Anda di halaman 1dari 9

SeT BeRSaLiN HPA

Mengapa Set Bersalin HPA ini PATUT menjadi pilihan anda? - dirumuskan oleh pakar herba yang diwarisi turun temurun serta dikilangkan mengikut kaedah moden tetapi mengikut syarak. Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk. 2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak. 3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak. 4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal. 5. Menghilangkan sakit batu meriyan. 6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.

7. Membantu melawaskan pembuangan air besar. 8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.

Set bersalin HPA mengandungi:1. Minyak Barut (2 unit). Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh. 2. Minyak Bayi (2 unit). Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada. 3. Teh Herba (1 unit). Minuman berherba yang bertindak sebagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran. 4. Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari). Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari. 5. Kapsul Wanita A & B. Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam. 6. Ubat Basuh (Kegunaan Luar). Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin. 7. Spirulina. Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

Info Tambahan :
1. Ubat Periuk (4 bunjut) -menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas. Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul. 2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B - Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan Herba Sihat Wanita A ( 1 pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama. 3. Spirulina - 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19. 4. Minyak Barut - Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. Sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut. 5. Minyak Bayi - Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi. 6. Teh Herba - Diramukan daripada pokok Centella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepat penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan. 7. Ubat Basuh - Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut. **Sebagai tambahan ibu-ibu amat digalakkan menggunakan Herba Barut sebagai pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan, mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah fibroid. Ribuan ibu bersalin telah mengamalkan set bersalin HPA dan kadar pengulangannya amat

tinggi yang membuktikan kemujaraban produk ini. Gunakannya dengan penuh keyakinan demi mengembalikan kemudaan tubuh dan kebahagiaan rumah tangga.

Bengkung Tradisional Jawa

Produk terbaru keluaran HPA yang menjadi alternatif kepada barut berherba. Merupakan Bengkung Tradisional Jawa dengan saiz ukuran pinggang sehingga 40 inci. Ianya mempunyai dua tali di kedua belah kiri dan kanan bagi memudahkan pemakaian oleh kaum wanita amnya dan ibu bersalin khususnya. Keistimewaan Corset: * Diperbuat daripada kain belacu yang tebal tetapi lembut dan selesa dipakai. * Pemakaian bengkung membantu menjaga kedudukan organ dalaman wanita semasa melakukan pergerakan dan aktiviti berat * Menjaga postur tubuh, membetulkan tulang belakang, memulihkan pembentukan pinggul dan tulang pelvik * Sesuai dipakai bila-bila masa * Ukur lilit bengkung telah direka untukukuran pinggang sehingga 40 inci * Menegangkan kembali otot-otot perut * Membantu mengawal selera makan Kaedah penggunaan: * Sapukan minyak barut ke bahagian perut, pinggang dan pinggul selepas urutan * Bengkung diletak mengelilingi kawasan perut dan diikat dengan kejap bermula dari bahagian bawah ke atas * Dinasihatkan memakai bengkung selama 44 hari sehingga 100 hari * Bagi yang menjalani pembedahan, bengkung digunakan hanya setelah sembuh dari kesan pembedahan * Cuci bengkung sebelum digunakan * Cara pemakaian bengkung ada disertakan pada produk

BARUT BEHERBA
Digunakan untuk wanita lepas bersalin,melawaskan buang air besar,masalah angin dalam perut dan lain-lain lagi. barut ini menggunakan daun lemuni,jintan manis dan rempah ratus sebagai bahan utamanya. Pemakai akan merasai sedikit panas hasil dari rempahan yang digunakan dan terlebih baik jika dilumuri dengan minyak barut atau minyak but-but terlebih dahulu. Jika minyak but-but di masak dengan bawang putih ia akan menjadi lebih berkesan. InsyaAllah. Harga Pengguna Semenanjung Malaysia: RM 30 / RM24 Sabah & Sarawak: RM 35 / RM 26

Barang keperluan bayi


1. Baju & seluar - 6 pasang (lengan panjang beli 1 aje dah panas) 1more for 36 & 1 more for new born ~ beli macam colo & saiz (klu saiz new born 2 @ 3 pasang aje cukup ~ baby cpt besar). 2. Sarung tangan dan kaki - 5 pasang.- 3more 3. Topi baby utk mengelakkan ubun sejuk 1 aje cukup. 4. Bedak, sabun, syampo, minyak rambut 1 set kecil aje. (Nanti mesti dpt hamper punya) 5. Lampin 1 dozen (guna utk bedung baby) 2 more 6. Diapers size S @ new born (beli brand murah aje dulu coz baby kerap berak) 7. Selimut baby 1 helai -settle 8. Towel 1 helai @ beli set kembar pink & blue 9. Barut 5 helai (seeloknya buat sendiri pakai tali ~ 17cm x 46cm) 10. Kelambu 1 jer 11. Tilam baby 12. Bantal 1 kepala 2 peluk (kalau boleh beli yg kekabu) 13. Bantal separuh bulat (yg dekat tengah tu kosong) ~ sesuai bagi kepala baby licin @ straight 14. Botol susu 1 botol besar & 1 botol kecil 15. Tisu basah 1 botol besar 16. Kapas @ Cotton bud 17. Tisu kotak @ tisu bulat 18. Minyak telon utk mengelak perut kembung 19. Krim utk ruam lampin (Drapoline).

