1. hemat - Pada hemat saya, mesyuarat hari ini amat perlu ditangguhkan dahulu.
hemah - pelajar itu memiliki hemah yang terpuji.
2. kerangka - Kerangka bangunan itu hampir siap dibina dengan menggunakan kayu.
.rangka - Mereka menemui rangka manusia di tepi sungai itu.
3. perap - "Jangan perap daging ayam itu terlalu lama", kata ibu kepadaku.
....perah - "Tolong perah kain basah itu sebelum dijemur", kata emak kepada kakak.
4. melarik - Saya melarik buluh itu dengan pisau supaya licin dan kemas.
....melirik - Gadis itu melirik sambil tersenyum kepada Encik Arifin.
11. menyumpah - Arifin menyumpah pelajar yang suka berludah di atas lantai itu.
......menyampah - Cikgu menyampah melihat pelajar yang suka berbual di dalam kelas.
12. rencam - Dia melakukan tugas-tugas rencam di pejabat pada setiap hari.
......rencah - Suka duka merupakan rencah kehidupan manusia di muka bumi ini.
13. diharap - Arifinlah yang diharap mewakili sekolah dalam acara badminton.
......digarap - Puisi itu digarap dengan penuh teliti dan kreatif.
14. laksana - Mukanya berseri-seri laksana bunga mawar yang sedang berkembang.
......laksamana - Hang Tuah menjadi laksamana semasa pemerintahan Sultan Muzaffar.
15. sering - Arifin sering ponteng sekolah kerana berkunjung ke kafe siber.
......seiring - Arifin berlari seiring dengan pelumba dari Johor itu.
16. menghidap - Arifin menghidap selesema H1N1 sejak minggu lepas.
......menghadap - Dia menghadap ke tingkap sambil memerhatikan burung berkicau.
21. persatuan - "Kamu mesti menghadiri aktiviti persatuan pada petang ini", katanya.
......penyatuan - Penyatuan masyarakat hanya akan terbentuk jika ada sikap menghormati.
23. sembang - "Buat kerja kamu dan jangan sembang sahaja", kata Encik Arifin.
......sumbang - "Suara nyanyian kamu tadi amat sumbang sekali", kata pengadil itu.
25. belot - "Kami telah menangkap mereka yang belot itu", kata ketua tentera itu.
......belut - Pak Arifin berjaya menangkap tiga ekor belut di tepi sungai tersebut.
26. mengindahkan - Pihak kerajaan telah mengindahkan kawasan bandar bagi menarik
pelancong.
......mengendahkan - Arifin tidak mengendahkan nasihat yang diberi oleh ibunya.
29. tapak - Tapak bangunan lama itu akan dimajukan sebagai pusat pelancongan.
......tepak - Encik Arifin memberi tiga biji tepak berisi sireh kepada tetamunya.
30. menyuraikan - Encik Arifin telah menyuraikan pelajar yang berkumpul di kantin.
......menyuarakan - Dia menyuarakan kekesalannya kerana tidak dapat hadir semalam.
35. melencong - Pagi itu dia tidak ke sekolah tetapi melencong ke tempat lain.
......melancong - Pada cuti penggal pertama dia melancong ke Bangkok.
37. berkenan - Ibu amat berkenan dengan baju yang bercorak batik itu.
......berkenaan - Ceramah itu adalah berkenaan dengan penyalahgunaan dadah.
38. menempa - Ahli sukan itu telah menempa nama dalam bidang karate.
......menempah - Puan Arifah menempah makanan daripada pekerja di kantin itu.
39. menyurut - Air banjir di kampung itu semakin menyurut sejak semalam.
......menyorot - Pada waktu lapang, dia suka menyorot sajak-sajak di buku lama itu.
40. melagakan - Dialah yang telah melagakan Arifin dengan Arifah sehingga bergaduh.
......melegakan - Air kelapa itu dapat melegakan tekak yang kering.
43. pedalaman - Kawasan pedalaman di Sabah akan dilengkapi dengan jalan raya.
......pendalaman - Kerja pendalaman sungai itu menelan belanja yang amat tinggi.
44. merimaskan - Cuaca yang panas ini amat merimaskan para pelajar.
......meramaskan - beliau meramaskan limau itu kedalam air lalu digunakan sebagai air
mandian.
45. benteng - Pasukan Chelsea membina benteng untuk menyekat kemaraan penyerang
pasukan Mancister.
......beting - Beting di tepi pantai itu terhakis apabila dilanda ombak besar.
47. pujuk - Budak yang sedang menangis itu telah kami pujuk.
......pojok - Di pojok bilik itu terdapat sebuah kerusi dan sebuah meja lama.
48. beradat - Hidup kita mestilah beradat agar dihormati oleh orang lain.
......beradab - Arifin seorang pelajar yang tidak beradab dan sombong.
51. tabik - Tentera itu memberi tabik ketika diperiksa oleh ketuanya.
......tabib - Dia bertemu tabib untuk mengubati penyakitnya.
52. resmi - Sudah menjadi resmi manusia, suka berbelanja apabila banyak duit.
......rasmi - Majlis hari ini ialah majlis yang rasmi dan kita mesti berpakaian kemas.
53. padan - Baju yang dipakainya itu amat padan dengan bentuk tubuhnya.
......pandan - Mereka menggunakan pandan supaya makanan itu bertambah harum.