Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA :

PENUBUHAN KELAB MEMANAH


SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA (MIS) SIBU
1. Pengenalan:

Memanah merupakan satu aktiviti riadah yang sihat dan ianya adalah satu aktiviti
yang sesuai untuk mengisi masa lapang pelajar terutamanya para pelajar di SEKOLAH
KEBANGSAAN AGAMA (MIS) SIBU. Justeru, untuk mengisi masa lapang pelajar, satu
cadangan penubuhan Kelab Memanah SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA (MIS) SIBU
telah diusulkan bersama. Dengan adanya kelab ini maka pelajar-pelajar boleh mengenali
permainan ini secara lebih dekat dan dapat menganjurkan beberapa perlawanan
persahabatan bersama sekolah-sekolah atau pusat pengajian lain bagi mengeratkan
silaturahim. Penyertaan kelab ini akan dibuka kepada semua pelajar SEKOLAH
KEBANGSAAN AGAMA (MIS) SIBU yang berminat untuk menyertainya.

2. Rasional
Penubuhan kelab ini adalah di atas dasar untuk mendekatkan sukan memanah
kepada para pelajar supaya pelajar-pelajar lebih berani menghadapi situasi yang lebih
mencabar. Semua pelajar SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA (MIS) SIBU yang berminat
bolehlah menyertai kelab ini.

Rasional penubuhan kelab ini adalah untuk:


I. Mendedahkan dan memperkenalkan sukan Memanah kepada pelajar
Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Sibu
II. Memberi pendedahan kepada para pelajar dalam bidang pengurusan
(kelab)
III. Melatih para pelajar dalam menguruskan sesebuah organisasi.
IV. Mewujudkan satu organisasi yang mantap dan teratur
V. Memupuk semangat kesukanan dalam kalangan para pelajar.
VI. Mengeratkan hubungan antara pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar
yang berbilang kaum.

2
3. Matlamat

Matlamat utama penubuhan Kelab Memanah SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA


(MIS) SIBU ialah untuk memperkenalkan kepada para pelajar sukan riadah ini. Selain itu,
dengan adanya kelab ini, diharapkan hubungan silaturahim sesama pelajar dari SEKOLAH
KEBANGSAAN AGAMA (MIS) SIBU dan institusi-institusi pengajian lain diperkukuhkan
melalui perlawanan persahabatan dan pertandingan. Masa yang terluang juga akan dapat
dimanfaat dan digunakan sepenuhnya oleh pelajar dengan aktiviti yang sihat dan tidak
terbuang begitu sahaja. Ia juga akan dapat mengasah bakat para pelajar dalam sukan ini
memandangkan sukan ini memerlukan fokus dan kemahiran yang tinggi. Setiap tahun,
terdapat beberapa perlawanan Memanah terbuka Sibu diadakan, dengan penubuhan kelab
ini, ianya lebih memudahkan pelajar mendaftarkan diri dan menyertai pertandingan yang
dijalankan dengan membawa nama SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA (MIS) SIBU dan
dapat memperkenalkan lagi kepada masyarakat tentang kemampuan dan kewujudan
SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA (MIS) SIBU dalam bidang sukan. Matlamat terakhir
adalah agar para pelajar dapat menguasai permainan ini untuk diamalkan pada masa akan
datang dalam menempuh era baharu dan mencabar.

4. Objektif

Objektif penubuhan Kelab Memanah SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA (MIS) SIBU


ialah:

i. Memperkenalkan SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA (MIS) SIBU kepada


masyarakat dengan penglibatan murid-muridnya dalam menyertai
pertandingan-pertandingan terbuka di peringkat bahagian Sibu dan negeri
Sarawak hingga ke peringkat kebangsaan. .

3
ii. Memperkenalkan/mempopularkan sukan Memanah kepada warga
SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA (MIS) SIBU khasnya kepada murid-
murid SK Agama Sibu.
iii. Melatih para pelajar dengan kemahiran yang amat berguna seperti lebih
fokus dan berkeyakinan tinggi apabila menjadi warga Malaysia kelak.
iv. Mengeratkan hubungan silaturahim antara SEKOLAH KEBANGSAAN
AGAMA (MIS) SIBU dengan sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian
lain sekitar Sibu.
v. Memupuk semangat kesukanan dalam kalangan pelajar.
vi. Mengisi masa lapang pelajar pada waktu petang dengan aktiviti yang
berfaedah dan mengikut sunnah.

