Anda di halaman 1dari 10

Cerpen Sepucuk Surat Daripada Kawan

(Kamalkhalid Kamarludin)

Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan persahabatan yang akrab antara Aku (Kamal) dengan Abe
(Wan Mohd Tarmizi). Mereka berpisah kerana Abe terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke
Kelantan. Abe mengutus surat memberitahu bahawa dia akan perpindah ke Kuantan dan akan
tinggal serta bersekolah bersama Aku. Aku sangat gembira mendapat sepucuk surat daripada
kawan lamanya itu. Aku menyambut Abe di stesen bas. Hubungan Aku dengan Abe semakin
erat umpama isi dengan kuku. Mereka belajar dan ke mana-mana pun bersama-sama. Aku dan
Abe kerap ke perpustakaan kerana mereka akan menduduki peperiksaan PMR. Semasa
bersama Abe, Aku mendapati Abe cuba sembunyikan sesuatu daripadanya. Abe selalu sakit
perut. Aku cuba mencungkil rahsia Abe tetapi Abe memberitahu bahawa suatu hari nanti Aku
akan tahu. Aku dan Abe mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR. Ibu
dan ayah Abe datang untuk membawa Abe pulang ke Kelantan. Sebelum pulang, Abe memberi
Aku sepucuk surat. Aku tidak dapat membaca keseluruhan isi kandungan surat itu kerana
semasa membacanya, adik Aku datang dan merentap surat itu. Surat itu terkoyak dan adik Aku
membuangnya ke dalam unggun api.Aku kesal dengan kejadian itu.Harapan Aku untuk
mengetahui rahsia Abe belum terungkai.

Tema

Tema cerpen ini adalah persahabatan sejati antara dua insan yang tidak berbelah bagi.
Persoalan

1. Persoalan menghargai hubungan persahabatan

Contoh: Aku sangat menghargai persahabatan dengan Abe. Kenangan bersama-sama


Abe sejak kecil tetap subur dalam ingatan. Aku juga amat gembira apabila mengetahui
Abe ingin pulang ke Kuantan semula (hal 126).

2. Persoalan sahabat yang baik dapat memberi bimbingan ke arah positif.

Contoh: Aku dapat belajar bersama-sama apabila Abe pulang ke Kuantan semula dan
hasilnya mereka memperoleh kejayaan yang cemerIang dalam Penilaian Menengah
Rendah (PMR) (hal 126).

3. Persoalan rahsia hidup yang sukar dikongsi dengan orang lain

Contoh: Abe menyimpan rahsia yang amat sukar untuk dikongsi atau diluahkan kepada
aku walaupun dia tidak berniat untuk menyembunyikannya tetapi tidak mempunyai
masa yang sesuai untuk diceritakan (hal127).

4. Persoalan menghargai masa yang ada.

Contoh: Aku dan Abe akan ke perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran apabila
mempunyai masa senggang (hal 126.)

5. Persoalan rajin dan usaha tangga kejayaan.

Contohnya: Aku dan Abe rajin belajar dan mengulang kaji sehingga mereka mendapat
keputusan yang cemerlang dalam pepriksaan PMR(hal 126).
1. Plot
Peng

Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat
garapan plot iaitu:

a) Permulaan
Pada permulaan cerita, pengarang aku menerima surat daripada Abe. Dalam surat itu
Abe menyatakan akan berpindah ke Kuantan untuk menyambung persekolahannya di
Kuantan. Aku berasa amat gembira dan Abe akan tinggal bersama-sama aku.
b) Perkembangan
Dalam perkembangan cerita ini aku menjemput Abe di stesen bas. Aku dan Abe
bersiar-siar di Bandar Cenderawasih. Abe tampak murung dan runsing seolah-olah
sedang memikirkan sesuatu dan enggan berterus-terang. Setelah proses pertukaran
sekolah selesai, keluarga Abe pulang ke Kelantan dan Abe tinggal dengan aku
sekeluarga. Abe ditempatkan di kelas yang bersebelahan dengan kelas Kamal.
Hubungan mereka semakin akrab. Mereka sering belajar bersama-sama, tambahan
pula PMR semakin hampir.

