Anda di halaman 1dari 11

CHECKLIST 20 KELENGKAPAN ASAS

BAYI BARU LAHIR PERLU ADA


Saat kelahiran bayi adalah detik-detik penting yang dinantikan oleh pasangan suami isteri. Saat
yang penuh mendebarkan dengan perasaan yang bercampur baur. Namun sebelum melalui
saat-saat tersebut, ada perkara yang tidak kurang pentingnya juga iaitu menyediakan barang-
barang keperluan ibu dan bayi sebelum kelahiran. Walau bagaimanapun, sebelum membuat
senarai semak tersebut anda dinasihatkan agar mendapatkan nasihat serta pandangan individu
yang lebih berpengalaman. Pada masa yang sama, pastikan barangan yang bakal dibeli itu
mengikut kemampuan kewangan anda.
Pakaian Bayi
Pada masa ini ada banyak pilihan pakaian bayi di pasaran. Bagi yang pertama kali membeli,
pasti rambang mata. Jadi, berhati-hatilah. Sebagai permulaan, anda dinasihatkan agar membeli
pakaian asas bayi sahaja. Pakaian lain seperti gaun atau seluar denim belilah setelah bayi besar
sedikit. Semasa membeli pakaian bayi baru lahir, anda digalakkan agar membeli pakaian bersaiz
besar iaitu yang bersaiz enam bulan ke atas. Hal ini kerana kita tidak tahu saiz sebenar bayi
yang dikandung. Lagipun, bayi cepat membesar. Jika pakaian yang dibeli kecil, tempoh
pemakaiannya sangat pendek.
Pakaian asas ialah:

 Baju lengan pendek


 Baju lengan panjang
 Seluar pendek
 Seluar panjang
 Barut
 Sarung kaki
 Sarung tangan
 Kain bedung
 Topi
Lampin
Anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan lampin pakai buang atau lampin kain moden.
Bagi kebanyakan ibu bapa baru yang mula peka terhadap saranan penjagaan alam sekitar,
mereka lebih gemar memilih lampin kain moden. Lampin kain moden ini juga dikatakan lebih
selamat untuk kulit bayi yang sememangnya sensitif. Pada masa yang sama, lampin kain
moden ini lebih menjimatkan kerana boleh dipakai selama tiga tahun. Untuk permulaan,
seseorang bayi itu memerlukan enam hingga tujuh helai lampin kain moden.
Namun, sekiranya anda lebih selesa anak menggunakan lampin pakai buang, anda hanya perlu
membeli satu pek lampin bersaiz kecil iaitu untuk bayi baru lahir. Tetapi, anda perlu juga
menyediakan lampin pakai buang bersaiz ‘S’ sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya bayi yang
lahir itu besar.

Tidak kira sama ada lampin kain moden atau lampin pakai buang, berikut adalah kelengkapan
yang perlu disediakan.

 Lampin pakaian buang atau lampin kain moden


 Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden)
 Tisu basah
 Alas atau pelapik untuk menukar lampin
 Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)
Set mandian

Kulit bayi sangat sensitif. Mungkin ada produk mandian bayi tidak sesuai untuk kulit mereka.
Oleh itu, anda disarankan agar hanya membeli pek percubaan atau pek kembara untuk melihat
kesesuaian produk tersebut dengan kulit bayi anda. Sekiranya sesuai, barulah membeli pek
yang lebih besar.
Untuk membersihkan tubuh bayi anda, dapatkan barangan seperti di bawah ini:

 Besen mandi bayi


 Tuala mandi
 Tuala muka
 Cecair mandian
 Syampu
Set penjagaan bayi
Bagi memastikan bayi anda sentiasa bersih dan rasa selesa, ada beberapa barangan
kelengkapannya perlu disediakan. Barangan tersebut ialah:
 Losen bayi
 Minyak bayi
 Bedak bayi
 Sikat atau berus rambut
 Minyak telon
 Alat pemotong kuku
 Kapas muka
 Krim ruam lampin
 Termometer digital
Tidur

Jika anda ingin tidur bersama bayi (co-sleeping) bagi melancarkan proses penyusuan susu ibu
terutamanya pada waktu malam, katil bayi tidak perlu dibeli dahulu. Tunggulah sehingga bayi
sudah sedikit besar. Ianya penting untuk membeli barangan yang sesuai untuk bayi bagi
mengelakkan risiko bayi lemas ketika tidur.
Agar bayi anda rasa selesa semasa tidur, sediakan barangan berikut:

 Tilam
 Bantal kepala
 Bantal peluk
 Cadar
 Selimut
Penyusuan

Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi terutamanya dalam tempoh enam bulan pertama
mereka. Walaupun begitu, terpulanglah kepada masing-masing. Berikut merupakan barangan
kelengkapan untuk memudahkan proses penyusuan.
Penyusuan susu ibu:

 Pam payu dara (manual / bateri / elektrik)


 Bekas penyimpanan susu ibu
 Beg pendingin
 Nursing cover

Penyusuan susu formula:

 Botol susu bebas BPA


 Puting botol susu
 Berus botol
 Bekas untuk menyimpan susu formula
 Bekas menyimpan air panas
 Bekas menyimpan air kosong
 Alat steril botol susu

Biasanya, apabila usia kandungan telah mencecah 30 minggu, nurse yang bertugas akan
mengingatkan agar para ibu untuk menyediakan barang keperluan ibu dan bayi untuk dibawa ke
hospital sebelum bersalin. Semua barang ni selalunya kita letak di dalam sebuah beg, kemudian
ditempatkan di dalam boot kereta yang dibawa ke mana-mana para ibu pergi. Persediaan lebih
awal ni sangat penting agar ibu dan ayah tidak kelam-kabut di saat-saat kelahiran. Buatnya ibu
bersalin awal daripada jangkaan, huru-hara jadinya. Masa inilah nak uruskan ibu dan bayi, masa
inilah juga nak cari barang itu ini. Lagipun, ketenangan ibu turut mempengaruhi proses kelahiran
yang lebih mudah. Kalau ibu dah stress, bayi pun susah nak keluar pulak karang.

KEPERLUAN IBU DI WAD

 Tuala – sehelai
 Kain batik – 2-3 helai
 Maternity Pad – 12 keping (sebaiknya beli yang saiz lebar dan panjang – overnight & wing)
 Toiletries – berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, shampoo (beli yang travel kit supaya lebih mudah
dan ringan untuk dibawa)
 Baju – sepasang (untuk dipakai bila nak keluar wad nanti – lagi mudah kalau ada bukaan
menyusu, senang kalau tiba-tiba baby nak menyusu)
 Nursing cover – 1 helai (ibu dapat menyusu dengan lebih selesa)
 Tudung – 1-2 helai (bawa tudung yang paling mudah dipakai)
 Arm sock (sarung tangan) – 1-2 pasang (biasanya lengan baju kat wad ni panjang dia 3/4 lengan
jer, aurat tu)
 Kismis, kurma, biskut, roti (boleh dipek kecil awal-awal kecuali roti yang cepat expired)
 Air zam-zam (kalau takde, boleh sediakan air mineral tapi kalau dah berada di wad, boleh
amalkan air suam) – minum kerap tapi sedikit-sedikit.
 Pakaian dalam – bawa untuk 2 hari
 Stoking tebal – 1-2 pasang
 Buku pink – buku ni sangat penting untuk dibawa ke mana-mana. Nak-nak lagi kalau ke hospital.
Dah jadi macam passport nih.
 Plastik besar – untuk meletakkan baju kotor.
KEPERLUAN BAYI DI WAD

 Baju lengan panjang – 1 helai


 Baju lengan pendek – 3 helai
 Tuala – 1 helai
 Lampin – 5 helai
 Diaper/Nappy – 10 keping
 Kain bedung – 1-2 helai
 Mitten & booties – 3 pasang
 Topi bayi – 1 helai
 Tisu lembab (wet tissue) – 1 pek

KEPERLUAN BAYI KE BILIK BERSALIN (LABOUR ROOM)

 Baju lengan panjang – 1 helai (labour room sejuk tau)


 Kain bedung – 1 helai
 Diaper/Nappy – 1 keping
 Mitten & Booties – 1 pasang
 Topi bayi – 1 pasang
…………………………………………………………………………………………………
CHECKLIST
PAKAIAN

 Baju lengan panjang


 Baju lengan pendek
 Seluar panjang
 Seluar pendek
 Rompers
 Barut baby
 Bedung baby
 Sarung tangan
 Sarung kaki
 Tuala
 Sapu tangan
 Topi
 Kain lampin
 Cloth diaper
 Lampin pakai buang untuk new born
 Bib

PERALATAN MANDIAN

 Bakul barang mandian


 Sabun mandi
 Shampoo
 Besen mandi
 Pengalas besen mandi
 Termometer suhu
PENJAGAAN DIRI

 Bakul peralatan diri


 Minyak Telon
 Vicks untuk bayi
 Tisu lembab
 Ubat ruam
 Losyen bayi
 Sikat
 Pengetip kuku
 Tiub sedut hingus
 Bedak baby
 Bekas bedak
 Cotton buds
 Tikar getah
 Minyak rambut

PENYUSUAN BABY

 Botol susu
 Breastpump
 Botol menyimpan susu badan
 Susu tepung – jika tidak menyusus badan
 Puting susu
 Pembersih botol susu
 Termos
 Dispenser susu formula
 Botol air masak
 Nursing cover
 Formula pencuci botol
 Bottle steriliser
 Warmer

LAIN-LAIN

 Stroller
 Baby car seat
 Diaper bag
 Set tilam dan bantal
 Selimut
 Katil bayi / baby cot /playpen
 Penyangkut pakaian bayi
 Pencuci pakaian bayi
 Kelambu

Anda mungkin juga menyukai