dato’ Seri Dr. Prof Syed Arabi Idid
bin Syed Abdullah Idid diiringi oleh VIP, Rektor UITM Rembau,
Kampus Negeri Sembilan, Prof. Dr. Nasrudin Mohammed.

 Perasmian majlis dan ucapan alu-aluan


Ucapan aluan dari pengerusi majlis diikuti oleh nyanyian lagu
UITM dan Wawasan Setia Warga UITM. Bacaan doa dan ucapan
aluan dari ketua projek dan Prof. Dr. Nasrudin Mohammed.

 Perlawanan bermula mengikut kategori


Perlawanan mengikut tiga kategori iaitu staf dan pelajar, orang
awam serta peringkat sekolah berlangsung secara serentak di
empat gelanggang berbeza dengan format pertandingan liga.

 Rehat tengahari dan solat Zohor


Peserta rehat sebentar dan mengambil masa untuk solat zohor
diikuti oleh makan tengah hari yang telah disediakan oleh
penganjur.
 Perlawanan separuh akhir & akhir bagi setiap kategori
Baki perlawanan diteruskan untuk mencari pemenang akhir
pertandingan untuk setiap kategori.

 Persiapan majlis penutup


Semua perlawanan ditamatkan dan peserta berehat sementara
pihak penganjur mempersiapkan dewan untuk majlis penutup.

 Majlis penutup & penyampaian hadiah


Tontonan video montaj serta pengumuman pemenang cabutan
bertuah. Ucapan penutup oleh Puan Wan Admiza binti Wan
Hassan, Ketua Koordinator Komunikasi dan Pengajian Media.
Sesi penyampaian hadiah untuk para pemenang bagi setiap
kategori oleh beliau juga.
Bagi setiap kategori, juara akan memperoleh RM200 tunai dan
medal manakala naib juara akan menerima RM100 tunai. Di
samping itu, sijil penyertaan akan diberi kepada setiap peserta.
Untuk memeriahkan lagi majlis, acara cabutan bertuah juga akan
dilangsungkan. Sebanyak tiga orang akan menerima
cenderamata yang amat menarik. Antaranya ialah sebiji iPhone
7 Red 32GB.

.
4.0 Tentatif Program

Tarikh & Masa Aktiviti


9 Mei (Rabu)

7.30am-8.00am Ketibaan dan pendaftaran peserta (sarapan pagi)

8.00am-9.00am  Ketibaan tetamu kehormat dan VIP


 Majlis dimulakan
 Ucapan aluan
 Perasmian majlis

9.00am-12.00pm Perlawanan bermula mengikut kategori (liga)

12.00pm-2.00 pm Rehat tengahari dan solat Zohor (makanan disediakan)

2.00 pm-3.00 pm Perlawanan separuh akhir & akhir bagi setiap kategori

3.00pm-3.30pm Persiapan majlis penutup

3.30pm-5.00pm  Majlis penutup dimulakan


 Penyampaian hadiah
 Sesi ‘Meet & Greet’ bersama tetamu kehormat
Dato’ Hj Misbun Dato’ Hj Sidek

5.00pm Majlis bersurai


5.0 SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

PENASIHAT PROJEK
PUAN SUHAILA BINTI KAMAL
KETUA PROJEK
HAZIQ ISSOUFIE BIN ANIZAM

PENOLONG KETUA PROJEK


SARAH BINTI MD YUHA

SETIAUSAHA
NUR SABRINA BINTI ABDUL RAZAK

PENOLONG SETIAUSAHA
NUR NAJIHA YASMIN BINTI NUR HAMDI

BENDAHARI
AIMI NATASHA BT RUJHAN

PENOLONG BENDAHARI
HAREEZ AIMAN BT KAMARULZAMAN

(1) BIRO PROGRAM


- Muhammad Danial bin Roshadzol (Ketua)
- Marissa binti Mohd Yusri
- Nur Qamarina Balqis binti Mohd Zamri

(2) BIRO LOGISTIK & KESELAMATAN


- Roznasyuha binti Rosli (Ketua)
- Qistina Eiman binti Sukhaimi
- Saidatul Soleha binti Hamizan
(3) BIRO MAKANAN DAN PROTOKOL
- Muhammad Fikri bin Azman (Ketua)
- Nur Marsya Ellysya binti Sharudin
- Nur Atiqah binti Nordin

(4) BIRO PUBLISITI DAN MEDIA


- Amir Syafiq bin Shaharudin (Ketua)
- Nur Mazirah binti Zainal
- Nurul Aisyah binti Azlan
- Nurul Alia Ameera binti Hairulnizam