5. Perkara:
Permohonan Menubuhkan Kelab Memanah Sekolah Kebangsaan Agama (MIS)
Sibu.

6. Dikemukakan kepada:
USTAZ SAIDAL BIN MAT,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Sibu.

7. Kumpulan Sasaran:
Terbuka kepada semua pelajar dan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Agama
(MIS) Sibu.

8. Jawatankuasa Sementara Kelab Memanah SEKOLAH KEBANGSAAN


AGAMA (MIS) SIBU.

Penaung : Tuan Haji Kassim bin Mantali (YDP PIBG).


Penasihat : Saidal bin Mat (GURU BESAR)
Pengerusi : Abdul Taib bin Muhammad (PK KOKURIKULUM)

4
N. Pengerusi: Muhammad Abdillah bin Mat Ali
Setiausaha : Saftuyah binti Omar
Bendahari : Susan ak. Akom
9. Senarai Nama Sementara Ahli
Lampiran 1

10. Sumber Kewangan

Sumber kewangan Kelab Memanah SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA (MIS)


SIBU ialah dari yuran pendaftaran kelab yang akan dikenakan kepada semua
pelajar yang menyertai kelab ini. Yuran pendaftaran akan dikenakan sebanyak
RM__-___ setiap individu. Yuran sumbangan aktiviti akan dibuat mengikut
kesesuaian.

11. Pengisian Aktiviti Kelab Memanah SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA (MIS)


SIBU

i. Latihan mingguan.
ii. Mesyuarat bulanan
iii. Penganjuran/penyertaan pertandingan
iv. Lawatan sambil belajar dan perlawanan persahabatan
v. Kursus berkaitan
vi. Jamuan tahunan

12. Borang Keahlian

Lampiran 2

13. Penutup

5
Diharapkan penubuhan kelab ini akan memberikan peluang untuk para pelajar
mengenali dengan lebih dekat lagi sukan memanah ini. Di samping itu semangat
kesukanan akan dapat dipupuk dalam kalangan pelajar amnya dan warga SKAS
khasnya. Semoga cadangan penubuhan kelab ini diluluskan oleh pihak
pengurusan dan akan terlaksana dengan jayanya.

Disediakan oleh,

………………………………………………..
(SAFTUYAH BINTI OMAR)
Guru Penasihat,
Kelab Memanah,
Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Sibu.

Disemak oleh,

………………………………………………
(MUHAMMAD ABDILLAH BIN MAT ALI)
Ketua Guru Penasihat,
Kelab Memanah,
Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Sibu.

Disemak dan disahkan oleh,

………………………………………
(ABDUL TAIB BIN MUHAMMAD)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

6
Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Sibu.

Disokong oleh,

...........................................
(ANISAH BINTI PUNGUT)
Guru Penolong Kanan Akademik,
Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Sibu

Diluluskan oleh,

……………………………………......
(SAIDAL BIN MAT)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Sibu

Ulasan :
___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

7
Lampiran 1

Senarai Nama Sementara Ahli-ahli Kelab Memanah Sekolah Kebangsaan Agama


(MIS) Sibu.

BIL NAMA NO. IC ALAMAT NO. TELEFON

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

8
17.

18.

Lampiran 2

Borang Permohonan Keahlian


Kelab Memanah
SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA (MIS) SIBU
Nama:

Gambar Berukuran
No. KP: Pasport

Umur : tahun Tarikh Lahir : / /

Bangsa: Melayu India

Cina Lain-lain __________(sila nyatakan)

Agama : Islam Buddha Kristian Lain-lain __________(sila nyatakan)

Kelas : Sempurna OKU (Nyatakan): ___________

Tahun:

Tinggi : Berat :
Alamat Semasa:

Alamat Surat Menyurat:


(Tidak perlu diisi jika sama)

No. Tel : -

Email :
Nota:
o Sila sertakan bayaran pendaftaran sebanyak RM beserta 2 9
keping gambar berukuran passport.
o Sila isikan maklumat diri diruang yang disediakan menggunakan
huruf besar.
Segala maklumat yang diisi adalah benar.

__________________
(Tandatangan Pemohon)

10

Anda mungkin juga menyukai