c) Puncak
Klimaks dalam cerita ini ialah aku membaca surat daripada Abe yang menyatakan
masalah yang dihadapi Abe.

d) Peleraian
Peleraian yang terdapat dalam cerpen Sepucuk Surat Daripada Kawan ialah Abe dan
aku memperoleh keputusan yang cemerlang dalam PMR. Keluarga Abe datang untuk
menjemput Abe pulang ke Kelantan semula. Sebelum pulang Abe memberikan sepucuk
surat kepada aku. Malangnya belum sempat aku membaca surat itu sehingga habis,
surat itu telah direntap oleh adik aku lalu dicampakkannya ke dalam unggun api.

Watak dan Perwatakan


Watak Utama

Watak utama dalam cerpen ini ialah Aku atau Kamal.

Aku / Kamal

Aku / Kamal berusia lima belas tahun.

Bersekolah di Sekolah Menengah Saint Thomas

Mempunyai seorang adik.

Kawan baik kepada Abe.

Seorang sahabat yang prihatin. Contohnya Aku menyedari akan perubahan yang
berlaku kepada Abe. (hal 124)

Seorang yang mengambil berat. Contohnya semasa Abe sakit Aku mencadangkan agar
Abe pergi ke klinik.(hal 127)

Watak sampingan

Abe

Nama sebenarnya Wan Mohd Tarmizi.

Berasal daripada Kelantan.

Bijak dan cemerlang dalam pelajaran.Contohnya mendapat keputusan yang cemerlang


dalam peperiksaan PMR (hal 127 )

Bersopan santun, baik hati, dan pemaaf.(hal 126)

Abe menyimpan rahsia hidup.contohnya sewaktu Aku cuba mencungkil masalah


sebenar Abe , Abe tetap menyimpan rahsianya.( hal 127)

Ibu
Ibu kepada Kamal

Baik hati, memberi Aku wang untuk bersiar-siar di bandar

Adik

Merupakan adik kepada Kamal

Berperangai nakal dan sanggup merampas surat yang sedang dibaca abangnya dan
mencampakkannya ke dalam unggun api.

Latar

Latar Masa

a) Waktu pagi

Contoh: Kamal menunggu Abe di stesen bas iaitu Terminal Bas Makmur ( hal 123 .)

b) Waktu petang

Contoh: Kamal dan Abe berjalan-jalan di sekitar Jalan Cenderawasih ( hal 124).

a) Waktu malam

Contoh: Aku mengambil peluang untuk bertanyakan soalan yang kusimpan tadi ( hal
124).

Latar Tempat

Bandar Teruntum Kuantan.

Contoh: Lorong 5, Bandar Teruntum Kuantan. Rumah keluarga Kamal ( hal 128)
Terminal Bas Makmur

Contoh: Kamal menunggu Abe di stesen bas iaitu Terminal Bas Makmur ( hal 123)

Pusat Hiburan Keluarga di Kuantan Parade

Contoh: Kamal menunggu Abe brmain permainan video (hal 125)

Sekolah Menengah Saint Thomas

Contoh: Sekolah Kamal dan Abe tempat mereka mengambil peperiksaan PMR

( hal 125).

Jalan Cenderawasih

Contoh: Tempat Kamal dan Abe bersiar-siar dan menghabiskan masa ( hal 125).

Latar Masyarakat

Masyarakat pelajar sekolah menengah

Contoh: Aku dan Abe belajar di Sekolah Menengah Saint Thomas.mereka bakal
menduduki peperiksaan PMR(hal 125 ).

Masyarakat guru

Contoh: Encik Chow Ah Soon adalah pengetua sekolah Saint Thomas ( hal 125).

Masyarakat yang menghormati dan melayan tetamu dengan baik

Contohnya: Aku membawa Abe berjalan-jalan melihat perubahan yang berlaku di sana
(hal 124).