(5) BIRO TAJAAN & HADIAH


- Puteri Nur Khalidah binti Zulkifli (Ketua)
- Wan Nurul Amnee binti Wan Rosli

(6) BIRO TUGAS-TUGAS KHAS


- Syed Mohammad Syafizal Idid bin Syed Azalan Idid
- Nur Qhalillah Batrisyia binti Rasselan
- Ain Nadhirah binti Abd Razak
- Aida Najwa binti Azman
6.0 PERBELANJAAN

BAHAGIAN A: MAKANAN

Sarapan pagi :

75 peserta x RM 3

= RM 225

25 VIP/ Staf UiTM/ Jemputan Luar x RM 6

= RM 150

Makan Tengahari :

25 VIP/Staf UiTM/Jemputan Luar x RM 10

= RM 250

JUMLAH : RM 625.00

BAHAGIAN B: KEPERLUAN PROGRAM

Peralatan/keperluan program

 Lanyard (AJK) RM14.20 x 25 = RM355


 Shuttlecock RM70 x 2 = RM140
 Hiasan tempat program = RM250
 Pen RM2 x 25 = RM50
 Yuran pengadil RM20 x 6 = RM120
 Kursus ringkas badminton = RM250
 Khemah & meja = RM1200
JUMLAH: RM 2 365.00

Percetakan

 Buku program VIP 50 x RM3 = RM150


 Kad jemputan 25 x RM3 = RM75
 Surat penghargaan 25 x RM2 = RM50
 Sijil penghargaan biro 25 x RM2 = RM50
 Sijil penyertaan peserta 75 x RM2 = RM150
 Papan tanda program 20 x RM2 = RM40
 Poster program 17 x RM5 = RM85
 Teaser program 10 x RM5 = RM50
 Flyers 50 x RM2.00 = RM100
 Bunting 2 x RM150 = RM300
JUMLAH: RM1050.00

Cenderamata:

VIP: RM300

JUMLAH: RM300.00

Laporan Program dan Gambar Aktiviti

Gambar : RM45

Laporan : RM5

Penyediaan CD : RM5

JUMLAH: RM55.00

Baju program:

25 pelajar (AJK) x RM30 = RM750

JUMLAH: RM750.00

JUMLAH KESELURUHAN ANGGARAN PERBELANJAAN ACARA


GHOMBAD: RM 4, 520.00
7.0 KESIMPULAN/SYOR

Pihak pengurusan UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau dengan


segala hormatnya memohon untuk menimbangkan dan meluluskan cadangan
penganjuran Pertandingan Badminton Ghombad (Rembau Badminton Charity
Tournament), “Strive Humanity Towards Islamic Nation” dan meluluskan
peruntukan kewangan berjumlah RM4, 520.00 untuk tujuan tersebut di atas
memandangkan sesi bersukan ini akan memberi sumbangan kepada penganjur
dan masyarakat. Kami berharap usaha murni ini mampu menjadi contoh yang
terbaik dalam memupuk semangat kesukanan di kalangan rakyat Malaysia.
I. LAMPIRAN

NAMA NO. MATRIK


AIDA NAJWA BINTI AZMAN 2016486776
AIMI NATASHA BINTI RUJHAN 2016486504
AIN NADHIRAH BINTI ABD RAZAK 2016486782
AMIR SYAFIQ BIN SHAHARUDIN 2016484412
HAREEZ AIMAN BIN KAMARULZAMAN 2016484512
HAZIQ ISSOUFFIE BIN ANIZAM 2016484566
MARISSA BINTI MOHD YUSRI 2016486942
MUHAMMAD DANIAL BIN ROSHADZOL 2016487014
MUHAMMAD FIKRI BIN AZMAN 2016484506
NUR ATIQAH BINTI NORDIN 2016486994
NUR MARSYA ELLYSYA BINTI SHARUDIN 2016486544
NUR MAZIRAH BINTI ZAINAL 2016486874
NUR NAJIHA YASMIN BINTI NUR HAMDI 2016484588
NUR QAMARINA BALQIS BINTI MOHD ZAMRI 2016486694
NUR QHALILLAH BATRISYIA BINTI RASSELAN 2016487094
NUR SABRINA BINTI ABDUL RAZAK 2016486968
NURUL AISYAH BINTI AZLAN 2016484296
NURUL ALIA AMEERA BINTI HAIRULNIZAM 2016484584
PUTERI NUR KHALIDAH BINTI ZULKIFLI 2016486882
QISTINA EIMAN BINTI SUKHAIMI 2016487078
ROZNASYUHA BINTI ROSLI 2016484518
SAIDATUL SOLEHA BINTI HAMIZAN 2016484302
SARAH BINTI MD YUHA 2016486612
SYED MOHAMMAD SYAFIZAL IDID BIN SYED AZALAN IDID 2016486886

WAN NURUL AMNEE BINTI WAN ROSLI 2016484396

Anda mungkin juga menyukai