Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) WAH LIAN

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN KUIZ ASAS PERTOLONGAN CEMAS

1.0 PENGENALAN

St.John Ambulans akan mengadakan Pertandingan Kuiz Asas Pertolongan Cemas untuk murid-
murid tahun 6. Kuiz ini dijalankan untuk melahirkan Ahli St.John Ambulans yang berilmu dan
berupaya mengendalikan kes-kes kecemasan pada bila-bila masa. Selain itu, kuiz ini juga dapat
memberi pendedahan tentang pelbagai jenis kecederaan dan beberapa penyakit yang mudah
merebak serta langkah-langkah pencegahannya.

2.0 OBJEKTIF

a) Menambah dan meningkatkan ilmu peserta tentang asas pertolongan cemas


b) Melahirkan peserta yang dapat mengendalikan kes-kes kecemasan
c) Memberi pendedahan tentang panduan menjaga keselamatan dan cara-cara merawatnya

3.0 TARIKH

Oktober 2018 – Minggu Selepas Peperiksaan UPSR

4.0 MASA

Mengikut Waktu Aktiviti Kokurikulum

5.0 TEMPAT

Bilik Darjah Tanun 6K

1
6.0 SASARAN

Murid Tahun Tahun 6K

7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Pn. Chew Chiu Yin ( Guru Besar )


Pengerusi : Pn. Tan Leng Leng ( PK Kokurikulum )
Naib Pengerusi : Pn. Lim Ing Torng ( PK Pentadbiran )
: Pn. Foo Chui Fong ( PK HEM )
Penyelaras : Pn. Nordiani binti Zaiyan
Setiausaha : Jaswin
AJK : Desmond Hor Jun Long
Keith Lim Yi Hao
Low Ze Yan
Jocelyn Yu
Tan An Wei

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

HARGA UNIT
BIL ITEM JUMLAH (RM)
SEUNIT(RM) DIPERLUKAN
1. Johan 4.50 5 22.50

2. Naib Johan 4.50 5 22.50

3. Tempat Ketiga 4.50 5 22.50

JUMLAH BESAR 67.50

9.0 SUMBER KEWANGAN

BKK

2
10.0 PENUTUP

Pertandingan ini diharap dapat melahirkan Ahli St.John Ambulans yang bersedia memberi pertolongan
cemas berdasarkan ilmu yang diperoleh dan dapat memanfaatkan ilmu ini kepada diri sendiri, keluarga
dan masyarakat. Semoga semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dapat memberi
komitmen yang jitu bagi menjayakan aktiviti ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak
yang terlibat.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Dilulus oleh,

______________________ _________________________ ___________________


NORDIANI BINTI ZAIYAN Penolong Kanan Kokurikulum Guru Besar
Guru Penasihat,
ST. John Ambulans

Anda mungkin juga menyukai