Anda di halaman 1dari 3

INVENTORI GAYA BELAJAR

Sila jawab dengan jujur untuk mendapat gambaran kecenderungan gaya belajar anda.
Gunakan mata nilai komitmen 0 – 10 (nilai 0 membawa maksud paling tidak berkaitan dan
nilai 10 bermaksud sangat berkaitan ) bagi setiap item yang anda jawab.
Pastikan anda menjawab semua item.

BAHAGIAN 1
01 Saya suka kerja yang kemas dan teratur
02 Saya sentiasa bertutur dengan pantas
03 Saya suka membuat perancangan jangka panjang
04 Saya suka memerhati dan melihat alam sekitar
05 Saya suka berpakaian kemas dan bergaya
06 Saya suka mengeja sesuatu perkataan dengan menggambarkan perkataan
tersebut di dalam fikiran saya
07 Saya lebih mengingati perkara yang dilihat dari perkara yang di dengar
08 Saya lebih senang menghafal bedasarkan apa yang dilihat
09 Saya boleh belajar walaupun suasana bising
10 Saya menghadapi masalah dalam mengingati arahan secara lisan kecuali secara
bertulis
11 Saya suka membaca dengan pantas
12 Saya lebih suka membaca dan mendengar ceramah
13 Saya suka memberi pandangan secara menyeluruh dan teperinci tentang sesuatu
perkara
14 Saya suka mencatat nota ringkas semasa berbual
15 Saya sering lupa apabila menerima pesanan melalui lisan
16 Saya suka menjawab soalan “YA atau “TIDAK’
17 Saya suka kaedah tunju kcara dari kaedah ceramah
18 Saya suka lukisan dari muzik
19 Saya menghadapi masalah untuk menyampaikan maklumat yang tepat
20 Saya mudah hilang tumpuan

BAHAGIAN II
01 Saya suka bercakap sendirian atau menyanyi ketika bekerja
02 Saya selalu terganggu apabila ada kebisingan
03 Saya sering menggerakkan bibir atau menyebut perkataan apabila membaca
04 Saya suka membaca kuat dan mendengar apa yang dibaca
05 Saya boleh mengulang dan mengajuk sebarang nada atau irama
06 Saya tidak gemar menulis tetapi suka bertutur dan bercakap
07 Saya suka menyanyi dan bertutur dalam bentuk irama
08 Saya suka berpidato dan bersyarah
09 Saya lebih gemar muzik daripada lukisan
10 Saya suka belajar melalui mendengar dan mudah mengingati melalui perbincangan.
11 Saya suka orang yang peramah
12. Saya tidak gemar terlibat dalam aktiviti membuat grafik
13 Saya suka mengeja sesuatu perkataan dengan kuat
14 Saya suka berjenaka dan membaca komik
BAH AGIAN III

01 saya suka jika sesaorang itu bertutur secara perlahan


02 Saya suka diberi ganjaran berupa benda dari pujian
03 Saya suka menyentuh sesaorang semasa bercakap
04 Saya suka berdiri berhampiran dengan sesaorang semasa bercakap
05 Saya sering memberi tumpuan secara fizikal dan suka pergerakan
06 Otot badan saya lebih besar daripada rakan yang sebaya dengan saya
07 Saya suka belajar pelajaran yang bentuk amali
08 Saya suka memerhati dan menghafal sesuatu semasa saya bergerak
09 Saya suka menggunakan jari sebagai penunjuk ketika saya membaca
10 Saya suka menggerakkan anggota badan saya semasa saya menjalankan aktiviti
11 Saya akan hilang tumpuan apabila saya duduk diam dalam jangka masa yang
panjang.
12 Saya menghadapi masalah mengingat kecuali saya perlu hadir di tempat maklumat
itu didapati
13 Saya suka kata-kata yang boleh merangsangkan
14 Saya suka menghayati sesuatu jalan cerita yang dilakonkan
15 Saya menghadapi masalah bagi membentuk tulisan yang cantik
16 Saya suka beraksi dan berlakon
17 Saya suka terlibat dalam permainan

(D Porter. B 1992)
Di bawah ini, ... Mesej drpd pn norliza...............
Pembahagian markah ada pembetulan.bahagian 1 bahagi dgn 200,bhagian 2 bahagi 140, bahagian 3
bahagi 170..baru dapat peratus

Inventori Gaya Belajar (Jika you guna yg saya beri) akan menjelaskan 3 gaya belajar
murid iaitu Visual, auditori dan kinestatik. keputusan inventori ini boleh dikaitkan dengan
kecerdasan pelbagai murid. 
1. Visual: maka murid ini dominan kpd kecerdasan spatial/ ruang (Gardner) kerana dia
berupaya mempersepsi gambar dan imej dengan mudah.Murid ini suka melukis, boleh
bercerita apa yang difikirkan melalui lukisan/gambar/peta. Murid ini juga ada kecerdasan
naturalis kerana murid ini sangat peka terhadap isu-isu alam sekitar. Dia berkebolehan tinggi
untuk memerhati corak-corak alam sekitar serta menghargai alam sekitar. Kecerdasan
intrapersonal murid ini juga tinggi kerana dia mempunyai keyakinan yg tinggi .Ini berkait
dengan ujian personaliti murid itu, trait personaliti motivasinya tinggi, analitikal tinggi,
seorang yang bersistematik/ buat kerja berstruktur, dia agak pendiam ada prinsip hidup dan
ada kepimpinan yg tinggi. Murid ini adalah golongan orang artistik:mencintai seni. gaya
pemikirannya adalah divergen dan reflektif/ reflektor.
2. Auditori: murid ini dominan kpd kecerdasan muzik, linguistik dan interpersonal sebab-
sebabnya sila rujuk buku. Sila kaitkannya seperti contoh di atas.
3. Kinestatik: murid ini dominan kpd kecerdasan kinestatik, linguitik dan interpersonal.
Kaitan dengan personaliti murid ini seorang yg agresif, peramah(ekstrovert).Dia golongan
individu sosial). Gaya pemikirannya adalah pragmatik: dia suka idea dan teknik baru kerana
dia seorang yg praktikal.
 
Sebenarnya you kena fahami dahulu interpretasi gaya pembelajaran, kecerdasan pelbagai dan
gaya berfikir individu baru you boleh blend dan kaitkan ketiga-tiganya seperti contoh no.1 di
atas.Hasil  dapatan daripada ujian psikologi, soal-selidik dan temu bual akan menjadikan you
lebih mengenali siapakah murid itu dengan lebih mendalam. implikasinya kpd guru:
pendekatan & teknik P&P boleh dirancang berdasarkan keperluan dan keunikan mereka.
barulah proses P&P itu lebih berkesan. Ni, bila murid tak pandai, malas kita salahkan murid
tu memang bodoh... tetapi sebenarnya cikgu-cikgu yang tak bijak aplikasi ilmu agar murid
seronok belajar.

Anda mungkin juga menyukai