Anda di halaman 1dari 2

LIMAU NIPIS

Limau nipis atau nama botani Citrus aurantifolia adalah sejenis limau yang sangat
digemari di negara ini untuk kegunaan sebagai air minuman dan juga untuk
dicampur dalam masakan. Buahnya kecil dan bulat, berukuran 2.5cm – 5 cm garis
pusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi
masam. Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 m tinggi.
Tanaman limau nipis sesuai ditanam pada iklim panas dan lembap. Manakala ia
sesuai ditanam pada tanah jenis lom berpasir. Limau nipis senang dibiakkan melalui
biji tetapi biasanya ia dibiak secara tampang iaitu secara tut. Jika dibiak secara ini
pokok-pokok mengeluarkan buah lebih awal. Jarak tanaman yang dilakukan ialah
6m x 6m diladang.

Penyiraman boleh dibuat 1-2 kali sehari selama 2-3 bulan pertama. Selain daripada
itu, pembajaan juga dilakukan dengan menggunakan baja organan seperti tahi
lembu. Sebanyak 30- 40kg/pokok setahun boleh digunakan bagi peringkat
tumbesaran (umur pokok 1-3 tahun) dan 40-60 kg/pokok setahun selepas pokok-
pokok mula berbuah. Cantasan perlu dilakukan bagi membuang tunas air dan
menggalakkan pengudaraan yang baik.

Bagi pokok-pokok muda, kerja-kerja merumput hendaklah dilakukan dengan


mencabut atau menggunakan cangkul dikeliling pokok. Bila pokok sudah cukup
besar dan matang, kawalan rumpai secara kimia boleh dijalankan dengan
menggunakan racun rumpai.

Pokok mula berbuah antara umur 2-3 tahun iaitu bagi pokok-pokok yang ditanam
dari anak tut. Hasil antara 20-25 kg/pokok setahun boleh diperolehi. Jangkamasa
ekonomi bagi pokok yang ditanam dari anak tut adalah dalam lingkungan 10 tahun.

Masalah tanaman limau purut


Serangan serangga oleh:
• Aphids (serang tunas baru dan pucuk muda akan menjadi cacat dan berkerinting
dan menyebabkan pertumbuhan terbantut)
• Thrips(menghisap cecair daun, pucuk dan bunga menyebabkan tunas daun hitam,
kering dan gugur lalu pertumbuhan terbantut)
• Hamama (menghisap cecair dari tangkai, daun dan buah lalu menjadi tompok
kuning)
• Lalat Buah(Bactocera spp)
• Psylids (Diaphorina citri) merupakan vektor penyakit greening limau
Kawalan:
• Kutip serangga perosak jika dijumpai pada pokok yang ditanam dan
musnahkannya.
• Semburan racun perosak jenis sistemik bagi sesetengah serangan perosak
digalakkan dengan penggunaan dan cara yang betul.

Serangan penyakit:
• Citrus Greening Disease(CDG) (Liberobacter asiaticum) menghisap cecair daun
terutama daun muda
• Penyakit Keruping (Elsinoe fawcetti)
• Virus Tristeza
• Phythopthora (Phyrthopthora spp)

Sumber: http://myagri.com.my/2017/09/limau-nipis/

Anda mungkin juga menyukai