21. Plastik alas tidur 22. Besen mandi baby 23. Bakul letak kain baju 24. Bakul sampah kecil 25. Pam perah susu

Keperluan tambahan (klu perlu)

1. Katil baby @ Play pen 2. Buai 3. Bouncer 4. Kereta sorong 5. Kerusi dlm kereta 6. Walker (Klu 5 bln ke atas)

Barangan keperluan bayi baru lahir


Beberapa hari ini saya cuba masukkan semula posting yang saya sempat save. Ada yang tidak save, jadi saya cuba taipkan semula. . Kadang kita memikirkan apabila bayi dilahirkan kita memerlukan peralatan yang kompleks dan mahal. Sebenarnya beli sedikit yang diperlukan dahulu dan sudah tentu anda akan perlu membeli lagi. Beli barangan mengikut usia bayi. Tentu anda tidak perlukan mangkuk makan bayi untuk bayi baru lahir. Harganya tidak perlu terlalu mahal namun jangan pula sehingga abaikan aspek keselamatan/kesihatan. Biasanya barangan terdapat dalam lingkungan harga tertentu, jadi jika mampu boleh beli yang lebih bagus kualiti. Pakaian - baju lengan pendek/panjang (4 ke 5 helai, saiz biasanya 12 untuk newborn atau 14 untuk bayi yang agak besar) - seluar pendek/panjang (4 ke 5 helai) - sarung tangan & kaki - topi (bergantung pada keperluan) - lampin kain/lampin pakai buang - selimut (Sama ada dengan tutup kepala atau tidak, boleh digunakan untuk membedung bayi ketika membawa ia keluar. Saya suka gunakan ada tutup kepala jadi tidak perlu guna topi ) - barut bayi (bergantung pada keperluan/budaya untuk elak kembung perut) - tuala mandi bayi - almari/bakul pakaian - sapu tangan/tisu - tikar getah bayi (dapat elak tilam basah/kotor jika tiba-tiba bayi kencing/berak ketika menukar lampin.) - beg bayi - kain bedung (jarang pakai sekarang. Tapi saya suka gunakannya semasa tidurkan bayi,

bayi tidur lena tidak terkejut-terkejut. Biasanya guna sehingga sebulan sahaja, bila bayi mula rimas saya tidak gunakan lagi) Mandian - sabun bayi - bedak bayi (jika perlu cari jenis bukan talkum.) - losyen bayi - syampu bayi - besen mandi bayi - putik kapas - bakul alatan mandian - pengalas mandian tidak licin (sesuai jika anda risau bayi tergelincir ketika mandi atau anda takut memandikan bayi) - termometer mandian ( sebenarnya boleh cuba dengan memasukkan tangan anda dulu ke dalam air untuk memastikan air sesuai untuk bayi) - sikat/berus rambut Penyusuan - botol susu - puting - berus botol susu - bekas simpan botol susu (warmer) - sterilizer (atau boleh rebus air. Tutup api apabila mendidih dan rendam botol dan puting. Saya pernah beli, biasa tidak sesuai digunakan kerap. Akhirnya saya lebih suka cara merebus) Tidur - bantal, bantal peluk dan tilam (Ada pelbagai jenis termasuk untuk bayi yang mengalami alahan - sarung bantal dan tilam - katil bayi samada jenis kayu atau playen (Jika anda merancang bayi anda tidur di katil anda, tidak perlu katil bayi. Bayi saya tidur di katil saya, tetapi saya belikan juga kerana bila perlu saya boleh letakkan bayi di katil nya dan saya boleh tinggalnya. Dan selamat jika ada anak-anak lain, jadi mereka tidak mengganggu bayi) Berjalan-jalan - baby car seat (Jika anda lebih memegangnya, tidak perlu membelinya. Anda perlu ajarnya dari awal, kerana jika selepas 3 ke 4 bulan baru ajar, dia tidak akan duduk di kerusinya. Namun untuk ibu/bapa bekerja yang perlu menghantar bayi sendirian, ini satu keperluan) - stroller/pram/buggy (Mudah, anda tidak perlu mendukung bayi sepanjang masa dan berguna sehingga anak berusia 3 ke 4 tahun.Jika rancang guna sehingga anak besar, cari yang sesuai untuk digunakan untuk kanak-kanak. Jika tidak anda terpaksa beli lain.) Lain-lain (ikut keperluan) - minyak kembung perut - tisu lembap (banyak gunakannya terutama jika kita bersendirian tanpa orang menjaga kita) pemotong kuku - pembersih hidung (Berguna pada saya bila bayi saya berhingus, belajar cara betul. Jika tidak pandai guna hingus/kotoran tidak boleh keluar)

Anda mungkin juga menyukai