Anda di halaman 1dari 13

KERTAS KERJA

CADANGAN PENUBUHAN

KELAB

ULTIMATE FRISBEE

PMU
1.0 PENGENALAN

Ultimate Frisbee merupakan sukan yang dimainkan dengan cakera/piring ( Frisbee ). Mata
dikira apabila seseorang pemain itu melempar cakera kepada rakan sepasukan dalam dalam
zon akhir pihak lawan. Peraturan asas lain ialah pemain tidak boleh mengambil langkah
semasa memegang cakera (mengekalkan paksi), dan sekiranya cakera tersebut dapat
disentuh, ianya dikira sebagai batal. Permainan ini dimainkan di padang atau tempat yang
tidak berangin. Dibawah keadaan cuaca yang baik, permainan ini menjadi sangat cantik
kerana apabila seseorang pemain itu membuan lontaran, piring frisbee yang berputar itu
seakan-akan kelihatan seperti cecair dan sangat cantik apabila dipandang. Dalam permainan
ini, kerjasama setiap ahli pasukan amatlah diperlukan kerana setiap kesalahan yang
dilakukan oleh salah seorang ahli kumpulan akan meneyebabkan pasukannya gagal
mendapat mata.

Permainan Ultimate Frisbee ini mula berkembang pada lewat tahun 60-an di Amerika
Syarikat. Pada masa tersebut, semasa bermain permainan ini, ultimate telah menolak
peraturan yang sedia ada dengan memperkenalkan peraturan baru dimana menurutnya lebih
bersikap adil kepada para pemain. Para pemain boleh mempertikaikan dan membantah
keputusan pengadil jika pengadil mengenakan sebarang fault sekiranya mereka benar-benar
yakin mereka tidak melakukan kesalahan tersebut. pada awalnya, bermain tanpa pengadil
adalah perkara normal dalam permainan Ultimate Frisbee ini, tetapi kini ianya telah diganti
kerana melibatkan kelab dan golongan professional dan terdapat “pemerhati” yang sering
menjadi orang tengah yang terlibat mempertikaikan keputusan perlawanan ataupun menjadi
“pengadil” walaupun tidak mempunyai kuasa. Oleh hal yang demikian, dalam pertandingan
liga juga, khidmat pengadil diperlukan.

Pada tahun 2012, terdapat 5.1 juta permain Ultimate Frisbee di Amareka Syarikat. Permainan
ini dimainkan di seluruh dunia sebagai sukan dan rekreasi. Sukan ini mula berkembang
kepada pelajar sekolah, kemudian mempunyai kelab dan seterusnya berkembang ke
peringkat kebangsaan dengan tertubuhnya pasukan kebangsaan yang mewakili negeri
masing-masing. Pelbagai acara yang melibatkan peringkat umur dan kategori telah diadakan
seperti kategori terbuka wanita, kategori campuran dan sebagainya. Pada tahun 2013, dua
liga professional telah diadakan di Amerika Utara. Kejohanan dunia pula diadakan dua tahun
sekali dan kali terakhir diadakan di pada bulan Julai 2013 di Sakai, Jepun. Pada kejohanan
tersebut, peserta dari Amareka Syarikat telah memenangi kategori terbuka. Peserta dari
Jepun pula memenangi ketegori wanita manakala peserta Kanada pula memenangi ketegori
campuran. Akhir sekali, peserta Amareka Syarikat telah menyapu bersih dalam kedua-dua
acara lelaki dan wanita Master.
Memetik temubual yang dibuat ke atas Howard Kass yang merupakan salah seorang
pencipta permainan Ultimate Frisbee pada tahun 2003, menurut beliau “ saya hanya ingin
melihat keunikkan permainan ini yang ketika saya melompat untuk mendapatkan piring yang
terbang di udara itu. ketika piring tersebut menyentuh tangan saya dan saya melihat
kombinasi keseragaman yang sempurna yang menyebabkan saya gembira. Ketika mendarat
saya mendapat kepuasan yang tersendiri menjadikan permainan ini sebagai permainan yang
paling agung dalam diri saya.”

2.0 NAMA, TEMPAT URUSAN, TANGGUNGJAWAB & PENYELIAAN


KELAB/PERSATUAN

a. Kelab ini dinamakan " ULTIMATE FRISBEE PMU "

b. Alamat tempat urusan:


KELAB ULTIMATE FRISBEE PMU
Unit Sukan, Kokurikulum Dan Kebudayaan
Politeknik Mukah
KM 7.5 Jalan Oya
96400 Mukah, Sarawak

c. Tanggungjawab dan Penyeliaan Kelab/Persatuan


KELAB ULTIMATE FRISBEE PMU ini akan diletakkan di penyeliaan dan
tanggungjawab Unit Sukan, Kokurikulum Dan Kebudayaan. Segala urusan
kebenaran aktiviti, program dan kewangan perlu disemak dan disokong oleh Ketua
Unit Sukan, Kokurikulum Dan Kebudayaan sebelum mendapat sokongan dan
kelulusan JHEPP dan Pejabat Pengarah.

3.0 VISI

Menjadi sebuah organisasi yang mendidik para pemain sukan di Institusi Pengajian
Tinggi di Malaysia serta memberi khidmat bakti kepada Politeknik Mukah (PMU).

4.0 MISI

Membangunkan nilai diri serta kesedaran ahli kelab melalui aktiviti yang berkualiti bagi
membentuk pelajar institusi pengajian tinggi sebagai kumpulan pemain sukan yang
bertanggungjawab.
5.0 OBJEKTIF DAN JUSTIFIKASI PENUBUHAN

a. Membentuk kumpulan pemain sukan generasi baru ini bersikap positive seperti
bertanggungjawab, jujur dan bekerjasama apabila bermain dengan adil dalam
situasinya tiada mempunyai pengadil.

b. Mewujudkan pemain sukan yang berinformasi, rasional, jujur dan mempunyai


semangat sukarelawan bagi menyertai acara sukan mahupun aktiviti fizikal yang
membantu kecergasan fizikan berikutan kemahiran asas permainan yang amat
mudah untuk dipelajari oleh semua peringkat umur.

c. Membangunkan rangkaian kerjasama yang besar, bersatupadu, berkomitmen dan


proaktif dalam melaksanakan program dan aktiviti sukan ini yang menyumbang
kepada peningkatan dari segi kesedaran serta pengetahuan bagi setiap
permainan sukan di kalangan pelajar dan masyarakat.

6.0 KEAHLIAN

a. Jenis keahlian
Terbuka kepada semua pelajar Politeknik Mukah (PMU) dengan syarat mendaftar
sebagai ahli.

b. Hak ahli:

i. Masuk bertanding, mencadang atau menyokong sesuatu percalonan dan


mengundi dalam pemilihan Jawatankuasa KELAB ULTIMATE FRISBEE PMU.

ii. Mengundi, bersuara dan mengeluarkan pendapat dalam Mesyuarat Agung


Tahunan.

iii. Mengemukakan cadangan atau aduan kepada KELAB ULTIMATE FRISBEE


PMU sekiranya berbangkit.

c. Kewajipan ahli

i. Menghormati dan melaksanakan keputusan pihak pentadbir KELAB


ULTIMATE FRISBEE PMU.

ii. Menghormati dan memelihara harta benda KELAB ULTIMATE FRISBEE PMU.

iii. Menghormati, mematuhi dan mendukung misi & visi KELAB ULTIMATE
FRISBEE PMU.

d. Penamatan ahli
i. Berpindah ke politeknik lain.

ii. Tamat pengajian di Politeknik Mukah (PMU) atas apa jua sebab.

7.0 PENASIHAT

Penaung : Tuan Pengarah PMU


Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik)

Penasihat : Terdiri daripada beberapa orang staf/pensyarah yang berkhidmat di


Politeknik Mukah (PMU)

(Jawatankuasa Penaja adalah seperti di Lampiran 1).

8.0 JAWATANKUASA TERTINGGI

d. Jawatankuasa KELAB ULTIMATE FRISBEE PMU adalah terdiri daripada mereka


yang dicalonkan dan terpilih semasa Mesyuarat Agung Tahunan dijalankan.

e. Jawatankuasa KELAB ULTIMATE FRISBEE PMU terdiri daripada:

No Jawatan Tertinggi Bilangan


1. Pengerusi 1
2. Timbalan Pengerusi 1
3. Setiausaha 2
4. Bendahari 1
5. Jawatankuasa Operasi 3
6. Jawatankuasa Disiplin 3
7. Jawatankuasa Teknikal dan Peralatan 3
8. Jawatankuasa Publisiti dan Promosi 2
9. Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas 2
JUMLAH 18

f. Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa KELAB ULTIMATE FRISBEE PMU:


i. Pengerusi
 Pengerusi bertanggungjawab memimpin dan mentadbir semua
Jawatankuasa, ahli serta aktiviti yang berkaitan dengan KELAB
ULTIMATE FRISBEE PMU demi kemajuan bersama.
 Semua Mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung Tahunan
dipengerusikan oleh Pengerusi.
 Pengerusi berhak memberi undi pemutus dalam mesyuarat
Jawatankuasa yang dipengerusikannya. Ia bertanggungjawab terhadap
kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat itu.
 Pengerusi berhak memanggil Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa
apabila difikirkan perlu.

ii. Timbalan Pengerusi


 Membantu Pengerusi dalam menjalan tugas.
 Apabila Pengerusi tiada, segala tugas , kuasa dan tanggungjawab
Pengerusi berpindah kepada Timbalan Pengerusi.
 Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengerusi dari semasa ke
semasa.

iii. Setiausaha.
 Menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa.
 Menyimpan semua rekod kelab kecuali rekod kewangan dan
menyelenggarakan semua urusan surat menyurat rasmi.
 Menghadiri jemputan semua Mesyuarat KELAB ULTIMATE FRISBEE
PMU dan Jawatankuasa.
 Menyediakan dan mengedarkan agenda mesyuarat.
 Menyimpan minit semua mesyuarat KELAB ULTIMATE FRISBEE PMU.
 Menyediakan laporan tahunan KELAB ULTIMATE FRISBEE PMU dan
membentangkannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
 Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengerusi dari semasa ke
semasa.

iv. Bendahari
 Bertanggungjawab dalam semua hal yang berkaitan dengan kewangan
KELAB ULTIMATE FRISBEE PMU.
 Mengutip, menyimpan serta membayar semua kumpulan wang bagi
pihak KELAB ULTIMATE FRISBEE PMU.
 Menyimpan semua akaun KELAB ULTIMATE FRISBEE PMU serta
bertanggungjawab ke atas akaun tersebut.
 Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengerusi dari semasa ke
semasa.

v. Jawatankuasa Operasi
 Merancang program & aktiviti yang akan dijalankan.
 Mengadakan jalinan hubungan yang baik dengan pihak luar.
 Menyediakan pasukan dalam apa jua program & aktiviti jemputan.
 Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengerusi dari semasa ke
semasa.

vi. Jawatankuasa Disiplin


 Menubuhkan jawatankuasa Stage Arbiter dan Floor Arbiter untuk
sesuatu program & aktiviti yang akan dilaksanakan.
 Mengendalikan dan menguatkuasakan bahagian disiplin atau undang-
undang permainan catur bagi sesuatu program & aktiviti yang akan
dijalankan.
 Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengerusi dari semasa ke
semasa.

vii. Jawatankuasa Teknikal dan Peralatan


 Mengendalikan segala peralatan yang diperlukan bagi sesuatu
program & aktiviti yang akan dijalankan.
 Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengerusi dari semasa ke
semasa.

viii. Jawatankuasa Publisiti dan Promosi


 Mengadakan promosi bagi mencari keahlian KELAB ULTIMATE
FRISBEE PMU.
 Mengumpul dan mengemaskini maklumat keahlian KELAB ULTIMATE
FRISBEE PMU.
 Mengadakan publisiti dan promosi bagi sesuatu program & aktiviti yang
akan dijalankan.
 Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengerusi dari semasa ke
semasa.

ix. Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas


 Mengendalikan segala segala tugas-tugas yang tiada dalam mana-
mana tugas bagi setiap jawatankuasa yang dinyatakan diatas.
 Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengerusi dari semasa ke
semasa.
9.0 YURAN

a. Yuran keahlian dikenakan sebanyak RM5.00 setahun.

b. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara tertentu boleh
dikenakan kepada ahli-ahli dengan persetujuan 2/3 daripada jawatankuasa
tertinggi.

10.0 MESYUARAT AGUNG

a. Mesyuarat Agung Tahunan


i. Pengelolaan KELAB ULTIMATE FRISBEE PMU terserah kepada mesyuarat
agung ahli-ahli.
ii. Mesyuarat Agung Tahunan adalah kuasa tertinggi KELAB ULTIMATE
FRISBEE PMU dan hendaklah diadakan pada awal semester setiap tahun.
iii. Notis pemberitahuan mesyuarat hendaklah diletakkan di tempat yang boleh
dilihat oleh semua ahli.
iv. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah memasukkan perkara berikut dalam
agendanya:
 Menerima dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan yang
lalu dan minit-minit Mesyuarat Agung Luar Biasa dan Mesyuarat
Tergempar sekiranya kedua-dua mesyuarat diadakan.
 Perkara berbangkit daripada minit mesyuarat itu diadakan.
 Melantik ahli-ahli jawatankuasa.
 Menguruskan lain perkara iaitu yang dibentangkan dalam mesyuarat
tersebut.

b. Mesyuarat Agung Luar Biasa


i. Setiausaha hendaklah mengeluarkan surat panggilan Mesyuarat Agung Luar
Biasa sekiranya:
 Diarahkan dan difikirkan oleh Jawatankuasa Induk.
 Setiausaha menerima permohonan bertulis sekurang-kurangnya 1/3
daripada jumlah ahli kelab dengan menyatakan tujuan hendak
diadakan mesyuarat tersebut.
ii. Mesyuarat Agung Luar Biasa akan hanya membincangkan satu agenda
sahaja, iaitu tentang perkara yang menyebabkan mesyuarat itu diadakan.

c. Mesyuarat Agung Tergempar


i. Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan sekiranya :
 Diarahkan oleh Jawatankuasa.
 Diminta 1/3 daripada ahli jawatankuasa atau 2/3 daripada jumlah ahli
yang mengemukakan permintaan secara bertulis.
ii. Perkara yang menyebabkan mesyuarat itu diadakan sahaja yang menjadi
agenda untuk dibincangkan.

11.0 MESYUARAT JAWATANKUASA

a. Mesyuarat Biasa
v. Mesyuarat akan diadakan sekurang-kurangnya 2 kali pada setiap tahun.
vi. Setiausaha akan menyedia dan menyampaikan agenda mesyuarat kepada
ahli-ahli jawatankuasa.

b. Mesyuarat Luar Biasa


iii. Mesyuarat Luar Biasa akan diadakan apabila ada hal-hal yang memerlukan
perhatian segera atau apabila satu permohonan bertulis untuk mengadakan
mesyuarat tersebut ditandatangani oleh 2/3 daripada jumlah ahli jawatankuasa
atau ahli biasa yang diterima setiausaha.
iv. Mesyuarat akan membincangkan hal yang ternyata dalam agenda mesyuarat
tersebut sahaja.

c. Mesyuarat Tergempar
iii. Pengerusi boleh pada bila-bila masa mengadakan Mesyuarat Tergempar
Jawatankuasa.
iv. Mesyuarat hanya akan membincangkan perkara khas yang dibangkitkan.