Teknik Penulisan
a) Pemerian
Contoh : Minggu lepas aku telah mengirim surat kepadanya. Petang tadi aku telah
menerima balasannya. Surat itu telah kubaca berulang kali. Ini adalah kali kelima aku
membacanya.( hal 121 )

b) Dialog
Contoh: : Yang kau mengelinjang depan ibu ni, kenapa? Memeningkan kepala ibu saja.
Abe.. ya, Abe nak datang ke Kuantan! Bu bukan ya.. ya ya. Dia akan berpindah ke
sini, bersekolah di sini!.( hal 121)

c) Imbas Kembali
Contoh: Aku terkenang pada peristiwa dia dan Abe disengat tabuan sewaktu melastik
burung terkukur dalam semak ( hal 123)

d) Imbas muka
Contoh: aku akan menyelongkarnya suatu hari nanti. ( hal 127)

Gaya Bahasa

1. Personifikasi
Contoh: hatinya menyembunyikan seribu rahsia (hal 124)
Bunyi jam loceng memevahkan kesunyian subuh.(hal 126)

2. Hiperbola
Contoh: aku melompat seolah-olah melepasi ketinggian Menara Petronas,( hal 122)
seribu rahsia.( hal 124)

3. Peribahasa
Contoh: kurang siuman (hal 121)
naik darah (hal 127)
bagai isi dengan kuku.(hal 126)

4. Bahasa Asing (bahasa arab)


Contoh: assalamualaikum.(hal 128)

5. Simile
Contoh: seperti orang gila ( hal 121)
seperti menyimpan buku di perpustakaan ( hal 124)

6. Inversi
Contoh:surat itu telahku baca berulang kali ( hal 121)

7. Sinkope
Contoh:kubaca (hal 121)
Nak datang ( hal 121)
Nilai
1. Nilai menghargai persahabatan

Contoh: Aku sangat menghargai hubungan persahabatannya dengan Abe yang


terjalin sejak lama dulu.

2. Nilai keikhlasan

Contoh: Keikhlasan aku memberikan bantuan kepada Abe tanpa mengharapkan


sebarang balasan.

3. Nilai keprihatinan

Contoh; Aku begitu prihatin terhadap Abe yang sakit dan berusaha ingin
mengetahui masalah sebenar Abe.

4. Nilai kerjasama

Contoh;Aku dan Abe sama-sama bersepakat mengulang kaji pelajaran di


perpustakaan kerana sama-sama hendak menghadapi PMR.

5. Nilai berdikari

Contoh;Abe pandai berdikari semasa menumpang di rumah aku

Pengajaran

1. Kita hendaklah sentiasa mengambil berat akan sakit pening sahabat kita supaya kita
dapat memastikan kejahteraan hidupnya.

Contoh: Aku mengambil berat tentang penyakit Abe walaupun Abe cuba
menyembunyikan penyakitnya.

2. Kita hendaklah sentiasa ikhlas dalam memberikan sebarang bantuan tanpa mengharap
apa-apa balasan daripadanya.

Contoh: Aku telah membantu Kamal untuk pulang ke rumah kerana mengalami sakit
perut yang teruk tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada Abe.

Latihan
1. Nyatakan dua latar tempat yang terdapat dalam cerpen ini?

2. Tuliskan tiga nilai yang terdapat dalam cerpen ini?.

Jawapan

1. Dua latar tempat yang terdapat dalam cerpen ini adalah

Latar tempat Terminal Bas Makmur. Contoh : Kamal menunggu Abe di stesen
bas Terminal Bas Makmur

Pusat Hiburan Keluarga di Kuantan Parade. Contoh : Kamal menunggu Abe


bermain permainan video.

2. Tiga nilai nilai yang terdapat dalam cerpen ini

Nilai menghargai persahabatan.

Contoh: Kamal sangat menghargai hubungan persahabatannya dengan Abe yang


terjalin sejak lama dulu.

Nilai keikhlasan.

Contoh: Keikhlasan Kamal memberikan bantuan kepada Abe tanpa mengharapkan


sebarang balasan.

Nilai keprihatinan.
Contoh; Kamal begitu prihatin terhadap Abe yang sakit dan berusaha untuk
mengetahui penyakit Abe sebenar.

Anda mungkin juga menyukai