Anda di halaman 1dari 3

RUANGAN PELAJAR LAGU RAKYAT

Nazam Ya Tuan
PANTUN
Teguh di sini pohon yang indah, Ya tuan Ya tuan
Bunga Melati gugur ke bumi,
Waktu ini sudah terbukti, Pucuklah pauh delima batu
Pokok jati penjana ekonomi. Anak semilang di tapak tangan
Sungguhlah jauh beribu batu
Hilang di mata di hati jangan
Pokok Keman tumbuh sekata,
Rumpun Keladi ubi berisi,
Kaedah tanaman kini tercipta, Orang berhuma Pulau Bulangan
Asap apinya timbun menimbun
Pokok padi terima inovasi.
Tuan umpama bunga kayangan
Batang ditarah daun di belah, Kuntum kasturi tangkainya embun
Hendak digapai pucuknya tinggi,
Tikarlah pucuk tikar mengkuang
Keringat diperah budi terserlah,
Alaslah nikah Raja Melayu
Hasrat tercapai tak mungkin rugi.
Ikanlah busuk jangan dibuang
Indah nian bawah Meranti, Buat perencah si daun kayu
Akar Kani terus melata,
Anak haruan limalah-lima
Agensi pertanian sedia berbakti,
Semarak Tani Malaysia tercinta. Berenang lembut Kolam Kembayat
Budilah tuan saya terima
Dikenang disebut sepanjang hayat
Nukilan :
Norfazlina binti Danny@Asrul Sepanjang hayat.
6 Raya.
ya tuan ya sayang
Minum air di dalam cawan
Mencari gelas sampai terluka
Nama saya Ammar Zakwan PUISI NASIHAT UNTUK ANAK
Dari kelas 1 Cempaka
Hening Fajar
Bunga melati bunga di darat Menenangkan hati yang penuh cinta pada-Nya
Bunga seroja di dalam baldi Jiwa disucikan dari segala noda-noda
Hina besi kerana karat Cinta kasih bermahkotakan iman dan ikhsan
Hina manusia tidak berbudi Anakku
Selalu luruslah disetiap titi perjalanan dan tuluslah
Setiap sembah sujud dan kebaikan terhadap
Di sana padi di sini padi
sesama
Baru bernama sawah dan bendang
Anakku
Di sana budi di sini budi
Untuk apa segala jerit-payah
Baru sempurna bernama orang
Di tengah-tengah kehidupan
Jika bukan untuk-Nya
Dari Kedah ke Pekan Sari Anakku
Beli suasa di Kota Tinggi Dunia hanyalah kesementaraan, tapi di sini jualah
Selesai sudah pantun diberi Kita dengarkan nyanyian syurgawi nan indah
Ammar Zakwan mengundur diri Menyuntingkan keteduhan, mengisyaratkan
Pertandingan pantun tempat pertama Keindahan sejati, kebeningan dan keagungan-Nya.
Minggu Panitia Bahasa Melayu
Ammar Zakwan 1 Cempaka
PERTANDINGAN BERCERITA

SK DAN SJK DAERAH SEREMBAN 2018


TARIKH : 25 APRIL 2018
TEMPAT : SK TAMAN SRI MAWAR, SEREMBAN.
NAMA : NUR AIN INSYIRAH BINTI YUSRI
SEKOLAH : SK SENAWANG3, TMN. MATAHARI INDAH,
70400 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

TAJUK : SINGA YANG SOMBONG

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,
Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera.
Terima kasih Pengerusi Majlis Yang saya hormati, para hakim, guru-guru dan
rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “ Singa
yang Sombong”.
Yang terlena, sedar-sedarkan.
Yang tersedar, dengar-dengarkan
Yang terdengar fikir-fikirkan
Cerita yang akan saya sampaikan.
Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya yang besar
dan kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya. Banyak haiwan yang telah
menjadi mangsanya.
Pada suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu perjumpaan.
Mereka berbincang bagaimana untuk menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu.
Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan bersuara.
“ Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang semakin terancam.”
“Semakin lama, semakin ramai kawan kita yang menjadi mangsa singa yang zalim
itu.”
“Oleh itu marilah kita sama-sama berfikir, bagaimana hendak menewaskan singa
itu.”
“ Ya, kami sedia membantu” jawab haiwan yang lain.
“ Siapakah yang ada cadangan, silakan” kata Sang Kancil
Semua terdiam.
Tiba-tiba tebuan bersuara,
“ Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba menewaskan singa itu.”
Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan.
“Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri? silakan.”
Tebuan mencabar kawan-kawannya. Masing-masing tunduk diam.
“Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang Singa, marilah kita
sama-sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita.”
Kata Sang Kancil dan disambut dengan tepukan yang gemuruh oleh penghuni rimba
itu.
Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan
pertarungan antara Singa dan Tebuan. Tiba di suatu tempat, mereka tenampak Singa
masih tidur di bawah pokok.
Tebuan pun terbang menghampiri Singa.
“ Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan denganku.”
Kata Tebuan dengan berani.
“ Engkau nak berlawan dengan aku?” Tanya Singa itu sambil ketawa.ha…ha….ha
“ Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil, tapi dengan azam yang kuat, aku
akan dapat menewaskan kemalasanmu yang besar itu.” Jawab Tebuan penuh
semangat.

“ Baiklah, kalau engkau berani, marilah.” Kata Singa.


Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu.
Singa itu berpusing-pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak berjaya.
Lama kelamaan Singa itu menjadi letih.

Tebuan mengambil kesempatan ini. Dengan pantas Tabuan masuk ke dalam


lubang hidung singa yang luas itu. Tabuan menyengat Singa itu dari lubang hidungnya.
Singa itu meraung kesakitan. Ia bersin beberapa kali
acum…acum….acum….tetapi singa tidak berjaya mengeluarkan Tebuan itu. Semakin
lama, semakin kuat gigitan Tebuan itu.

Tidak lama kemudian, Singa itupun mati kesakitan yang amat sangat.
Semua binatang bersorak kegembiraan hurei…hurei….hurei…. Mereka menyanjung
keberanian tebuan itu.

Ingat kawan-kawan ada tiga pengajaran yang kita dapat dari cerita ini,
1. Pertama,Orang yang besar tidak semestinya kuat

dan orang yang kecil tidak semestinya lemah.


2. Kedua, Kita tidak boleh bersikap malas

berusahalah
3. Kita mesti berusaha jika ingin Berjaya

Sebelum saya mengundur diri mari kita fikirn-fikirkan....


kecik jangan disangka anak,
besar jangan disangka bapa...
akal yang cerdik dan semangat kental,
dapat mengalahkan kekuatan fizikal..

Sekian,terima kasih.
Wabilahitaufik wal hidayah
Assalammualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai