Anda di halaman 1dari 32

e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

PAPAN PEMPROSES UTAMA

Pengenalan;

Papan utama atau papan sistem merupakan jantung bagi setiap komputer peribadi. Papan
utama atau papan sistem ialah papan litar yang besar yang terletak di bahagian chasis unit
sistem. Papan sistem diperbuat daripada kepingan kaca serat ( fibre glass ) yang berwarna
hijau dan di atasnya dipenuhi dengan cip ( IC ) , perintang ( resistor) , kapasitor
( capasitor) dan litar elektronik ( electronic circuit ).

Umumnya, kebanyakan papan induk moden mengandungi komponen-komponen asas


berikut :

- Soket/Slot Processor
- Chip set
- Super I/O chip
- BIOS
- Soket SIMM/DIMM
- Slot Bus
- CPU Voltage Regulator
- Bateri

page-1-
e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

Komponen Papan Utama

CPU (Mikropemprosesan)

 
Central processing Unit ( CPU ) atau Unit Pemprosesan Pusat adalah merupakan otak
untuk sebarang sistem komputer . Ia adalah merupakan satu kumpulan litar
kamil[ Integrated Circuit ( IC ) ] yang juga dipanggil cip.

Mikropemproses XT mempunyai cip 8088 yang berbentuk segiempat bujur ( dipasang


pada bahagian atas di kanan papan utama ) dan mikropemproses AT dan Pentium
mempunyai cip 80386, 80486,pentium berbentuk segiempat sama.

Litar dalamannya terdiri daripada komponen diskret seperti Transistor, Diod, perintang
dan lain-lain. Bilangannya mencapai berjuta-juta atau mungkin mencapai beratus-ratus
juta transistor. Litar tersebut boleh melaksanakan tugas Arithmetik atau Logik dan Unit
Kawalan. Unit Arithmetik menerima data dari ingatan komputer. Data akan diproses
berdasarkan arahan yang diterima, misalnya campur, tolak, darab, bahagi dan
perbandingan logik ( sama, lebih besar, lebih kecil ) atau apa-apa kombinasi tersebut.
Hasil pemprosesan akan disimpan di dalam ingatan komputer.

Unit kawalan menjalankan tiga fungsi utama iaitu:

-Baca, tafsir dan terjemah suruhan-suruhan program.


- Arah operasi komponen-komponen dalam pemproses.
- Kawal perjalanan program data masuk dan keluar dari storan utama.

page-2-
e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

Unit kawalan mengandungi ruang-ruang simpanan yang digelar daftar ( register ) untuk
kerjanya. Data-data ini hanya boleh menyimpan beberapa bait sahaja. Lazimnya saiz
daftar adalah 8 bit, 16 bit, dan 32 bit. Cip Intel Pentium mempunyai 256 bit laluan ( 1 bait
= 8 bit = 1 aksara ).

Mikropemproses terdapat dalam 2 bentuk utama :

1). ‘Dual In Line Pakage ( DIP )’


2). ‘Surface Mount Device ( SMD)’

Mikropemproses adalah merupakan tempat melakukan kawalan pada sistem komputer. Ia


memproses data yang diterima dari I/O secara berjujuk lebih laju. Kelajuannya diukur
dalam unit megahertz (MHz). Miropemproses di aturcara dengan hanya menggunakan
bahasa mesin ( assembly language ) untuk jenis tersebut sahaja. Contoh mikropemproses
INTEL adalah 8088, 80286, 80386, 880486, 80586 ( Pentium ) dan Pentium II. Motorola
mengeluarkan 6800, 6802, 68000 dan lain-lain lagi.

Slot Pengembangan ( Expansion Slot )

Slot pengembangan terletak di bahagian belakang papan utama. Papan utama komputer
XT terdapat 8 slot pengembangan yang dikenali sebagai J1 hingga J8 dan dapat melihat
nombor-nombornya dicetak pada papan utama. Kad dimasukkan kepada slot
pengembangan ini. Anda boleh memasang kad di sebarang slot pengembangan yang ada.

page-3-
e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

Walaubagaimanapun bagi membiarkan udara bergerak secara bebas dibahagian dalam


komputer, lebih baik anda memasang kad secara berselang di antara satu dengan yang
lain. Contohnya memasang kad pada slot pengembangan nombor 1, 3, 5, 7 dengan
membiarkan satu slot kosong di antaranya. Namun jika bilangan kad anda banyak, anda
tidak dapat melaksanakan teknik yang telah disebutkan. Sesetengah komputer hanya
dipasang dengan dua kad dalam slot perhubungan iaitu kad monitor ( video ) serta
pencetak, manakala yang satu lagi ialah kad pengawal pemacu cakera ( disk drive
controller ). Selain daripada itu terdapat juga kad yang dibuat khusus untuk digunakan
pada slot pengembangan nombor 8 sahaja. Jadi sekiranya anda membeli kad yang khusus,
anda perlulah membaca arahan yang diberikan dalam buku panduan yang disertakan
bersama kad berkenaan bagi menetukan samada terdapat arahan khas mengenainya.
Kadangkala slot pengembangan ini dikenali juga sebagai bas sistem atau bas tetapi ia
bukanlah bas. Namun jika anda perhatikan betul-betul anda akan dapat melihat beberapa
baris wayar atau surih ( traces ) pada papan utama yang menghala ke kanan dan ke kiri
bermula daripada slot pengembangan. Wayar surih ini beserta dengan beberapa cip
sokongan ( support chips ) yang terdapat berhampiran merupakan sebahagian daripada
sistem bas.

Cip Sokongan

Cip sokongan menjalankan tugas sokongan cip yang penting seperti mikropemproses, ko-
pemproses, ROM, RAM dan lain-lain. Cip ini menjalankan tugas dalam mengawal papan
kekunci ( keyboard ) antara muka ( interface ), jangka masa ( timing ) dan fungsi-fungsi
lain.

Suis DIP

Kebanyakan komputer peribadi mempunyai suis DIP pada papan utama atau papan
sistem. Suis DIP ini digunakan untuk menetapkan maklumat sistem komputer ( system
configuration ) seperti maklumat mengenai mikropemproses, ko-pemproses, bilangan
pemacu cakera, jenis paparan dan jumlah ingatan ( memory ). Dua suis DIP yang
dinamakan SW-1 dan SW-2, dilabelkan pada papan utama. Untuk kebanyakan komputer

page-4-
e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

peribadi, kebanyakan suis DIP ini terletak di bahagian bawah dari mikropemproses 8088
dan ko-pemproses 08087.
 

Pelompat(Jumper)

Hampir kesemua komputer peribadi menggunakan jumper untuk menentukan jenis kad
video atau kad paparan video ( video display card ) yang anda gunakan konfigurasi
( configuration ) cakera keras, ingatan pada papan utama dan kelajuan komputer
berkenaan. Kedudukan jumper pada papan utama adalah berbeza-beza antara satu
komputer dengan komputer yang lain.

Penyambung Kuasa ( Power Connector )

Penyambung kuasa ini terletak di bahagian penjuru atas sebelah kanan papan utama, dan
di bahagian tepi unit bekalan kuasa ( power supply unit ). Kabel warna yang membawa
kuasa dari unit bekalan kuasa akan disambung ke dalam soket yang disediakan pada
papan utama ini untuk kegunaan seluruh papan utama dan komponen-komponen
elektronik yang terdapat di atasnya.

Penyambung Papan Kekunci ( Keyboard Connector )

Penyambung papan kekunci terletak dibahagian belakang papan utama di sebelah kanan
dan biasanya ditandakan dengan label J9. Kedudukan penyambung papan kekunci agak
menonjol ke atas pada papan utama. Ada sesetengah komputer

yang mempunyai penyambung papan kekunci di bahagian depan.

Bas ISA ( Industry Standard Architecture )

Komputer AT ( Advance Technology ) yang mempunyai kelajuan 6MHz ( dibandingkan


XT 4.77MHz ). Mikropemproses baru 80286 telah digunakan pada komputer AT dan ia
mempunyai keupayaan untuk mengendalikan data jenis 16 bit dan alamat ( address ) jenis

page-5-
e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

20 bit. Ini bermakna untuk menyesuaikan dengan mikropemproses ini, IBM terpaksa
mencipta bas data ( data bus ) jenis 16 bit yang baru menggantikan jenis 18 bit lama yang
digunakan oleh komputer XT. Walaubagaimanapun IBM tidak mencipta bas data yang
baru keseluruhannya, tetapi ia menambahkan penyambung tambahan ( plug-in
connector ) kepada bas yang lama untuk mewujudkan Bas ISA.

Bas ISA menambahkan 8 garisan data dan 4 garisan alamat yang kesemuanya
menjadikan bas data berjumlah 16 bit dan bas alamat 2 bit.

Kelajuan komputer AT 286 telah ditingkatkan menjadi 8 MHz dan dengan menggunakan
bas jenis ISA yang dua kali ganda lebih cepat daripada bas XT. Ini bermakna ia dapat

memindahkan data berjumlah 8 megabait. Bas jenis ini telah digunakan apabila kelajuan
mikropemproses meningkat kepada 10 MHz, 12 MHz dan kemudiannya 16 MHz.
Walaubagaimanapun pada tahap ini, bas jenis ISA didapati kurang memuaskan. Oleh itu
satu sistem bas baru diperlukan.

Senibina bas jenis ISA diperkenalkan pada komputer peribadi IBM pada tahun 1982 dan
kemudiannya dikembangkan ke IBM PC/AT. Bas ISA membolehkan pengilang membina
sistem di mana komponen-komponennya boleh disaling tukar. Contohnya pemacu cakera
liut yang digunakan untuk komputer peribadi IBM boleh juga digunakan untuk komputer
peribadi klon IBM, kad paparan yang digunakan untuk IBM AT juga boleh digunakan
untuk sistem IBM-compatible berasaskan cip CPU 286. Terdapat dua versi bas ISA.
Versi yang lama ialah bas 8 bit sementara yang baru ialah 16 bit. Kedua-duanya
beroperasi pada kadar 8 MHz.

Bas ISA 8 bit

Pada tahun 1984, IBM memperkenalkan IBM AT, sistem baru termasuk slot tambahan
dengan lebih banyak penyambung untuk menghantar 16 bit data pada setiap kali, dua kali
lebih banyak maklumat berbanding dengan bas asal. Bas ini

page-6-
e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

dinamakan ISA. Ia dibina untuk menerima kad adapter terdiri daripada dua keping kayu
yang disatukan dengan 62 sambungan emas. Secara elektronik, slot ini menyediakan 8

baris data dan 20 baris alamat, membolehkan slot mengendalikan ingatan 1M.

Bas ISA 16 Bit

Generasi kedua cip 80286 boleh mengendalikan 16 bit bas I/O pada satu-satu masa,
berbanding dengan 8 bit pad cip CPU terdahulu. PC AT diperkenalkan dengan
kemudahan slot tambahan berkembar. Anda boleh masukkan kad tambahan 8 bit pada
bahagian hadapan slot atau kad tambahan 16 bit pada kedua-dua bahagian slot. Bahagian
kedua setiap slot tambahan mengandungi penyambung 36 pin untuk membawa isyarat
tambahan yang diperlukan bagi melaksanakan bahagian data yang lebih luas.

Bas ISA 32 bit

Ia didapati setelah beberapa ketika CPU 32 bit muncul. Sebelum MCA dan EISA
dikeluarkan, beberapa pembekal mencipta bas 32 bit sendiri, iaitu sambungan daripada
bas ISA. Bahagian tambahan bas digunakan untuk kad tambahan
ingatan dan paparan.

Kelemahannya yang menyebabkan ia kurang popular ialah :

1). Tidak dapat menerima kad 8 bit dan 16 bit atau penyesuai ISA yang lama.

2). IBM tidak membenarkan syarikat lain menduplikasikan ini seperti rekabentuk
bas yang lebih awal. Ini menyebabkan rekabentuknya menjadi lembab. Oleh
kerana sistem tidak piawai, susunan pin dan spesifikasi tidak diperolehi.

Bas PCI ( Peripheral Component Interconnect )

Syarikat Intel telah memperkenalkan bas tempatan PCI pada bulan Julai 1992 iaitu
sebulan lebih awal sebelum bas VL diperkenalkan secara rasmi. Bas PCI boleh
digunakan pada komputer 386 dan 486 tetapi ia direkabentuk untuk komponen Pentium.

page-7-
e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

Bas VL disambung terus kepada mikropemproses ( CPU ), tetapi bas PCI adalah berbeza
sedikit. Kebanyakan penyambung dan kad adapter PCI adalah jenis berdiri sendiri
( standalone ). Kad adapter untuk bas VL bukan jenis berdiri sendiri kerana ia
menggunakan pin bas 16 bit dan bas VL.

Satu daripada kelebihan bas PCI dibandingkan bas VL awal ialah kerana ianya jenis
sistem "plug and play", ia mempunyai ciri "auto configuration" dan akan sentiasa
automatik serta "configure" kad adapter 9. Apabila anda memasang kad adapter jenis lain
anda perlu set beberapa suis DIP dan jumper sebelum anda dapat menggunakannya.

Bas PCI boleh digunakan pada papan utama ( motherboard ) sistm ISA atau MCA.
Terdapat 3 jenis penyambung PCI – satu untuk bas 32 bit, satu untuk bas 64 bit ( 3-V )
dan satu untuk bas 64 bit ( 5-V ). Ianya boleh disambungkan sebagai penyambung berdiri
sendiri ( standalone connectors ) atau pada hujung penyambung slot biasa, hampir sama
dengan bas VL.

Bas USB ( Universal Serial Bus )

Dibangunkan oleh Intel. Ia merupakan cara baru untuk menghubungkan peripheral ke


desktop komputer. Ia bertujuan untuk mengambil alih fungsi jumper, setting IRQ,
channel DMA dan alamat I/O. Papan induk mempunyai sekurang-kurangnya satu atau
dua penghubung USB.

USB merupakan kabel bersiri yang menampung pertukaran data di antara komputer
induk dan ruang yang luas secara serentak. USB membenarkan peripheral beroperasi
semasa komputer beroperasi. Ia boleh menampung sebanyak 127 peranti, termasuk
peranti yang menghantar data dari 1.5 mbs ke 12 mbs. Contoh USB peripheral ialah
keyboard, mouse, mesin penjawab telefon, printer, scanner, fax/modem, ISDN, Tablet,
game controller dan sebagainya. Kabel USB mempunyai 4 wayar. Panjang maksimum
ialah 5 meter dan ianya mempunyai dua jenis penyambung.

page-8-
e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

Memori atau Ingatan Komputer

Komputer memerlukan ingatan untuk menyimpan data dan aturcara. Ingatan biasanya
dibina dengan menggunakan peranti-peranti magnet atau litar-litar semikonduktor.
Semua

bahagian ( dalam ingatan mempunyai alamat bernombor masing-masing sama seperti


rumah kediaman dan kedai ). Setiap bahagian beralamat itu boleh menyimpan satu arahan
atau nombor.

Ingatan komputer sama seperti peti-peti surat. Setiap peti surat mempunyai nombor
tersendiri. Setiap peti mungkin mengandungi dokumen, surat dan lain-lain. Ingatan
komputer juga mempunyai satu alamat untuk setiap bahagian dalam ingatan dan isinya
mungkin satu arahan atau data. Ingatan komputer dapat menerima maklumat daripada
peranti-peranti input dan memindahkan maklumat kepada peranti-peranti output.

Komputer memerlukan bahagian ingatan untuk mengingati data dan tugas yang perlu
dibuat. Unit pemproses pusat akan merujuk kepada bahagian ingatan untuk mendapatkan
data serta memastikan semua tugas telah siap.

page-9-
e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

Jenis-jenis ingatan ialah seperti :

Ingatan Capaian Rawak ( Random Access Memory ) RAM

RAM bermaksud ingatan capaian rawak di mana komputer menyimpan secara sementara
arahan dan data yang diberi kepadanya. Jika arus elektrik terputus, kandungan dalam
storan ini akan hilang. Terdapat dua jenis ingatan dalam komputer iaitu ingatan meruap
dan ingatan tidak meruap. Ingatan meruap juga dikenali sebagai ingatan utama manakala
ingatan tidak meruap dikenali sebagai ingatan sekunder. Perkataan meruap digunakan
kerana ingatan ini tidak kekal pada komputer. Ingatan ini hanya ada bila komputer
di’on’kan sahaja dan hilang bila komputer di’off’kan, sebaliknya bagi ingatan sekunder,
ianya kekal walaupun komputer di’off’kan. Komputer sebenarnya memerlukan kedua-
dua jenis ingatan. Ingatan utama diperlukan oleh komputer bagi menyimpan maklumat
tentang data yang sedang diproses. Sebagai contoh, jika kita menggunakan Windows 95,
data-data program berkaitan Windows 95 akan diambil daripada ingatan sekunder ( hard
disk ) dan disimpan dalam ingatan utama. Maklumat-maklumat yang disimpan dalam
ingatan utama lebih cepat untuk dibaca atau disimpan semula berbanding maklumat/data
daripada ingatan sekunder.

Memori RAM terbahagi kepada dua jenis dalaman iaitu SIMM ( Single Inline Memory
Module ), DIMM ( Double Inline Memory Module ). Kedua-dua jenis ini menggunakan
antaramuka 72 pin dan 124 pin. SIMM menawarkan laluan data sebanyak 32 bit
manakala DIMM menawarkan laluan 64 bit. Sebenarnya SIMM dan DIMM merujuk
kepada modul ( papan litar yang beserta dengan chip ) di mana RAM dipakejkan
bersama. Bahagian komputer yang melaksanakan fungsi ingatan utama adalah RAM.
Terdapat dua jenis RAM yang utama, iaitu Static RAM ( SRAM ) dan Dynamic RAM
( DRAM ). Biasanya bila kita menyebut RAM, kita merujuk kepada DRAM. Perkataan
dynamic pada DRAM digunakan kerana ingatan pada DRAM perlu sentiasa
dikemaskinikan sepanjang masa. SRAM sebagai perbandingan, tidak perlu dikemaskini
selalu di mana segala maklumat yang disimpannya akan kekal sehinggalah komputer
ditutup.

page-10-
e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

Terdapat pelbagai variasi DRAM, setiap satu dengan kelebihannya yang tersendiri. EDO
RAM ( Extended Data Out RAM ) adalah varisi baru bagi DRAM . lanya adalah lebih
laju sedikit berbandingan DRAM yang biasa. BEDO RAM ( Burst EDO RAM adalah
lanjutan daripada EDO RAM tetapi dengan sedikit penambahan ). Mengikut spesifikasi
yang dikeluarkan, kelajuannya adalah sehingga 33% lebih berbandingan EDO RAM.

Perkembangan terkini dari segi perkakasan dan perisian menyaksikan saiz RAM yang
besar diperlukan oleh PC. Windows 95 sebagai contoh, untuk beroperasi ia memerlukan
sekurang-kurangnya 4MB RAM tetapi pihak Microsoft mengesyorkan sekurang-
kurangnya 8 MB RAM. Keperluan untuk saiz memori yang lebih besar bertambah jika
kita menggunakan perisian yang lebih besar, terutama yang melibatkan aplikasi grafik
dan multimedia.

Cache

Memori untuk cache adalah dari jenis SRAM. Memori jenis ini lebih laju daripada
DRAM tetapi ia menghadapi satu masalah iaitu kosnya yang telalu mahal. SRAM
mampu membekalkan data kepada CPU sepantas keupayaan CPU memproses data.
Disebabkan kosnya yang mahal, sesebuah PC biasanya mempunyai saiz cache yang kecil
sahaja yang hanya mengendalikan data-data tertentu sahaja yang selalu digunakan oleh
CPU.
 

page-11-
e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

Ingatan Baca Sahaja ( Read Only Memory – ROM )

Memori pada ROM berbeza pada RAM kerana ia mampu mengekalkan segala data yang
disimpannya walaupun tiada tenaga elektrik. Selain daripada itu segala data yang
disimpan tidak boleh diubah, hanya boleh dibaca sahaja oleh komputer. Biasanya data-
data yang ada pada ROM disetkan oleh pengeluar ROM berkenaan. Terdapat beberapa
jenis ROM, antaranya PROM, EPROM, EEPROM dan Flash EEPROM. Setiap satu
ROM-ROM ini berbeza dari segi bagaimana data padanya boleh dipadam dan ditulis
semula.

PROM adalah singkatan daripada "Programmable ROM", menggunakan pembakar


PROM ( PROM Burner ) untuk melakukan litar cip ROM bagi menghasilkan data-data
yang kekal. Proses ini dikenali sebagai pembakaran PROM.

EPROM adalah singkatan daripada "Erasable Programmable ROM". Ianya agak berbeza
berbanding PROM kerana data-data yang terdapat dalam EPROM ini boleh dipadamkan
menggunakan sinar ultra ungu yang berkeamatan tinggi. Kelebihannya adalah segala
jenis data yang terdapat didalamnya boleh diprogramkan semula.

EEPROM ( Electrical Erasable ROM ) adalah hampir sama dengan EPROM Cuma ianya
hanya memerlukan arus elektrik yang agak kuat untuk memadamkan kandungan ROM.
Kelebihannya EEPROM adalah ianya tidak perlu dikeluarkan daripada komputer untuk
diprogramkan semula, manakala kekurangannya ialah data akan semakin hilang dan perlu
diganti semula. Flash EEPROM adalah teknologi ROM yang terkini dimana ianya hanya
memerlukan voltan biasa untuk memadamkan kandungannya.

DIMM ( Dual In-Line Mmory Module )

Mempunyai 168 pin, 64 bit/80 bit. Oleh itu papan induk boleh menggunakan "Single
Module". Ia digunakan pada papan induk yang menggunakan socket 7 dan slot 1. Ia
mempunyai laluan "path" yang lebar ( 133.3 mm ) untuk tulis dan baca data. Mempunyai
2/4 "host clock". Ia menerima EDO, FPM dan Modul SDRAM DIMM. Ia merupakan
peranti 3.3 V dipasangkan pada DIMM Socket. Socket DIMM direka agar modul

page-12-
e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

dimuatkan pada satu arah. Modul juga di "keyed" dengan tanda ( notch ) untuk
megelakkan kesilapan pemasangan ke socket.

Jenis-jenis DIMM :

- 3.3 V Unbuffered DIMM

-3.3 V buffered DIMM

-5 V Unbuffered DIMM

-5 V buffered DIMM

SIMM ( Single In-Line Memory Module )

Merupakan papan litar kecil yang boleh menampung sekumpulan "memory chipsets".
Pada kebiasaannya ia boleh menampung sehingga 8/9 cip – cip RAM ( pada PC ). Pada
PC, cip yang kesembilan digunakan untuk memeriksa kesislapan-kesilapan kecil. SIMM
diukur di dalam "bytes". Bus dari SIMM ke chip memory adalah seluas 32 bit. Bagi
Pentium Mikropemprossesor moden yang mempunyai 64 bit bus, sepasang SIMM
hendaklah digunakan.

IDE ( Integrated Drive Elektronik )

Pemacu cakera yang mengawal aliran data di antara CD-Rom atau hard drive dengan
komputer. Ia terdiri daripada Primary IDE yang disambungkan kepada hard disk dan
Secondary IDE yang disambungkan kepada CD-ROM. Ia mempunyai 40 pin. IDE adalah
sebahagian daripada ‘drive’ dan ianya memerlukan satu sambungan yang mudah di

page-13-
e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

dalam komputer. Versi terbaru iaitu EIDE ( Enhanced Intergrated Drive Electronic ),
mampu menyokong ‘hard drive’ dengan kapasiti sehingga 8.4 gigabyte ( IDE-528
megabyte ) dan sehingga 4 drive berbanding dua drive pada IDE.

BIOS
BIOS merupakan koleksi program yang terdapat dalam EPROM ( Eraseble
Programmable Read-Only Memory ) atau EEPROM ( Electrically Eraseable PROM )
yang juga dikenali cip Flash ROM. Program berkenaan akan dimuatkan sebaik sahaja
bekalan kuasa disambung ke komputer sebelum sistem operasi. Antaranya ialah :

© POST – Power-On Self Test. POST menguji pemproses, memori, chipset,


video adapter, disk controllers, pemacu cakera, papan kekunci, dan lain-lain
komponen penting.

© Bootstrap loader. Satu rutin yang mencari sistem operasi dan memboot
komputer untuk mengawal komputer sepenuhnya.

© BIOS – Basic Input Output System. Ia merujuk kepada koleksi driver sebenar
yang digunakan sebagai antara muka bagi sistem operasi dan perkakasan. Jika
anda menggunakan DOS atau Windows in Safe Mode, driver BIOS sahaja
digunakan.

© CMOS Setup. Konfigurasi sistem dan program setup. Ia membolehkan anda


melakukan setting papan induk dan chipset.

Perisian ini bertanggungjawab mengendalikan fungsi-fungsi sistem yang kritikal seperti :

page-14-
e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

-Memulakan pengenalan ( initialize ) kepada perkakasan pada papan induk bila


komputer dimulakan.

-Menguji komputer bagi memastikan segalanya berjalan dengan baik.

-Menjalankan sistem operasi ( contoh DOS, WINDOWS 95/98 )

-Melindungi perkakasan daripada sistem operasi.

Walaupun fungsi BIOS sama, program yang ditulis di dalamnya bergantung kepada
perkakasan komputer itu sendiri. BIOS yang ditulis sesuatu perkakasan tidak boleh
digunakan untuk perkakasan yang lain. BIOS bertindak sebagai orang tengah antara
perisian ( contoh Word 97 dengan perkakasan.

CMOS

Untuk menjalankan kerjanya, BIOS perlu mendapat maklumat tentang perkakasan dalam
sistem komputer. Maklumat ini tersimpan dalam CMOS ( Complementary Metal Oxide
Semiconductor ) satu cip yang penting yang mempunyai baterinya sendiri untuk
berfungsi. Bila terdapat penambahan dalam sistem, contohnya kita menambahkan
memori, kita perlu mengemaskinikan rekod pada CMOS. CMOS yang terkini biasanya
boleh mengesan dan mengenalpasti penambahan sebarang perkakasan secara automatik.

page-15-
e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

Disebabkan memori pada CMOS menggunakan bateri, ia akan hilang bila bateri
dikeluarkan atau kehabisan tenaga. Oleh sebab itu, sangat penting bagi kita untuk menulis
"setting" pada CMOS sebelum kita menggantikan bateri komputer.

Kapasitor

Kapasitor digunakan pada pemproses yang menggunakan soket 7 seperti AMD, Cyrix
dan Intel. Kapasitor digunakan untuk mengurangkan pergerakan voltan sistem beroperasi.
Semakin banyak bilangan kapasitor, pergerakan voltan akan berkurangan. Terdapat dua
jenis kapasitor iaitu Tantalum dan Electrolytic. Kualiti bagi kedua-dua kapasitor ini akan
memberikan kesan yang besar ke atas pengurangan pergerakan voltan. Sebagai contoh,
lebih rendah ESR ( Equivalent Serial Resistor ) dan lebih tinggi jumlah kapasiti, maka
lebih rendah pergerakan voltan CPU. Kapasitor Tantalum berkualiti tinggi tetapi terdapat
kapasiti Electrolytic yang lebih baik. Walaubagaimanapun jumlah kapasitor yang banyak

bukanlah bermakna produk yang lebih baik. Kedudukan kapasitor adalah faktor penting
yang perlu diberi perhatian.

Chipset

Kebanyakan komputer desktop dikawal oleh beberapa keping silikon yang terdapat di
atas papan induk. "Specification Application Specific Integrated Curcuit" atau ASICs
adalah

dikenali sebagai chipset. Chipset menentukan jenis memori yang boleh digunakan oleh
papan induk, kelajuan penghantaran data di antara "hard drive" dan juga sistem dan
mengawal semua peranti-peranti yang terdapat pada slot-slot pengembangan ( expansion

page-16-
e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

slots ). Pada umumnya fungsi-fungsi utama yang dikawal oleh chipset adalah kesesuaian
sistem ( compatibility ), keluasan ( expandability ) dan juga memori.

© Memory controller

© Real Time Clock

© Keyboard Controller

© L2 Cache Controller

© DMA Controller

© PCI Bridge

© EIDE Hard Drive Controllers

Oleh kerana chipset mempunyai banyak tugas-tugas yang berbeza, ia telah menjadi
bahagian-bahagian kecil yang utama pada papan induk. Chipset terbahagi kepada 2 jenis
iaitu :

Chipset Northbridge

Ia merupakan litar "bus controller" yang utama seperti memori, cache dan "PCI
Controller". Ia mungkin mempunyai lebih daripada satu "discrete cip". Keseluruhan
chiset dinamakan dengan nombor-nombor primary ataupun cip north bridge yang
terbesar. Sebagai contoh : "FW82439HX" menandakan PCI set Intel 430HX.

page-17-
e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

Chipset Southbridge

Ia merujuk kepada peripheral dan controller yagn tidak begitu penting ( non-essential
controller ) seperti EIDE dan controller serial port. Ia mempunyai hanya satu "descrete
chip" dan boleh ditukarganti dengan chipset-chipset yang berbeza sahaja, contoh Sis
5513 Intel PIIX.

Ciri-Ciri Chipset

Pengawal Sistem

Pengawalan masa ( system timing ) adalah sesuatu yang kritikal pada sistem-sistem
desktop. "Clock Logic" digunakan untuk merekabentuk papan induk, kesemuanya
beroperasi secara serentak. Denyutan adalah samada dikali atau dibahagikan untuk
mengenalpasti frekuensi yang akan dijalankan oleh komponen. Konduktor kepada
denyutan PC adalah merupakan sistem clock. Alat pengeluar pergerakan gelombang
elektrik menghasilkan signal yang mana komponen-komponen papan induk dapat
mengenalpastinya secara serentak. Kebanyakan papan induk memprogramkan kelajuan
operasi "master oscillators". Ini membolehkan kadar pemproses yang besar digunakan
dengan meng"set"kan jumper atau switch. Ia juga turut membolehkan program elektrikal
di"set"kan di dalam CMOS.

page-18-
e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

Memory Controller ( Pengawal Memori )

Terbahagi kepada :

„ Sistem memori

„ L2 caching

„ Error Correction ( Pembetul Kesalahan )

„ Konfigurasi Otomatik ( Automatic Configuration )

Memory controller mengenalpasti jenis, kelajuan dan jumlah RAM. Dengan lain
perkataan bahagian kecil chipset ini memastikan samada SDRAM, SDRAM II, RAMbus,
EDO, FPM atau jenis-jenis lain memori yang boleh ditambah kepada papan induk.

Real Time Clock

Real Time Clock terdapat pada papan induk cip MC146818 adalah merupakan clock
yang asal yang digunakan oleh IBM untuk AT. Litar elektrik ini juga mengawal memori
CMOS yang disimpan di dalam Setup Sistem Informasi. Kebanyakan chipset adalah
mencontohi kepada MC146818. Terdapat juga modul Real Time Clock yang
menghubungkan bateri iaitu seperti "Dallas Clock Chip".

page-19-
e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

Interrupt Controller

Cip 8259A adalah merupakan "de facto standard" untuk interrupter control. Ia mengawal
8 signal yang dinomborkan 0 hingga 7. Terdapat penurunan keutamaan apabila nombor
menaik, dengan lain perkataan IRQ2 mempunyai keutamaan yang lebih tinggi daripada
IRQ6. IBM telah merekacipta AT dengan dua cip 8259A dengan dua "cascading" 8259A.
IRQ2 menerima interrupt daripada 8259A, IRQ8-15 yang kedua. IRQ2 dihantar kepada
IRQ9.

AT ( Advanced Technology )

Terdapat dua jenis AT iaitu AT dan Baby AT. Perbezaannya dapat dilihat dari segi saiz
papan. Papan AT mempunyai keluasan 12 inci. Ia merupakan papan yang digunakan
untuk komputer-komputer seperti 386 dan lebih awal daripadanya. Baby AT digunakan
dengan meluas pada masa kini. Hampir kesemua papan induk socket 7 dan beberapa
papan induk Pentium I menggunakan BabyAT. Saiznya lebih kecil dan memudahkan
kerja pemasangan kerana ruangnya lebih luas. Terdapat tiga lubang yanag
membingkaikan papan induk di tempatnya.

Papan induk bentuk AT mempunyai port selari dan bersiri yang disambungkan ke "case"
pada slot tambahan. Ia dihubungkan ke papan induk melalui kabel. Terdapat juga satu
penghubung keyboard yang dimeterikan ke atas papan induk pada bahagian papan induk.
Di antara kelemahan AT adalah "layoutnya". Ini adalah kerana port-port seperti COM1,
COM2, Port Printer, USB, PS/2, Mouse dan lain-lain adalah disambungkan ke papan
induk. Ini memerlukan kabel-kabel yang banyak. "Case" menjadi sempit dan

page-20-
e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

menyukarkan kerja pemasangan dan sebagainya. Rekabentuk AT tidak menghasilkan


penyejukan pada sistem dengan baik. Angin tidak disebarkan ke kawasan yang
memerlukannya dan angin yang disebarkan juga mempunyai habuk kerana sistem
peredaran udara yang tidak sempurna kerana ruang yang sempit. "AT power supply" akan
berhabuk dan masuk ke dalam sistem lalu membentuk lapisan habuk di dalam sistem.

ATX ( Advanced Technology Extra )

ATX telah dikeluarkan oleh Intel pada 1995. Hampir kesemua papan induk Pentium II
menggunakan ATX. Ia mengatasi kekurangan yang ada pada AT. Terdapat kelebihan
pada ATX iaitu ia mempunyai "Integrated PS/2 Mouse Connected". ATX mengurangkan
tindanan di antara papan induk dan drives. Ini memudahkan capaian ke seluruh papan
induk tanpa perlu membuka drive. Ia juga mengurangkan kepanasan.

Mengurangkan halangan di antara pemproses dan kad-kad. Pemproses diubah di hadapan


papan berhampiran slot-slot di bahagian belakang, di atas papan berhampiran dengan
pembekal kuasa. Ini bermakna pemasangan sepenuhnya kad-kad tambahan ke slot lebih
mudah tanpa memanaskan CPU atau "heat sink".

Penghubung kuasa yang mudah digunakan. ATX menggunakan 20 pin penghubung


untuk disambungkan ke papan induk. Penghubung ATX di"key" agar ia berfungsi dengan
cara yang betul. Ia mengelakkan pembakaran papan akibat daripada kesilapan
pemasangan papan induk. Penyejukan yang lebih baik. "ATX power supply"

page-21-
e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

menghamburkan angin ke dalam "case". Ini bermakna angin akan menghambur keluar
dari lubang-lubang pada "case" bagi mengelakkan habuk daripada terkumpul.

Papan induk direka untuk menerima kuasa 3.3V secara terus dari pembekal kuasa. Ini
mengelakkan penggunaan "voltage regulator" pada papan induk untuk mengurangkan
voltan dari 5V ke 3.3V. Ia bersifat automatik. ATX "power supply" boleh dikawal
melalui software. Ini adalah kerana voltan yang rendah sentiasa melaluinya. Komputer
berupaya untuk beroperasi pada masa yang ditentukan dan melaksanakan beberapa
arahan yang diberikan kepadanya. Sesetengah papan induk ATX mempunyai kelebihan
untuk melaksanakan sistem dengan menekan spacebar pada keyboard. Prosedur "shut
down" adalah secara otomatik,

contohnya apabila pengguna komputer Window 95 memilih untuk "shut down",


komputer akan melaksanakan arahan tesebut.
 
 

Jadual Menunjukkan Perbezaan Antara Kedua-dua Jenis Papan Induk

Perkara AT ATX

1. Bilangan pin 12 (6 + 6) 20 (10 + 10)


penyambung kuasa

2. Kedudukan Expansion Selari dengan soket Tegak betul dengan soket


Slot SIMM/DIMM SIMM/DIMM

Serial Port ( Port Bersiri )

Serial port terdapat dalam 2 saiz iaitu DB-9 dan DB-25. Ia mempunyai 10 pin blok setiap
satu. DB-9 selalunya digunakan untuk menyambungkan tetikus kepada komputer. Port

page-22-
e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

DB-25 selalunya berhubung dengan komunikasi komputer dengan komputer seperti


"external modem". Setiap port dikenali dengan nombor seperti COM1 dan COM2.

Parallel Port ( Port Selari )

Ia merupakan port input/output. Port ini merupakan port bagi "printer". Ia membolehkan
komunikasi dua hala di antara peripheral dan komputer. Parallel port pula dikenali
dengan nombor-nombor seperti 1 pt 1, 1 pt 2 dan lain-lain. Ia mempunyai 26 pin blok.

Komponen-Komponen Lain

Selain daripada peranti dan komponen yang telah dibincangkan, di papan utama terdapat
beberapa penyambung kecil yang digunakan untuk sambungan kabel kepada alat
pembesar suara, sambungan kepada suis set semula ( reset switch ) dan suis turbo dan
juga sambungan kepada lampu penanda LED ( indicator light ) di panel hadapan
komputer. Jumlah penyambung kecil yang terdapat pada papan utama adalah bergantung
kepada jumlah peralatan yang ada pada panel hadapan chasis komputer. LED yang
menandakan cakera keras ( hard disk ) yang terdapat pada panel hadapan chasis komputer
adalah disambungkan kepada cakera keras berkenaan bukan daripada papan utama.

Sesetengah daripada komputer peribadi boleh dilengkapkan dengan satu jam dalaman
( internal clock ). Bagi membolehkan jam ini berfungsi, ia memerlukan sebuah bateri
untuk beroperasi semasa suis komputer telah di"off"kan. Kedudukan bateri ini pada
komputer adalah berbeza-beza mengikut pembuat komputer berkenaan, tetapi
kebanyakannya diletak di bahagian dalam iaitu di belakang panel depan chasis. Bateri ini
mungkin juga dilekatkan pada papan utama dengan menggunakan pengepit ( clip ) dan
kadangkala terdapat juga bateri yang dipaterikan ( soldered ) pada papan utama.
 

page-23-
e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

PEMASANGAN KOMPONEN-KOMPONEN PAPAN INDUK

 
  Basic Peralatan Yang Perlu Bagi Menghidupkan Sebuah Komputer

1). Monitor ( 14 " , 15 ", 17 " )

2). Processor ( Intel, AMD, Cyrix )

3). Memory ( SIMM, EDO, DIMM )

4). Motherboard ( VX, HX, TX )


 
5). Hard Disk ( 1 GB, 2.1 GB/ IBM, SEAGATE, QUANTUM, O’CORNER,
WESTERN DIGITAL, FUJITSU )

6). IDE Cable ( Cable Hard Disk )

7). Power Supply ( 200 Watt ke atas )

8). Display Card ( Biasanya dikeluarkan oleh Trident, Cirus Logic dan S3 )

page-24-
e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

9). Keyboard ( papan kekunci ) 101 dan 104 kekunci

10). Floppy Disk ( 1.44 MB )

Tambahan Peralatan

1). CD-Rom

2). Sound Card

3). Speaker

4). Mpeg Card

5). TV Card

6). Radio Card

7). Network Card

8). Joystick

  Bagi memastikan display card, memory, CPU, motherboard berfungsi :

1). Pasangkan memory pada slot yang tersedia ( SIMM dan DIMM )

2). Pasangkan CPU ditempatnya pada motherboard ( refer manual ). Bagi


menentukan pin nombor 1 di CPU tersebut ialah dengan cara di bahagian dalam
pin pada CPU tersebut ada bertanda hitam ( di hujung petak empat segi ).

3). Sambungkan power cable kepada motherboard ( wayar berwarna mestilah


berada di tengah-tengah ).

page-25-
e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

4). Slotkan display card pada PCI bas ( kebiasaannya slot ini berwarna putih).
( Cirus Logic, Trident dan S3 ) Kebiasaannya card tersebut mempunyai 1 MB
memory, ianya boleh di’upgrade’ kepada 2 MB.

5). Sambungkan keyboard pada panel di motherboard.

6). Sambungkan data cable monitor pada display card yang telah dislotkan pada
motherboard ( pastikan terlebih dahulu monitor tersebut berfungsi ).

7). Hidupkan suis. ( Peralatan OK jikalau BIOS dipaparkan di monitor sehingga


keluar message DOS ).
 
 Please Insert System Disk ATAU Please Insert Bootable Diskett

8). Jikalau step yang ke-7 OK, teruskan dengan pemasangan hard disk.

Pemasangan hard disk dan CD-Rom pada peringkat permulaan


1). Sambungkan power dan data cable ke hard disk ( jalur merah mestilah
bersebelahan dengan power ). Sambungkan data cable ke motherboard ( IDE 1 ),
pastikan jalur merah di kedudukan pin nombor 1 di motherboard.

2). Sambungkan power dan data cable ke CD-Rom ( jalur merah bersebelahan
dengan power ). Sambungkan data cable ke motherboard ( IDE 2 ), pastikan jalur
merah di kedudukan pin nombor 1 di motherboard.

3). Reboot system ( power off/on )

4). Masuk pada setup session ( tekan DEL )

5). Jadikan primary/secondary IDE 1 dan primary/secondary IDE 2 AUTO


( sistem akan detect

hard disk dan CD-Rom yang terdapat pada sistem tersebut ).

6). Pilih option Save And Exit.

page-26-
e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

7). Sistem akan reboot semula apabila keluar daripada session setup.

8). Power off – masukkan disket sistem yang mengandungi COMMAD.COM,


IO.SYS, MSDOS.SYS, FDISK, FORMAT, SYS dan MSCDEX ke dalam drive A
( floppy disk ).

9). Power on.

10). A prompt akan dipaparkan di monitor A:\>

11). A:\> FDISK ( untuk membuat partiton dalam hard disk )

12). Reboot ( jangan keluarkan disket )

13). A:\> Format C:\S < ENTER> - taip Y

14). Selepas 100% complete, masukkan Volume Label ( nama bagi hard disk
tersebut ).