12.0 PEMBUBARAN

a. KELAB ULTIMATE FRISBEE PMU boleh dibubarkan dengan arahan Tuan


Pengarah PMU.

b. Apabila pendaftaran KELAB ULTIMATE FRISBEE PMU ditarik balik, ini bermakna
kelab ini telah terbubar dengan sendirinya.
13.0 PENGESAHAN KERTAS KERJA

13.1 Disediakan Oleh

Nama : MOHD RAZIM BIN IBRAHIM


Jawatan :
No Telefon :
Tarikh :
13.2 Disemak dan Sokongan Ketua Jabatan/Unit Penganjur

Ulasan

…………………………………………………………………………………………...

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

DISOKONG / TIDAK DISOKONG*

Tandatangan :
Nama :
Jawatan :
Cop :
Tarikh :

13.3 Semakan Oleh JHEPP**


(Hanya jika OS42000/ABM, jika TAP Jabatan/Unit, abaikan ruangan ini)

Ulasan

…………………………………………………………………………………………...

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

Tandatangan :
Nama :
Jawatan :
Cop :
Tarikh :
13.4 Semakan dan Sokongan**
TPA (Kod Aktiviti H01) atau TPSA (Kod Aktiviti selain H01)

Ulasan

…………………………………………………………………………………………...

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

DISOKONG / TIDAK DISOKONG*

Tandatangan :
Nama :
Jawatan :
Cop :
Tarikh :

13.5 Kebenaran dan Kelulusan Pengarah


Ulasan

…………………………………………………………………………………………...

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN*

Tandatangan :
Nama :
Jawatan :
Cop :
Tarikh :
Lampiran 1

Jawatankuasa Penaja KELAB ULTIMATE FRISBEE PMU

Penaung:

Lt. Kol Bersekutu (PA) Abdubrani Bin Yunus


Pengarah

En Iskandar Bin Reduan


Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik)

Penasihat:

En. Awg Annuar Bin Awg Mansor


Ketua Unit Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan

En Mohd. Rizam Bin Ibrahim


Pensyarah Kokurikulum Kelab ULTIMATE
FRISBEE PMU

Pengerusi:
HELLI BIN REMY

20DEE16F1071

Timbalan Pengerusi:
AL ALLA SYUKUR NUR AL MURISNAN BIN
ABDULLAH
20DEE16F1061

Bendahari: Setiausaha:
KONG SHUET FANG LEE KHA SING
20DEP18F1009 20DPM17F1075

FLORENCE WONG POH YEE


20DKA17F1011

Jawatankuasa Operasi: Jawatankuasa Displin: Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa


Teknikal & Peralatan: Publisiti & Promosi: Tugas-tugas Khas:
MOHD. ARIF DANIAL BIN ELENA THIAN MIN XIAN
SULAIMAN 20DKA18F1134 LAURA ANAK GERAJI EMILLIA MENING FLORENCE ANAK
20DKA18F1125 20DAT18F1044 LAING ROSE
ROWIENNA PUDAI 20DAT17F1022 20DKA17F1076
ABG ABDUL AZFAR BIN 20DPM18F1022 JECLEONG NAGA ANAK
ABANG DIAN NURSYAHRINA BINTI WINNIE DOROTHY
20DEE16F1070 ELVINA ANAK KUPA 20DDT18F1012 SAUKI ANAK DAVID
20DKA18F1046 20DAT18F1061 20DKA17F1004
MOHD. HIDAYAT BIN AYUB NATALIE UYANG LAING
20DEE16F1055 20DAT17F2021

Anda mungkin juga menyukai