15). Keluarkan disket dalam drive A dan reboot komputer anda.

16). C:\> prompt akan dipaparkan di layar ( sistem telah dimasukkan ke dalam
hard disk. Hard disk boleh digunakan ).

17). Bagaimana ingin menjadikan disket sebagai Bootable Disk ( system )?

a). Disket kosong hendaklah di format dengan menggunakan PC yang


mempunyai sistem.

b). Format A:\S – setelah selesai fail akan terbina di dalam disket tersebut
adalah terdiri daripada 3 fail.

Iaitu terdiri daripada 2 hidden fail dan COMMAND.COM.

Dua hidden fail tersebut adalah IO.SYS dan MSDOS.SYS


( DRVSPACE.SYS – bagi win 95 ).

page-27-
e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

c). Copy files FDISK.EXE, FORMAT.COM, MSCDEX.EXE dan


SYS.COM ke dalam disket yang telah
diformatkan di atas.

COMMAND - >

C:\WINDOWS\COMMAND\COPY FDISK.EXE A:

COMMAND - >

C:\WINDOWS\COMMAND\COPY FORMAT.COM A:

COMMAND - >

C:\WINDOWS\COMMAND\COPY SYS.COM A:

COMMAND - >

C:\WINDOWS\COMMAND\MSCDEX.COM A:

Fail yang terbina di dalam disket tersebut adalah

COMMAND - > C:\DIR A:

COMMAND.COM

IO.SYS

MSDOS.SYS

FDISK.EXE

FORMAT.COM

SYS.COM

MSCDEX.EXE

page-28-
e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

Bagaimana untuk menjadikan CD-Rom drive aktif ( installation software


menggunakan CD-Rom drive )
1. Sambungkan cable bagi CD-Rom di secondary IDE ataupun
IDE sound card.

2. Pastikan cable dipasang dengan betul

a). Jalur berwarna merah di cable tersebut hendaklah


diletakkan di kedudukan bersebelahan dengan power.
 b). Pastikan jumper di CD-Rom tersebut adalah master.
3. Masukkan disket CD-Rom ke dalam drive A dan taip
A:\INSTALL ataupun SETUP.

4. Reboot sistem dan CD-Rom tersebut boleh digunakan ( aktif ).


Tujuan mengaktifkann CD-Rom adalah untuk memudahkan kita
memasukkan software yang kebanyakannya menggunakan CD –
sebagai contoh ialah WIN 95.

Panduan untuk memasang data cable ( H/D, FDD dan CD-Rom )


1). IDE ( 40 pin ) ( HD ) pastikan di hard disk jalur berwarna merah bersebelahan
dengan panel power di motherboard jalur merah tersebut berada di kedudukan pin
nombor 1.

2). FDD 34 pin pastikan di hard disk jalur berwarna merah bersebelahan dengan
panel power dan di motherboard jalur merah tersebut berada di kedudukan pin
nombor 1.

Software Installation

1. Bagaimana install software?

Software boleh di install daripada CD-Rom drive iaitu menggunakan CD,


daripada hard disk ( hard disk lain ), disket dan melalui network.

page-29-
e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

2. Contoh apabila kita install win 95

a). Terdapat beberapa cara bagi menginstall software ataupun OS


( Operating System ) win 95.
i). Kita perlu lihat processor yang digunakan 486SX ke atas
( 486SX, DX2, DX4-100, Pentium Series, Pentium ll, AMD K6
dan ke atas ).

ii). 8 MB ke atas.

iii). Mempunyai monitor berwarna.

iv). Tidak kurang daripada 1 MB VRAM ( Display card )

v). Mouse adalah salah satu peranti input yang wajib digunakan
dalam kita menggunakan sistem pengoperasian win 95.

Kelajuan sesuatu sistem adalah bergantung kepada beberapa faktor:

1). Jenis motherboard yang digunakan ( VX/HX dan TX )

2). Jenis processor ( Unit Pemprosesan Berpusat )

a). 286 series

b). 386 series

c). 486 series

d). Pentium series

3). Virus juga boleh menyebabkan ianya slow.

4). Kuantiti memory yang digunakan.

5). Jenis hard disk yang digunakan.

page-30-
e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

Masalah Dan Penyelesaian

1. Invalid Drive Specification/Non System Disk or Disk Error

a). Pastikan tiada disket dalam floppy disk A

b). Pastikan HDD OK

c). Pastikan HD type di dalam menu yang betul ( CMOS ).

2. Tiada text di paparkan di layar

a). Pastikan monitor OK

b). Pastikan data cable di pasang dengan betul ke sistem ( display card )

3. Sound tak berbunyi

a). Pastikan sound card dipasang dengan betul.

b). Pastikan driver telah diinstall.

c). Pastikan driver yang betul digunakan.

4. Movie bergerak slow

a). Pastikan cable yang dipasang tidak berkongsi dengan HD


b). Connect pada secondary IDE port
c). Jikalau tiada secondary IDE port, connect pada sound card ( pastikan sound
card berfungsi dengan baik )
5. Mouse tak bergerak

a). Mouse tak connect

b). Mouse driver tak install

page-31-
e5164-diagnosis & senggaraan system komputer

c). Mouse rosak – tukar baru

d). Sambung kembali dan restart komputer

e). Serial port konflik – trouble shooting

6. CMOS Restore Default ( Press <DEL> To Enter Setup )

a). Kemungkinan bateri low

7. Drive A tak boleh read

a). Cable floppy disk

b). Head kotor


c). Disket error ( kemungkinan permukaan magnetik tape tersebut calar )

d). Tidak bersambung dengan betul

e). Motor floppy disk tak berfungsi – tukar

8. Printer tak berfungsi

a). Printer rosak – tukar

b). Cable tak disambung dengan betul

c). Cable printer rosak – tukar

d). Driver printer tak install dengan betul – kemungkinan character yang keluar
macam character yang tak sama dengan yang ada di display.

e). Printer tak ready

f). Paper tak ada  

page-32-

Anda mungkin juga menyukai